Thursday, December 22, 2011

Result (Part 1).

Setelah 2 bulan menunggu, akhirnya yang ditunggu menjengah tiba.    Entah kenapa, saya tidak berdebar.  Saya tenang-tenang saja.  Saya mengharapkan kejayaan cemerlang, tetapi saya juga mahu Nisha melihat semua ketentuan dengan pemikiran positif.  Saya tak mahu dia tertekan.  Yang penting dia telah berusaha, itu sudah satu kejayaan hebat dalam mendisiplinkan diri.

“Apapun keputusan yang Nisha dapat, for me, you are always the champion!”

“Result hanyalah satu bonus, tapi Nisha sudah berjaya dalam banyak perkara tentang life.”

Itu sekadar nasihat.

Kenapa saya tidak berdebar?  Kerana saya sudah boleh membuat telahan dan jangkaan.  Habis saja setiap subjek ketika PMR dulu, malamnya saya curi-curi memeriksa jawapan.  Ianya lebih untuk menenangkan hati sendiri.  Cuma jauh dalam hati, saya mengakui, hanya satu keajaiban yang akan memberikan Nisha keputusan yang lari dari jangkaan saya.  Itulah kuasa Allah...semuanya boleh berlaku melangkaui logik.  Saya tahu dia boleh dapat 8A, tetapi saya juga amat bersedia jika bukan itu yang Allah rezekikan.  Doa saya panjang, tapi hati saya berserah dan mengharap...ianya hanya akan berlaku dengan izin Allah.

Malam tadi saya bersembang panjang dengan Nisha...hingga dua pagi.  Menyiapkan Nisha dengan kekuatan mental untuk menghadapi semua kemungkinan.  Kemudian kami sama-sama sujud berdoa, namun saya masih boleh mengusiknya, “It’s too late for this, result tu dahpun dicetak...”  Kamipun sama-sama tergelak.

Pagi tadi, ayahnya yang menghantar.  Saya tidak ikut kerana merancang untuk membuat satu kejutan, “Maaflah, ibu ada meeting...”  Itu hanya sekadar alasan.

Tepat 10.00 pagi, 3 SMS saya hantar ke nombor 15888.  Namun hingga 11.00 pagi tidak menerima satupun jawapan.  Dalam sibuk bermesyuarat, akhirnya saya menerima SMS jawapan.

“Alahamdulillah...”  Secara automatik terpacul perkataan tersebut dari mulut saya, agak kuat hingga rakan tertanya-tanya.  Saya cuba menghubungi Nisha tapi tidak berjawab.  Saya ingin mengirim SMS tahniah, tapi saya juga tak mahu merosakkan rasa suspen yang sedang dirasainya.  Dia tentu sedang gementar dan teruja, dan saya tidak mahu merosakkan keterujaan itu.  Memandangkan dia tidak menghubungi saya lagi, bermakna dia belum menerima keputusan di sekolah.  Wah, saya telah menerimanya lebih awal.

Saya terus bergegas ke sekolahnya.  Dalam perjalanan saya cuba menelefon Nisha sekali lagi, dan masih tidak berjawab.  Setengah jam kemudian baru dia menghubungi saya.  Nada suaranya ceria dan meminta saya meneka keputusannya.  Mestilah saya dapat meneka dengan tepat sebab saya sudah tahu lebih awal.


Saya menunggunya di depan sekolah dengan sejambak bunga – 8 kuntum ros pink, satu kuntum untuk setiap A.  Ianya sekadar kejutan mudah.  Nampak saja dia keluar dari pintu pagar, saya menghampirinya, memeluknya, mencium dahinya, “Congratulations!”  Dia jelas terperanjat dengan bunga yang diterimanya, tapi saya tahu dia suka.

Harga bunga? (boleh tahan mahalnya).

Kegembiraan anak? Priceless...

8 comments:

rezeki said...

salam datin

tahniah

moga terus suksess dunia dan akhirat

insyallah

afeezz said...

tahniah nisya.. semoga terus mau dan berjaya

CM said...

tahniah sweet girl..juga pada ibu,,,ibu yg hebat pasti melahirkan anak yg hebat,,,miss u kak...

Kak Sidah said...

Salan Nija,

Alhamdulillah...tahniah..akak sama2 nak share kegembiraan nija sekeluarga..harap nisha akan terus berjaya di exam2 akan datang..insyaallah..

Lama kan kita tak jumpa..hope to see you soon...ingat masa nija dtg kat pej akak masa tu..until now kita tak jumpa lagi..

Asnija said...

Salam Rezeki,

Terima kasih banyak. Alhamdulillah syukur.

Asnija said...

Salam Afeez,
Terima kasih atas doa dan ucapan.
Alhamdulillah syukur.

Asnija said...

Salam Mas,

Terima kasih banyak atas doa dan ucapan.

Tapi pujian Mas tak sanggup untuk menerimanya...
Sebab...
Tak semestinya anak-anak hebat dilahirkan oleh ibu yang hebat...
Dan tak semestinya juga ibu hebat melahirkan anak yang hebat...

Ada emak hebat, anak tak hebat...
Ada emak tak hebat, anak hebat...

Rezeki dan ujian masing-masing..
Syukur dikurniakan anak-anak yang baik...
Bila anak tak baik tu...ujianlah agaknya ye...

Moga kita terus sabar dan solehah...

Terima kasih ye, Mas.

ps: Bila guru-gurunya hebat...pasti anak murid jadi hebat...

Asnija said...

Salam K.Sidah,

Terima kasih atas ucapan dan doa.
Syukur alhamdulillah.

Semoga akak sihat ye.

ps: Memang betul, lebih setahun tak jumpa sejak meeting kat ofis akak tu...selalu meeting di bangunan SME je.