Beriya-iya Mr M mengajak saya minum pagi itu. Saya menolak dengan baik, sebab agak sibuk menyiapkan satu proposal.
"Cepatlah...jomlah..." Dia mengajak berkali-kali. Mukanya tidak menunjukkan sebarang riak, jadi saya ingatkan hanya pelawaan biasa. Bila dia semakin beriya-iya, kesian pulak jadinya.
"Ok-lah, you turun dulu. Nanti I datang lepas save ni...."
Tak perasan...saya terleka menyambung kerja bila tiba-tiba bunyi sms masuk, "Bila nak turun ni? Bihun you dah siap."
Saya bergegas turun, alamak, terlupa...
"I tengah runsing ni, risau yang amat sangat. Dalam kepala macam banyak je benda yang tak settle..." Mr M terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Saya jadi rasa bersalah kerana melambat-lambatkan turun minum.
"Ok, apasal? Citer...citerlah..." Sedap pulak bihun goreng ni, sempat jugak saya terdetik di hati.
"Ada 3 perkara yang membuatkan I runsing semalam..." Saya mendengar satu persatu perkara yang merunsingkan Mr M. Tapi cerita yang terakhir, membuat saya berderau....lemah hati dibuatnya.
"Semalam, I dah terlambat nak ke surau untuk solat maghrib, jadi kelam-kabut sikit. Dalam I terkocoh-kocoh tu, tiba-tiba phone I berdering...." Saya mengangguk-angguk sambil menghirup teh tarik...mmm...pedas pulak bihun ni...
"My daughter yang call...tengah menangis teresak-esak..." Saya mengangkat muka yang dari tadi tunduk mengadap bihun goreng, sambil membetulkan duduk.
"Kenapa?" Soal saya. Anak Mr M yang ini sedang menjalani praktikal di sebuah hospital di Pantai Timur.
"Dia cerita...I terlalu terperanjat, sampai tak tahu nak respon apa, cepat-cepat I pass kat wife I dan pergi ke surau. Sepanjang jalan sampai habis maghrib, kepala I rasa berat...." Sambung Mr M.
"Kenapa?" Soal saya kali kedua.
"Dia mencucuk orang, lepas tu bekas jarum tu tercucuk kat dia pulak sampai berdarah......so, apa agaknya dalam fikiran you...sampai dia menangis-nangis macam tu..."
"Orang yang dicucuknya tu ada AIDS.....??" Jawab saya perlahan. Saya lihat Mr M mengangguk. Aduhai...hilang terus selera saya. Lemah lutut, sedih, kesian dan segala macam naluri keibuan datang melanda...membayangkan kalau perkara tersebut terjadi pada anak saya sendiri...
"Astaghafirullah....Ya Allah Mr M? Kesiannya anak you...Masa tu tak pakai glove ke?"
"Tak, sebab hospital tu nak jimatkan kos...." Jawab Mr M. Saya jadi bertambah terkilan.
"Memang lah nak jimatkan kos, tapi bila menyuntik pesakit yang berisiko macam tu, patutnya pakai glove is not an option, mestilah kena pakai...." Hati saya sangat simpati, terkilan, geram dan macam-macam lagi. Bihun kemana...teh tarik kemana....
"I tak tahu nak respon apa masa dia beritahu, otak I blank tak tahu nak cakap apa...." Jelas Mr M sangat runsing. Saya yang mendengar pun naik bimbang, apatah lagi Mr M, sebagai bapanya.
"I respek laa you boleh datang kerja lagi hari ni, handle meeting macam biasa je...kalau I, habis semua dah shutdown..." Komen saya. Sememangnya pagi tadi, airmuka Mr M memang tidak kelihatan risau. Baru sekarang di depan saya, Mr M nampak depressed teramat sangat.
"Kalau you, apa you buat?" Soal Mr M kepada saya spontan.
"Kalau I....mmm...kalau I ye...."
"Ni kalau I lah kan...tapi you pun tahu, bab-bab anak-anak ni, selalunya I ni Drama Queen sikit....ok, kalau I, hari ni mesti I tak ada mood kerja langsung, ambik EL, terus pergi ke tempat anak I tu. I hate biarkan dia alone bila dia tengah sedih, dan for me, ini bukan sebarang kes..macam kena death penalty....mungkin dia dah hilang semangat ke...so, I tak nak biarkan dia sorang-sorang sedih..." Jawab saya panjang lebar.
