Wednesday, October 28, 2009

Things that I Iearned from my PAs...

Ini la Fasra...akak punya first PA...
(thanks to Shamien sebab kasik akak pinjam dia dekat 2 tahun jugak noh....)











Yang tudung kuning nilah Nurul..
PA sekarang nih...
sebelah dia tu kitorang panggil Kak Chik (aka Kak Juta)...memang kecik je, tapi top performer nih...kalau masuk je....bawak juta-jutaan je...kalau bawak Beemers dia....tak nampak orang nyer tenggelam...

(2-2 masing single, but not available...sorry arr Pijal & Apiz...)

Saya sudah mula terlibat dengan kerja-kerja di FranklinCovey sejak 1998 lagi, kemudian perhubungan itu menjadi rapat, walaupun masih lagi sebagai “orang luar” bermula dari tahun 2001. Saya berhenti dari syarikat lama (satu syarikat GLC tersohor) dengan impian untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, fokus dengan suami dan anak-anak. 2 tahun lamanya saya membuat perancangan untuk berhenti kerja yang saya bahagikan kepada 5 fasa (itu saya mungkin akan ceritakan kemudian). Saya menjawat jawatan “Home Director” secara rasmi dengan pakej yang lumayan, ada PA (aka bibik), kereta yang dibayar penuh oleh majikan (aka hubby) dan masa lapang yang teramat panjang…waktu itu, seawal 8 pagi sudah ke kelas yoga, kemudian breakfast dengan rakan-rakan (yang masih bekerja....kesian diorang), tengahari lunch dengan rakan-rakan, petang window shopping. Rutinnya begitulah… Rakan-rakan baik yang saya “harassed” untuk menemankan saya breakfast dan lunch menggelar saya “Lady of Leisure”. Bila menghabiskan masa di rumah, saya akan memasak complete set, dan “harassed” suami untuk balik makan lunch. Minggu pertama, mahulah dia melayan saya, masuk minggu kedua, saya pulak yang pergi lunch di pejabatnya, sebab dia penat melayan saya pulak. Masuk bulan ke-6, saya mulai bosan dengan keadaan sedemikian. Ketika itu, jemputan menyertai FranklinCovey Malaysia saya terima bagai “orang mengantuk disorongkan bantal”. Seronoknya dapat bekerja semula.

Di FranklinCovey, budaya kerja sangat berbeza dari syarikat saya yang lama. Tahap kepercayaan (trust level) antara pekerja dan bos amat tinggi. Pekerja dilepas untuk melakukan apa saja yang mereka putuskan sebagai perkara yang betul untuk dilakukan demi kepentingan pelanggan. Mottonya mudah, what’s right for the client, not... what’s right for the boss. Syaratnya, apapun yang kita buat, mestilah principally right. Apabila diberi kebebasan penuh, saya betul-betul “culture shock”. 9 Tahun bekerja dengan acuan yang sangat berbeza, saya tidak perasan, kebebasan membuat keputusan yang ada dalam diri saya rupanya sudah hilang.... Jenuh jugak untuk menghidupkannya semula. Rule yang sangat mudah dan simple – what’s right for the client? Then, if it is principally right…do it! As simple as that. Rule No.1: Inspire Trust.

Awalnya saya bekerja dengan Fasra dari unit lain. Sangat mudah bekerja dengannya. Fasra mudah belajar, cepat faham apa yang saya inginkan dan perlukan ketika program. Adakalanya saya baru terfikir tentang sesuatu, dan Fasra sudahpun melakukannya. Saya melihat tahap keyakinan dirinya meningkat, ketelitiannnya juga bertambah baik. Adakalanya memeranjatkan saya. Hubungan kami memang rapat, dari masalah kerja hinggalah ke masalah peribadi. Dia menghormati saya dan saya juga menghormati dia. Paling saya suka bila Fasra amat mudah memberikan on time feedback ketika saya mengendalikan program. Dia boleh tahu apa yang client mahukan, dan saya dengan mudah memperbaikinya kerana Fasra sangat observant.

