Hujung minggu lepas, saya mendaftarkan Nisha untuk menghadiri program The 7 Habits of Highly Effective Teens. Dulu, abangnya saya daftarkan ketika Tingkatan 1. Sekarang giliran Nisha pula. Kebanyakan ibubapa berpendapat, when you need to fix your kids, then send them to this program. (Tetapi sebenarnya, ibubapa yang berpendapat sedemikian-lah yang perlu di-fix-kan…heh..heh…)
Mengapa saya hantar Nisha ke program ini? Sebenarnya, ada satu list program-program yang saya sudah rancangkan untuk Nisha hadiri. Dulu abangnya juga begitu. Setiap program ada objektif apa yang saya mahu capai, dan potensi yang mana satu yang saya mahu ransangkan darinya. Karakter Nisha amat berlainan sekali dari abangnya, Zaid. Sudah tentu, potensi yang dimilikinya juga berlainan. Melihat mereka semua, sebenarnya saya bagai membayangkan Resume mereka…bagaimanakah mengisi Resume tersebut agar menjadi satu Resume yang sempurna? (But of course, Resume untuk dunia dan Resume untuk akhirat...)
Untuk Program 7 Habits Teens ini, saya mahu Nisha terdedah kepada satu bentuk perubahan diri yang tersusun, faham atas prinsip apa dia perlu berubah dan menyedari bahawa perubahan perlu bermula dengan dirinya dahulu - jangan suka menyalahkan orang lain, jangan menyalahkan keadaan, jangan tunggu orang lain buat dahulu, jangan tunggu disuruh. Saya juga mahu dia memahami prinsip di sebalik setiap akhlak-akhlak terpuji. Saya mahu dia meningkatkan kematangan dirinya. Saya mahu dia berupaya memimpin dirinya sendiri. Hakikatnya, Nisha bakal meninggalkan rumah pada suatu hari nanti, dan menempuh hidup berdikari, jadi saya mahu dia berupaya mengurus dirinya sendiri. Saya tahu, dia tidak akan menempuh dunia yang sempurna - cubaan, dugaan, rintangan akan sentiasa mencabar kesabarannya, prinsipnya, keimanannya, kecekalannya – maka sebab itulah, saya tidak mengharapkan Nisha untuk jadi kebal, tetapi saya mahu dia kekal waras dan bijak in the moment of truth.
Saya mahu dia tahu di tahap manakah dia sekarang, dan di tahap manakah potensi dirinya yang sebenar. Saya mahu dia keluar dari comfort zone-nya, bertemu rakan-rakan yang baru, di persekitaran yang baru. Di sekolahnya, dialah yang terpandai, benchmark-nya hanya pada tahap sekolahnya sahaja (kira macam jaguh kampung gitu….). Jadi, hari itu, saya bebaskan dia hidup berdikari di persekitaran yang cukup berlainan. Dan dia mula menyedari, terdapat satu benchmark yang lebih tinggi di luar sana. Berasa cukup selesa di zon selesa, tidak menjadikan kita lebih baik, tetapi hanya sekadar berpuas hati dan menerima seadanya. Terbaik tidak semestinya sudah berada pada potensi sebenar. Dan dia mula faham mengapa saya tidak pernah menggalakkan dia untuk jadi the best in the school, tetapi you need to be the best for the school…(ada bezanya tu…)
Pendapat saya secara peribadi, sememangnya pencapaian akademik boleh membuka banyak pintu-pintu peluang. Tetapi, untuk berjaya dalam akademik bukanlah sebab mengapa saya melahirkannya. Saya tidak melahirkannya hanya untuk dia memperolehi 5A dalam UPSR, 9A dalam PMR dan 10A dalam SPM. Bukan itu sebabnya dia wujud di dunia ini. Sebab itu, saya sentiasa mengingatkan dia, bahawa dia merupakan Khalifah! Itu misinya – menjadi seorang pemimpin! Misinya sangat besar. ..dan untuk memikul misi tersebut, dia perlu boleh memimpin dirinya dahulu, baru boleh memimpin orang lain…memimpin rakan-rakannya, memimpin persatuan, memimpin majlis pelajar, memimpin pasukannya… Mungkin satu hari menjadi pemimpin dalam jabatannya, pemimpin korporat, tetapi, yang nyata, dia pasti bakal memimpin anak-anaknya…memimpin generasi saya yang akan datang…generasi Islam yang seterusnya…
Untuk membangunkan ciri-ciri khalifah dalam diri setiap anak memerlukan kita menjadi pemerhati yang setia. Apakah potensi yang perlu diransang, apakah bakat-bakat semulajadinya yang perlu dikembangkan, apakah karakter yang perlu digilap, apakah kelemahannya yang perlu ditukar menjadi satu kelebihan? Pencapaian akademik perlu dilengkapkan dengan kebijaksanaan dan kreativiti agar mereka berupaya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, bijak bergaul dan boleh berkerjasama dengan rakan-rakan, pandai mencari penyelesaian, tahu berfikir secara kritikal dan analitikal, tahu mengawal emosi, tahu membezakan apa yang salah dan apa yang betul dan 1001 kemahiran lain dalam mengharungi realiti kehidupan.