"Kalau pegi sanapun bukan boleh buat apa Nija, perkara dah berlaku..." Kata Mr M.
"Memang...perkara dah berlaku...I pun memang tak boleh buat apa-apa...tapi I nak juga kesana untuk menenangkan dia, support dia, mungkin I pun akan menangis, diapun akan menangis...takpelah, kitorang menangis sama-sama...." Saya bercakap penuh emosi, penuh perasaan.
"Mr M, you pergilah ke sana. Wife you tak risau ke?" Soal saya lagi.
"Risau...esok memangpun I cuti, tapi I cuti tu sebab ada hal lain yang I nak uruskan." Saya tahu, Mr M sangat aktif dalam kegiatan masyarakat. Dan dia bercuti esoknya juga kerana tugas-tugas persatuannya. Hati saya sangat simpati pada anak Mr M.
"Mr M, you kan dah selalu attend meeting tu, memang aktiviti mingguan you...tapi...anak you punya kes ni...bukan hari-hari dia kena musibah macam ni...nilah baru sekali dia call mengadu dan menangis-nangis. Kalau pesakit tu tak de AIDS, you risau tak...macam sekarang ni?" Saya menasihati dengan baik. Saya lihat Mr M mengangguk-angguk.
"Esok, boleh la you temankan dia jumpa doktor ke...minta opinion ke....dalam hal ni, takkan you nak biarkan anak you handle sorang-sorang...Entahkan dia tengah lembik lemah semangat...ni AIDS tau...macam baru dapat death penalty tau..." Saya menyambung. Mr M terdiam dan berfikir panjang selepas itu.
"Oklah...I nak call my wife..."
Kisah Mr M, membuatkan saya berfikir panjang sepanjang memandu balik ke rumah petang itu. Kelalaian, short cut, tidak mengambil berat keselamatan diri dan prosedur dan mengabaikan apa yang penting demi tujuan wang ringgit, akibatnya sangat memberi kesan...bukan pada diri orang lain....tetapi diri sendiri...
Untuk pengajaran kita, banyak perkara sebenarnya yang boleh dilakukan oleh anak Mr M demi keselamatan dirinya...dia tahu risiko mengendalikan jarum dengan pesakit AIDS...mengapa tidak memberi perhatian pada langkah-langkah keselamatan...mengapa prinsip utama itu diambil ringan...mengapa tidak memakai sarun tangan? Mengapa ikut arahan management tanpa mempersoalkannya? Menapa tidak memperjuangkan keselamatan sendiri?
Usahlah bermain-main dengan prinsip....Melanggar prinsip, kesannya sangat signifikan, adakalanya membawa maut. Lebih-lebih lagi prinsip dan hukum alam, selalunya tidak akan memberikan kita peluang kedua.
Prinsip bagaikan rumah api. Kapal yang perlu mengubah laluannya....bukan rumah api yang perlu bergerak. Kita yang perlu melaraskan diri dengan prinsip - prinsip fizik, prinsip sains, hukum semulajadi....terpenting....prinsip agama dan hukum Tuhan....
Teringat kisah jambatan yang roboh sehingga meragut 3 nyawa anak-anak yang mungkin sebaya anak-anak kita.....berapa banyak lagi prinsip yang kita mahu abaikan?
33 comments:
Salam Datin,
Terkasima az, terharu, lamunan ku terhenti.
Ya Allah apakah ujian ini? terlalu berat bagi ku? Ya Allah, kau ampuni dosa-dosa ku ini ........... ( itu adalah dialog kalau mr M tanya kat AZ.)
n3 datin kali ini pukul maut la. memnag boleh hilang selera makan. mrszain ajak p makan sate ni. silap hb pulak ke terbuka n3 datin ni.
Rasanya boleh selamat anak mr M tu sebab baru berlaku, mungkin ada penawar di saat awal atau pergi cuci darah iaitu buat rawatan ozon. Kena ikhtiar tu, duit boleh cari. Kena cepat bertindak tu.
Datin....kenapa sampai jd mcm tu....kalau mudarat, bg tau Mr M suruh saman je terus....bukan duit tu boleh buat apa...cuma sbg pengajaran kpd hospital tu.
