Monday, January 18, 2010

Sujud syukur...

Photo from: http://www.cheshammosque.org.uk/uk/


Kesyukuran itu ada berbagai-bagai sebabnya…1001 tujuan. Bersyukur selalunya berkaitan dengan rasa gembira…dan semua perasaan yang berkaitan dengan perasaan gembira…bahagia…lega…lapang….ringan…suka…puas…dan bermacam lagi perasaan positif.

Banyak perkara yang kita ada, tetapi berasa bagai tiada kerana kita terlupa kepentingannya. Yang di depan mata sudah menjadi terlalu biasa hinggakan tidak terasa ianya satu anugerah.

Beberapa hari lepas, saya di “SULUH” Tuhan….sungguh terperanjat, tersedar dari kelekaan! Dalam tidak perasan, saya lupa satu anugerah yang amat hebat pernah Allah berikan pada saya, satu anugerah yang Allah pilihkan khas buat saya tapi saya seumur hidup menyangkakan ianya satu kesilapan diri. Tersentak, tetapi terharu yang amat mendalam dengan ‘suluhan’ Allah itu…mudah sungguh saya terlupa. Menilai yang kecil sebagai kecil, hanya yang besar sebagai besar, sedangkan ianya bukan pemberian biasa dan tiada satupun kurniaan Tuhan yang bertaraf biasa! It will never ever just a gift from the shelf. Jika ianya dari Allah, it is always a customized gift, teristimewa hanya untuk kita.

Terlalu banyak yang kita ada dan terima, sehingga melihat semuanya seperti perkara biasa. Syilling 10 sen hanyalah syilling 10 sen..tapi apakah nilai 10 sen bila nilai itulah yang kita tiada ketika membayar tiket parking di mesin atau ketika membayar TOL. Ketika itu baru tinggi pengharapan dan tinggi nilaian 10 sen itu…how I wish I had 10 cents in my purse…dan jika ada orang pula yang memberikan syiling 10 sen itu? Betapa berterima kasihnya kita…10 sen bukan sekadar 10 sen, ia boleh menjadi satu sumbangan yang tinggi nilainya…bergantung kepada sudut penilaian si penerima, hanya apabila dia mampu melihatnya.

Kerap kali melihat kekurangan hanya pada perbandingan dengan orang lain. Tetapi pemberian Tuhan sebenarnya amat spesifik dan istimewa…diciptakan khas buat kita! Saya rasa kerdil kerana perlu di ‘suluh’ Tuhan baru berupaya menyedari…

Malam itu, saya bersujud syukur…kesyukuran dalam tangisan…berasa teramat disayangi Tuhan sehingga Dia mahu ‘suluh’ saya sedemikian…cinta agung sesungguhnya, anugerah yang saya tidak pernah terfikirkan!

49 comments:

Kak Sidah said...

salam Nija,

Akak no 1 kat sini...

Ayah Zain said...

Salam Datin,

benda yang bernilai itu bila kita tidak memilikkinya. Bila tak ada baru kita sedar ia sangat-sagat berharga kepada kita. Contohnya ibu bapa, semasa mereka hidup, ada yang buat tak kisah, bila mereka pergi (meninggal) barulah kita rasa kehilanggannya.


satu lagi, bantulah kita mereka sedang memerlukan bantuan.

wehhh,no 1 ke

Ayah Zain said...

silap

bantulah mereka yang sedang memerlukan bantuan.

Kak Sidah said...

Salam,

kadang-kadang ada kalanya kita terleka, tapi bertuah kerana cepat diingatkan semula dan tersedar..itulah anugerah namanya..ambil ia sebagai positive untuk hidup yang lebih selesa.

Semoga kita tidak terusan terleka, alhamdulillah dengan adanya N3 ini sama juga kita tersedar dari terleka, peringatan untuk akak juga.

Kak Sidah said...

Salam,

AZ akak yang no 1 hehehe...gurau je..kat pdkm tak pernah dapat.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Salam Datin,

itulah yang sebaik2nya...Alhamdulillah tindakan yang tepat, kita bersujud kepadaNya kerana menyedarkan kita.

sinomosa said...