Saya juga mahu dia memahami prinsip di sebalik setiap yang dilakukannya kerana prinsip-prinsip inilah yang akan mengawal tingkahlakunya. Saya mahu dia melakukan sesuatu atas sebab yang betul – solat atas sebab yang betul (bukan kerana syurga dan pahala, malahan bukan kerana neraka dan dosa), belajar atas sebab yang betul (bukan kerana exam dah dekat, atau bukan supaya ibu tak marah), berlaku jujur atas sebab yang betul (bukan sebab takut orang mendapati dia berbohong, atau bukan sebab mahu dihormati orang), datang awal ke sekolah atas sebab yang betul (bukan sebab takut di tangkap guru disiplin kerana datang lewat). Saya mahu dia menjadi Muslim yang berprinsip - berpegang pada Al-Quran dan Sunnah sebagai prinsip hidupnya. Merealisasikan kepentingan ini sememangnya suatu amanah…malahan suatu ibadah.
Memang 1001 perkara ada di dalam checklist saya….saya bukan membesarkan sebarang orang, tetapi saya membesarkan seorang khalifah….
Jadi, apa komen Nisha selepas program?
“Nisha rasa lega dan rasa lebih senang…sebab sekarang sebelum buat apa-apapun, Nisha akan ingat Habit 2…Begin With The End In Mind. Kena tahu apa yang nak kita capai diakhirnya…jangan pakai buat je. Nak solat pun kena tahu apa yang nak dicapai selepas solat, wudhu' kena betul, niat kena betul, matlamat kena betul. And you know what?”
“What?” Tanya saya kembali.
“Tak semua orang tahu pasal ni lah, Bu. Kawan-kawan Nisha pun tak ramai yang tahu pentingnya ada matlamat hidup…kenapa mesti ada cita-cita pun tak tahu kenapa…, baru nampak kenapa ibu cakap kita ni khalifah….” Saya senyum-senyum mendengar Cik Khalifah yang sorang ni bercakap….
“Now, I know why you said to pray first, homework first, then baru TV…” Cik Khalifah berucap lagi.
“Kenapa?” Soal saya pura-pura tak tahu.
“Sebab, sembahyang dan homework tu ialah our big rocks. Kenalah penuhkan balang dengan big rocks dulu, barulah masukkan gravels. TV tu macam gravels je, kalau masukkan gravels dulu, macamana nak masukkan big rocks, balang dah penuh, masa dah tak ada…” Cik Khalifah berucap penuh semangat.
Saya senyum-senyum dalam kereta. Walaupun niat saya menghantarnya bukan untuk “to fix her”, tetapi dalam hati saya bersorak sendiri…
“Yessss!! She has been fixed….”
(Semalam bila saya balik dari kerja, WOW!….ruang tamu kemas, baju sudah berangkat dari sidaian, meja makan bersih, tiada cawan kotor di dapur… “Bu, today I practise Habit 1…ibu nampak tak perbezaannya?” Nisha bersuara dengan rasa bangga…saya tersenyum…indeed, saya memang nampak rumah saya berbeza! Senyum saya tambah meleret bila Amni pula becok menambah memberitahu dia sudah mandi dan bersiap untuk makan malam..."Amni pun dah tahu 7 Habits Teens, Amni dah mandi, Amni put first things first...Kak Nisha yang suruh..." Ok! Berbaloi-baloi...)
