Monday, March 29, 2010

You make us proud...

Ahad lepas merupakan Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah Nisha. Alhamdulillah, dia menerima 3 anugerah - terbaik dalam tingkatan, terbaik bagi matapelajaran Matematik dan terbaik bagi matapelajaran Sains.

Orang selalu kata, bila anak mencapai sesuatu seperti itu...sejuk perut ibu yang mengandung....dan pagi Ahad itu, saya mencari rasa sejuk tersebut...
Tak rasa sejuk pun...tapi yang pasti rasa gembira, dan bersyukur. Semoga terus berjaya dimasa akan datang...
Semoga kejayaan itu dapat membawa kebaikan dan manfaat pada dirinya dan rakan-rakannya, dan memberi contoh kepada adiknya...
Congratulations, sayang!

Thursday, March 25, 2010

Alice In Wonderland



“Would you tell me please which way I ought to go from here?”

“That depends a good deal on where you want to get to,” said the Cat.

“I don’t much care where…” said Alice.

“Then it doesn’t matter which way you go,” said the Cat.





Kepada yang pernah mengikuti program the 7 Habits, quotes di atas tentu dapat mengingatkan mereka kepada Habit 2: Begin With The End In Mind. Perbualan Alice dengan si kucing ini, sangat bersahaja, tetapi dalam maknanya. Jika mahu tahu ke arah mana hendak dipilih, mestilah terlebih dahulu tahu tujuan dan destinasi. Dalam kehidupan, kita juga sering berada di persimpangan. Jalan mana yang hendak diambil? Bagaimanakah untuk membuat pilihan dan keputusan? Jawapannya…fikirlah destinasi yang ingin dituju terlebih dahulu, barulah lebih mudah untuk memikirkan laluan yang perlu diambil.

Teringat perbualan dengan Nisha pada suatu hari. “Bila tingkatan 4 nanti, nak ambil aliran Sains atau Sastera, ya Bu?” Dia bertanya tiba-tiba.
“Bila besar nanti, Nisha nak jadi apa?” Soal saya semula.
“Emmm….tak tahu lagi nak jadi apa…” Jawab Nisha sambil mengerutkan dahi.
“Kalau tak tahu nak jadi apa bila besar nanti, susah juga nak tentukan aliran apa yang Nisha kena ambil di tingkatan 4, sebab ianya berkait-kait.” Jawab saya. Perbualan tersebut sangat spontan pada mulanya, tapi membawa kepada penerangan yang panjang lebar. Nasib baik dia bertanya, jika tidak, saya pasti mengandaikan dia tahu…(bagus juga bila kita tahu apa yang anak-anak tidak tahu....)

Jadi, kerana dialog Alice di atas dan saya ingin melihat bagaimana pula keadaannya pada filem versi baru, saya pun bersemangat membawa anak-anak menonton Alice In Wonderland hujung minggu lepas. Tetapi, dialog tersebut tidak ada…Alice bukan kanak-kanak lagi, tetapi, Alice sudah dewasa. Alice kali ini lebih bijak, tahu apa yang dimahukannya, pandai membuat keputusan sendiri - mempunyai kesedaran diri, tahap imaginasi dan kreativiti yang berkembang, suara hati yang tajam dan mempunyai keinginan untuk bebas membuat pilihan. Dia tidak mahu lagi hidupnya berdasarkan arahan dan ditentukan oleh orang lain, tetapi dia mahu menentukan dan memandu hidupnya sendiri.

Saya suka babak ketika Alice ingin berpatah balik untuk menyelamatkan Mad Hatter yang ditangkap oleh Red Queen. Walaupun dihalang oleh White Rabbit, Alice tetap dengan pendiriannya.

“You will divert from your path..” Jerit White Rabbit.
“I don’t care… I create my own path!” Jawab Alice dengan yakin. Saya suka dialog ini…

Apa lagi yang best? Pastinya 2 popcorn saiz jumbo, 4 gelas besar Pepsi, 3 set hot dog, dan 2 set fish & chips. Ingatkan sudah banyak, di tengah-tengah movie, Pak Engku berbisik pada saya, “Ada fries lagi tak?”. Memang kami kelaparan ketika itu…maklumlah, tak sempat sarapan. Ingat nak ke Pelita terlebih dahulu, rupanya tak sempat. Lepas menonton, apalagi...anak-anak memilih ke Secret Recipe, habis penuh semeja dengan makanan...semuanya kelaparan!

Hujung minggu yang menyeronokkan, santai dan releks. Yang penting...dapat menajamkan gergaji!















Ps: Bagi menjawab soalan rakan sekerja saya Pak Pandir: "What's similar between a raven and a writing table?". You know what Pak Pandir, sometimes, riddle could have no answer…and it’s ok to say “I don’t know, too...”

Sememangnya, kita tak akan tahu semua perkara...stay hungry...stay foolish...

Thursday, March 18, 2010

Cik Khalifah & Begin With The End In Mind...