Salam Kak,

Amat setuju dengan bingkisan akak.
Mungkinkah suluhan itu hidayah dari Allah.
Namun kak, yang amat lebih menyedihkan telah Allah turunkan hidayah itu kepada hambaNya namun mereka masih tidak menyedari hakikat itu.
Namun adakala yang telah menyedarinya dan bersyukur di peringkat awal, namun kecundang untuk terus mensyukuri nikmat itu pada pengakhirannya.

Semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan hamba2Nya yang bersyukur..Insya-Allah

mama ju said...

Salam Datin...


Iyalah sesuatu tu kdgkala buat kita tersedar...moga kita terus tersedar dari lena yg panjang..

Mama suka tulisan datin..setiap satu ada makna tersendiri, menarik dan kadang2 buat mama berfikir semula apa yg mama dah buat dan cuba perbaiki diri..terimakasih daun ...

ainhany said...

salam datin,

subhanallah benarlah penciptaan ALLAH itu memberi seribu rahmat. cuma kita jarang bermuhasabah tentang semalam...

Bila terantuk baru terngadah..oopp bukan mengumpat kat datin ni..tpi untuk diri sendiri juga.. Jadi cepat2 tekan brek.......STOP...itulah suluhan hidayah yang hinggap sebagai koreksi diri...

jaga diri ye kak nija..
dlm sujudmu doakan sahabat2 maya jua...haruz kita saling mngingatkan....

My Life said...

salam

dear kak nija..

banyakkan bersabar,ikhlaskan hati insyaallah pasti dipermudahkan semuanya...

Wan Rusyaini Wan Mohd said...

Salam Datin,

Mungkin pada orang lain, nilai sesuatu tiada makna apa-apa. Namun bagi orang yang memerlukannya, nilai yg kecil itulah memberikan sinar baru dan harapan. Mungkin kecil pada mata orang lain, namun pada kita besar ertinya.

Hanya syukur padaNya dapat mengungkapkan isi hati yang berserah. Andai suluhNya untuk memimpin tangan kerdil kita, alhamdulillah... kita masih dituntuniNya. Alhamdulillah

Hanya Allah sahaja yang lebih memahami diri kita dan suluhanNya itu satu anugerah

shami2 said...

Salam kak Nija..

Alhamdulillah kerana kita semua sedar akan petunjuk dan hidayah Allah...

Bagaimana kalau kita nampak orang sebelah kita yang masih terawang2 lagi..berkali2 kita mengingatkan dengan cara baik...lain pulak jadinya...akhirnya kita yang disalahkan...

Namun aper kita kisah...AZ..hehhe

Hanya orang2 yang mencari akan terpilih dan..yang Allah akan berikan...petunjuk dan hidayahNya..
sebaliknya..tidak untuk mereka yang tidak mencariNya dan mengamalkannya segala suruhan dan laranganNya dalam urusan hidup mereka...

walaupun mereka itu telah pun berada dalam rumah Allah sekalipun...mereka tetap seperti itu tiada ada perubahan...bagai air yang lalu di daun keladi..insaflah kita, hargailah akan nikmat dan rahmat Allah pada kita setiap hari...pandanglah dengan matahati bukan dengan nafsu duniawi...
p/s: ingatan utk saya dan kawan2 semua juga

S said...

salam syg,

kita hanya pandai meminta dalam doa, tapi sikit diantara kita yang mengucapkan terima kasih pada Allah atas segala rahmat yg diberikan.

bersujud syukur tanda terima kasih kita pada Allah.

juga membuang sifat ujub, riak dan takbur dalam diri.

lakukan setiap kali selepas solat.
dalam keadaan berwuduk dan menutup aurat.

kita akan merasa lebih tenang dan redha kerana kita adalah hamba NYA.

smoga bahagia.

Asnija said...

Salam K.Sidah,
Tahniah dapat no.1, pecut juga dah K.Sidah ni...

Terima kasih atas peringatan akak tu. Bila lupa dapat ingat balik, alhamdulillah, tapi bila dah lupa tak tahu pula kita ni lupa dan keras hati tentang nyer, memang menyedihkan...semoga Allah sentiasa mahu membimbing kita ye kak.

Wassalam.

Asnija said...

