Ramai rakan yang bertanya tentang Hong Kong kepada saya – Ok ke? Bersih tak? Susah makan tak? Senang jalan tak? Tak sesat ke? Jawapan saya...best, seronok, senang....definitely we had a great time!
Di lobi BP International |
Ramai yang jadi teruja untuk ke Hong Kong, dan bertanya “how to”, “where to” dan segala macam maklumat yang boleh membantu mereka. Banyak kali saya menerangkan cerita yang sama kepada 4-5 orang yang berbeza, dan terfikir adalah lebih baik mencatatkannya di sini agar rakan-rakan lain dapat menggunakannya sebagai rujukan. Saya juga pada awalnya tidak tahu untuk bermula dimana ketika merancang percutian ini. Termasuk dengan persepsi dan keraguan, ada ketikanya terlintas juga untuk membatalkan saja percutian. Nyata, persepsi itu hanya semata-mata sangkaan yang tidak tepat.
Setelah mengalaminya sendiri, percutian di Hong Kong sebenarnya amat mudah dan menyeronokkan. Selain daripada Disneyland, ada banyak tempat untuk dilawati dan kami sedaya upaya untuk melawat kesemuanya. Jadual agak padat walaupun 7 hari berada di sana. Saya mengatur lawatan 1-2 tempat saja sehari agar anak-anak tidak kepenatan yang boleh menyebabkan mereka tidak seronok. Ketika inilah saya rasa...how could I live without Google....
Menyusuri Aberdeen Fishing Village |
Untuk memberi sedikit gambaran dan maklumat, saya cuba catatkan di entry ini dan entry berikutnya sebagai panduan kepada mereka yang ingin ke Hong Kong. Selamat Bercuti!
(Nuri, hope you’ll have a great time in Hong Kong this December. Hope this guide helps...)
Day 1
Itinerary
Hong Kong International Airport
BP International House
Nathan Road
Kowloon Mosque
Parklane Boulevard
Jordan Station
Di LCCT...
Flight kami dari LCCT ke Hong Kong ialah pada pukul 7.15 pagi. Bermakna, paling lewat untuk check-in ialah pada pukul 6.15 pagi. Dengan mengira-ngira waktu untuk solat subuh, kami berkeputusan untuk check-in lebih awal dan bertolak dari rumah selewat-lewatnya 4.30 pagi. Malam itu, sebelum tidur, saya membuat “short briefing” dengan anak-anak, dan paling penting, mengingatkan mereka “the end in mind” untuk trip ini.
“Ingat...we go as a team. Ibu dan abah pun tak tahu banyak perkara and depending only on what we read from internet. We will explore things together as family, learn things together. Kalau ada yang salah dan tersilap, do not blame each other....” Pesan saya berulang kali.
Ingat dah awal, tapi masih berbaris panjang untuk check-in di LCCT. |
Van yang ditempah menjemput kami tepat pukul 4.30 pagi. Semuanya berjalan lancar pagi itu dan urusan check-in juga lancar. Tak sangka LCCT begitu sibuk walaupun jam baru menunjukkan pukul 5.00 pagi, malahan lebih sibuk berbanding KLIA. Selepas check-in, kami mengambil sarapan ringan di McDonald, sambil menunggu subuh. Selesai solat, kami terus ke boarding gate. Berbanding dengan komen rakan-rakan tentang keselesaan tempat duduk AirAsia untuk penerbangan jarak jauh, saya dapati, tempat duduk selesa dan boleh dibaringkan seperti kapalterbang MAS juga. Makanan yang saya tempah juga memuaskan dan panas.
Arriving in Hong Kong...
Kami selamat mendarat di Hong Kong International Airport pukul 11.30 pagi. Urusan di imegresen juga lancar. Cuma passport husband kena tahan sekejap dan dibawa masuk ke pejabat mereka untuk pemeriksaan lanjut. Dulu ketika memohon visa ke US, passport suami pun kena tahan juga. Saya mengusiknya..."Agaknya nama atau gambar you ada persamaan dengan imegresen punya suspect list atau terrorist tak?"
Walaupun cuba bertenang, tapi ada juga risau di hati saya. Dalam sepuluh minit kemudian, pegawai imegresen tersebut menyerahkan semula passport suami dan menerangkan kepada kami tujuan dia mengambil passport tersebut, “It’s nothing, we just need to double check and re-confirm, sir!” Saya mengusik suami lagi...”Re-confirm yang you bukan terrorist tu...ha...ha....”
