Thursday, March 25, 2010

Alice In Wonderland



“Would you tell me please which way I ought to go from here?”

“That depends a good deal on where you want to get to,” said the Cat.

“I don’t much care where…” said Alice.

“Then it doesn’t matter which way you go,” said the Cat.





Kepada yang pernah mengikuti program the 7 Habits, quotes di atas tentu dapat mengingatkan mereka kepada Habit 2: Begin With The End In Mind. Perbualan Alice dengan si kucing ini, sangat bersahaja, tetapi dalam maknanya. Jika mahu tahu ke arah mana hendak dipilih, mestilah terlebih dahulu tahu tujuan dan destinasi. Dalam kehidupan, kita juga sering berada di persimpangan. Jalan mana yang hendak diambil? Bagaimanakah untuk membuat pilihan dan keputusan? Jawapannya…fikirlah destinasi yang ingin dituju terlebih dahulu, barulah lebih mudah untuk memikirkan laluan yang perlu diambil.

Teringat perbualan dengan Nisha pada suatu hari. “Bila tingkatan 4 nanti, nak ambil aliran Sains atau Sastera, ya Bu?” Dia bertanya tiba-tiba.
“Bila besar nanti, Nisha nak jadi apa?” Soal saya semula.
“Emmm….tak tahu lagi nak jadi apa…” Jawab Nisha sambil mengerutkan dahi.
“Kalau tak tahu nak jadi apa bila besar nanti, susah juga nak tentukan aliran apa yang Nisha kena ambil di tingkatan 4, sebab ianya berkait-kait.” Jawab saya. Perbualan tersebut sangat spontan pada mulanya, tapi membawa kepada penerangan yang panjang lebar. Nasib baik dia bertanya, jika tidak, saya pasti mengandaikan dia tahu…(bagus juga bila kita tahu apa yang anak-anak tidak tahu....)

Jadi, kerana dialog Alice di atas dan saya ingin melihat bagaimana pula keadaannya pada filem versi baru, saya pun bersemangat membawa anak-anak menonton Alice In Wonderland hujung minggu lepas. Tetapi, dialog tersebut tidak ada…Alice bukan kanak-kanak lagi, tetapi, Alice sudah dewasa. Alice kali ini lebih bijak, tahu apa yang dimahukannya, pandai membuat keputusan sendiri - mempunyai kesedaran diri, tahap imaginasi dan kreativiti yang berkembang, suara hati yang tajam dan mempunyai keinginan untuk bebas membuat pilihan. Dia tidak mahu lagi hidupnya berdasarkan arahan dan ditentukan oleh orang lain, tetapi dia mahu menentukan dan memandu hidupnya sendiri.

Saya suka babak ketika Alice ingin berpatah balik untuk menyelamatkan Mad Hatter yang ditangkap oleh Red Queen. Walaupun dihalang oleh White Rabbit, Alice tetap dengan pendiriannya.

“You will divert from your path..” Jerit White Rabbit.
“I don’t care… I create my own path!” Jawab Alice dengan yakin. Saya suka dialog ini…

Apa lagi yang best? Pastinya 2 popcorn saiz jumbo, 4 gelas besar Pepsi, 3 set hot dog, dan 2 set fish & chips. Ingatkan sudah banyak, di tengah-tengah movie, Pak Engku berbisik pada saya, “Ada fries lagi tak?”. Memang kami kelaparan ketika itu…maklumlah, tak sempat sarapan. Ingat nak ke Pelita terlebih dahulu, rupanya tak sempat. Lepas menonton, apalagi...anak-anak memilih ke Secret Recipe, habis penuh semeja dengan makanan...semuanya kelaparan!

Hujung minggu yang menyeronokkan, santai dan releks. Yang penting...dapat menajamkan gergaji!















Ps: Bagi menjawab soalan rakan sekerja saya Pak Pandir: "What's similar between a raven and a writing table?". You know what Pak Pandir, sometimes, riddle could have no answer…and it’s ok to say “I don’t know, too...”

Sememangnya, kita tak akan tahu semua perkara...stay hungry...stay foolish...

9 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Asnija

Moga Allah memberi petunjuk kepada jalan yg lurus

shami2 said...

Salam kak nija...

Pilihan yang terbaik adalah istikharah pada Allah dan restu ibubapa...agar kita semua berada dijalan yg lurus

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam nija,

mudah2an nisha will make the right choice. anak bongsu kak nab..F3..pun tak tau jugak..undeciced!

Asnija said...

Salam Rozali,
Memang itulah yang kita doakan paling kurang 17 kali sehari...kerana as Muslim, memang akhiratlah end in mind kita...dunia hanya jambatan...

Asnija said...

Salam Shami,
Setuju sangat apa yang Shami katakan, istikharah tu rasanya pemberian istimewa Allah pada kita, memberi peluang kita bertanya terus pada Allah, setakat manalah ilmu kita ini...
Terbaca satu buku...nak menunaikan haji pun pertamanya mesti memohon restu ibu dan bapa....itu pada perkara rukun Islam, apatah lagi pada perkara-perkara lain, pastinya lebih perlu memohon restu ibu dan bapa...

Asnija said...

Salam Kak Nab,
Dulu kita buat pilihan macamana ye? Frankly, saya tak banyak buat pilihan...ikut je apa yang dapat...pergi Maahad sebab itu je yang dapat, lepas tu pegi KIK dan ambik Sains, sebab itu yang dah ditawarkan, pegi US dan ambik jurusan yang JPA dah tentukan pun sebab itu je yang JPA offer....bila kerja pulak...kerja je apa yang dapat, kalau memilih masa tu ekonomi tengah gawat, tak kerja lah jawabnya nanti... fikir punya fikir....apalah...asyik ikut angin je.....

sinomosa said...

Salam Kanda Nija,

Amat bernas pengisian n3 ini.
Tqsm

Kak Sidah said...

Salam Nija,

Malam tadi anak2 akak ajak akak nonton filem ni, tapi akak kata ..malas mama nak g malu pulak rasanya dah tua2 ni nonton filem budak2 remaja macam tu,

jadi tinggal lah akak berdua2an kat rumah sekarang ni.

tgk2 nija keluarkan n3 ni..

Catatan Peribadi Rusyaini said...

Salam Datin,

Kita perlu menetapkan matlamat setiap hari dan masa. Ketika solat, tetapkan matlamat untuk khusyuk dan mencari redha Allah. Sekarang Wan sedang dalam usaha mendidik anak-anak untuk berdisiplin menetapkan matlamat. Sebut mudah tapi nak buatnya.... emmm... hanya orang yang mencuba akan tahu susahnya memandu jalan untuk anak-anak. Bukan menetapkan jalan tetapi memimpin, mendorong dan beri kebebasan memilih, yang tentunya selari dengan redha Allah swt, betul pada jalan Rasulullah saw.