Wednesday, November 3, 2010

Moment of truth...

Entry kali ini saya taip di dalam samar-samar lampu, di tengah-tengah malam sunyi...dalam kedinginan penghawa dingin. Sebenarnya saya sedang cuba melawan rasa mengantuk dan selalunya bila dibawa bekerja dengan computer memang berjaya menjadikan mata terbuka luas. Bunyi mesin denyutan nadi menjadikan kamar itu diselubungi aura hening yang tersendiri. Keadaan waktu ini lebih tenang dan terkawal berbanding 2-3 jam yang lepas. Sesekali mata saya mengerling Ilham yang sekarang ini sedang nyenyak tidur. Bila merenungnya lama-lama, baru perasan betapa “fragile”-nya dia... terlalu kecil untuk terlantar demikian.

Tengahari itu emak menghubungi saya di pejabat, “Kamu tengah sibuk ke?” Itulah soalan emak setiap kali memulakan perbualan di telefon dengan saya. Dia faham benar jika saya di tengah-tengah program, berbual di telefon dengannya memang sesuatu yang tidak mampu saya lakukan. Tetapi jika saya di pejabat, saya akan melayannya dan bercakap semua perkara yang beliau ingin bualkan.

“Taklah....kenapa?” Soal saya kembali.

“Kamu balik sekejap, boleh?” Pertanyaannya kali ini benar-benar memohon simpati dari saya. Emak dan abah menjaga anak-anak adik saya sejak Sabtu lepas. Adik saya ke London atas urusan kerja untuk seminggu, suaminya pula di Singapura. Ilham yang masih kecil tiba-tiba demam, batuk dan selsema. Nafasnya jadi pendek-pendek dan berbunyi kerana kahak yang terlalu banyak. Soalan pertama yang saya tanyakan pada emak ialah, “Kad medical dia ada tak, mak?” Emak saya kebingungan. Bila dia bingung begitu, saya faham benar...tak tahu menahulah tu...

Medical card, surat beranak, kad health insurance....entah dimana letaknya. Panel clinic? Panel hospital? Lagi saya tidak tahu yang mana satu. Saya bukan lah panik, cuma saya mahu cepat membawa Ilham mendapat rawatan. Melihat cara dia kesusahan bernafas, bunyinya saja sudah dapat saya jangkakan tahap serius penyakitnya. Pasti kena hospitalized!

Perkara pertama saya lakukan ialah mendapatkan maklumat online tentang waktu di London. Saya fikir, jika saya mengirim SMS di waktu tengah malam buta, pasti adik saya sedang tidur di sana. Kesegeraan untuk mendapatklan maklumat pasti tidak tercapai. Alhamdulillah di sana rupanya 9.30 pagi. Saya terus menghantar SMS bertanyakan semua prosedur. Dalam kesibukannya, dia rupanya terlupa meninggalkan pesan kepada saya sebelum dia berlepas ke London. SMS panjang lebar darinya memang amat melegakan hati. Saya amat pasti Ilham perlu dimasukkan ke hospital. Walau adik saya menyarankan panel klinik biasa, saya akhirnya berkeputusan untuk membawanya ke klinik Dr. Chan, pakar kanak-kanak bagi mendapat kepastian. Seperti yang saya jangkakan, Dr. Chan mengarahkan saya membawanya ke hospital yang berdekatan dengan segera.

Pelajaran pertama: Bila out-station, tinggalkan semua dokumen penting kepada waris. Berikan penerangan dan maklumat terutamanya yang berkaitan kecemasan. Do not take anything for granted! Things could happen just like that...

Saya pulang ke rumah adik saya agar emak boleh mengemas barang keperluan Ilham untuk dibawa ke hospital. Saya pula balik ke rumah dan membahagikan tugasan kepada suami dan anak-anak (orang kata, short briefing on what to do while I’m in the hospital....) Selalunya bila kecemasan begitu, suami dengan automatik akan mengambil alih tugas sebagai “HR Manager”, dan Nisha pula mengambil alih tugas sebagai “F&B and Housekeeping Manager”. Melihat saya sibuk brief itu dan ini, suami bersuara, “Dear, you handle Ilham, we take care things over here...”

Pelajaran kedua: Take time to empower and delegate your spouse and children. Train them to take charge when you’re not around. In an emergency, you then could just “use your remote control” or "switch on the auto cruise button"...


The real journey begins after that...