Salam ayah zain,
Kasihibu membawa ke syurga, kasih ayah semasa ada...
Memang jangan sekali-kali take for granted orang tua kita,
Jangan bila dah tiada baru nak rindu, baru nak cium...

Terima kasih AZ melapangkan masa singgah rumah saya ni. Kirim salam dengan Mrs Zain ye...

Asnija said...

Salam K.Nab,
Dapat susah atau dapat nikmat, memang kena syukur semuanya, mana kita tahu, lepas ujian getir, Allah sediakan rahmat tidak ternilai...amin...

ps: ceria k.nab 2-3 menjak ni ye...

Asnija said...

Salam dinda syima,
Manusia mudah lupa, adakalanya ilmu memang penuh di dada, tapi terlalai jugak bila diuji...mudah lemah dan tersungkur...tapi yang penting ada kekuatan untuk bangun semula ye dik...

ps: nanti datang ss14, minum kopi sama ye...

Asnija said...

Salam Mama Ju,
Memang kita ni kena berfikir selalu, komputer boleh obsolete, jangan pulak otak kita ikut out dated jugak kan...he..he..

ps: tiap minggu suami saya borong ikan kat pasar borong, satu hari mesti kena ikut dia, mana nak tahu kita terjumpa kan...masa tu boleh breakfast rumah Mama Ju...free je kan..

Asnija said...

Salam Ainhany,
Memang manusia suka tunggu terantuk, baru tergadah...tapi bila rasa pahit dulu baru datang manisnya...baru terasa manisnya nya rahmat Tuhan...

ps: ubat semuanya pahit...

Asnija said...

Salam Azie,
Memang itu doa akak selalu, agar Allah sentiasa permudahkan...

Terimakasih dan wassalam.

Asnija said...

Salam Wan
Setuju sangat apa yang Wan kata, semua pemberian mesti kita anggap satu anugerah. Bila menerima, ingat pada yang tidak berpeluang mendapatkanya...mesti datang rasa syukur yang teramat sangat...

ps: bila nak pergi kedani Wan ni ye...mesti nak beli cucur badak ni...feberet akak...tapi tak tahu buat sendiri...ada delivery system tak? Wan deliver motor..baru canggih, Wan...

Asnija said...

Salam Shami,
Bila yang ditegurmasih belum sedar, tanggungjawab kita untuk tidak berputus asa, kerana bukan kuasa kita untuk menentukan bila hidayah akan datang melimpah ke hati nya...

Suka apa yang Shami katakan...buat peringatan akak juga...

Tapi benda-benda ni...akak kisah...kisah sangat...

Asnija said...

Salam Kak S tersayang,
Terima kasih atas semua ingatan dan nasihat akak..tak akan saya lupa...tips sujud syukur tu, memang bermakna..terima kasih...

ps: pak engku saya kirim salam kat abg megat...nanti simpan ikan pekasam...dengan nasi panas-panas tu sedap nyer makan pulak dengan cencalok..

Imran Paris said...

Datin...n3 ni buat saya sayu, ingin sekali terbang pulang ke Malaysia memeluk mencium kedua org tua.

Datin, ceritalah lebih lanjut perihal suluhan itu...mungkin byk manfaat buat kami yg lain semua, jika Datin tak keberatan.

Datin, saya ingin pesan seorg ustaz...jgn tunggu bila inginkan sesuatu baru nak buat solat hajat, jgn bila dah dpt sesuatu baru nak sujud syukur...kedua2 jenis solat sunat ini boleh shj kita usahakan setiap hari menandakan kesyukuran pd setiap nikmat yg dikurniakan serta mengharap segala yg terbaik drNya...Betulkan Datin, syukurlah kerana setiap nafas yg disedut adalah milikNya....

S said...

salam nija,

w.salam dan salam dari abang Megat juga untuk Pak Engku.

pasal pekasam tu, nnt kak S bawa untuk Nija. InsyaAllah..

hari tu nak bawa dah, tapi takut tak pandai makan. lain kali naa.

Wan Rusyaini Wan Mohd said...

Salam Datin,

Betul kata akak setiap pemberian Allah tu satu anugerah.