Rumah api.....saya suka dgn rumah api...pernah juga termimpi tinggal di rumah api....
Err...Datin...drama Nur Kasih saya dah bersambung...sudi2kanlah ye :-)
salam kak nija...
terkedu hanis baca n3 akak nie....subahanallah...tak dapat hanis bayangkan camne perasaan anak dia waktu tu...tp betul kata akak..napa dah tau org tu berpenyakit resiko tinggi masih tidak menitik beratkan keselamatan diri...
semoga anak Mr M tidak apa2 kemudaratan...
anak mr M tu kene wat ujian darah untuk pastikan segalanya and start medication klu perlu (harap2 takde ape2) diperingkat awal. dalam kes jarum2 ni klu pakai glove hatta doble glove sekali pon belum tentu selamat kak nija. risiko terkene cucuk jarum tu still ade klu tak berhati2, extra careful.
salam AZ,
memang berat cubaan ni..timaseh banyak dan terharu teramat sangat dgn keperihatinan AZ, saya dah forward no. dan cerita rawatan ozon tu kat Mr.M, kesian dia sekeluarga..dia berterima kasih banyak dan kirim salam..
Saya gembira dan lapang dada dapat kawan2 yang perihatin dan cepat menolong, syukur alhamdulillah..timaseh..
Ps. Sedap tak tom yam tadi.,esok jgn lupa bawak Mrs Zain makan sate tau..sian dia teringin le tu.,
salam Cik Im, (nak panggil camni la,boleh yek..)
anak Mr.M ni tengah buat praktikal kat hospital tu..
salam cik Im,
tadi tak sempat komen pjg,
anak mr.m kata dia tak sengaja..sian dia..semoga Allah melindungi dia..
Ps.. Saya baru balik dr Paris,tapi tak nampak pong mas n noor kat KLIA, diorang naik motor noor kot, esok la tu sampai nyer..
salam hanis,
memang sian kat adik M ni, memang dah tertulis di azali akan melalui cubaan mcm ni kan...akak pun berharap dia dikuatkan semangat..semoga Allah sentiasa memberi kita ingatan agar tak terlalai dan terlupa sehingga merosakkan diri..hanya Allah yang Maha Melindungi.
Datin....ok, barulah saya faham...kesiannya...di duga sebitu rupa...tapi yakinlah hanya org2 yg disayangiNya yg akan lebih diuji dan diduga...moga Mr M sekeluarga kekal tabah. Saya doakan...tiada apa yg serius kpd anak gadis Mr M tu....insyaAllah.
Datin....tulah CM dgn Noor...saya dah mula rancak menulis pengalaman haji...depa pulak menghilang diri....errr...kena baham rimau kat estet gotah Noor kot :-D
knock knock...Datin...ooo Datin...sakit dada lagi ke....cuba sapu minyak dan selewat berterusan, insyaAllah ok...saya risau ni, bg no phone boleh?
Datin...saja nak bg tau, CM idup lagi...dah sampai pun ke Paris......dan spt dijanji saya pun dah sambung Part III......jgn sedih ye Datin kalau dtg rumah saya nanti :-(
Salam Kak,
Sedih n Simpati pada anak Mr. M... Berat ujian yang diberi untuk Mr. M sekeluarga.... semoga mereka sekeluarga tabah menghadapinya....
hmm syahdu..
namun itu semua dugaan, ujian..
kita ckp mmg senang, org yg menanggung?
Mr. M n wife should immediately jumpa anak dia.. fikiran dia tak guna g, tak patut sbb waktu mcm ni, anak amat2 memerlukan ibu bapa.. walaupun x dpt diundur kembali..
Salam
bagi saya Allah maha mengetahui apa yg terjadi,soal prinsip memang sesuatu yg tak boleh dipandang remeh tapi apapun kita cakap semua dah jadi,namun Allah itu ada,Bergantunglah pada allah sepenuh2 pengantungan,secara teori dan aplikasi perubatan apa yg terjadi pada anak Mr M memang amat menakutkan,tapi Allah maha kaya,berdoa dengan sekuat-kuat berdoa,dan Allah tidak memberi ujian pada ujian yg tak mampu kita tanggung..
apapun soal prinsip dan prosuder keselamatan mmg tak boleh diambil mudah..
