Friday, July 30, 2010

The most flattering thing...

Kegembiraan bermula seminggu lebih awal. Tahun ini, bila ianya diraikan sebegitu awal, pasti ianya terlalu mengejutkan, menggembirakan, membahagiakan!

Bermula dengan kiriman bunga...

















...kemudian kek kegemaran daripada “Secret Admirer”...

















Di terima pula di tengah-tengah keributan tugas...memang menyuntik satu bentuk kedamaian di hati yang sedang serabut...amat membahagiakan... (Dear, you memang WORLD!)

Kemudian ada pula jemputan makan tengahari dari adik-adik tersayang...(Waduhh...kenyang akak! Terima kasih daun keladi buat Hanis dan Tikah...esok-esok belanja le lagi....)






















Dan paling tidak terfikirkan, menyambutnya nun jauh di Utara...(terharu dengan kejutan dan ingatan Kak As dan Abang Megat, siap dengan kad ucapan dan hadiah! Terima kasih banyak, terutama dengan satu beg penuh buah tangan...)

















Happy Birthday buat Abang Megat juga...esok 31 Julai....

Balik dari ‘jamuan’ oleh K.As dan Abang Megat, ber-video call dengan anak-anak pula. Bersungguh-sungguh mereka menelefon...


Tidak dilupakan, terima kasih atas semua ucapan melalui SMS dan emel (antaranya daripada Syima, Noor, Umi Azudin, CM, Hanis,Irwan, Kanna, Vimala, Ian, Nurul, Mr Prakash, Zura, Su, Ijun...dan semuanya...maaf kalau ada yang tak tersebut...)


(Tak sabar menunggu Sabtu...Dear, you memang WORLD!)

Thursday, July 22, 2010

Things we learn from mistakes...

Tidak penatkah? Tidak jemukah? Ramai yang sering bertanya saya begitu.


Memang tidak pernah penat, dan memang tidak pernah jemu bila sentiasa berpeluang mempelajari perkara yang baru. Apabila bertemu dengan ramai orang dengan 1001 macam pengalaman yang berlainan, dapat pula melihat sudut pandangan yang berlainan dan idea yang berlainan memang cukup mengujakan. Saya mempunyai kelebihan untuk terus-terusan belajar dari kisah dan cerita sebenar. Dan saya merasakan ianya satu keistimewaan.


Semangat terasa berkobar-kobar bila mendengar cerita orang-orang yang berjaya, kagum dengan kesungguhan dan semangat mereka yang rajin berusaha. Malahan, saya paling suka mendengar dan berkongsi cerita-cerita tentang kesilapan dan kegagalan yang mereka lalui. Saya mendengar bagaimana mereka bangun dan memperbaiki keadaan, dan lebih jauh mara kehadapan selepas setiap kesilapan. Belum pernah sekalipun, saya berjumpa dengan orang yang pernah tersilap di masa lampaunya, dan keadaannya semakin teruk selepas kesilapan tersebut. Apa yang sering saya lihat, mereka yang pernah tersilap dan tersalah ini, keadaan mereka jauh lebih baik, mereka jauh lebih matang, lebih berkeyakinan, dan lebih berkembang...


Ada yang tersilap hingga melibatkan berpuluh juta ringgit, bukan pula duit sendiri, tetapi duit syarikat. Ada yang tersilap perhitungan hingga kerugian peluang kerjaya yang hebat. Ada yang tersilap kerana ceteknya ilmu dan pengalaman. Ada yang tersilap pertimbangan hingga terlepas pandang perkara yang terbaik. Ada yang tersilap dalam membuat keputusan kerana dipengaruhi perasaan dan keadaan dan ada juga yang melakukan kesilapan serupa sebagaimana yang pernah saya lakukan. Rupanya kesilapan juga boleh berbentuk “universal”...


Dan saya mendengar bagaimana mereka jatuh, dan bagaimana mereka bangun. Saya mendengar apa yang mereka pelajari dari setiap kesilapan tersebut. Saya adakalanya melihat airmata penyesalan dan keinsafan menitis walau cuba disembunyikan. Merekalah guru sebenar, cerita mereka suatu realiti dan saya rasa bertuah kerana tidak perlu melalui laluan yang sama dan mengulangi kesilapan yang sama kerana mereka telah mengajar saya. Panduan itu terlalu amat berharga, dan memberikan jalan pintas buat saya.


Mereka semua telah membuktikan bahawa sememangnya ada kehidupan selepas setiap kesilapan. Bila tersilap, akuinya, perbaikinya dan ambil tanggungjawab sepenuhnya. Tak mungkin kita dapat menjadi insan yang sempurna, cukuplah sekadar menjadi insan yang berguna...


Lagipun, “To err is human...”


Berikut merupakan gambar-gambar dari program yang lepas, banyak sungguh yang saya pelajari dari mereka...

(Sessi ini juga memberikan kami peluang untuk menguji sejauh mana peranan 'new social media' dalam sudut perniagaan.  Apa yang kami pelajari, usahawan tidak boleh lagi memandang ringan tentang kepentingan 'new social media' ini.)

Hari ketiga program, para peserta sudah sangat mesra
antara satu sama lain... Sessi terkini merupakan sessi istimewa
sempena pelancaran buku-buku FranklinCovey
dalam edisi BM. Para peserta juga ramai daripada
pembaca blog ini. Ada yang anda kenal?

Apa yang kita ada, sama pentingnya dengan apa yang
orang lain ada...
 
 
 
 
 












 
 
 
Bila GM salah, AGM pun ikut salah, akhirnya satu organisasi
terus jauh tersasar...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Syabas! Kumpulan kita yang pertama dapat menyelesaikan
masalah sukatan susu yang K.Su perlukan...
(Tak sangka pulak dapat merasa muffin istimewa Adlie...
beliau merupakan penterjemah ketiga-tiga buku
yang saya ceritakan di entry sebelum ini.)
 
 
 
 
 
 
 
 
Masalah lebih mudah diselesaikan bila 'subconscious mind'
mempunyai point of reference yang betul.
 
 
 
 
 


Sessi makan...senyum melebar...
 
 
 
 
 
Senyum melebar yang berterusan...
 
 
 
 
 














Ribuan terima kasih atas sokongan dari anda semua.
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.
Terima kasih atas semangat yang ditunjukkan.

Thank you for the privilege to be of your service...
Thank you for your trust in us...
Thank you...thank you...