Thursday, July 21, 2011

Furious.

Anak-anak lebih suka membaca bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris.  Karangan Bahasa Inggeris mereka jauh lebih baik berbanding karangan Bahasa Malaysia.  Apa yang mereka cuba luahkan dalam Bahasa Inggeris lebih “natural”.  Sedangkan luahan mereka dalam Bahasa Malaysia lebih ke arah “Doraemon”.

Di rumah, kami tidak pula bertutur dalam Bahasa Inggeris.  Namun, bila bercakap dengan kucing, Amni lebih banyak “speaking”.  Pelik juga bila kucing boleh memahaminya...Adakalanya ingat Amni berbual dengan orang....rupanya ber-“conversation” dengan si kucing...

Bila semakin banyak membaca, semakin besar jumlah perkataan Bahasa Inggeris yang mereka pelajari.  Ada yang mereka boleh agak maksudnya, ada yang mereka cari dari kamus, ada yang mereka bertanya sesama sendiri.

Satu hari saya terdengar Nisha bertanya pada Amni, “Furious tu apa?”

“Kak Nisha tak tahu ke?  Furious to more than angry.  Macam bila ibu marah sangat...macam naik hantu-lah...”  Terkekek-kekek kakaknya tergelak gelihati.

“Haa....betul....betul.....”  Jawab Nisha dalam ketawa.

Cara Amni menjawab soalan kakaknya turut mencuit hati saya.  Dalam kelakar, terdetik juga dalam hati...alamak....sampai begitu sekali persepsi anak-anak....

I promise not to “naik hantu” ever again....

4 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Asnija

Alhamdulillah
anak2 saya BI yg paling lemah...he he

Wassalam

Kakzakie Purvit said...

Kalau adik-beradik bercakap mesti mereka ambil contoh terdekat. Ibulah jadi bahan contoh...:)

p/s: Lama tak nampak gambar Nisha

Asnija said...

Salam Razali

Dari seawal 3 tahun saya mengajar mereka membaca bahasa Inggeris menggunakan buku Peter & Jane siri 1 hingga 12, 36 buku semuanya. Dari anak sulong lagi. Masuk siri 4, selalunya mula lancar dan lekat grammar. Iqra' pula menjadikan mereka pandai membaca jawi dengan cepat. Paling lewat membaca rumi. Mungkin saya tak jumpa buku yang sesuai, dan sistematik. Mungkin cikgu-cikgu ada cadangan, boleh usahakan buku BM pula.

Bagusnya Peter & Jane dan Iqra' sebab keduanya menggunakan konsep ulangan, mengenal perkataan dan menyebutnya terus bukan mengeja dan terbahagi pada 3 bahagian - pengenalan perkataan baru, kemahiran membaca dan pengkayaan bahasa.

Semoga tips ini boleh memberi idea pada parents yang lain dan guru-guru.

Selamat mencuba.

Asnija said...

Salam K.Zakie,
Memang anak-anak akan menjadikan ibu atau bapa mereka contoh terdekat. Mencabar kan tanggungjawab kita ni...a real full time job.