Di Hong Kong International Airport Sambil menunggu transit ke hotel, masing-masing masih sempat update FB... |
Urusan baggage juga cepat dan mudah. Kesemua 5 beg selamat sampai, pastinya 1 beg khusus untuk bekalan makanan dan rice cooker juga selamat sampai...(alhamdulillah lepas...). Kami terus keluar mengikut Exit B, dan menuju ke kaunter 12 sebagaimana yang tertera dalam slip pick-up service Air Asia. Saya tidak perlu bertanya panjang kerana counter staff sudah maklum dengan ketibaan kami, dan terus memberi sticker pengenalan kepada kami dan semua baggage. Tidak lama menunggu, kami terus dihantar ke hotel.
BP International House...
Urusan check-in di BP International juga cepat dan mudah. Pekerja mereka boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan mudah untuk kita berkomunikasi. Selepas check-in, kami berehat sebentar dan solat jamak takdim zohor dan asar. Perancangannya selepas ini kami akan keluar sehingga malam. Sementara menunggu anak-anak solat, sayapun menanak nasi dan memanaskan bekalan daging goreng kunyit yang saya bawa. Mungkin kerana penat, mungkin kerana teruja...mereka makan dengan penuh selera.
BP International dari Kowloon Park |
Nathan Road, Kowloon Mosque, Restoran Ziafat, Parklane Boulevard dan Jordan Station
Petang itu, kami menyusuri Nathan Road ke arah Kowloon Mosque. Kowloon Park hanya bersebelahan dengan hotel kami, dan berhasrat untuk melihatnya pada keesokan hari. Di setiap blok kedai pasti terdapat paling kurang 1 mall besar. G2000 dan Giordano bersepah-sepah...
Lampu jalan yang terang hingga nampak cerah walau sudah malam. |
Kowloon Mosque |
Sepanjang jalan ke Kowloon Mosque, kami melalui Parklane Boulevard yang merupakan deretan kedai-kedai barangan berjenama. Apalagi, aktiviti meninjau-ninjau bertukar kepada aktiviti shopping. Selepas terjumpa Kowloon Mosque, kami cuba mencari Restoran Ziafat kerana merancang untuk makan di situ esok malamnya. Di depan masjid, ada beberapa pekerja restoran yang mengedarkan risalah dan menunjukkan kami restoran mereka. Ada 2-3 restoran halal yang lain dan kebanyakannya menyediakan masakan India/Mamak dan Arab. Destinasi terakhir kami malam itu ialah Jordan Station, sekadar meninjau lokasi untuk memudahkan perjalanan esoknya. Namun, di depan Jordan Station, terdapat satu lagi mall, dan kami “tersangkut” di dalamnya. Kebanyakan kedai tutup pukul 11.00 malam, jadi seronoklah kami “meronda-ronda”...
Lebih kurang pukul 11.00 malam baru kami sampai ke hotel semula. Kami agak keletihan berjalan malam itu, dan tidur nyenyak kepenatan.
Tips:
Menempah MPV ke LCCT/KLIA:
Malay Guy (lupa pulak nama dia), MPV hijau muda: No. telefon: 012-6083611
Menempah tiket penerbangan
Anda boleh mendaftar dengar AirAsia untuk mendapatkan maklumat kadar rendah lebih awal dari orang lain. Jadi, peluang anda untuk mendapat kadar termurah adalah lebih besar. Layari http://www.airasia.com.my/
Menempah hotel
Jika ingin ke Hong Kong, cari hotel yang berdekatan dengan Tsim Tsa Tsui atau dalam kawasan Kowloon. Hotel-hotel sepanjang Nathan Road juga strategik. Hotel-hotel ini berdekatan dengan Temple Night Market. Saya memilih BP International kerana berdekatan dengan Kowloon Mosque dan Jordan Station. Laluan MRT juga agak selari dengan Nathan Road. Antara hotel yang berdekatan dengan Jordan Station ialah Shamrock Hotel dan BP International House. Jarak Shamrock dengan Jordan Station tidak sampaipun 3 minit berjalan kaki, dan BP International ke Jordan Station mengambil masa 5 minit berjalan kaki. Saya memilih BP kerana keluasan biliknya 20 meter square, berbanding 14 meter square di Shamrock. Saya ingatkan lebih luas, rupanya masih lagi kecil untuk 2 katil single dan 1 katil tambahan, sekecil bilik kedua untuk rumah teres dua tingkat saiz biasa, namun masih lagi selesa.