Wan htr naik motor? Masuk longkang kang. Dulu masa umur 17 tahun, wan belikan mak motor. Wan tak berani naik. Cuma adik lelaki yg pandai. Tapi nak try jugak. Punya lah konfident wan nak htr mak wan pergi kedai, yg jaraknye adalah 15 minit perjalanan. Mula-mula start enjin, okay konfident, sebab wan tinggi, kaki cecah sepenuhnya pd tanah. Mak wan pun paut kt wan lalu naiklah motor tu. Satu hal wan tak pandai nak press motor tu, masuk gear pun tak berapa reti bila nak masuk. tapi konfident punya pasal, jalan!

Mak wan ketaq lutut. Dia tanya " Kak long, boleh ke ni? Boleh Mummy! Kak Long boleh hantar mummy gi kedai. Tak yah naik bas lagi" bls ku konfident.

Apa jadi? Kejap motor tu, laju gile-gile. Kejap perlahan sangat, samapi org jalan kaki pun lg cepat. Wan tak reti betul nak press minyak dia. Nak sederhana tak reti takat mana nak kena pusing.

Motor tu naik sume bende. mula-mula atas jln tar, pastu tiba-tiba turun kat tanah. Tiba-tiba kang jalan atas batu. Kita yg atas motor ni dah macam naik kuda daa. terhenjut-henjut. Ni baru jln kat lorong rumah, belum lagi samapi simpang besar.

Tiba-tiba " Kak long! kak long! berenti kt sinilah, mummy nak naik bas lah. Tak pe! tak pe! tak yah htr mummy! berenti! berenti!

Wan pun ikut arahan lah. Frust jugak tak dpt htr mak gi kerja. Ingat nak berjasalah sikit, tapi rupanya telah mengecutkan darah mak ku itu.

Wan pun baliklah rumah. Macam tu gak, kejap atas jln, kejap atas tanah, kejap atas batu. Wan pun kata dlm hati memang aku takkan pandai naik bende alah ni. Susah giler. Serik dah. Baik aku naik kuda terus. Belum lagi motor terbatuk-batuk dan bunyi berdehem yg kuat. Oh! Aku Tobat! Dan sampai sekarang wan tak pernah dah naik motor. Mintak maaf

Wan Rusyaini Wan Mohd said...

Sayang akak! Sabar ye!
Kalau susah sgt nak makan cucur badaq wan,nanti wan bg resepi. Ingatkan wan ye! Eh! nak emel akak! nanti wan htr resepi. Buat je kt rumah buat stok utk setahun.

Thak you for adding me as ur friend!

Atikah said...

Salam kak...

Hanya insan teristimewa yang mendapat suluhan dariNya... Tanda kasihNya pada hambaNya. Akak salah seorang yang teristimewa itu...

Thanks kak dengan perkongsian ini... sedikit sebanyak menyedarkan saya yang selalu terleka...

Umi Azuddin said...

Salaam Kak Nija,

Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut lagi Maha Penyantun terhadap hambaNya. DisuluhNya 'mesej' kepada akak dengan penuh Kasih Sayang....masyaAllah. Alhamdulillah.

Saya pun termalu sendiri bila baca ayat Allah yang mengatakan bahawa "amat sedikit daripada hamba Ku yang bersyukur..." (34:13)

Semoga kita tergolong dalam "golongan yang sedikit" itu.

VpeaceV

p/s Kampung hubby akak dekat area Lost World tu ker? Kg saya di Sg Rapat (dekat dengan area Medan Gopeng / jalan nak ke Airport). Nanti bebila akak balik kg hubby, bolehler kita dating! :)

Unknown said...

Sorry la kak, ingatkan akak tengah keruk beg cari 10 sen nk byr tol. Saya boleh bayang la mcm mana muka akak keruk handbag masa tu..hehehe

Asnija said...

Salam Imran,
Begitulah resam kehidupan. Mudah lupa dan leka.
Semoga Allah sentiasa memimpin mereka yang beringat. Amin.

Asnija said...

Kak S,
Apa pulak tak pandai makan ikan pekasam, atuk dan nenek saya pun orang bendang...ikan sepat kering kegemaran kitorang. Kalau ikan pekasam tu akak yang buat sendiri, saya tunggu...

Asnija said...

