Thursday, October 29, 2009

Menajamkan gergaji...

Nak tahu rahsia? Ok...sebenarnya bukan rahsia, cuma amalan. Dan untuk mendapatkan hasil, dan kerana ianya dinamakan amalan, sudah tentu mesti dibuat selalu, dan sebati menjadi tabiat - your second nature!

Apa amalan saya tu? Saya mula mengamalkan minum jus tomato setiap pagi, sememangnya tidak ingat sejak bila, tapi memang dah lama....bertahun....

Mengapa tomato? Waktu itu, saya sendiri tidak tahu maklumat terperinci tentang tomato, maklumlah, ketika itu, ilmu hanya daripada bacaan - membaca buku dan membaca majalah. Ketika itu, kebiasaan men-google untuk mendapatkan maklumat dihujung jari belum lagi menjadi satu cara hidup. Saya hanya mengagak mengikut pemikiran yang belum meluas - minum jus carrot, nanti gemuk pulak sebab ubi based, minum jus buah, nanti gemuk pulak sebab manis, so, tomato ni macam tak merbahaya je... Itulah asal mulanya... Ngok-ngek betul kan saya dulu....Sekarang ni, selepas bertahun-tahun, dan bila ramai sangat yang bertanya, saya membuat kesimpulan sendiri, mungkin sebab jus tomato inilah...dan saya pun mula men-google bagi mendapatkan maklumat yang lebih saintifik.

Wah!!! Tidak saya sangka, jus yang saya minum saja-saja dan suka-suka selama bertahun-tahun rupanya mengandungi khasiat yang saya sendiri tak menjangkakan... Selama ini, saya beramal tanpa ilmu...nasib baik mendatangkan manfaat. Jadi selepas ini, saya mengamalkannya dengan prinsip yang betul, iaitu berdasarkan ilmu....

Rupa-rupanya tomato ni kaya dengan antioksidan dan lycopene, sumber yang baik untuk mencegah kanser. Ia dapat memperbaiki aliran darah dan menurunkan tekanan darah. Ia juga fat-soluble...bagus ni untuk menurunkan berat badan....Ia juga tinggi dengan potassium, mineral yang bagus untuk kecergasan dan mengurangkan penat, dan juga vitamin C. Semua ini baru saya tahu....alhamdulillah.

JUS TOMATO

Apa yang saya buat? Setiap pagi, blend 2 biji tomato, kebiasaannya dapatlah dalam 1 gelas kecil seperti dalam gambar. Rutin saya, bangun pagi, blend tomato, simpan dalam tupperware kecil, masukkan balik dalam peti sejuk, naik atas balik, dan mandi. Kemudian, saya akan minum jus ini dalam perjalanan, spot kegemaran saya ialah bila di Tol Sunway. Di sini terlalu jam, dan barisan untuk membayar tol sememangnya panjang. Saya akan minum sedikit demi sedikit tanpa meneguknya, tapi hirup perlahan, agar asid tomato bercampur dengan alkali dari air liur. Kebanyakan khasiat jus tomato akan mula dicerna dari mulut lagi, jadi ambil masa untuk menghirup dan menikmatinya.

Kalau sekadar meneguk dan menelannya, khasiatnya berkurangan, kerana proses percernaan diperut melibatkan enzim lain, tidak sepert enzim yang terdapat di air liur kita. (Penting: Minum jus ini ketika perut kosong, dan makan sarapan seperti biasa hanya selepas 30 minit. Sebab itu saya minum dalam perjalanan, bila sampai ofis, dah boleh bersarapan).

Penyerapan khasiat jus atau buah-buahan akan terhasil secara optimum bila perut kosong. Keasidan jus tomata juga dapat dineutralkan bila sudah bercampur dengan air liur yang bersifat alkali. Ini saya tahu dari belajar Biologi ketika sekolah dulu...

PENCUCI MUKA TOMATO

Saya suka menggunakan blender khusus untuk jus, sebab hampas tomato ditapis terus(dan juga sebab malas menapisnya...he..he..). Jangan buang hampas ini. Ambil, dan sapukan ke muka ketika mandi (sebab itu saya blend dulu, baru pergi mandi). Saya amalkan ni, sebab mulanya kerana sayang nak buang. Kemudian baru tahu rupanya, asid dari tomato boleh menghilangkan jeragat dan pemutih asli. Ia juga baik untuk merawat sunburn (guna sebagai mask).