Tahun ini, saya berpeluang bekerja dengan Nurul pula. Saya sudah beberapa kali bekerja dengannya, tetapi tahun ini, Nurul secara rasmi bekerja di bawah saya. Seperti Fasra, Nurul juga sangat observant – apa yang saya suka, apa preference saya ketika program, apa keperluan saya, apa yang mencemaskan saya, apa yang saya pantang, apa yang saya beri perhatian dan 1001 macam lagi. Adakalanya saya tidak sedarpun…tapi Nurul perasan dan memberikannya kepada saya sebelum sempat saya meminta. Ayat kegemaran Nurul, “Releks kak…akak fokus kat participants je, yang lain biar saya yang fokus…”

Tabiat Nurul, menceritakan semua problem dan masalah tak kiralah masalah di hotel atau dengan client, belum sempat saya membuka mulut, dia akan terus menyambung dengan menjelaskan pula bahawa semua problem tersebut sudahpun di uruskan. “Kak saya nak update akak je, tapi semua tu dah saya settlekan….”.

Paling saya suka bila dia cakap begini, “Kak, saya tahu akak prefer macam ni kan…saya dah cakap dah dengan budak hotel…kejap lagi dia datang….” Jadi hidup saya memang tak sempat nak stress….baru nak stress…PA-PA saya ni dah ready 2-3 langkah lebih kehadapan dari saya…..Sebenarnya, budaya kerja sebegini membuatkan kami amat saling menghargai satu-sama lain.

Secara peribadi, saya merasakan apabila tahap kepercayaan diberi dan dihormati, orang mudah berasa dihargai, dan memberikan serta menyumbangkan dengan sebaik yang mereka boleh. Mereka lebih bebas mengupayakan potensi diri mereka yang sebenar ke tahap yang mereka sendiri tidak terfikir mereka berupaya melakukannya. Mereka melihat tugas dari sudut peranan mereka. Mereka dengan jelas memahami diri mereka sendiri, dan tahu 3 perkara - what's their passion, their skills and their personal values.

Kedua-dua mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan. Saya hanyalah orang perantara sahaja...adakalanya sayalah orang suruhan mereka...yang penting ialah client…giving what clients want, in their wish list, even before they ask for it….Rule No.2: Clarify purpose.

Tergiang-ngiang selalu pesan MD kitorang, answer the clients when they call, before the phone rings!

Buat pertama kalinya bila hubby bertanya saya, "Bila you nak berhenti kerja ni?" Saya menjawab, "He..he...nanti dulu lah ye, dear!"

26 comments:

Ayah Zain said...

Salam Datin,

ermmmmmm, memang layak la kak nija saya panggil datin. ada kelas gitu. seronok membaca orang hidup x ada stress ni. Boleh kongsi ke dengan az nih. Sebab tu tengok datin ni senyum memanjang jer, muka nampak cool, orang kata muka rezeki. opss!!!! bukan tuan ismet yer.

afeezz said...

best nyer klu keje ade PA macam datin ni. senang keje kita.

Asnija said...

Salam Ayah Zain,
Mana ada tak de stress...kenalah ada stress Ayah Zain,cuma sekarang ni dah tua-tua ni, kalau boleh nak stress yang positif je, nak kurangkan stress yang negatif...senang je, bila tension, buat je perangai yang sebaliknya...jangan ikut kan munyuk jer, nanti semua perkara yang kita tak nak datang jadik datang pulak...lagipun, nanti tumbuh wrinkle la ayah zain kalau asyik berkerut je muka tuh....keh...keh....biar le kita ni tua....tapi kalau boleh jangan le tua berkedut atau tua kerepot....ha...ha...

Asnija said...

Salam apeez...
weiii...sume kaum adam ni, mesti ada PA punya le...tengok le nanti bila kahwin...sume benda PA awak le yang buatkan....bos besar la awak....

aznaz said...

salam DAtin Asnija..

alhamdulilah..bestnyer datin kan..sejuk jer mata memandang PA DAtin tuh..

DAtin , jom kita tukar PA nak...DAtin amik Abang Samad tuh PA saya..hehehehheh..gurau nooh..nanti marah lak si cm and the geng..

wasalam..

PINATBATE said...

Salam Datin,
semuga sentiasa dalam kegembiraan yang berpanjangan..

HOHOHO..! Cik Lie nak tukar PA yer dengan datin..?
ada MAKSUD tuu....!!