Salam..
Terkesima jugak membaca n3 Kak Nija kali nie
Sungguh menyayat hati
Simpati apa yang dah berlaku pada anak Mr M dan kerisauan yang turut ditanggung oleh Mr M sekeluarga
Ambil dan lihat kesilapan itu sebagai pelajaran kan. Learn from mistake
Semoga tiada perkara buruk yang berlaku..
Hope the miracle will come into Mr M's..Insya-Allah..
salam datin,
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
ujian Allah yang besar, semoga anak mr m dapat memikulnya . ketentetuan Allah SWT kepada setiap hambanya yang kita tak tahu. Hari ni hari dia, esok lusa mungkin hari kita.
Jgn berputus asa, cuba dulu selesaikan dgn cara moden bagi mengesan samada terkena jangkitan maut tu atau tidak, bebanyak mohon pada Allah SWT dan bertawakal.
Insyallah.
Salam Kak Datin,
Simpati saya pada Mr. M sekeluarga. Sungguh berat ujian Allah kepada mereka. Tapi saya pasti mereka dapat menghadapinya dengan tabah kerana Allah hanya akan menguji setakat yang mampu ditanggung oleh hambaNya, kan? Allah itu Maha Pelindung, maka perbanyakkanlah doa kepadaNya. Semoga keluarga Mr. M sentiasa dalam rahmatNya.
Saya ni rasa geram sangat dengan hospital tu sebenarnya. Ada ker patut depa kompromi tentang keselamatan pekerja demi menjimatkan kos. Ntahhapahapa!
Dah la tu, suruh budak praktikal pulak tu handle "high risk patient" macam tu! hishh..geramnya makcik!
Saya sokong saranan Cik Imran, saman jer hospital tu...kasi ajar sikit sama dia! hmmphh!
ermm....sori kak datin...ter-emo plak sket..
VpeaceV
p/s kak datin boleh panggil saya Umi atau kalau nak glamer sket, Ums pun ok gak ;}
Salam Cik Imran,
Saya dah sampaikan keperihatinan Cik Imran ke Mr.M. Mula tu dia komen: "You tulis citer I kat blog U? Abislah sume orang tau..." Tapi I dah explain, identiti di rahsiakan, dan semua orang mendokan dia, keluarga dan anak dia tabah dan dilindungi Allah, terharu dia.
ps: Aaa..dah datang Mas ye...saya belum sempat komen bab 3, dah keluar bab 4, Sabtu ni saya kelam kelibut dengan urusan rumahtangga...saya suka clearkan Sabtu supaya Ahad dah releks, malam ni saya dah start releks le...denyut dan ngilu didada tu masih ada, minggu depan dah ada appointment jumpa doktor...no. handphone saya nanti saya message kat FB ye. Terima kasih le risau-risau...nanti lepas jumpa doktor, saya update...
Salam Tikah,
Terimakasih atas keperihatinan. Kesian anak dia, rasanya muda sikit je dari Tikah. Sama-samalah kita doakan keselamatan dia....
Salam Che Pit,
Apa khabar? Lama tak dengar berita....sihat ye...
Betul tu, akak pun rasa kena jenguk anak dia cepat, sebab tu pujuk dia pergi, alhamdulillah, dia dan isteri dah pergi Jumaat lepas, akak pun tak dapat update lagi....
Salam Mas,
Memang, semua ini sudah lama termaktub di Loh Mahfuz, yelah...jalan cerita kehidupan kita ni dah siap awal dari mula dalam perut sampai le ke hujung hayat...kalau kena kitapun mungkin pahit sungguh untuk ditelan, dan bersabar dalam kepayahan...semoga Allah memberi kekuatan.
Semoga Allah sentiasa melindungi kita, anak-anak kita dan keluarga kita dari musibah dan penyakit-penakit yang merbahaya...Amin.
Salam Shima,
Betul...kita pun kena ambil iktibar dan sama-sama mendoakan agar anak Mr M ni selamat. Semoga Allah melndungi.