SET RAWATAN MUKA TOMATO

Bila terlebih rajin, saya blend dengan almond (jangan lupa...saya ada advantage ini, kerana stok almond selalu ada memandangkan ianya bahan penting dalam pembuatan coklat...). Jadilah scrub muka...buat seminggu sekali. Sebelum scrub muka, rebus air panas, letakkan dalam mangkuk besar, kelubungkan keseluruhan kepala dan muka dengan tuala, agar terkena wap panas tadi (jangan terlalu panas ye...). Stimkan muka selama 10 minit, untuk membuka pori-pori kulit muka, lepas tu pakai scrub tadi. Bila dah stim dan scrub muka, wajib pakai mask ye, kalau tak nanti kulit muka kendur.

Untuk mask, saya buat yang senang je...guna yogurt (tak kisah le perasa apa, gaul dengan putih telur sikit, dan tempel kat muka...pas tu releks sampai rasa sejuknyer hilang, cuci ngan air sejuk macam biasa. Pakai toner, dan krim pelembab. Tak kisahlah jenama apapun. Sayapun tak rajin... stim muka dan mask ni saya buat sebulan sekali, tapi kalau malas sangat, dua bulan sekali. Rule-nya, kalau stim muka, wajib pakai mask! Kalau pakai mask, tak stim dulupun tak pe. Kemudian, krim pelembab mesti pakai tiap pagi, sekarang saya pakai yang ada anti-wrinkle dan sun-block.

BAB PEMAKANAN

Ok, bab makan. Ini saya amal sejak baca buku Anthony Robbins. Bertahun-tahun yang lepas.... Badan kita ni rupanya ada 3 fungsi, merawat, mencuci dan menghadam. Waktu badan merawat sel-sel badan kita ialah waktu kita tidur iaitu waktu malam dari pukul 8pm hingga 4am. Sebab itu tidur kena cukup, kerana banyak sel badan kita rosak ketika siang dengan pencemaran udara, bahan toksik yang kita makan seperti perasa makanan dsb. Dan kerana itu jugalah, sekiranya kita terluka atau terbakar, tidur kena cukup agar proses penyembuhan berlaku dengan baik.

Apa jadi selepas pukul 4am? Antara 4am hinggalah 12 tengahari ialah proses pencucian untuk badan kita. Waktu ini, semua toksik dari proses rawatan sel-sel badan perlu dibuang. Sebab itulah, waktu pagi elok bersenam, agar peluh keluar dan toksik dapat dibuang melaluinya. Kita juga disarankan mengambil banyak serat, minum banyak air, supaya toksik ini dapat dicuci keluar dan tidak bertakung dalam buah pinggang.

Selepas 12 tengahari hinggalah 8pm merupakan waktu penghadaman. Sebab itulah secara semulajadinya bila tengahari, kita mula rasa mengantuk, kerana semua darah sudah turun ke bahagian perut dan bersedia untuk proses penghadaman. Jadi bila darah sudah kurang mengalir ke otak, oksigen juga sudah mula berkurangan diserap oleh otak dan menjadikan kita mengantuk.

Proses ini berlaku secara automatik setiap hari. Inilah prinsip badan kita yang kita perlu tahu. Kenapa mesti tahu? Sebab proses-proses ini akan berhenti bila kita makan karbohidrat. Contoh, waktu pagi, sebaik saja kita makan nasi lemak, proses pencucian akan berhenti dan bertukar kepada proses penghadaman. Jadi, toksik tidak habis dicuci keluar, bertakung di buah pinggang.

Sama juga bila pukul 11 malam kita makan nasi, proses penyembuhan akan berhenti dan bertukar kepada proses penghadaman. Jadi sel-sel kita tidak diperbaiki dengan sempurna. Hati-hati agar tidak makan nasi selepas pukul 8 malam. Bila sel-sel badan tidak dirawat dengan sempurna, adakalanya sel-sel ini bertukar menjadi sel-sel kanser.

Jadi, pagi tak boleh makan nasi lemak dan canai ke? Heh...heh....jangan la gitu. Boleh....Cuma bila kita sudah tahu prinsip badan beroperasi, lebih senang kita menjaganya. Contoh, bila dah 3 hari makan nasi lemak/canai/mee goreng waktu pagi, jadi 3 hari berikutnya, berilah peluang untuk badan kita menjalankan operasi mencuci dengan sepenuhnya. Ambillah pulak roti wholemeal, buah-buahan, baked beans atau makanan yang mengandungi serat tinggi. Janganlah sampai badan kita 24 jam menjalankan proses penghadaman memanjang....sian badan kita...