Hujung minggu lepas, saya mendaftarkan Nisha untuk menghadiri program The 7 Habits of Highly Effective Teens. Dulu, abangnya saya daftarkan ketika Tingkatan 1. Sekarang giliran Nisha pula. Kebanyakan ibubapa berpendapat, when you need to fix your kids, then send them to this program. (Tetapi sebenarnya, ibubapa yang berpendapat sedemikian-lah yang perlu di-fix-kan…heh..heh…)


















Mengapa saya hantar Nisha ke program ini? Sebenarnya, ada satu list program-program yang saya sudah rancangkan untuk Nisha hadiri. Dulu abangnya juga begitu. Setiap program ada objektif apa yang saya mahu capai, dan potensi yang mana satu yang saya mahu ransangkan darinya. Karakter Nisha amat berlainan sekali dari abangnya, Zaid. Sudah tentu, potensi yang dimilikinya juga berlainan. Melihat mereka semua, sebenarnya saya bagai membayangkan Resume mereka…bagaimanakah mengisi Resume tersebut agar menjadi satu Resume yang sempurna? (But of course, Resume untuk dunia dan Resume untuk akhirat...)

Untuk Program 7 Habits Teens ini, saya mahu Nisha terdedah kepada satu bentuk perubahan diri yang tersusun, faham atas prinsip apa dia perlu berubah dan menyedari bahawa perubahan perlu bermula dengan dirinya dahulu - jangan suka menyalahkan orang lain, jangan menyalahkan keadaan, jangan tunggu orang lain buat dahulu, jangan tunggu disuruh. Saya juga mahu dia memahami prinsip di sebalik setiap akhlak-akhlak terpuji. Saya mahu dia meningkatkan kematangan dirinya. Saya mahu dia berupaya memimpin dirinya sendiri. Hakikatnya, Nisha bakal meninggalkan rumah pada suatu hari nanti, dan menempuh hidup berdikari, jadi saya mahu dia berupaya mengurus dirinya sendiri. Saya tahu, dia tidak akan menempuh dunia yang sempurna - cubaan, dugaan, rintangan akan sentiasa mencabar kesabarannya, prinsipnya, keimanannya, kecekalannya – maka sebab itulah, saya tidak mengharapkan Nisha untuk jadi kebal, tetapi saya mahu dia kekal waras dan bijak in the moment of truth.

Saya mahu dia tahu di tahap manakah dia sekarang, dan di tahap manakah potensi dirinya yang sebenar. Saya mahu dia keluar dari comfort zone-nya, bertemu rakan-rakan yang baru, di persekitaran yang baru. Di sekolahnya, dialah yang terpandai, benchmark-nya hanya pada tahap sekolahnya sahaja (kira macam jaguh kampung gitu….). Jadi, hari itu, saya bebaskan dia hidup berdikari di persekitaran yang cukup berlainan. Dan dia mula menyedari, terdapat satu benchmark yang lebih tinggi di luar sana. Berasa cukup selesa di zon selesa, tidak menjadikan kita lebih baik, tetapi hanya sekadar berpuas hati dan menerima seadanya. Terbaik tidak semestinya sudah berada pada potensi sebenar. Dan dia mula faham mengapa saya tidak pernah menggalakkan dia untuk jadi the best in the school, tetapi you need to be the best for the school…(ada bezanya tu…)

Pendapat saya secara peribadi, sememangnya pencapaian akademik boleh membuka banyak pintu-pintu peluang. Tetapi, untuk berjaya dalam akademik bukanlah sebab mengapa saya melahirkannya. Saya tidak melahirkannya hanya untuk dia memperolehi 5A dalam UPSR, 9A dalam PMR dan 10A dalam SPM. Bukan itu sebabnya dia wujud di dunia ini. Sebab itu, saya sentiasa mengingatkan dia, bahawa dia merupakan Khalifah! Itu misinya – menjadi seorang pemimpin! Misinya sangat besar. ..dan untuk memikul misi tersebut, dia perlu boleh memimpin dirinya dahulu, baru boleh memimpin orang lain…memimpin rakan-rakannya, memimpin persatuan, memimpin majlis pelajar, memimpin pasukannya… Mungkin satu hari menjadi pemimpin dalam jabatannya, pemimpin korporat, tetapi, yang nyata, dia pasti bakal memimpin anak-anaknya…memimpin generasi saya yang akan datang…generasi Islam yang seterusnya…















Untuk membangunkan ciri-ciri khalifah dalam diri setiap anak memerlukan kita menjadi pemerhati yang setia. Apakah potensi yang perlu diransang, apakah bakat-bakat semulajadinya yang perlu dikembangkan, apakah karakter yang perlu digilap, apakah kelemahannya yang perlu ditukar menjadi satu kelebihan? Pencapaian akademik perlu dilengkapkan dengan kebijaksanaan dan kreativiti agar mereka berupaya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, bijak bergaul dan boleh berkerjasama dengan rakan-rakan, pandai mencari penyelesaian, tahu berfikir secara kritikal dan analitikal, tahu mengawal emosi, tahu membezakan apa yang salah dan apa yang betul dan 1001 kemahiran lain dalam mengharungi realiti kehidupan.

