Tuesday, October 26, 2010

The sweeeeeeeeet things in life...

CUPCAKES!!!!   Memang sweeettttt.....


























Tahun ini, Amni mahukan cupcakes untuk majlis harijadinya.  Boleh terasa kemanisannya...hiasan comel dan berwarna-warni.  Saya bertanya pada Amni, "Nak gambar princess ke?".  Dia menggeleng, "I'm a grown up already...".  Hmmm.....ye lah tu!

Jamuan yang simple, dan paling mudah...order pizza!  Mengendalikan games dan aktiviti untuk budak-budak, kena berfikir macam budak-budak.  Adakalanya kita ingat simple, tapi bagi budak-budak complicated.  Penat....tapi saya dan suami enjoy melayan kerenah mereka.


Riuh-rendah bersorak-sorak...
menjerit-jerit, bertepuk tangan...








Amni happy dikelilingi kawan-kawan...
  































Habis saja games, si comel Afikah datang menghampiri saya, "Best lah Auntie....tahun depan buat lagi ye..."

Hmm....ye lah tu!



Happy Birthday Amni!
Stay cute...stay baby...










Sempat juga kami tulis wish kami di Ocean Park, HK
















Nota:
Thanks to Anis kerana sempat menyediakan cupcakes yang cute sesangat.  Creative design, fresh dan color combination yang sangat sweet.
[Klik Anis Magic Fingers]

[Klik untuk baca entry terkini]

Monday, October 25, 2010

The Leader In Me...


























Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terus-terusan bertanya dan membeli buku The Leader In Me versi BM.  Laman web berikut mengandungi banyak sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan dengan percuma.

Lawat laman web The Leader In Me.

Klik di Student School Yard untuk mendapatkan banyak aktiviti yang boleh digunakan untuk pembelajaran anak-anak. Kepada ibubapa pula, boleh klik di Parent’s Place untuk muat turun sample parenting lesson.

Dengar bagaimana anak-anak ini bercakap tentang 7 Habits....cute sungguh!
Klik Elementary Students Teaching 7 Habits

Untuk guru-guru sekolah, jangan lupa untuk menonton video ini...
Klik The Leader In Me - Video Preview


Program Untuk Cuti Sekolah!
Ramai yang bertanya tentang program 7 Habits Teens selepas membaca entry tentang Cik Khalifah [baca di sini], berikut merupakan maklumat tentang program untuk cuti sekolah yang akan datang:

Program:  The 7 Habits Of Highly Effective Teens
Tarikh: 27-28 November 2010
Tempat:  The Saujana Kuala Lumpur
(Dulu dikenali sebagai Hyatt Saujana Subang)

Klik untuk Brosur Program.


"If you think education is expensive, try igorance."
- Derek Bok

Thursday, October 21, 2010

Influence the influencer....


Up Close And Personal With Joseph Grenny



















Ini merupakan antara event besar untuk tahun ini, dan merupakan event penutup.  Semua tempat duduk habis terjual awal-awal lagi.  Sebahagian besarnya merupakan dari kalangan C-Suite – CEO, COO, CFO, CHRO, CLO. 
  
Perancangan yang awal, dan persediaan yang rapi sememangnya menjadikan kejayaan program ini lebih predictable.  Everything was in place and in order.  Ini merupakan kali kedua Joseph Grenny (kami memanggilnya JG) datang menjayakan program.  Sebagai syarikat yang mewakili Vital Smart di Malaysia, seperti juga Dr Stephen R Covey, beliau merupakan bos kami juga.  Bezanya, Dr Covey ialah bos kami dari FranklinCovey.

Para peserta sentiasa teruja dan bersemangat menjalankan
semua aktiviti yang diberikan.




Seperti selalu, saya memang amat mengkagumi JG. Beliau sangat dramatik dalam penyampaiannya, very articulate, refined dan bijak. Tidak hairan apabila tea break, para peserta menyerbu beliau, bertanya soalan dan meminta tanda tangannya...itu baru morning tea break. Ketika makan tengahari, bos event, Shamien, terpaksa mengawalnya untuk memberi peluang beliau makan dan berehat. Jika tidak, para peserta memilih untuk menyerbunya berbanding makan.



















Satu yang paling melekat di kepala saya ialah kata-katanya – many thoughts are incomplete or inaccurate. Make the undesirable desirable, and surpass your limits. Dari satu cerita ke satu cerita, saya mendengarnya satu persatu. To influence....not to persuade....

Buku-buku ini habis terjual,
para peserta berebut-rebut meminta JG menandatanganinya...

















 


Tahniah buat semua CPs dan event team yang telah bertungkus lumus menjayakannya. And, Saik...you really did a great job as MC...

Great job girls!!!



















(July tahun depan...Dr Covey pula turun...we look forward to have him next year! Start working guys....start working....)

Friday, October 1, 2010

Sebelum maghrib...

Pohon mangga tumbuh merendang
Tumbuh merendang tepi perigi
Besar hati sudi bertandang
Tahun hadapan berkunjunglah lagi...























Kunjungan yang tiba tanpa perancangan langsung. Spontan dan tidak terduga. Terimakasih kerana sudi singgah.

Besar hati dengan kesudian tersebut. Maaf atas semua kekurangan, juadah yang tidak seberapa, tempat solat yang tidak selesa...

Semoga ukhuwwah berpanjangan.