Dan bila tahu prinsip badan ni, senang jugaklah nak berdiet....lebih berkesan...lebih senang nak kurus...(betul ni tau CM...eh...mana Noor ni? Lama sangat kat estet tu...gi tengok dia jap Mas...)

(Harapan akak, N3 ni tak memboringkan korang sume ye....ingat tau...fasa yang susah nak buat tu pada minggu pertama je, sebab belum jadi tabiat, alah...pakai jam kat tangan lain pun susah...kan.... Tapi masuk minggu kedua dah boleh biasakan diri...ingat tau, yang penting ialah amalan berterusan....barulah dapat kulit kemerah-merahan macam tomato....)

AMARAN KERAS: Lepas ni jangan pulak panggil akak Datin Tomato....Cik Lie...siap...jangan arr....

56 comments:

S said...

salam Asnija,

terima kasih bagi petua petua ni.
amat berguna buat pompuan ni.

nak cubalah.
CM dan Noor tu mesti cuba.

S said...

salam,

sori... lupa tadi .
nak tanya nih... tajuk dan cerita tak ngamlah.
gergaji apa nih ??? ahaks. kik kik kik ...

Imran Paris said...

Datin....bagus n3 ni....bagus betul....selain tips lempang melempang sblm tidur dan bangun tidur....tentu amalan tomato ni berperanan me-rebranding iras menachi kepunyaan Datin dulu...hehehe

Eh...saya pun suka jus tomato, tp tak di amalkan langsung...

Nak komen lagi ni...tp sy nak solat Subuh dulu...td bangun pulak terlupa nak lempang pipi kanan 5 kali...pipi kiri 5 kali...hehehehe

Ayah Zain said...

Salam Datin,

satu info yang sangat menarik ni. Padan la az nampak datin T ni macam anak dara. Berapa umur Datin T yer?

Asnija said...

Salam S,
Selamat berkenalan, dan selamat datang. Terima kasih kerana sudi singgah. Seronok nyer dapat sorang lagi pengomen. Pengomen saya yang lain tu sume memang penghibur hati saya, sayapun penghibur hati diorang juga...keh...keh...(betul kan....peras santan gitu...)

Esok start amalkan ye...mula ngan Hari Jumaat insya-Allah berkat, dan berpanjangan...nanti pipi kemerahan dan bulat macam tomato....

sebenarnya menajamkan gergaji tu (dlm B.Inggeris nyer Sharpen the Saw), metafora je....bermaksud tidak semudah seperti mengasah parang atau pisau, mata gergaji kena di asah satu persatu. Untuk sentiasa tajam, walaupun leceh, kena ambil masa menajamkannya...satu...demi satu...bila dah tajam, baru boleh cepat menumbangkan pokok...jangan kerana nak cepat-cepat menebangkan pokok, hingga lupa nak menajamkan gergaji, takut buang masa kononnya....

Apa kaitannya dengan tomato dan N3 ni? Pertama, badan kita ni ada 4 bahagian, fizikal, mental rohani dan emosi. Setiap satu kena dijaga dengan cara yang berlainan...satu persatu, tak boleh sekali harung je..samalah seperti menajamkan gergaji, kena satu persatu...

Tomato punya cerita ni ialah untuk menjaga fizikal - pemakanan dan senaman adalah untuk fizikal.

Untuk mental pulak, sebaik-baiknya bila kita beramal perlu berilmu, dan ilmu mesti sentiasa current, betul dan relevant, kerana itu, mental kita perlu semtiasa digilap dan dikembangkan dengan membaca, berfikir, berimaginasi, kreatif dsb. Kreatif ni bukan art dan lukisan saja, tapi kreatif ni penting untuk survival...Kreatif juga perlu berdasarkan prinsip yang betul. Nak tahu prinsip tu betul atau tidak, itu yang kita perlu sentiasa belajar.

Jaga solat, mengaji Quran, jaga hubungan dengan Allah ialah salah satu cara untuk memelihara dan maintain rohani dan jiwa kita.