24 comments:
salam buk Asnija...
Gue rinduuuuuu banggattt sama ibukk sehhh...
bukan gue tak kenal or ingat buk,cm ni kan selalu tertelan semut...mudah lupa n cam suara orang...ampunnn yaa...
Salam Datin,
CM, az juga rindu sama datin. Bila datin lama tak jengok az, terasa macam makan nasi tak ada lauk la.
pssssssst: programni memang bagus datin. Rasa macam az nak attend juga.
Salam Mas,
Rindu ye...akak pun...
nanti bawak akak makan asam pedas bangi tu...
takpe la kalau terlupa...akak tak amik hati pun...sebab akak tau, Mas tak lupakan akak...cume TERRR...aje..salah akak jugak tak contact Mas...selamat bercuti panjang...(walaupun dah nak abih...)
ps: best tak Alice in Wonderland tu? Tengok yang 3D ke?
Salam AZ,
Terima kasih le menjengok saya lagi...seronok nampak AZ sihat dan ceria di cuti sekolah ni.
Komen makan nasik tak berlauk tu...apa kata AZ ambik lauk asam pedas ada kat rumah CM, kambing bakar ada kat rumah Shami...dengarnya Hanis ada ikan pekasam...
salam from Makkah..
wahhh..taniah...suke baca apa yang dah datin sampaikan matlamat pada nisha...
wslam
Assalamualaikum Datin
Seorang ibu yg merancang kehidupan zuriatnya supaya menjadi anak yg soleh serta mengalir pahala setelah kita meninggal kelak
Salam perkenalan
salam ukwah PDKM
Wassalam
salam kak Asnija
Salam siaran & salam rinduuuu...
alangkah bertuahnya anak2 memiliki seorang ibu yg peka dgn perkembngan anak. Seorng ibu yg berfikiran jauh dlm membina blok2 jati diri seorng anak. Semuga khalifah yg dicari kan ditemui dan berjaya dunia akhirat.
Jagn lupa asas pemakanan perlulah halal lagi baik, Ini merupakan kunci kedamaian, ketenangan dalam doa makbul yng diidamkan.
w'aklam
Salam Kak,
Rindu ngan penulisan akak... rindu kt akak juga..
Salam Cik Lie,
Terima kasih. Harapan saya, perubahan dia akan berterusan dan istiqamah...Amin.
Salam Rozali,
Terima kasih sudi bertandang lagi. Besar amanah membesarkan anak-anak ni kan...takut tak terbawa...moga Allah beri kita kekuatan dan kemudahan.
Salam Ainhany,
Terima kasih atas komen yang memberikan semangat. Akak bersetuju bab makanan tu. Sebab, akan menjadi darah daging.
Salam rindu dari akak juga...
Salam Tikah,
Akak pun rindu dengan Tikah. Nanti kita jumpalah tu...minum kopi sama ye...
salam
dear kak nija
miss u dear.. bila ler kita boleh jumpa..
moga matlamat akak untuk nisha tercapai.. insyaallah
salam datin
syukur alhamdulillah, pelbagai program dan agenda yang baik dalam membentuk keperibadian anak2 zaman ini,masa kita dulu2 takde benda2 ni semua
semoga apa yang dihajatkan dan dirancang untuk anak2 menjadi kenyataan dgn izin Allah jua
semoga berbahagia selalu kehidupan datin sekeluarga
insyallah
Salaam kak Nija,
Bertuahnya anak-anak yang menyedari akan peranan mereka di bumi ini sejak dari usia muda mereka lagi...mudah-mudahan tidaklah mereka mensia-siakan masa mereka di dunia ini hendaknya.
Alhamdulillah, another khalifah is 'born' (Nisha) and another one in the making (Amni). Kudos to Datin & Pak Engku. Semoga usaha akak dipermudahkan untuk terus istiqamah dalam membentuk khalifah2 yang bakal mewarisi dunia ini dan meneruskan legasi akak, insyaAllah.
Salam windu! mmuahhs!