Salam Rezeki,
Tulah yang membuat kan saya pun terfikir, bila Allah nak uji, adakalanya ujianNya yang tidak kita sangkakan. Bila Allah beri rezekipun adakalanya dari jalan yang tidak kita jangka. Terasa sangat kita ni kecil, hanya bergantung padaNya dan hanya Dia yang boleh menolong, hanya Dia yang boleh melindung...
Salam Ums (nama panggilan ni memang ada umphh!)
Terimakasih atas keperihatinan. Memang cukup simpati, saya yang kenal ngan anak diapun rasa macam luruh hati...tak tahulah apa yang Mr M & Mrs M rasai. Tapi diorang ni memang dikenali dengan kesabaran dan ketabahan, Mr M ni suka sangat sedekah makan dan rajin dengan kerja-kerja demi kepentingan Islam. Semoga Allah membantunya, sebagaimana dia selalu ikhlas membantu sesama Islam yang lain...
ps: memang bengang juga dengan hospital tu...jangan harapnya menjadi amalan di hospital lain.
Salam Datin..
Semoga keluarga Mr M tabah menghadapi ujian Allah ini.. terutama anak Mr M yang masih muda belia.. maklumlah budak2 remaja nih lain pemikiran nyer dari orang tua.. dikala ini dia memerlukan kata2 semangat daripada mak bapak dia..
harus mendapatkan rawatan dengan segera.. InsyaAllah diperingkat awal, dengan kemudahan perubatan sekarang masalah tersebut dapat ditangani. Sama2 lah kita berdoa.
psstt.. sori arr, lately nie sempat bertandang je, tak sempat nak meninggalkan jejak.. hu hu.. alasan..
salam Datin,
seperti biasalah nak tanya pasal tajuk dan cerita ni. pl explain. suka baca penerangan Datin As.
keduanya pasal cerita N3 kali ni.
sampaikan salam buat En M sekeluarga.
pesan kak S,
jangan susahati ada kengkawan kak S terjadi macam tu.relax jer.
berserah pada Allah dan berdoa.
niat kita bekerja ikhlas kerana Allah dan Allah akan tolong kita.
segala galanya dari Allah dan hanya dia yang menentukan segala galanya.
sudah tentu pihak Hosp tu dah bertindak balas dengan memberi rawatan pencegahan dan kaunseling kepada anak En M tu. mereka tak akan biarkan.InsyaAllah.
kalau pakai gloves 2 lapis pun jarum tu boleh tercucuk juga.
ada kawan kak S tu selamat sampai sekarang.
janganlah risau.perkara seperti ini telah kak S lalui semasa bertugas.
cuma En M sekeluarga kena bagi sokongan emosi dan semangat yg jitu supaya anak En M dapat menjalankan aktiviti harian dengan tenang.
smoga tabah menghadapi ujian.
ingatlah Allah maha penyayang dan amat mengasihani.
Datin,
The title "Rumah api" drew my curiosity. That is 'almanar' to me. Far beyond my expectation, the entry that follows it is truly heart-rending.
Allow me to say how sorry I am to hear of the incident. Insya Allah, all will be well for one who is innocent.Mr M should know that many are praying for the best.
Pakcik
Salam Noor,
Tarima kasih le kerana bertandang rumah akak ni...walaupun Noor tak meninggalkan jejak, tapi bau mu tetap tertinggal...jadi akak tau...ohh...Noor dah datang...alhamdulillah, maknanya Noor sihat la tu...
K.Nija sebenarnya gian nak sembang ngan Noor, nanti cita calling-calling ye...ni kat mana ni? Kat Brazil ke kat Mesia, mana la tau tengah kat persidangan ke...nampak sibuk tuh..
ps: Mr M kembang hati sebab ramai yang prihatin dan mendoakan dia dan anaknya. Alhamdulillah, anak Mr M, Adik M, telah menjalankan semua prosedur pemeriksaan dan rawatan penceahan. Semoga, terus tiada apa-apa yang membahayakan.
Salam Kak S,
Baru saya tau K.S ni dulu cik misi ye...alhamdulillah, sekarang ni Mr M, anaknya dan isterinya dah tenang dan kembali bersemangat. Kadang-kadang ketentuan Allah ni, banyakkah sangat maksud yang tersirat, mungkin untuk memberi kita merasai nikmat bersyukur...