Asnija said...

Salam Cik Lie,
sejuk mata memandang ye...memang betul kata CM...cik lie memang bersopan santun dalam bab-bab gini...memang sejuk perut saya mendongarnye jugak...

(nak tukar PA...buleh...buleh...si samad tu tak yah tukar ngan saya lah...pulang je balik kat CM...jadik PA CM plak yang dah jadik MD kat syarikat baru dia GPK Asam Pedas House Sdn Bhd....

Asnija said...

Salam Pinat,
Tula pasal...dia nak tukar PA tu yang terperanjat dibuat nyer...kita dengar jeritan CM pulak lepas ni...tula...CL ni memang pandai bermain kata-kata tersirat...karang bulan Disember berderet yang menunggu dia kat KLIA baru padan muka...

Anonymous said...

salam kak nija,

seronoknyee..akak, sebenarnye seorg ketua itu sendiri mempengaruhi cara kerja org bawahannye....ketua yg bagus akan dapat mendidik org bawahannye menjadi seorg yg hebat kemudian hari...

akak...cerita akak nie buat hanis sedih sebenarnye...hanis bakal meninggalkan bos hanis..tinggal 2 hari aje lg secara rasmi hanis akan bekerja besama dia...hanis sayang bos hanis nie...dia baik sangat & seperti seorg bapa pada kami...hanis pasti akan merindui dia pasni...tp apakan daya...

sedih dah ni...tak leh cite dah... :-(

Atikah said...

Salam Kak Nija...

Ha... yeh.. yeh... dah tahu... rahsia awet muda akak.... hidup tak dak stress... ini ler kisahnya... mesti PA akak pun awet muda kan... akak tak stress... PA pun tak stress... he.. he..

Kadang2 kita tak stress, tp bila boss stress dengan kita2 berjangkit... alahai...

CM said...

Salam

komen 1

ambooiiiiiiiii,ciklie (cekak pinggangku yg ramping ni)nampak si nurul yang terang berderang,lupa pada samad yang gelap manis tu yer,nak ditukar yer samad dgn nurul,sampai hati dia,dah tak mahiu si samad,datin pun tak nak serahkan pada cm ni,CM rela menerima..

Komen 2..

datin tengok tu ciklie,betulkan bab yg satu ni cukup bersopan santun dia menyatakan hasrat,tu arr style buaya mekah,buaya yg dapat hidayah,buaya yg dok dekat kaabah,tersirat dia menyatakan hasrat,tak denya dia nk gopoh gapah,kunun2 nk tukar PA dulu.namun ku faham maksudnya.

komen 3

kak nija ni koja apa?tak faham saya ni.kerja kak pinat saya faham arr,sama2 cikgu.pegang marker,bukak buku,tulis2 ,cakap2 n bebel,tanda buku,tu kerja saya!!!hehehe

Komen 4

Best yerr,tak stress,patutlah kulit mu tegang tanpa kedutan,jelessss kami..

Imran Paris said...

Datin,

Alhamdulillah, untung Datin, keadaan kita jauh jauh berbeza...apapun saya bersyukur. Sejak menjawat hakiki Gred 48 (sapa kerja gomen pahamlah ni) pada tahun 2003 hinggalah sekarang, saya dah hakiki 52 sejak 2007....saya masih berkerja solo molo...tak de pembantu direct tiada 41, 44, PA, kerani or what so ever...boleh kata hampir semua buat sendiri....tp saya bersyukur sbb byk sy dpt belajar dgn keadaan sebegini....alhamdulillah.

Pasal Datin jadi surirumah sepenuh masa...well, saya rasa sbb Datin ada Bibik dan anak2 pun dah bersekolah...jd byklah masa sanggang. Isteri saya sejak jd full time housewife....ada sesekali dia bersungut "kalau tau mcm nilah bznya jd housewife...baik kerja kat ofis, at least ada time rehat...kerja rumah tak pernah habis"

Datin jelas dlm senario 1 (pegawai bwhn) dan 2 (full time housewife)....kita jauh berbeza...kkdg saya terpikir INDAHnya dunia dan ketentuan yg maha Esa...wp nampak kondisi sama namun hasilnya tak serupa.

