Friday, July 29, 2011

Akhirnya kita sendirian...









Kita datang sendiri...
Kita pulang juga sendiri...

Bila saatnya tiba, tiada siapa lagi dapat membantu...
Suami...anak-anak...keluarga dan rakan-rakan...terputus semua hubungan...

Rapatnya kita dengan Allah...itulah satu-satunya kepastian yang boleh memudahkan perjalanan kita yang seterusnya.

Di tengah-tengah malam, menatap wajah anak-anak dan suami yang nyenyak tidur...terasa benar sunyi yang panjang...hening dan sepi...

Alhamdulillah kerana terfikir dan terkesan dengan kenyataan ini...

Apalah sangat keseorangan di dunia ini...
Akhirnya nanti...aku keseorangan juga...

8 comments:

ainhany said...

salam kak nija,

Subhanallah...kesepian adalah peluang muhasabah sebelum dijemput. Muga kita sentiasa mmdpat petunjuk Ilahi.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN kak,
Mhn ampun maaf, mudahan ramadan ini terbaik dan terhebat!! selamat beramal.

rosli said...

Asnija,

TQVM for sharing, ianya menangkap hati dan perasaan saya bila terjaga malam....giliran kita akan tiba satu hari nanti

shami2 said...

Salam kak nija...

Sepi malam ...lebih indah sesaat itu kita isi dengan mengaji barang sehelai dua al quran...dan memahaminya sepi itu lebih indah dengan menikmati kasih sayang Tuhan kepada kita.... dengan menyerahkan sepenuhnya diri kita padaNya...

Terima kasih kak ..sepi malam itu turut saya kongsi bersama...

Asnija said...

Salam Ainhany,

Terima kasih atas ingatan. Memang bila kita leka, senang lupa utk muhasabah diri.

Selamat berpuasa untuk Ainhany sekeluarga.
Wassalam.

Asnija said...

Salam Rosli,
InsyaAllah..semoga malam-malam Ramadhan dapat kita semua hidupkan dengan penuh kerendahan hati pada Illahi.

Wassalam.

Asnija said...

Salam Shami,
Terima kasih atas ingatan. Setuju sangat dengan pesanan Shami tu. Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.

Selamat berpuasa.
Wassalam.

atuk said...

Assalamualaikum Asnija

terlalu sukar untuk bangun pada 1 per 3 malam
mudah2an, bln Ramadhan ini Allah permudahkannya

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAHAN AL MUBARAK

Wassalam

Asnija said...

Salam Rozali,
Semoga kita semua dapat menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mudah dan ikhlas, seterusnya menjadi amalan sepanjang tahun.
Wassalam.