Untuk menempah hotel online, saya gunakan http://www.booking.com/. Saya dapati, harga yang ditawarkan lebih murah berbanding laman-laman web pelancongan yang lain. Sebarang tempahan juga boleh dibatalkan tanpa sebarang caj sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh check-in.
Hotel-hotel lain yang berdekatan dengan Tsim Tsa Tsui Station/Kowloon Mosque/Symphony of Light/Sogo/Avenue of Stars – Holiday Inn, Imperial, Sheraton, Kowloon Hotel, Peninsula.
Tiket MRT
Sistem pengangkutan di Hong Kong sangat sistematik dan bersepadu. Kita boleh ke semua tourist attractions dengan mudah menggunakan rangkaian MRT. Apa yang penting, dapatkan peta rangkaian MRT dan kad Octopus. Mungkin kerana rangkaian yang melingkari setiap sudut Hong Kong membuatkan ianya dinamakan Octopus. Kad Octopus ini seperti kad Touch N Go, dan boleh di dapati di bahagian Tourist Information atau di Customer Service Counter di semua MRT Station. Untuk mendapatkan kad Octopus, anda perlu membayar HKD 50 dan nilai yang ingin dimasukkan ke kad tersebut. Nilai minimum ialah HKD 50. Bermakna, dengan membayar HKD 100, nilai yang boleh digunakan untuk perkhidmatan MRT atau bas bernilai HKD 50. Apabila anda memulangkan kad Octopus, deposit HKD 50 akan dipulangkan kepada anda berserta baki yang tidak digunakan.
Pilihan yang lain, anda juga boleh membeli kad Airport Express berharga HKD 220 untuk seorang. Tiket ini membolehkan anda mendapat 1 airport transfer (airport–hotel atau hotel-airport) dengan keretapi dan shuttle bus ke/dari hotel, dan unlimited MRT ride selama 3 hari. Selepas 3 hari anda boleh memulangkan kad ini untuk mendapatkan deposit HKD 50 bagi setiap kad. Unlimited ride hanya untuk MRT line sahaja. Untuk menaiki bas, anda perlu menambah nilai pada kad ini yang juga boleh digunakan seperti kad Touch N Go.
Kebaikan membeli kad Airport Express ialah, anda menerima kupon diskaun sehingga 10% bagi setiap tiket masuk ke Ngong Ping 360, Ocean Park, Madam Tussaud dan Disneyland. Jika pergi bersama keluarga seramai 5 orang, penjimatan ini boleh mencecah hingga HKD 500.
Jangan lupa untuk mendapatkan peta rangkaian MRT, supaya anda tahu setiap stesen yang ingin anda tuju, dan stesen mana untuk menukar keretapi.
Untuk harga yang lebih murah, anda boleh membeli kad ini secara online di http://www.mtr.com.hk/eng/oticketing/intro.html
Untuk semua yang anda ingin tahu tentang MRT/Train services (i.e. jadual perjalanan, fare schedule etc), klik
http://www.mtr.com.hk/eng/homepage/cust_index.html
Kowloon Park
Bersebelahan BP International ialah Kowloon Park. Ia merupakan taman awam dan pusat rekreasi seluas 3 ekar. Di dalamnya terdapat beberapa taman mengikut tema seperti Maze Garden, Color Garden, Chinese Garden, Roof Gardens, Banyan Court and Bird Lake. Tiada bayaran dikenakan kecuali ke swimming pool, anda perlu membayar HKD 6 untuk kanak-kanak dan HKD 9 untuk dewasa. Apa yang saya perhatikan, kebersihan amat dititik beratkan, dan ketika kami ke swimming pool, kami perlu melalui pemeriksaan yang amat rapi sebelum dibenarkan masuk.
7-Eleven dan Wellcome
Di depan BP international, terdapat 7-Eleven dan Pasaraya Wellcome. Pasaraya Wellcome seperti juga Giant di Malaysia dan barang-barang makanan dan minuman lebih murah. Apa yang boleh dilihat dari jalan hanyalah tandanama Wellcome di pintu. Keseluruhan pasaraya terletak di bawah tanah.
Arah Jalan:
Dari BP International:
Ke Jordan Station – keluar dari pintu lobby hotel, di depan anda ialah Austin Road. Pusing ke kanan dan berjalan menuju ke Nathan Road. Sampai di Nathan Road, pusing ke kiri dan berjalan kearah kedai G2000. Terus kan berjalan sehingga anda melalui Hotel Shamrock. Di hujung blok kedai, anda akan lihat tangga turun ke bawah untuk ke Jordan Station. Signage Jordan Station juga boleh kelihatan, jadi anda tidak akan tersesat.
