Friday, December 24, 2010

Guide Book To Hong Kong - Part 5

Final Part
Travelling with kids – making their dreams come true!

Day 5
Itinerary
Disney's Hollywood Hotel
DISNEYLAND


Si kecik happy...her dream comes true...















Pagi ini saya bangun awal dan mengejutkan Amni lebih awal dari biasa. Sebelum check-out, kami mahu ke Kowloon Park terlebih dahulu dan mengambil kesempatan untuk ke swimming pool. Kowloon park hanya bersebelahan dengan BP International dan dari bilik hotel, swimming pool-nya nampak besar, bersih dan cantik. Pukul 7.00 pagi kami sudah berjalan di sekitar Kowloon park, dan ramai sungguh golongan tua yang sedang ber-taichi, dalam kumpulan-kumpulan kecil di sekitar taman. Hampir setengah jam berpusing-pusing dan menikmati suasana pagi, kami kemudian ke swimming pool. Nisha dan Amni saja yang mandi-manda, saya menunggu di tepi kolam. Suami pula pergi ke pasaraya Wellcome untuk membeli bekalan makanan untuk dibawa ke Disneyland. Pukul 10.00pagi kami balik ke hotel dan terus bersiap untuk check-out. Pada mulanya kami merancang untuk mengambil teksi ke Disneyland, tetapi setelah beberapa hari menggunakan MRT ke sana sini, kami berkeputusan untuk menaiki MRT sahaja dengan beg-beg besar kami tu...pertamanya sebab mudah dan kami lihat ramai yang mengangkut beg besar ke hulu ke hilir di setiap stesyen. Lagipun tidaklah susah sangat...paling penting, kad Airport Express kami masih lagi boleh digunakan untuk perjalanan percuma.

Urusan check out berjalan lancar, dan tepat 11.30 pagi, kami berjalan ke Jordan Station dengan menyorong beg besar masing-masing. Dari Jordan Station kami berhenti di Central Station untuk menukar keretapi ke laluan Tung Chung. Kami berhenti di Sunny Bay, dan kemudian menaiki “connecting train” ke Disneyland. Keseluruhan perjalanan mengambil masa kurang dari 1 jam.

Di Central Station, menunggu train ke Tung Chung.















Connecting train dari Sunny Bay ke Disneyland
dihiasi dengan motif Mickey Mouse.

















Sampai dah...















Kami tiba di perhentian Disneyland lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Anak-anak sungguh teruja dan mereka kelihatan sangat seronok dan berposing-posing di depan pintu gerbang Disneyland. Kemudian kami menaiki shuttle bus ke Disney Hollywood hotel untuk check in terlebih dahulu. Bus ini akan pergi ke Hong Kong Disneyland Hotel dahulu sebelum berpatah balik ke Disney’s Hollywood. Disneyland Hotel seperti istana reka bentuknya, manakala reka bentuk Disney’s Hollywood lebih moden. Urusan check in juga cepat dan mudah, dan kami membeli terus pakej tiket untuk 2 hari. Namun, pakej tiket 2 hari ini hanya untuk 4 orang sahaja untuk satu bilik. Jadi, untuk Amni, saya belikan pas tahunan untuk kanak-kanak kerana ianya lebih murah, dan dengan pas tahunan, kami mendapat diskaun 20% untuk harga bilik. Sebenarnya, kami tidak menjangkakan diskaun 20% ini, dan seronok sungguh bila harga bilik menjadi lebih murah berbanding ketika saya menempahnya.

Oh..ya!  Bila dah sampai Disneyland ni, jangan lupa bila balik nanti untuk memulangkan Airport Express Card ni airport ketika nak balik Malaysia nanti, tanya di kaunter pertanyaan di airport.  Jadi, anda boleh dapatkan kembali deposit HKD 50 untuk setiap kad...kalau saya, itu saja sudah HKD 250...boleh guna untuk bershopping-shopping di airport....Kad ini juga boleh dipulangkan di mana-mana stesyen MTR.









Semua hiasan dengan tema Mickey.
















Bilik di Disney’s Hollywood lebih besar dan lebih selesa. Perbandingannya seperti bilik di Sunway Resort, malahan lebih besar sedikit. Masuk saja ke bilik, kami berehat sebentar sebelum terus solat jamak takdim zohor dan asar, makan tengahari (saya sempat masak ketika di BP International), dan kemudian bersiap untuk ke Disneyland. Kami perlu pergi sebelum 3 petang untuk melihat Disney Parade. Oh...ya! Jangan lupa untuk dapatkan semua jadual show.ketika check in.















Sampai saja di Disneyland, Amni dan Nisha memang terlalu gembira dan seronok. Ketika kami sampai, Disney Parade sedang melalui Main Street USA, dan betul-betul berhampiran dengan main entrance. Jadi kami terus saja menyaksikannya dan berposing-posing. Disneyland terbahagi kepada 3 bahagian. Di depan sekali di bahagian kiri ialah Adventureland (terkenal dengan karakter Tarzan), di belakang sekali ialah Fantasyland (terkenal dengan karakter Mickey Mouse & friends, princesses etc.) dan bila anda berjalan ke depan semula akan melalui pula Tomorrowland (karakter terkenal ialah Buzz Lightyear, Lilo & Stitch).




