K.S, masa saya explain pasal gergaji dulu, saya tak berapa perasan K.S ni..tapi bila saya dah perasan, rasa macam malu pulak....sebab K.S lagilah hebat ilmunya...jangan ambik hati ye...jadik pasal rumah api ni, sengaja saya explain terus dengan font yang berwarna biru...
rumah api tidak akan bergerak, kapal yang perlu mengubah laluannya. sama seperti prinsip yang tidak akan berubah sampai bila-bila, prinsip inilah yang memandu tingkahlaku kita. Siti Aishah bila ditanya tentang akhlak Rasulullah, beliau menjawab, AlQuran itulah akhlak Rasulullah, kerana antara sumber prinsip bagi kita umat Islam, ialah AlQuran dan Sunnah. Antaranya prinsip menghargai masa, prinsip adil, prinsip berusaha, prinsip berkasih sayang, bertanggungjawab dsb. Selain itu, sumber prinsip juga dari kejadian alam, sebab itu dalam Quran, Allah suruh kita belajar dari kejadian alam, malam dan siang, sehinggalah sekesil-kecil makhluk, semut, pun Allah suruh kita belajar darinya.
Sebagai contoh, dalam prinsip menepati masa, kita guna pakai untuk solat. Kalau betul rukunnya, sah wudhu'nya, tetapi tidak menepati waktunya, tetap 0 hasilnya. Kita boleh memusingkan jam kebelakang, tetapi, solat itu tetap tidak dikira. Kita juga boleh mengatakan bohong kita itu sunat, tetapi bohong, tetap hukumnya bohong, walaupun kita memberi 1001 alasan. Selalunya, apabila prinsip dijaga, tingkahlaku juga berdasarkan prinsip, hasilnya akan diperolehi dengan automatik. Jika sudah selalu bersenam, pasti ada stamina. Tapi jika hanya bercakap besar pergi ke gym setiap hari, rupanya tidak, cubalah penggil dia untuk melakukan push up 30 kali...pasti dia tak boleh malakukannya.
kita juga boleh menidakkan kebenaran prinsip, tapi kita tidak boleh menidakkan akibatnya. Kita boleh menidakkan kebenaran prinsip graviti, naik lah ke atas KLCC, dan terjun....apa akibatnya? Kita percaya atau tidak, setuju atau tidak tentang graviti, akibatnya tetap akan berlaku...samalah dengan kita menidakkan prinsip ibadah...bersolat kerana riak, bersedkah untuk menunjuk-nunjuk...di Padang Mahsyar nanti...prinsip yang akan menguasai...prinsip apa? Prinsip adil, prinsip ikhlas, prinsip jujur...tetapi sudah terlambat untuk kita menyedari bahawa menipu rupanya tidak pernah mendapat pahala sunat....
ps: K.S, mana ada orang kat blog ni panggil saya K.As, diorang ni panggil saya K.Nija la...Tapi saya suka gak nama K.S, membawa aura mudah remaja gitu...sebenarnya bila lama tak dengar dari akak, saya rasa kehilangan...rupanya akak tak pernah hilang ye....
salam Datin,
terima kasih atas tazkirah diatas. kak S amat menghargainya. dapat ilmu. terima kasih.
buat apa nak malu, Nija memang banyak ilmu tentang dunia dan akhirat. Alhamdulillah...
ilmu kena amalkan dan ajarkan .
Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.
kecuali mereka yang berpesan pesan kepada kebenaran
Dan berpesan pesan kepada kesabaran.
terima kasih Nija.
rindu itulah sayang.....
Salam Pakcik,
Thank you for dropping by. I didn't know that Al-Manar is rumah api in Arabic, is it? Wow! I learn new thing today.
I agree with you, that Al-Manar too is a rumah api to those children, giving all the guidance, assistance so that not only they know where they're going...also, the right direction... People with principles and values that govern their behavior, not only have the wisdom to differentiate what's right and what's wrong, but have the strength to choose the right thing. As Muslims, it is a bonus for us to have Al-Quran and Hadith as the source of these principles. In the end, principles controlled...not us.
Pakcik, thank you for your concern about Mr M's daughter. It is always a comfort to know that so many people do care and ever willing to pray for us...thank you, alhamdulillah. Wasalam.
salam singgah... apa citer ngan anak mr m tu?
Post a Comment