Akhir sekali, untuk menjaga emosi, perlu jaga perhubungan dengan orang lain, kerana emosi melibatkan hubungan kita dengan orang lain, jaga tahap stress, jangan mungkir janji, gembira dengan kejayaan sendiri dan kejayaan orang lain, minta maaf bila kita salah, menerima kelebihan orang dengan ucapkan tahniah (jangan dengki-dengki) dan ucapkan terima kasih (macam kitorang kat sini la...happy je memanjang, kalau nak gelak...gelak guling-guling gitu...)

Kesimpulannya, menajamkan gergaji ni lebih kurangnya macam satu bentuk renewal dan rejuvenate lah gitu...

(psss:..kitorang ni sume belajar dari CL...cakap bersirat-sirat...kadang-kadang tu sampai tergeliat otak dan tali perut...)

Asnija said...

Salam Cik Imran,
Ni dah sampai opis ke belum nih? Ajaran saya, lepas bangun tidur, terus lempang pipi, apsal buka laptop dulu...tak dengar ajaran cikgu betul...kalau nak berkat...kenaa taat cakap cikgu...

pssss...apalagi..kalau dah suka tomato...amalkan je terus...ya habibi ya maulana....nanti lagi satu bulan ana tak kenal enta la kalu itu cerita...ohh...siapakah jejaka berpipi pink itu???

Asnija said...

Salam Ayah Zain,
opsss...ayah zain...usah kau sebut lagi Datin T arrr...jangan la buat saya marah...saya tengah pakai mask ni....nanti pecah mask saya..tumbuh kedut marah pulak nanti....

AZ ambik petua saya, saya pun tengah bersungguh ambil petua AZ minum jus epal hijau...no sugar...no ais...ari tu sayapun kagum...share le nape AZ minum jus tu plak...

Asnija said...

AZ,
Janganlah me-reverse psikologikan saya...saya tahu, sebenarnya AZ nak cakap saya ni macam Mak Dara kan...kan...

Asnija said...

Noor,
Mana kao pergi...getap sekerap mu basah ye...sian nyer....tak pe...ko jemurlah dulu ye...nanti singgah rumah akak ye...

Zie said...

Salam Datin,

Alhamdulillah, terima kasih.. lepas ni nak cubalah, nak lawa macam datin.

Nurul Hafizah said...

Assalammualiakum..

Tomato, apple hijau..timun bleh? Saleri ke?hehehe

p/s Assalammualaikum buat Abg CL & Abg IP ( ni Nurul ni)

Anonymous said...

salam Datin T,

akhirnyaaa....terbongkar sudah rahsia kecantikan kulit kak nija...dr 1st time hanis jumpa...hanis kata kulit kak nija cam kulit org jepun....cantik...akak, hanis nie yg pertama sekali kene p cari blender jus...hanis ade blender cili aje...tak sangguppp...nanti blend buah rasa asam pedas...huhuuhuh.....nak minta blander kat cik IP gak boleh dak...aritu cik IP kate nak bg kat kak mas blander cili kan...

Nurul....welcome to club...akhirnye create id gmail juga ke? :-)

kak zie...nak lawar lg tak????...akak tambah madu tuk scrub tomato tu....hahahah...mcm pandai aje hanis nie...

kak S....panjangnye kata2 aluan kak nija kita pada akak.... ;-)

S said...

salam Datin,

terima kasih...banyak dapat ilmu nih.
CL tu cam gitu ker ??
ingat lurus bendul....
ngeh ngeh ngeh......

Hanis ,
tk kerana sudi tegur !!

afeezz said...

pasni mesti harga tomato naek, pasal permintaan tomato dalam pasaran telah meningkat.. jom kite tanam tomato dalam pasu...

Atikah said...

Salam kak nija...

Wah akhirnya... terbongkar sudah rahsia kecantikan akak.. kena cuba nie... tak dpt pipi merah pun dpt kulit cam akak pun ok ler... TQVM... akak.. ingatkan sesi lempang2 tu tk betul... he.. he..

Hanis... kalau guna blander umah hanis jadi ler Jus tomato asam pedas... lagi cepat kesannya kot... lagi ler merah pipi hanis... merah pijar... :)

Azemi Ali said...

Salam Datin Asnija,

Masa saya belajar di U dulu ada seorang kawan tu dipanggil Tomato Man.

Banyak khasiat Tomato ni ya..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Datin,

Bagusnya dapat ilmu dari datin! Bagusnya datin...tak kedekut ilmu...semoga ia dapat memberi manfaat pada semua pengikut2 kat sini...
nak cuba minum jus tomato..tp tak mungkin kulit muka ku jadi cam datin...hu hu hu...akak dah masuk kategori senja!!