Selesai menyaksikan Parade, kami terus ke Fantasyland di bahagian belakang kerana mahu mengejar masa untuk bergambar dengan karakter. Anda boleh menemui karakter-karakter ini di Fantasy Garden.






































Saya merancang hari pertama untuk sessi bergambar anak-anak dengan semua karakter terlebih dahulu dan menonton show It’s a Small World dan High School Musical Live. Untuk maklumat lanjut tentang show dan attraction di setiap bahagian, klik Maklumat Show dan Map.


















Lawatan hari pertama di akhiri dengan menonton pertunjukan bunga api. Anda perlu sampai awal 10 minit sebelum pertunjukkan untuk mendapat tempat yang strategic....wow...BEST! Kalau boleh, jangan miss untuk menontonnya – must see! Habis saja pertunjukkan bunga api, laluan keluar menjadi terlalu sesak dengan lautan manusia. Jadi, kami menyinggah di kedai souvenir terlebih dahulu...apa lagi...bershopping-shopping pula. Pukul 9.00 malam sampai di hotel dan berehat.


















Esoknya, kami masuk ke Disneyland lagi, dan menghabiskan show yang kami tidak sempat lihat semalamnya. Dan petangnya, kami menonton pertunjukan bunga api kali kedua dan terakhir. Ketika berjalan balik ke hotel, anak-anak rancak berbual sesama sendiri bercerita show mana yang mereka suka. Sesekali terdengar mereka menyatakan rasa sedih kerana percutian sudah berakhir. Esok petang kami akan berangkat balik ke Malaysia. Di sini, semuanya fantasi....di sana...semuanya realiti....(tak dinafikan, saya pun terasa berat hati juga...)


Masing-masing ada satu beg...sempat bershopping...
















TIP:

Jika anda beli pakej tiket 2 hari, tiket ini membolehkan anda keluar dan masuk Disneyland tanpa had untuk 2 hari berturut-turut. Jadi anda boleh merancang aktiviti dengan lebih mudah dan berpeluang menyaksikan semua show tanpa tergesa-gesa. Pakej ini hanya boleh dibeli sekiranya anda tinggal di hotel-hotel Disney, samada Hong Kong Disneyland Hotel ataupun Disney’s Hollywood. Untuk maklumat tentang pakej , pergi laman web Disney halakan mouse di bahagian Tickets & Reservations, kemudian klik Special Offers. Lihat di bahagian Hotel Offer, dan klik Stay2Day Tickets.

Untuk perbandingan, tiket untuk 1-day Entry ialah HKD 350 (dewasa), HKD 250 (kanak-kanak), manakala untuk 2-day Entry ialah HKD 398 (dewasa). Annual Pass untuk kanak-kanak (Value) HKD 460.

Waktu buka:

10.00 pagi – 7.30 petang (bergantung pada perayaan dan musim)


Tarikh lawatan dan jadual show:
Sebelum lawatan anda, rujuk dahulu Jadual, bagi memastikan jadual show dan waktu buka terkini.  Jika anda pergi sekitar bulan Oktober, ianya bersamaan dengan perayaan Halloween, dan Firework show tidak ada pada malam-malam tertentu kerana digantikan dengan Halloween Parade. Waktu buka dan tutup juga berbeza-beza mengikut musim dan perayaan seperti Halloween dan Christmas.

Disneyland di tutup selepas pertunjukan bunga api pada pukul 7.30malam. Tetapi sepanjang Disember, waktu tutup dan pertunjukan bunga api ialah 9.00 malam.


Cadangan itinerary untuk 2 hari:

Hari pertama – ambil gambar dengan semua karakter; lihat Disney Parade dan High School Musical show, dan It’s a small world show.

Hari kedua – tonton show yang lain.

Must see:
Fantasyland – Mickey Philharmagic, The Golden Mickey, Adventure of Winnie Pooh, It’s Small World.
Tomorrowland – Stitch Encounter.
Adventureland – Festival of Lion King.
Disney Parade & firework show.

Must ride:
Tomorrowland – Space mountain, Buzz Lightyear Astro Blasters, Autopia.
Adventureland - Jungle River Cruise.

[Baca Part 1]
[Baca Part 2]
[Baca Part 3]
[Baca Part 4]
 

NOTA:
Semoga Guide Book to Hong Kong ini dapat membantu anda (terutamanya ibu-ibu) yang ingin membuat perancangan melawat ke Hong Kong. 
 
Hong Kong merupakan destinasi yang menyeronokkan dan dengan perancangan yang baik dari segi bajet dan makanan, percutian ini memang akan memberi kenangan manis dan menggembirakan anak-anak.
 
Harga tiket kapalterbang (dengan Air Asia) dan hotel adalah pecahan bajet yang paling sedikit.  Yang memakan bajet besar ialah bayaran tiket masuk ke semua tempat lawatan.  Sebagai kiraan kasar, peruntukkan RM1000 untuk setiap orang bagi meliputi semua bayaran.  Jika 5 orang, maknanya anda perlu ada RM5000, dan sediakan paling kurang RM500 untuk perbelanjaan lain. Of course, kalau ada lebih....pasti lebih baik....
 
