Orang kata beraya sebulan.
Memangpun satu fakta, Syawal memang sebulan lamanya. Meriahnya Raya, seronok berkumpul adik beradik, melakukan aktiviti yang jarang dilakukan pada bulan-bulan biasa. Bersembang sakan, bergurau bergelak ketawa. Memasak berkali-kali, makan juga berkali-kali. Jauh di ceruk kampung, jalan becak bertanah...sanggup diredah. Walau penat, hati gembira.
Teringat dengan satu tazkirah di malam-malam Ramadhan, Hj Suffian berpesan untuk berdoa 5 perkara menjelang Raya:
1) Moga diberi keselamatan
2) Moga diberi kemudahan
3) Moga diberi kebahagiaan
4) Moga diberi kesihatan
5) Moga diberi kecukupan.
Sambil duduk melihat anak-anak, suami dan adik beradik makan-makan, berbual dan bergurau senda, saya melihat satu-satu nikmat yang Allah beri....
Pertama:
Alhamdulillah...semua kami selamat sampai (dan Alhamdulillah bila balik dari bercuti, kami juga selamat, dan barang-barang yang bersama kami, yang kami tinggalkan dan rumah kami juga selamat). Syukur...kerana Allah amat melindungi.
Kedua:
Alhamdulillah...semua perkara dan aktiviti yang dirancang, walau adakalanya dalam masa yang sangat singkat, dan adakalanya sekadar rancangan mengejut, tetapi Allah permudahkan. Sessi berbuka puasa hari terakhir yang hanya di bincangkan “gitu-gitu” menjadi sangat meriah dan mewah dengan makanan. Sessi BBQ Raya berjaya malahan menjadi 2 sessi yang sangat berjaya.
Ketiga:
Alhamdulillah...Allah berikan nikmat gembira dan bahagia. Kami semua gembira, dan saya secara peribadi amat terasa bahagia, dan insyaAllah dapat meninggalkan kesan bahagia itu di hati semua yang kami raikan dan temui.
Keempat:
Alhamdulillah...kami semua sihat...dan dapat menikmati juadah dan rezeki di depan mata. Walau perut jadi terlebih stress menghadam makanan, kami Allah lindungi dari “akibat-akibat” air gas, air batu, santan dan rempah, masam dan pedas....
Kelima:
Alhamdulillah...Allah beri kecukupan dan rezeki untuk semua perkara yang ingin dilakukan, Alhamdulillah kesampaian. Kaya tidak...tapi cukup.
Atas semua nikmat Allah ini, saya jadi sangat terhutang budi...
Saya melihat semula nota-nota tazkirah Ramadhan....janji dan keazaman untuk keluar dari Ramadhan sebagai insan berbeza...saya mengetuk kepala berulang kali...jangan janji tinggal janji....
KPI Ramadhan perlu berpanjangan di bulan yang lain...saya mengetuk kepala sekali lagi...jangan lupa, jangan jadi manusia tidak mengenang budi, apatah lagi budi dari Allah yang penuh rahmat dan nikmat.
Sama-sama kita berdoa dan berazam agar:
Puasa dapat diteruskan walaupun sunat...
Qiamulail dapat diteruskan walau tiada Lailatul Qadar...
Sedekah dapat diteruskan walau pahala tidak lagi berganda...
Solat dapat sentiasa berjamaah walau tiada lagi Tarawih...
Nafsu dapat terus ditundukkan walau syaitan sudah merata-rata...
Quran dapat terus dibaca walau tiada lagi kumpulan tadarus...
Maka jadilah Ramadhan berbulan-bulan...
(Dalam diam, saya sudah rindukan Ramadhan....tak sabar menunggu Ramadhan tahun depan....)
Anda dapat tak kelima-limanya? Jika dapat, maka kita sangat terhutang budi...

Alhamdulillah...syukur... |

Bersandar lepas berbuka... |
Sessi berbuka puasa "mengejut" tapi mewah... Teringat-ingat chicken mandey.... Pizza berkotak-kotak... Kari kepala ikan... Siapa sangka rezeki begitu murah... |
Tukang kipas...nasib ada hero-hero ni... |
Yummy...yummyy.... |
Laku macam goreng pisang panas... Laku macam kentang panas.... |
Sessi BBQ Sabak bertempat di Shah Alam |
Menu Sabak - sotong bakar... |
Ketiga:
Alhamdulillah...Allah berikan nikmat gembira dan bahagia. Kami semua gembira, dan saya secara peribadi amat terasa bahagia, dan insyaAllah dapat meninggalkan kesan bahagia itu di hati semua yang kami raikan dan temui.
Inilah kebahagiaan saya... |
Keempat:
Alhamdulillah...kami semua sihat...dan dapat menikmati juadah dan rezeki di depan mata. Walau perut jadi terlebih stress menghadam makanan, kami Allah lindungi dari “akibat-akibat” air gas, air batu, santan dan rempah, masam dan pedas....
Cucu Opah Ipoh |
Cucu-cucu atuk dan nenek Sabak Raya ke-3 di Sabak Bernam |
Kelima:
Alhamdulillah...Allah beri kecukupan dan rezeki untuk semua perkara yang ingin dilakukan, Alhamdulillah kesampaian. Kaya tidak...tapi cukup.
Atas semua nikmat Allah ini, saya jadi sangat terhutang budi...
Saya melihat semula nota-nota tazkirah Ramadhan....janji dan keazaman untuk keluar dari Ramadhan sebagai insan berbeza...saya mengetuk kepala berulang kali...jangan janji tinggal janji....
KPI Ramadhan perlu berpanjangan di bulan yang lain...saya mengetuk kepala sekali lagi...jangan lupa, jangan jadi manusia tidak mengenang budi, apatah lagi budi dari Allah yang penuh rahmat dan nikmat.
Sangat terhutang budi pada Allah...malu sungguh jika gagal
melaksanakan apa yang telah dijanjikan.
Istiqamah....Moga Allah berikan...Sama-sama kita berdoa dan berazam agar:
Puasa dapat diteruskan walaupun sunat...
Qiamulail dapat diteruskan walau tiada Lailatul Qadar...
Sedekah dapat diteruskan walau pahala tidak lagi berganda...
Solat dapat sentiasa berjamaah walau tiada lagi Tarawih...
Nafsu dapat terus ditundukkan walau syaitan sudah merata-rata...
Quran dapat terus dibaca walau tiada lagi kumpulan tadarus...
Maka jadilah Ramadhan berbulan-bulan...
(Dalam diam, saya sudah rindukan Ramadhan....tak sabar menunggu Ramadhan tahun depan....)
Anda dapat tak kelima-limanya? Jika dapat, maka kita sangat terhutang budi...
2 comments:
alhamdulillah kann., atas rezki Allah yg tak pernah putus..
Terima kasih, Engku Artini.
Wassalam.
Post a Comment