Err...pasal PA Datin tu...bukan kata Datin je yg sejuk hati melihat...saya kat Paris dan Abg saya yg kat Safwah tu pun rasa nyaman je....mmmm...makin sejuk pulak cuaca Autumn kat Paris ni...hehehehe

Asnija said...

Salam Hanis,
Hanis nak meninggalkan bos Hanis? Hanis tukar kerja ke? Nak pi mana pulak? Ke tukar department? Memang la sedih bila meninggalkan seseorang yang kita hormati, senangi dan sanjung tinggi...Yang penting perhubungan mesti jangan diputuskan, mungkin fizikal berjauhan tapi dihati tetap dalam ingatan....Kalau naik pangkat, mesti berazam untuk jadi sebaik bos Hanis tu ye...insya-Allah hidup berkat sebab anak buah tak selalu kutuk dan marah dengan kita...kalau kita boleh bersikp terbuka untuk menegur anak buah, kitapun mesti terbuka menerima teguran, alhamdulillah ada orang yang nak menegur kesilapan kita...dari hidup terus-terusan dalam kejahilan kan...all the best ye...kalau tension sembang-sembang la dengan akak...talian hayat tu 2-2 line sume pu boleh...tengah malam pun tak pe...kalu nak nangis...nangiskan je puas-puas...

Asnija said...

Salam Tikah,
Tikah pun tau stress jugak ke...nampak happy go lucky je...tu la..kalau asyik senyum je, mestilah urat kedut tak timbul...senyum je memanjang....tapi jangan senyum sorang-sorang plak...nanti orang tak kata kita awet muda, tapi orang kata kita sewel plak....

Asnija said...

Salam Mas,
Tu la...cakap berlapis habis...sejuk mata konon...kita kena faham le maksud yang tersirat tu noh...dia sebenarnya sayang kat si Samad tu, tapi dah sampai seru nak PA baru...restukan je lah Mas ye...(psss...tapi kan akak dah tulis tu...single but not available...itupun CL tau tu...maknanya di green light ngan putri balqis kot...jeng...jeng...)

Apa la Mas ni...akak pun ada juga stress nyer...esp. bila ngajar Amni ngan Nisha, dan stress dengan rambut si afro tuh...dah nama ibu...mesti le ada stres nyer...cuma jangan berkerut-kerut muka...nanti tumbuh wrinkle...keh...keh....

pss...akak keroje simple je laa...dah tua-tua ni nak kerja releks-releks je lah Mas...tak mo lah tua jadi kerepot nanti...

Asnija said...

Salam IP,
First and foremost...fuiyooo...52 tuh...tabik spring le saya Tuan...ala saya nipun sebenarnya yang kerja diarah pembantu, performance saya kena baik demi menjaga reputasi pembantu saya tu...cam tu la...kebanyakan kerja memang saya buat sendiri...fotostat,filing, sayapun buat sendiri je...cuma bila ada program, budak-budak ni suka manjakan saya...sayapun apa lagi laa...mengada-ngada je lah...anyway, kat FranklinCovey ni, culture kerja memang dah macam tu...so, MD pun humble giler..so, tak de sape yang dare to belagak...he...he...

Tapi kan...sekarang ni, saya dah tak de bibik tau...sume buat sendiri jugak...ada 2 department je yang saya sub-con kat boss aka hubby saya...dept. laundry dan dept. marketing. So, tak le Lady of Leisure lagi...bila weekend, berperang dengan mop dan vacuum le cik imran...

try nak balance kan my life la Cik Imran...ada yang negatif, kena tampung dengan positif banyak-banyak..kalau tak rongak nanti...

lagipun pernah teringat doktor cakap...adakalanya umur kita muda, tapi bodi kita dah aging 10 atau 20 tahun ke depan...tak mo laa...mana ada spare part nak ganti nyer...insyaAllah...tadi dengar kat radio IKIM, ustaz tu kata, kalau susah pun kena syukur, kalau senangpun kena syukur...pengalaman IP gi haji mesti laa lagi banyak tuh...itu lagi great learning....(jangan biarkan si Mai tu tua dari yang sepatut nyer arr..memang betul, buat kerja rumah ni penat giler tau...mengandung anak ke-4, boleh kubayangkan semput nyer...)