SELAMAT BERCUTI!

(Lawatan saya ke Hong Kong ialah pada tahun Oktober 2010.  Sila semak maklumat terkini dari website yang berkaitan.  Manalah tahu ada perubahan terkini.  Maklum saja, tempat dan lokasi boleh berubah-ubah.)

The best part of this trip...

Sebelum trip ini, saya berulang kali berpesan dengan anak-anak tujuan perjalanan ini - explore & learn....and having fun along the way.  Kemudian saya memang tekankan that "we go as a team". Sepanjang trip, saya dan suami memerhatikan tingkah laku anak-anak, ada moment yang membuatkan kami "impressed", ada yang membuatkan kami "proud of", ada yang membuatkan kami "happy with" dan ada juga yang membuatkan kami "dissappointed".  Kami juga tahu, mungkin juga ada tingkah laku kami yang membuatkan anak-anak berperasaan yang sama.

Jadi, selepas 2 hari balik dari trip, saya dan suami "call for a family meeting"...kiranya macam post mortem gitu....(macam kelakar bunyinya, tapi, actually...this is the most important session beside the trip...rasanya learning point banyak ketika sessi post mortem.  Anyway, "pelaburan" duit untuk trip ini...pastinya saya tak nak menjadi sia-sia....heh..heh...)

So, lepas maghrib selalunya kami ada sessi Ta'lim (sessi ini Zaid yang jadi naqib berpandukan buku Fadhilat Amal), kamipun memulakan sessi Post Mortem...dua perkara yang kami mahu mereka kongsi dan cerita....what I like the most, and what I don't like the most.

Kami mulakan dengan Zaid selaku abang sulong, kemudian Nisha, kemudian Amni, saya dan akhirnya suami.  Kami semua meluahkan apa yang kami rasa, ceritakan apa yang kami lalui dan jika perlu....mengakui kesalahan dan minta maaf atau berterima kasih.  Ketika tiba giliran Amni, saya sebenarnya tidak menduga dia meluahkan perasaan sehingga menangis...dia menangis ketika meminta maaf pada insiden-insiden dia bad mood....dan dia sebak bila mengucapkan terima kasih pada kami kerana membawanya ke Hong Kong dan dia sebak bila berjanji "In future, Amni promise to be really...really better...Amni tahu Amni tak boleh senang sangat bad mood....Thank you so much for all the souvenirs...."  Dia bercakap sambil menahan sebak, dan matanya penuh dengan airmata.

Ketika makan malam, Zaid berbisik pada saya..."Cayalah...Amni boleh cakap sampai nangis....".  Sebenarnya kami semuapun ikut menangis ketika itu...that was so sweet...I believe....the kids learn significantly....we also learn significantly....

Esoknya, saya tampal di peti sejuk "Road to London 2015".  Semua anak-anak sibuk bertanya...."Betul ke, Bu? Betul ke...?" 


Mmmm...jawapan saya, "But of course...only when you all deserve it..."

7 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam nija,

bestnyer jalan2 kat disneyland....tapi kak nab tak larat nak ronda2 semua area masa kak nab g disneyland kat paris tu...:((

ainhany said...

Salam kak nija,

Ohhh jauhnya akak dan family bercuti..bertuahnya pengisian dan postmortem family trip ini.

Membaca n3 akk nie, merasai seolah2 diri dibawa bersama ke HK Disneyland. Terima kash ats perkongsian....

ermm mickey tak ikut amni balikke?

Asnija said...

Salam K.Nab,
Disney HK kecik je compare to Paris punya, dan pasti lebih hebat, patutpun K.Nab tak larat, sayapun tak larat sebab 6 hari asyik berjalan kaki, melayan budak-budak punya pasal..kasut sampai haus..

Asnija said...

Salam Ainhany,
Budget trip je..semua redah sendiri..jauh lebih murah dari tour package..tu yang boleh pegi tu..rezeki dpt tiket AirAsia tersangat murah..sesiapapun boleh travel..

rezeki said...

salam datin

alhamdulillah

perancangan sebelum, semasa dan selepas travel sgt penting menjadikan suatu perjalanan tu seperti yang kita rancang dan dgn izin Allah jua

pasti anak2 dan mak anak serta bapak anak seronokkan hehe

kat disneyland dulu, kami tak naik ride, hanya anak2 yang mencuba semua ride. suasana dingin menyebabkan rasa nyaman je lepak2 kat disney tu

now we are also preparing for Jun 2012 olympic in london , ujung tahun 2011 mesti semua dah booked psl kami nak tour europe sekali by eurostar , hope Allah perkenankan

Asnija said...

Salam Rezeki,
HK ketika kami pergi suhu seperti Msia, tapi agak nyaman, tidak panas terik.

Bila balik dari Tour Europe, jangan lupa tulis guide book dan tips naik eurostar, boleh jadi panduan kita semua. Pasti berbulan buat research. Selamat bercuti!

CT said...

Wah..bestnya kat Disneyland...