CM said...

salam datin

pas tu yg dok ajar mas yang lempang melempanggg ..tu tak validd kerr??? u waaaaa..huhuhu..mas dah ajar dah kat org lain..sapa nk bertanggunhgjawab..???

PINATBATE said...

Datin Asnija..
Terima kasih kerana berkongsi ilmu..

Imran Paris said...

Datin....tumpang jap....sapa2 berhajat, jom singgah Paris jap...ada cite kembara haji saya...tp sabar sikit ye....pjgn berjela...mungkin 10 episod...nak ngalahkan PDKM tu...hehehehe

aznaz said...

salam DAtin Asnija...tumpang lalu yer...

adik Nurul..waalaikumsalam...

aznaz said...

salam Datin Asnija...

aduhhhh sedih hati ku..sudah lah di doakan supaya gemuk gedenpul bersama sama geng ku, skg di panggil ku pulak boyer Arab...huh huh huh..sampainyer hatimuhh..bersama cm ....
Kak S..tulunn cheq nohhhh

waslam

CM said...

Salam Datin Nija

Tumpang lalu jugak...adikk nurul!!!!!! Ciklie pesan kat CM dia kirim salam. kat nurul.entah kenapa dia kata dia `sejukkkkk` jer....

boyer Arab tak per arr ciklie,boyer arab ni sejukkk!!!!!..

sat,sat,sat,cara mintak tolong dengan kak S tu cam biasa buat jer..Kak S ????? bukan Abang S ker????Abang S(samad) tulun cheq noooh datin beri ajaran sesat kat cheq..

Asnija said...

Salam Zie,
salah statement "nak cantik macam datin tu"...semua tu tahyul (macam Noor cakap) yang diorang reka-reka. Tok sah cayalah...sumanye pelesu..berkat ajaran cikgu pelesu tu....

Asnija said...

Aikk..Nurul, kao pun dah masuk sinih ye...nak mengorat CL n IP ke...diorang tu memang rela sangat....kita tengok, sapa yang akak dulu jawab salam...

Asnija said...

Salam Hanis,
Diam-diam...banyak jugak petua Hanis ye...kalau campur madu, nanti manis macam madu...namapun Hanis, buang s dan jadik hani...tu yek rahsia nyer ye..

(korang ni lagi kata jangan, lagi dibuat yer..datin T tu tak mo arrr...kalau nak panggil jugak...kena up sikit jadi Tengku T....wakaka...kak....)

Asnija said...

Salam S,
adui...migrain perut saya S ingat CL tu lurus bendul...mana de...bendul yang lurus macam CL, CL bengkak bengkok macam CM....

(manis mulut Hanis menyapa tu...jangan terpedaya madah berhelah dia...kitorang sume dah terkena...tapi kitorang suke dikenakan oleh si Hanis...)

Asnija said...

Salam Peez,
tak yah lah tanam tomato...apiz pakai je la loreal tu...(gi temankan Che Pit shopping barang kosmetik...dia tengah carik whitening krim tu...rekomen le loreal kat dia, dia tengah pikir nak beli garnier atau fair n lovely)

psss....Mas, akak tak tahulah si Pijal tu nak jadik apa...ari tu gerdel, minggu ni sibuk ngan whitening creme...auuu....auuuu...apiz tengokkan dia ye...

Asnija said...

Salam Tikah,
Paste asam pedas tu kalau buat mask...tak boleh nak membayangkan kemujarabannya...

Tikah & Hanis,
Akak beli blender jus tu murah je, kat giant, RM49 je satu...tak yah beli yang mahal-mahal...nanti husband korang susah nak maintain...

Asnija said...

Salam Cik Mie,
Tomato Man....sebab dia bulat ke sebab dia kemerahan? Saya cuma kenal Batman, Superman, Spiderman, ngan Cicakman, teringan gak berkenalan dengan Tomato Man ni...

(pss..cik mie...sian dah terjangkit ke-ting-tongan kitorang ni....)

Nurul Hafizah said...

Datin As..janganla marah..nnt kerepot muka tu..masa tu bukan setakat loreal, sk2, 3,4 pon xleh pakai..bg la chance tambah kawan. rileks2 xleh lawan Datin nye..Ok

Asnija said...

Salam K.Nab,
ala...sekadar kongsi ilmu...tak jadik hal...sayapun belajar macam-macam dari K.Nab...cuba je jus tomato tu...sekadar senja tak pe lagi...belum masuk maghrib...