VpeaceV
Salam Datin,
Wan ada terbaca satu buku mengenai sikap dan tingkahlaku seorang ibu kepada ulama besar dunia seperti Imam Shafie, Imam Malik dll. Kita sebagai ibu bapa mengimpikan anak-anak menjadi khalifah di dunia ini. Apa yang dimaksudkan dengan istilah khalifah ini? Khalifah di dunia? Kita inginkan mereka menjadi khalifah, ingin mereka menjadi ulama besar, ingin mereka menjadi alim, ingin mereka menjadi soleh dan segala macam keinginan. Tetapi adakah kita sebagai seorang ibu mahupun bapa memiliki ciri-ciri peribadi seorang khalifah Islam, seorang ulama, seorang alim, seorang wara'. Andai kita belum kuat untuk bangun malam, belum kuat untuk membaca dan menghayati Al-Quran setiap hari, belum murah dengan sedekah, belum kuat bersolat sunnat, lupakan dahulu impian itu. Untuk melahirkan anak yang sedemikian, kita sebagai ibu dan bapa perlu dan wajib berperibadi mengikut acuan Allah dan Rasulullah s.a.w. Wan rasa tersentak juga pada awalnya diterjah dengan persoalan sedemikian. Rasa rendah diri dan kerdilnya diri. Hati mememang mahukan anak menjadi hafiz besarnya nanti. Wan dan kita semua perlu berubah ke arah itu. Lakukannya sekarang kerana masa sudah suntuk untuk kita. Anak-anak semakin membesar, kita semakin hampir ke alam barzakh. Ayuh! kuatkan diri kita dengan Al-Quran. Kita akan berjaya melahirkan khalifah yang agung di sini dan menikmati kesenangan di sana!
Salam Kak Nija..
terima kasih dengan perkongsian ini.. memberikan saya tunjuk ajar dalam membesarkan anak2.. ilmu yang boleh dimanfaatkan..
psstt.. mintak izin cedok ilmu2 nie ek.. thanks
salam,
nija, smoga misi dan visi mu berjaya.
insyaAllah.
Salam MyLife (Azie),
Teringat kata-kata ini...
Bila jauh rindu-rinduan,
Bila dekat benci-bencian...
(Jangan kita saling membenci ye...paling penting mesti saling mengingati, tegur menegur dan menyayangi...insya-Allah, satu hari akan berjumpa...)
Salam Rezeki,
Memang betul, zaman kita dulu berpeluang ke kelas tambahan pun kira bagus dah, kita juga tak terdedah dengan segala macam cabaran macam anak-anak kita sekarang...paling glamer pun bila rumah ada tv kaler...dan basikal choper...budak sekarang...appreciation nyer berbeza sungguh...
Salam Umi/Kak Chik,
nanti jadi emak...tahu le cabaran nyer macamana...padan lah syurga di bawah tapak kaki ibu...belum cuba, belum tahu....
ps: doa akak agar mereka jadi khalifah dalam sudut kebolehan masing-masing pun sudah cukup alhamdulillah...dapat jadi khalifah pada diri sendiri pun dah cukup baik...
Salam Wan,
Terima kasih atas perkongsian dan tambah nilai yang diberikan. Seronok berkawan dengan orang yang banyak ilmu dan membaca macam Wan, alhamdulillah.
ps: bagi akak, semua perkara memang perlu bermula dengan diri sendiri...kerana mahu atau tidak, kita semua merupakan contoh tauladan kepada yang lain...insya-Allah, semoga Allah memimpin kita untuk berupaya memimpin diri sendiri...Amin...
Salam Noor,
Mana yang baik kita kongsilah bersama, mana yang tak baik, sama-sama kita ambik jadikan iktibar. Insya-Allah, sama-sama kita belajar untuk mengajar...
ps: nak cedok...cedoklah...teringat pulak masa mencedok kuah asam pedas ikan terubok pada suatu masa dahulu...mungkinkah akan berulang kembali...
Salam Kak S,
Rindu sungguh dengan akak, bila agaknya boleh berbual-bual...sambil makan nasik panas dan ikan pekasam dan acar....
ps: takut sebenarnya membesarkan anak-anak...takut terlupa membezakan apa yang kita mahu dan apa yang baik buat mereka...
Post a Comment