Ke Parklane Boulevard, Kowloon Mosque, Restoran Ziafat & Tsim Sha Tsui Station – dari hotel, berjalan ke Nathan Road. Di hujung Austin Road, jika ke kiri anda akan ke Jordan Station, ke kanan pula akan menuju ke Parklane Boulevard. Berjalan dalam 200 meter dan anda akan melihat Parklane Boulevard di sepanjang jalan sebelah kanan. Kedai-kedai ini tutup pukul 11.00 malam. Selepas Parklan Boulevard ialah Kowloon Mosque. Selepas itu, jalan terus di Nathan Road ke blok seterusnya. Anda boleh nampak tandanama Ziafat Restoran. Masuk ikut pintu kecil dan guna lif ke tingkat 6. Jika anda berlegar-legar di depan Kowloon Mosque, dan isteri anda bertudung, pasti anda akan disapa oleh pekerja-pekerja Ziafat yang mengedarkan risalah menu. Mereka akan menunjukkan jalan sehingga ke restoran.
Alamat Ziafat Restaurant: 81, 6th Floor, Harilela Mansion, Nathan Road.
Tsim Sha Tsui
Jika anda meneruskan perjalanan hingga ke hujung Nathan Road, anda akan berjumpa Salisbury Road dan Tsim Sha Tsui Station. Kawasan ini merupakan kawasan Tsim Sha Tsui. Di kawasan inilah terletaknya Avenue of Star, SOGO dan Symphony of Light yang akan saya ceritakan kemudian di Part 2.
(Boleh ke bawa rice cooker ke Hong Kong? Baca di bahagian Tips di Part 2)
[Baca Part 2 - The Peak &Madame Tussauds]
[Baca Part 3 - Ngong Ping 360]
11 comments:
salam kak nija : best jugak rupenye hong kong. ade org kata kat saya, yg hong kong ni best, tp sy macam tak percaya jer.. hehehe
Assalamualaikum Asnija
n3 yg cukup baik ...penuh dgn maklumat
terima kasih
Wassalam
Salam Asnija,
Seronok membaca dengan kepala menerawang terbayang apa yang diceritakan. Kakak tunggu N# selanjutnya...
p/s: suka membaca N3 blogger yang pergi melancung.
Seronoknya dapat melcanong, sebenarnya seri wangi baru menang DiGi ke konsert Iglisas pada 5 Nov lepas, tapi tak dpt pegi sbb pasport buat hal, yg seronoknya anak seri wangi yg dapat pegi, dah rezeki dia.
thanx for the info..plan nk ke hong kong 2012..xde ke budget hotel?
salam
I think you have done a good job here with all the interesting facts and tips. Mula2 Hong Kong was never on my travel list with this infor it will. thanks. kalau Boleh add pricing eg price of hotel rates in RM and cost of budget travelling (food, entrance fees in RM). Wasallam
salam. seronoknya bc log travel akak ke HK...selain pasport malaysia, aper lagi dokumen lain yang diperlukan once tibe airport sana?teringin gak g HK
Salam Anonymous,
Budget hotel di Nathan Road tu ada banyak. Rasanya saya ada bagi satu link di bahagian komen di Part 2, kalau tak silap.
Cuba Google "Budget accommodation at Nathan Road Hong Kong", pasti keluar banyak link.
Maaf tak dapat komen tentang budget hotel, sebab tak tengok sendiri. Tak dapat le nak rekomen mana satu.
Salam K. Sophie,
Budget mudah, RM1000 sorang...
Dalam entry berkaitan, saya ada berikan harga tiket ke tourist attraction...ni yang makan belanja banyak, sedangkan hotel, makan dan flight Air Asia murah je.
Kalau akak dah ke Universal Studio, pegi Disneyland tu macam kasi complete je...
Salam Azah,
Passport je perlu ada. Of course IC tu memang ada sentiasa, kalau ada anak yang tak de IC lagi, bawak surat beranak.
Buat salinan semua dokumen ni dan simpan di tempat selamat, in case dokumen kita hilang waktu di perjalanan, adalah dokumen pengenalan diri...tapi itu langkah berjaga-jaga saja...
Thanks banyak membantu, kebetulan waktu flight pergi nanti pun serupa........cuma naik diKLIA2. Dah nampak gambaran HK skg...
Post a Comment