Asnija said...

Salam Mas,
Akak tak nak bertanggungjawab....he...he...akak nak larik sembunyi belakang Mas...larikk....

Asnija said...

Salam Pinat,
(tapi kalau nak merening pink pipi tuh...kena tambah satu lagi tips...kena makan tempe banyak-banyak tiap hari...k...kat Parit Baru best tempe nyer...)

Asnija said...

Cik Imran,
Punya excited menulis kat blog dia, sampai tak perasan Nurul punya salam...keh...keh....

(saya dah baca...asyik membaca....aikkk...dah habis...ala...cepat sambung...nak gi lagi tinggalkan jejak lepas ni...tadi tak sempat...)

Asnija said...

Salam Cik Lie,
Wahh...Mas, lemah gemalai supan santun tumpang lalu depan akak...tunduk melintuk....menjawab salam nyer si Nurul....emmmm...

(Cik Lie...S tu kak S ke? Cik Lie ni memang dah nak buang si abg S tu ke? Padan le Mas merajuk kat akak...)

Asnija said...

Salam Mas,
Mas, jangan le mengadu kat Samad tu...habis la akak...nak nyorok mana plak ni...nyorok kat estet Noor ok tak?

(Mas, nampak nurul je ke sejukkkkk...nampak kita dia komen apa??)

Asnija said...

Nurul,
Nampak nye Abang CL yang jawab salam dulu...ehem...ehem....(kerja yang akak brief tadi siapkan yeee...sayang....)

Nurul Hafizah said...

Of course akan siapkan Insyallah..Put 1st Things 1st.Hehehe..Habits No 4.

p/s Mekasih yer sbb sudi nk berkenalan :)
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan yer...

S said...

salam,

jangan main teka2 .... siapa S sebenarnya ???

cayang CL... mai nak pujuk.
nnt S tibai depa semua nohhh.

rezeki said...

salam datin,

dgr tu CL, saya budak baru belajar ...
jgn CL ajar ajaran sesat sudahlah ngeh,ngeh,ngeh

ni datin , nak tambah sikit petua tu,

sessi lempang melempang hendaklah dilanjutkan sehingga tampar menampar 3 kali sehari

pagi,ptg, mlm
baru dapat mengekalkan kemerahan di pipi barang sepurnama ngeh,ngeh,ngeh
ngeh,ngeh,ngeh

Asnija said...

Nurul,
Cik adik, itu bukan Habit 4 le...mengaji lagi ye...

Asnija said...

Salam S (aka dot dot dot)
Ha....sah dah...ayat terakhir dan liuk lentok mengucapkan perkataan "nohhh" tu sudah menjelaskan segalanya...tu la...nak menyamar...cara bercakap kedah tu kenalah buang...slang Kedah tu ingat senang ke nak hilang?? (saya ingat S ni anak dara tang..tang...)

Asnija said...

Salam Rezeki,
lepas mengamalkan tips tambahan tampar menampar tu, ada kesan sampingan tak...(teringat lagu anita sarawak...pinggan dan mangkukku terbang melayang-layang....)

rezeki said...

salam datin,

ngeh,ngeh,ngeh

kesannya bukan saja pipi merah, mata pun merah plus bengkak-bengkak , full package
ngeh,ngeh,ngeh baru cun

Umi Azuddin said...

Salaam perkenalan Datin Nija,

Sebelum ni jadi "lalat" jer kat dinding umah datin ni, ni baru berani nak hinggap kejap...heh.
Nak ucap terima kasih atas petua tu...3M - Mudah, Murah, Mujarab gitu... :-)
Tapikan, nak tanya...kalau saya makan jer 2 bijik tomato tu aci tak? Rasanya tekak ni macam tak tertelan ler jus tomato...hmm...

Apa2 pun, terima kasih atas entri yang informatif ni.

VpeaceV

CM said...

Salam

Komen 1 untuk nurul:

Nurul,nurul,(kiter panggil lembut2 ni)my name is CM,kiter kawan CL,tadi CL sms ,CL wakilkan kiter ajar awak,dia sibuk sikit,kebetulan kiter pun cikgu,dia pesan teach u about direct lesson and indirect lesson,jom belajar dgn kiter...

Komen untuk S
CM confuse ,sapakah S,adakah anak dara atau mak dara??tapi?????? S yg Cm tahu samad jer,samad forever,,,

Komen untuk kak nija

CM takut ni,meletoop,letoop petua lempang melempang tu,ada yg berparang laki bini ni!!!sapa nk bertanggungjawab..