Saya juga mahu dia memahami prinsip di sebalik setiap yang dilakukannya kerana prinsip-prinsip inilah yang akan mengawal tingkahlakunya. Saya mahu dia melakukan sesuatu atas sebab yang betulsolat atas sebab yang betul (bukan kerana syurga dan pahala, malahan bukan kerana neraka dan dosa), belajar atas sebab yang betul (bukan kerana exam dah dekat, atau bukan supaya ibu tak marah), berlaku jujur atas sebab yang betul (bukan sebab takut orang mendapati dia berbohong, atau bukan sebab mahu dihormati orang), datang awal ke sekolah atas sebab yang betul (bukan sebab takut di tangkap guru disiplin kerana datang lewat). Saya mahu dia menjadi Muslim yang berprinsip - berpegang pada Al-Quran dan Sunnah sebagai prinsip hidupnya. Merealisasikan kepentingan ini sememangnya suatu amanah…malahan suatu ibadah.

Memang 1001 perkara ada di dalam checklist saya….saya bukan membesarkan sebarang orang, tetapi saya membesarkan seorang khalifah….




















Jadi, apa komen Nisha selepas program?

“Nisha rasa lega dan rasa lebih senang…sebab sekarang sebelum buat apa-apapun, Nisha akan ingat Habit 2…Begin With The End In Mind. Kena tahu apa yang nak kita capai diakhirnya…jangan pakai buat je. Nak solat pun kena tahu apa yang nak dicapai selepas solat, wudhu' kena betul, niat kena betul, matlamat kena betul. And you know what?”

“What?” Tanya saya kembali.

“Tak semua orang tahu pasal ni lah, Bu. Kawan-kawan Nisha pun tak ramai yang tahu pentingnya ada matlamat hidup…kenapa mesti ada cita-cita pun tak tahu kenapa…, baru nampak kenapa ibu cakap kita ni khalifah….” Saya senyum-senyum mendengar Cik Khalifah yang sorang ni bercakap….
















“Now, I know why you said to pray first, homework first, then baru TV…” Cik Khalifah berucap lagi.

“Kenapa?” Soal saya pura-pura tak tahu.

“Sebab, sembahyang dan homework tu ialah our big rocks. Kenalah penuhkan balang dengan big rocks dulu, barulah masukkan gravels. TV tu macam gravels je, kalau masukkan gravels dulu, macamana nak masukkan big rocks, balang dah penuh, masa dah tak ada…” Cik Khalifah berucap penuh semangat.

Saya senyum-senyum dalam kereta. Walaupun niat saya menghantarnya bukan untuk “to fix her”, tetapi dalam hati saya bersorak sendiri…

“Yessss!! She has been fixed….”

(Semalam bila saya balik dari kerja, WOW!….ruang tamu kemas, baju sudah berangkat dari sidaian, meja makan bersih, tiada cawan kotor di dapur… “Bu, today I practise Habit 1…ibu nampak tak perbezaannya?” Nisha bersuara dengan rasa bangga…saya tersenyum…indeed, saya memang nampak rumah saya berbeza! Senyum saya tambah meleret bila Amni pula becok menambah memberitahu dia sudah mandi dan bersiap untuk makan malam..."Amni pun dah tahu 7 Habits Teens, Amni dah mandi, Amni put first things first...Kak Nisha yang suruh..." Ok! Berbaloi-baloi...)

Monday, March 15, 2010

TERIMA KASIH SEMUA...


Photo from:
www.pa-legion.com/wp-content/upl...-you.jpg










Ucapan ribuan terima kasih kepada semua sahabat…

Terutama kepada:

Shami
Mama Ju
Kak Sidah
Cik Lie
Cikgu Mas
My Life (Azie)
Noor
Syima (Sinomosa)
Atikah
Kak Ummi Humaira
Che Pit
Kak Nab
Rezeki
Kak As
Ainhany
Ayahanda Nginap Srengenge
Abang Sulung (terima kasih juga atas kunjungan pertama ke blog saya)
Imran Paris
Wan Rusyaini
Dan semua silent readers

...yang telah bersusah payah mengirim ucap takziah, mendoakan arwah nenek saya, dan sudi bersedekah Al-Fatihah…

Terima kasih tidak terhingga, hanya Allah yang dapat membalasnya.

Paling penting, maafkan saya kerana lambat berterima kasih, ampun maaf diminta.


Ps: Tugasan bagai bertali arus, membataskan masa saya untuk duduk mengadap komputer.
Saya berharap dapat menulis N3 baru pada hujung minggu ini. Kepada semua yang sering berkunjung, terima kasih dan jemput datang berziarah lagi untuk N3 terkini dari saya, insyaAllah pada Rabu ini.