Salam Wan,
Kelakar lah Wan...semangat berkhidmat pada ibu tak pe lah Wan...sekarang mesti boleh bawak mak naik kereta pulak...senang sikit hati emak wan tu, tak takut.

ps: nanti nak pergi le ke kedai wan..buat surprise...(tanya kak ummi alamat nyer...)

Asnija said...

Salam Tikah,
Alhamdulillah kita sama-sama dapat beringat...keci-kecik cili api la Tikah ni...ilmu banyak di dada...

ps: camner? masih releks lagi ke?

Asnija said...

Salam Umi,
Adakalanya bersyukur bila dapat benda yang luar dari biasa, benda-benda yang biasa terlupa ianya juga satu pemberian. Lagi dalam kesilapan...kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak perasan...

ps: wajib akak buat sessi terjah rumah umi nanti satu rombongan...masak tempoyak siapkan tau....

Asnija said...

salam Nurul,
pss...jangan pecah rahsia, handbag akak tu sebenarnya muzium bergerak....banyak artifak...sebab tu kena simpan semua...tak boleh buang...bernilai...

Atikah said...

Salam Kak,

Ala kak, ilmu saya masih banyak yang kurang... tak penuh lagi kat dada nie... masih mencari... :)

Masih relax lagi nie... tenang2kan hati dulu... hehehe

rezeki said...

salam datin,

alhamdulillah, bila kita terleka, Allah sentiasa mengingatkan kita dengan pelbagai cara . Semua petunjuk, taufik dan hidayah yang diberikan kpd kita tandanya Allah menyayangi kita dan kita ambil sebagai pedoman dan iktibar

semoga kehidupan kita sentiasa disuluh dengan cahaya2 keimanan dan ketaqwaan

insyallah

Asnija said...

Salam Tikah,
Ilmu sikit kalau diamal insya-Allah lebih baik dari ilmu yang banyak tapi tak diamalkan lansung...

ps: tenang-tenang kan hati masa tengah lapang ni...insya-Allah nanti datanglah yang terbaik untuk Tikah Akak doakan ya!

Asnija said...

Salam Rezeki,
Terima kasih datang singgah. Terima kasih juga atas peringatan. Allah memang sayangkan kita, kita je yang sering bersangka buruk pada Tuhan...

S said...

salam Nija,
nnt kalu ada rezeki tu sampailah juga.

ya , Allah tak pernah zalim pada kita, DIA amat menyayangi kita dengan cara NYA yang tersendiri.

kita yang selalu menzalimi diri kita sendiri.

Astaghfirullah !! ampunkan dosa kami ya Allah.

Atikah said...

Salam kak,

TQVM... sayang akak... muahhhh...

kak, dah tau cm mana mata menyengeh.... hehehe...

Wan Rusyaini Wan Mohd said...

Salam Datin,

Kalu nak datang, jangan le buat surprise. Kang sorang-sorang je depan kedai wan. Kita ni selalu jugak keluar-keluar, beli brg, jumpa customer dll.

Nak dtg bagitau ye!

Asnija said...

Salam Kak S,
Terima kasih keranan Kak S tak pernah jemu beri nasihat dan pesanan. Semoga Allah merahmati kita dan keluarga kita ye...

ps: Malam semalam saya dinner dengan masak lemak cili padi nenas dan ikan sepat masin...(tapi beli laaa...he..he...sedap tak terkata...)

Asnija said...

Salam Tikah,
Releks le tu...pi la tolong Hanis jemur ikan masin ye...he..he..

Asnija said...

Salam Wan,
Ok, nanti akak beri notis 1 jam, cukup tak?

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam anaknda Datin,

Baik/buruk didatangkan Allah ada hikmah tersendiri.Kita menilainya dari sudut tauhid.Tanpa tauhid berkecai semuanya.Redhoilah,kepadaNya kita berserah.

Yang paling utama ialah anugerah imam dan Islam.Belailah kedua ini,kepadaNya kita akan kembali.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anaknda,

ni pembetulannya.

Bukan 'imam' ,tapi 'iman'

Asnija said...

Salam ayahanda,
Terima kasih sudi mampir, dan terima kasih atas peringatan ayahanda. Insya Allah anakanda akan jadikannya panduan. Belajar redha pada apa yang Allah takdirkan dan tentukan.

Wassalam.