CM said...

Salam kak nija

tenggok nurul CL dan IP kata sejoooookkk!!!tengok kita dia kata `hot and spicy"wowwww,hehehehe,

Nurul Hafizah said...

Kepada CM, bila kita bleh belajar ek? Mcm best jer tajuk tu..hehehe

Kak As, kita ngaji pun ngan akak. Akak yg bg salah kitab.camne ni..adoi ai..masalah3

Asnija said...

Salam Rezeki,
Itu full package apa tu? ni mesti pesen muka raya haji ni...

Asnija said...

Salam perkenalan Umiazuddin,
Nama pendek apa yek, umi,azu atau din? Yang terpendik kat sini S...dulu nama K.S ni tak pendek cam ni,sekarang je jadik satu huruf...
Laaa...apsal menempek je...masuk je terus gelanggang...kitorang ni sume nyer pasti gembira...supan ngan orang tua...semua bekas ajaran cikgu Mas...

Amalan yang mjarab tu, bagi saya yang murah-murah je...senang nak maintain...kalau mahal macam SKII, tu boleh pakai sekali je...(sorry arrr duta SKII...)

Kalau nak mengunyah je tomato boleh je, lagi bagus sebab lebih lama bersebati dengan enzim air liur...tapi jangan gigit terus telan...sebab enzim air liur tak sempat cernakan khasiat nyer...saya lebih suka jus...ala...bayangkan je macam jus tembikai...

Asnija said...

Mas,
kelakar la Mas ni...bila nak shopping handbag ni? Tahun lepas kitorang sume satu office telah disponsor oleh MD kitorang untuk beli handbag dalam nilai USD200...he...he....mesti korang sume sakit jiwa dengar citer ni yek...tapi brand franklincovey jo lah...la nih...handbag akak dah macam buruk je...meh le kita gi alamanda...oppss...lupa lak Mas tengan pandang gi alamanda...

(mas..jangan usik Nurul tu lebih-lebih...nanti dia nangis...)

Mas tak tau sapa S tu ke? Cuba dengar intonasi dia bila cakap BM baku...telor kedah dia tak hilang....akak pun si Hanis yang kasik hint...

Asnija said...

Nurul,
akak yang kasik kitab salah ye...maaflah ke tersasulan akak ni..maklum je lah..akak ni dah tua...

Asnija said...

mas,
terangkat hot and spicy nyer kan mas...(tu yang sampai membolot no1 dan no2 miss universal...ewahhh...

Noor said...

Salam Datin..

lambat arr.. dah berderet-deret2 komen.. dah baca malam tadi tapi tak nyempat tinggal jejak.. sibuk dok gembur tanah blakang estet, nak tanam tomato.. heh heh.. 'marbeles' lah muka cheq lepas nie.. bukan takat buah tomato cheq telan.. ngan pokok2 skali cheq kunyah.. bagi cepat putih melepak dan halus mulus

anyway teng kieu arr pasai bagi tips yang amat berguna.. yang penting kena 'istiqamah'.. (inilah part yang paling susah sekali.. kang ada yang buat 3 hari.. pause 3 bulan..) semoga kami semua berjaya.. aminnnnn

hai nurul.. nak kenal ngan nurul jugaklah.. heh heh.. akak ada anak.. nak booking wat pak we tak??.. jeng jeng jeng... i like..

hai "S".. amboi glamour dia naa.. tukaq2 nama bagai.. cheq suka nak kawan ngan "S".. "S" nak kawan ngan cheq tak?? emmm, cheq pun nak bubuh nama barulah.. "N".. amacam kengkawan semua, ok tak??..

ngeh ngeh ngeh

S said...

salam kenal buat ASnija dan semua adik2 dan anak2...

bukan menyamar
bukan sentot kepala mcm kura2
bukan pura pura
bukan ,bukan, bukan, semua bukannnnnnnn
harap maaf nohhh.
nak bagi cans kat Asnija lah sbb ramai dok panggil dia As. so nnt keliru plak ....

lagi pun senang nak tulis satu huruf jah.
bunyi As ala ala omputih sikit. ngeh ngeh ngeh.

salam N, kita dok kawan lama dah aih. awat dok tanya plak ??
orang tua nak glamor. ngeh ngeh ngeh...sakit urat dik.