Saya tidak pernah mendapat rawatan di hospital ini. Ianya merupakan hospital swasta baru di Puchong.  Ketika saya sampai, jam sudah menunjukkan 8.30 malam. Saya dan emak terus ke Bahagian Kecemasan. Tapi, kami diberitahu tiada katil kosong, dan mereka tidak dapat menerima kami. Sebenarnya, saya tidak mempersoalkan masalah tiada katil kosong itu. Malahan, saya faham situasi mereka. Apa yang membuatkan saya amat terkilan ialah cara layanan mereka. Jawapan yang tiada pertimbangan langsung, tiada rasa simpati, malah tidak ada rasa ingin tahu dan cuba melihat keadaan Ilham ketika itu. Jawapan mereka dan layanan mereka menyebabkan saya terdetik di hati, “I’ll never ever go to this hospital again...and will never ever recommend it to anybody!”  Saya rasa amat terkilan and "hurt".

Pelajaran ketiga: Tunjukkan rasa prihatin kepada pelanggan atau orang lain dengan seikhlas hati. Kita mungkin tiada jawapan kepada masalah mereka, tetapi keprihatinan kita boleh menjadi satu bentuk bantuan yang amat besar. Jika tidak boleh membantu, jangan pula mengguris perasaan mereka.


Saya mengirim SMS kepada adik saya, “The hospital rejects us, no room available, I’m going to SDMC now...”

Ketika itu, saya memutuskan, kalau ini anak saya sendiri, apa yang saya akan lakukan? Dan saya tak akan menghantarnya ke hospital yang saya sendiri tidak mahu anak saya dirawat di situ. Jadi saya berkeputusan untuk membawanya ke SDMC. Ketika sampai di SDMC, waktu sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Segalanya berjalan dengan pantas di sini. Walaupun ramai pesakit lain yang sedang menunggu giliran tetapi sebaik saja saya memberitahu jururawat bertugas tentang masalah Ilham, tidak sampai 5 minit dia dirujuk terus ke doktor yang bertugas. Tidak lama kemudian,Dr Ali, pakar kanak-kanak pula datang merawatnya dan memberitahu saya Ilham perlu dimasukkan ke ICU.

Ketika menguruskan ‘admission’ Ilham, perkara pertama yang mesti “clear” ialah urusan GL. Proses yang perlu saya lakukan amat berlapis-lapis. Sedangkan ketika itu, kandungan oksigen dalam darah Ilham memang rendah, turun dan naik. Doktor mahu merawatnya dengan segera, tetapi sistem dan prosedur pusat medical card adik saya hanya melambatkan rawatan sedangkan rawatan perlu disegerakan. Nasib baik staff Admission SDMC yang membantu saya (saya lupa namanya), sangat prihatin, bersungguh-sungguh ingin membantu, attentive, warm dan friendly. Mereka memberikan saya beberapa alternatif dengan penuh berbudi bahasa. Dia cuba memudahkan dan bersikap sangat fleksible. Dalam keadaan susah, sikap begini amat melegakan hati dan melapangkan fikiran.

Dalam kekalutan itu, saya menerima panggilan daripada Johari, ejen insuran adik saya. Bagus sungguh customer service yang diberikannya, “Hello Asnija, saya Johari dari PruBSN. Saya ejen Jahani, your sister. Dia SMS saya tadi beritahu anak dia masuk hospital, jangan risau, saya boleh tolong uruskan dari sini.” (Jujur saya katakan, walau tidak menjual, malam itu Johari berjaya “menjual” insuran kepada saya, dan saya dengan rela hati akan “merekomennya” kepada orang lain. Jika anda perlukan takaful, telefon saja Johari 019-2883361)

Keadaan Ilham sebaik dimasukkan ke ICU. 









Hampir 2.00 pagi, barulah Ilham menerima rawatan di ICU. Melihatnya berwayar di seluruh badan, emak menitiskan airmata. Kesian sungguh... Bila semuanya tenang dan selesai, saya mengirimkan SMS kepada adik saya di London dan suaminya di Singapura, “Everything is fine and under control. Ilham is ok now dan sedang tidur. Don’t worry!”

Saya kemudian menyarankan agar emak tidur dan berehat dulu sementara saya berjaga memerhatikan Ilham. Jururawat memberikan pengawasan penuh, memandangkan kandungan oksigen Ilham menurun bila dia mula tidur nyenyak. Sesekali dia merengek, kemudian tertidur semula.

Pukul 5.30 pagi, saya berjalan kaki ke restauran mamak berdekatan membelikan emak sarapan. Selepas menemankan emak solat subuh di surau hospital, saya perlu meninggalkannya menjaga Ilham keseorangan. Saya perlu ke pejabat pagi itu kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Saya tahu emak takut menggunakan lif dan tidak begitu yakin keluar masuk bilik ICU bersendirian, jadi keperluan makan minumnya perlu disediakan terlebih dahulu supaya dia tidak kesusahan. Saya juga rasa lega meninggalkan Ilham kerana subuh itu, Ilham sudah ada selera untuk menyusu dan mula aktif, tidak seperti malam sebelumnya. Syif menjaga Ilham siang itu akan diambil alih oleh emak dan adik saya sementara menunggu suami adik saya sampai dari Singapura.

