Dulu, makanan seperti laksa merupakan makanan yang sangat-sangat special dan luarbiasa. Maklumlah kampong yang dihuni oleh kebanyakan orang Jawa, pasti yang biasa dilihat dan dimakan hanyalah pecal dan soto. Bila tiba-tiba emak bawa balik sesuatu yang sangat berbeza, “Hari ni emak belajar buat laksa, ini makanan orang Pulau Pinang!”, pastinya saya rasa cukup istimewa. Hebat…hebat… Laksa kuah cair bagaikan sedap sangat.
Emak juga aktif menjual kuih dengan geng-geng W.I. Jadi dari kecil saya tahu nama-nama kuih Melayu dan kerap kali melihat bagaimana emak membancuh adunan. Sebab itu, saya rasa mudah dan sangat “common sense” untuk mengenali mana kuih yang dikukus, digoreng dan dibakar. Dari kecil saya sudah boleh membezakan mana satu tepung ubi, tepung pulut, tepung beras dan tepung gandum. Malahan saya juga tahu perbezaan tepung custard (orang kampung menyebutnya tepung kastat) dan tepung jagung. Emak mengajar saya untuk merasa setiap tepung dengan jari, dan memang benar, setiap tepung rasanya berbeza. Saya belajar dengan emak dalam keadaan yang sangat tidak formal. Bahasa dan nama setiap bahan dan adunan juga hanyalah bahasa orang kampong.
Berlainan dengan anak-anak saya. Kuih Melayu bukanlah “common sense” mereka. Pertamanya, mereka jarang sangat makan kuih Melayu. Kuih yang mereka tahu hanyalah karipap. Keduanya, saya pula jarang sangat masak kuih Melayu - yang saya sering buat ialah karipap. Ketiganya, mereka memang bukan jenis pemakan. Keempat, memang salah saya juga kerana tidak memperkenalkan kuih Melayu pada mereka.
Jadi, dengan kesedaran yang datang tiba-tiba, bila Nisha bertanya saya kelas Kemahiran Hidup yang mana satu dia perlu pilih, saya terus menyarankan Sains Rumahtangga. Kononnya supaya dia ada “skill” kewanitaan - tahu memasak dan menjahit. Di sinilah cabaran sebenar bermula…
Dari Tingkatan Satu, Nisha tak pernah skor subjek yang satu ini. Matematik dia memang “best student”. Tapi yang selalu membuatkan kedudukannya dalam kelas jatuh adalah kerana subjek Kemahiran Hidup. Asyik dapat markah 60-an, tentulah C memanjang. Jika pada saya memasak itu “common sense” tetapi bagi Nisha “it doesn’t make sense”. Ia menjadi satu subjek yang sangat susah, "complicated" dan “hopeless”. Minat dia untuk belajar ada, tetapi semakin hari semakin susah dan “impossible”.
Tiga bulan menjelang PMR, dia masih belum boleh melonjakkan markah ke A. Saya hanya memerhati dari jauh, adakalanya pelik dan hairan. How come? Memasak kan “common sense”, takkan boleh jadi susah sangat?
Satu hari saya duduk dan cuba untuk memahami “apa yang susah sangat tu?”. Apalagi, dia bertanya soalan bagai bertih goreng – kuih kasui tu macamana? Kuih talam tu macamana? Kuih lapis tu macamana? Kuih mana guna tepung pulut? Kuih mana guna tepung beras? Apa bahan utama cucur badak? By the way, cucur badak tu macamana rupanya? Kuih apa guna kaedah gaul dan ramas? Banyak sungguh soalan! Bahasa yang digunakan sungguh...Bahasa Dewan Pustaka...
Soalan pertama, saya jawab dengan menghuraikannya dalam bentuk gambaran. Kuih kasui tu warnanya coklat pekat hampir macam hitam, dan diselaputi kelapa parut….
Hmmm…huraian itu tidak berjaya! Kerana, huraian itu hanya saya yang nampak visualnya, sedangkan Nisha langsung tidak nampak apa yang saya nampak. Hampir semua kuih yang saya huraikan tidak berjaya membuatkan Nisha “nampak” atau “perasan” kuih-kuih tersebut. Hampir setengahari saya cuba mengajarnya, tapi bagaikan sia-sia.
Hinggalah akhirnya…..AHA!!!
