Saturday, January 29, 2011

Dengar...(Finale)

Saya rasakan pelik, dan saya menyoalnya balik...suara saya agak meninggi kali ini...

“Apasal pulak cikgu nak marah? Tak ada kaitan langsung...Cikgu marah, Amni takut. Ibu marah, tak takut...” Tempelak saya. (Jeng...jeng...jeng...I fail...I fail...I fail....dan saya tahu tu....)

“Nanti semua orang bawak batang pisang tu, Amni je yang tak bawak...mestilah cikgu marah. Cikgu dah pesan suruh bawak. Tak kan Amni nak pinjam kawan punya, diorang pun nak guna jugak. Amni tahu...mesti cikgu marah nanti...” Kali ini jawapan Amni lebih menghairankan saya. Matanya mula bergenang dengan airmata. Saya menarik nafas, bersandar di sofa. Saya tahu saya pasti sudah salah faham. Saya tidak cuba untuk memahami Amni dan permintaannya, tetapi saya pulak yang mahukan Amni memahami saya terlebih dahulu.

Ok...ok...saya sudah tersilap....

Saya mengadap Amni semula, berkata dalam hati, “Asnija, listen to understand...not to reply...”.

“Ok...cuba Amni cerita betul-betul, Amni nak pisang tu untuk apa sebenarnya?”

Cerita Amni seterusnya membawa saya ke Jusco pada malam itu. Bukanlah pisang yang diperlukannya, dan pesannya berulang kali “dengan batangnya sekali”...rupanya ada sebab musabab. Dan saya yang salah kerana gagal untuk memahami. Saya gagal untuk mendengar menjangkaui permintaannya. Walaupun saya bertanya, tetapi untuk tujuan yang tidak relevan langsung. Akibatnya, “an innocent request” bertukar kepada sesuatu yang teramat jauh lari dari konteks asal.

Di Jusco, saya beli bendi dan batang seleri. Di sekeliling rumah saya tidak ada pokok pisang, jadi itu alternatif terbaik. Jika dari awal saya dengar dengan niat untuk memahami, pasti lebih cepat saya menyelesaikan masalah Amni.  Tidak perlu syarahan pertama atau kedua atau ketiga. Paling penting, saya tidak melukakan hatinya dengan menilainya yang bukan-bukan.

Amni memahami arahan gurunya dari perspektif kanak-kanaknya - tidak pernah melihat dengan teliti pokok pisang, dan pelepah pisang.  Dia hanya pernah melihat pisang.  Bila gurunya berpesan batang pelepah pisang, dia hanya dapat menggambarkan sesikat pisang - pisang dan batangnya.  Saya pula menerima pesanannya dari perspektif dewasa....kesian dia...kena marah tak tentu pasal....


Inilah rupanya tujuan dari "pesanan guru" Amni....












Teringat satu pepatah Inggeris – “Dengar...atau lidah akan menjadikan anda tuli.”

Malang sungguh, walau boleh mendengar, tetapi pekak...

Jadi...
Dengar...
Dengar betul-betul....
Dengar dengan mata hati...
Dengar untuk memahami...

(Jangan ulang kesilapan saya...)

11 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam Asnija,

Masya-Allah gitu pengakhiran kisah. Kakak ingat nak buat pementasan taridra atau lakonan. Rupanya pelepah pisang. Ini mesti kes tak pernah nampak jadi itulah risikonya.

Kakak do tunggu setiap hari cerita selanjutnya. Hehehe....betul-betul innocent.

afeezz said...

salam kak nija : hehehe.. sian amni, tak pasal2 kene marah....

ain ismail said...

Hurmmm...I guess parents are like that....bile ada benda lain di fikiran kekadang kita lupa utk mendengar dgn baik permintaan anak. Bila nampak pelik sket permintaan we assume that they being ridiculous. I've been the child before, now I'm the mother....learn from mistakes...lebih2 lagi dah pie 7 habits, kini lebih peka. Hope 7 tabiat tu dapat dikekalkan....terima kasih yg tak terhingga pada akak!

Asnija said...

Salam K.Zakie,
Innocent kan...
Cikgu pulak arahkan pelepah pisang...gelabah kita cari pokok pisang...

ps: masa saya nak ganti dengan batang seleri dan kacang bendi...amni punya komen....tapi, cikgu kata batang pisang....deh...deh...

Asnija said...

Salam Afeez,
Azam tahun baru...nak lebih dengar baik-baik...sabar dan sabar lagi...

Asnija said...

Salam Ain,
Thanks for attending the recent program. Tak puas sembang hari Isnin tu ye...look forward untuk jumpa lagi...

ps: besarkan anak...senang, yang susah mendidik anak...insyaAllah kita akan cuba sebaik mungkin...

Asnija said...

Salam Rozali, Noor, K.Sidah dan K. Ummi,

Terima kasih pada komen di entry sebelum ni...

Minggu ni cuti sekolah...fikirkan aktiviti pun dah pening kepala..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam nija,

hehehe...kesian amni! mesti takut giler jika cg seni tu garang...cg seni tu 'terpaksa' garang..jika tidak budak2 biasanya tak bawak...tak ingat..mcm2 tak :)

sinomosa said...

Salam Kak Nija,

Terima kasih sy belajar sesuatu dari kisah Amni ini..
Mungkin silap kita tidak mendengar dgn baik, namun silap jua kerana tidak bertanya barangkali dan si adik pula tidak tahu pula untuk meluahkan apa sbnrnya yang dia inginkan..

Asnija said...

Salam K. Nab,

Cg Seni dia tak garang, tapi Cg BM dia garang....

Tapi itu kata budak-budak...memang betul, kalau tak garang, budak-budak mesti lupa bawak utk seni...mak bapak bebudak tu pun tak takut nanti...he...he...

ps: masa jadi cikgu dulu...sayapun garang..grrr...k.nab ni spesis cikgu garang tak?

Asnija said...

Salam Syima,
Bagus macam syima ni... kalau kita nampak apa je...belajar daripadanya....
kalau dengar apa je....belajar daripadanya...
terbaca apa je....belajar daripadanya...

Insya-Allah, bertambah ilmu....
Bagus kalau kita selalu tahu apa yang kita tak tahu....dan kemudian ambik tahu...

Ada orang...dahlah tak tahu apa yang dia tak tahu...lepas tu eksyen pulak...kesian dia...kekal lah jahil seumur hidup nyer...semoga kita tak jadi macam tu...