Pelajaran keempat: Jadilah orang yang boleh memudahkan. Bantu orang lain ke arah penyelesaian. When somebody need you...be there!! Memang meringankan bila semua bersungguh-sungguh membantu. Pujian saya berikan kepada team di SDMC, Dr Ali dan Johari dari PruBSN. You guys did tremendous jobs! Thank you so much!)

Selepas 3 hari di ICU, Ilham nampak lebih sihat
dan segar.









(Adik saya tidak tahu anaknya di ICU sehinggalah dia sampai ke tanahair.  Suaminya juga tidak tahu
kerana saya bimbang dia memandu dengan hati yang risau dari Singapura.  Apa yang penting ketika itu Ilham sudah selamat, dan saya mahu mereka juga sampai dengan selamat.  Sekarang ini Ilham masih di SDMC, namun sudah keluar dari ICU.  Insya-Allah, esok dia sudah boleh keluar hospital selepas seminggu menerima rawatan.  Buat Ilham, Mak Long doakan semoga Ilham akan terus sihat...)

Nota:
Pakar kanak-kanak SDMC - semasa Amni (anak bongsu saya) mengalami kes yang sama dan tinggal berhari-hari di SDMC (ketika itu dikenali sebagai SJMC), dia dirawat oleh Dr. SafiahBeliau sangat ramah dan pandai memujuk kanak-kanak, prihatin dan menjawab soalan dengan baik dan detailed.  Beliau juga boleh meluangkan masa untuk menerangkan satu persatu tentang penyakit yang Amni hidapi.  Saya sangat berpuas hati dengan beliau dan sekarang ini, adik lelaki saya pula menggunakan khidmat beliau untuk anaknya - ehmm...when I like the doctor, I'll recommend her...of course!

Dalam kes Ilham pulak, saya dirujuk kepada Dr Ali. And he is also a great doctor...fatherly, caring, dan suka explain...I love doctor yang suka explain...bila anak kita sakit, tentu kita nak tahu sebab musababnya kan....


Well...if you're looking for Paediatrician di SDMC, you can always look for either Dr Safiah or Dr Ali...both of them are really great....

5 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Assnija

Alhamdulillah
Ilham telah beransur pulih

tahniah..saya puji mak long ilham
bersungguh2 menyelesaikan masaalah

Wassalam

Kakzakie Purvit said...

Salam Asnija,

Is not only SMDC teams, Dr. Ali and En. Johari from PruBSN did the tremendous jobs. But you as Ilham's Mak Long had did the tremendous job as well.

I dont' know how to praise you as a wonder women at the time to move form one hospital to another hospital just because of your nephew.

ummi5 said...

suka jadi org yg boleh memudahkan. itu yg diterapkan pada anak2 tapi belum lagi terkesan :) insyaAllah 1 hari..

Asnija said...

Salam buat Rozali, Kak Zakie & Ummi5,

Sesiapapun jika berhadapan dengan keadaan Ilham ketika itu, pasti tidak sampai hati dan terdorong untuk menolongnya sebaik mungkin. Rasanya, kebanyakan dari kita bila dalam keadaan terdesak, kekuatan tiba-tiba datang entah dari mana. Bukan "wonder woman"...cuma rasanya sudah menjadi fitrah semua manusia pastinya mudah tidak sampai hati dan berasa belas.

Buat Ummi5, saya selalu "membebel" dengan anak-anak, "Kalau tidak boleh memudahkan, jangan pula menyusahkan" - selalunya saya kaitkan dengan situasi begini - kalau tak boleh nak tolong kemas, jangan pula menyepah-nyepahkan barang; kalau tak boleh nak tolong basuh pinggan, jangan pula menambah pinggan sendiri yang kotor di sinki...the least thing that you could do is to wash your own plate...bila semua dah boleh basuh pinggan sendiri, alhamdulillah tak de la pinggan kotor terbiar di sinki...itupun sudah boleh dikira memudahkan lah tu...

Anonymous said...

Alamak...!! Pn Asnija...rasa terharu memberi penghargaan sedemikian pada saya. Saya rekemen SDMC/SJMC berdasarkan pengalaman saya sendiri dimana isteri saya yang lumpuh mendapat rawatan disana. Alhamdulillah beliau pulih 95%. Admission guna Medical Card juga. Saranan saya kepada kenkawan yg belum ada elok cari. Tak kisah dari syarikat mana pun. Risiko tetap ada..cuma kita pindahkan risiko tersebut kepada yang pakar.

Johari Mohd Salleh
Prudential BSN Takaful Bhd
S Alam