Azemi Ali said...

Assalamualaikum Datin Asnija,

Professional dan efisiennya orang Franklin Covey bekerja. Good corporate culture.

Asnija said...

Salam Cik Mie,
Kalau boleh, jangan la sampai cakap tak serupa bikin, kitorang sume la kena lebih-lebih serius lagi mengamalkann nyer...tu masa mula-mula join, saya culture shock...for muslim staff kitorang lagi perlu berikan contoh yang baik...kalau tak sesia je kalau kita gagal kaitkan dengan kita nyer Islamic Values..ya dak?

Asnija said...

Cik Imran,
Jangan kau sejuk mata memandang ye...nanti ku baling dengan bola snow...bertambah beku mata mu...

psss Mas...apa nak buat dengan dua boya ni? Satu boya Paris satu lagi boya Arab...meh kita hantar ke scotland meh...

Imran Paris said...

Datin...alah 52...bukan apa pun...kita org biasa je...tak bawak ke mana pun kedudukan duniawi ni...saya lebih suka kalau kita ni bandingkan diri dgn mereka yg lebih beriman, berilmu dan bertaqwa....41, 44, 48, 52...ni semua nombor je.

Pengalaman haji...nanti saya share ye...

My wife...alamak...my love...takkanlah saya nak biarkan dia kesemputan sendirian...hahaha

ahhh...boya...boya mana...saya ni dah kira setaraf boya tembaga rongak....dah tak boleh menggigit...harmless...hehehehe

err...Datin, ada kerja kosong tak kat F.Covey :-)

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam datin,

seronok pulak kak nab dok baca semua komen2 di atas...especially CM punya komen!!

datin...you work smart!!

rezeki said...

salam datin,

alhamdulillah, gembira tgk kekawan berjaya dalam kerjaya dan kehidupan.

semoga kehidupan datin dan kekawan semua terus dibawah kerahmatan dan perlindungan Allah SWT.

Insyallah.


psss : IP kata dia taraf boya tembaga ronggak ngeh,ngeh,ngeh .
lama tak nampak tokey estet ni, ngeh,ngeh,ngeh

Asnija said...

Salam Cik Imran,
Camner pun saya respek jugak ngan IP ni, umur baru 30-an, dah sampai 52, dua step je lagi nak pi ke Jusa tu...betul ke apa yang saya cakap nih? Respek tu gini...mesti ada traits IP yang membuatkan orang percaya dan berikan tanggungjawab ke tahap tersebut...dan credibility dan traits tu la yang saya nak belajar sangat....betul kan....most of the time, akhlak kita membawa kita ke atas, dan akhlak kita jugak yang membawa kita ke bawah...

ps...saya suka bila jumpa boya tembaga...rongak pun tak per...tapi berakhlak mulia gitu...(larikkkk...jangan libas....)

kat FranklinCovey memang ada kerja kosong, tapi IP ni over qualified laa...kitorang carik Program Executive la nih...sebab saya dah ambik Nurul jadi PA saya, tempat dia tengah kosong lee..ada yang berminat ke?

Asnija said...

Salam K.Nab,
Saya pun suka tengok rumah K.Nab...kemas teratur,best betul K.Nab jadi host, dan rajin masak..memberi inspirasi pada saya yang kelam kabut nih...
CM punya komen best kan...tapi sume komen member-member ni best sesangat...menghiburkan hati saya...IP pun best giler...

K.Nab, work smart ni sebab nak men-kontrol stress le...(tapi uban tumbuh gak...)

Asnija said...

Salam Rezeki,
Timaseh menjengok saya....ingat senyap je dah sampai ke mana-mana ntah...tahun plan nak ke mana? Tahun lepas MD soh saya gi konferens ke US, saya mengelak secara baik, tahun ni ngelak lagi ke Korea...tak suka le pergi sorang-sorang...pernah gi Korea tak?

rezeki said...

salam datin,

tak kemana-mana, sibuk sikit dh nak habis tahun, biasalah ... cari makan ngeh,ngeh,ngeh
mrk nk ngabiskan peruntukan tahun ni sebelum 15 november

tu yang sibuk sikit

korea tak sampai lagi, kurang minat psl susah nak cari makanan halal rasanya kat sana