Saya ambil Ipad dan mula meng-google imej, bermula dengan imej kuih kasui.
Tadaaaaa!!!!
Sumber: perantaukitchen.fotopages.com |
Inilah kuih kasui….
Jawab Nisha, “Ohhh….kuih niiii….”
Saya google lagi….
Tadaaa!!!!
Sumber: homefamilysite.com |
Inilah kuih seri muka…
Jawab Nisha, “Ohhh…kuih ni…”
Saya google lagi…
Tadaaa!!!!
Sumber: resepiraidah.blogspot.com |
Inilah kuih cucur badak…
Jawab Nisha, “Ohhh…kuih ni...”
Bagus…bagus….
Nampak sudah ada progress!
Saya letak Ipad di atas meja dan beransur ke dapur untuk masak makan tengahari.
“Okey….kalau ada apa-apa lagi yang Nisha nak tahu…google je ye…”
Saya tinggalkan dia belajar sendirian bila sudah dapat melihat perubahan yang signifikan. Kepala saya rasa ringan…dan saya juga nampak Nisha mula rasa seronok mengulangkaji Sains Rumahtangga dengan menggunakan Ipad.
Tak lama saya di dapur, baru mula nak menumis, dia turun mendapatkan saya…(Apa lagi nih...)
“Ibu, skon titis guna bater jenis apa? Pekat ke cair?”
Zappppp……saya terpana…..
Skon titis? Kuih apa tu? Langsung tidak dalam “Kamus Masakan” saya. Saya cuba menggunakan logik akal. Perkataan titis tu bunyi macam menitis. Jadi kalau benda yang menitis, selalunya cecair macam air…jadi skon titis pasti guna bater cair….bijak…bijak….
Jadi, saya pun dengan konfiden memberi jawapan, “Mestilah bater cair!”
“Orait…” Jawab Nisha, dan berlari naik ke atas.
Tak lama kemudian, dia berlari turun balik mendapatkan saya semula. (Apalagi nih? Minyak tumisan saya dah panas berasap, dan saya matikan semula dapur….macam ni bila nak siap masak?)
“Bu, salah la…jawapan kat belakang kata bater pekat….”
Aikkk…apsal pulak bater pekat? By the way…skon titis tu kuih apa ke benda nyer? Tak pernah saya dengar.
“Kuih apa ye skon titis ni?” Saya menyoal Nisha.
“Laa…ingat ibu tahu! Ibu tak tahu ke?” Nisha pulak menyoal saya balik.
Lama saya cuba mencari rasional dari nama “skon titis” untuk cuba mengagak rupa bentuknya. Saya tahu skon pasti dari nama “scone”, dan saya tahu rupa scone. Tapi bila digabungkan dengan titis….skon titis….saya langsung hilang idea.
“Pi ambik Ipad…” Saya menyuruh Nisha, kerana itu saja penyelesaiannya.
Dalam kepala, saya tidak berharap sangat Mr. Google tahu jawapannya. Nama itu sangat tidak pernah (walau sekali) saya dengar, dan kerana itu juga saya tidak yakin ianya ada dalam internet.
Sayapun men-google…(lama pulak gambar nak timbul, buat suspen je…)
Akhirnya! Tadaaaa….
Laaa….ini ke skon titis!!! Saya dan Nisha gelak sampai terkeluar air mata….
Padanlah guna bater pekat! Seumur hidup tak pernah pun sebut kuih ni sebagai skon titis…
Apasal la beri nama skon titis...adoiii…
(By the way, tak sangka sungguh maklumat skon titis pun ada di Google!)
Anda tahu tak skon titis tu kuih apa?
Ha…ha…kalau nak tahu…google-lah sendiri!
Selamat meng-google!
(Hint: Ada dijual di McDonald! Lepas ni cuba order begini, “Set skon titis satu!”. Agak-agak, tercengang tak adik McDonald tu?)
2 comments:
Assalamualaikum kak nija..
hahaha... cam mana kuih tu dpt nama skon titis? dari indon ker? tapi saya suka kuih tu...
akak... i miss u so much....
Atikah
Salam Tikah,
Mungkin itu bahasa Melayu baku..
Selalu kita sebut namanya dalam Bahasa Inggeris, sampai tak tahu Malay word-nya.
ps: I miss you too...
Post a Comment