Thursday, April 22, 2010

The free time, the first time, the last time…

Dalam 2-3 minggu ini, anak-anak memang asyik kena tinggal memanjang. Minggu lepas, habis saja tugas saya di JB, keesokan harinya Pak Engku pula ke Kuantan. Budak-budak mula bising terperok di rumah. Jadi petang itu, kami beri mereka kejutan. Pertama, menonton wayang yang mereka telah lama inginkan – “How to train your dragon?”; kejutannya ialah menonton versi 3D. Keduanya, membawa mereka menginap semalam di Boulevard. Sebenarnya, kami tahu, tayangan 3D selalunya lewat malam, jadi kerana malas balik ke Puchong malam-malam begitu, menginap di Bolevard lebih memudahkan. Kami pun agak letih “travel” ke sana- ke sini…ambil peluang sama untuk berehat.


Amni…enjoying her juice at the Executive Lounge..

Bilik amat selesa sekali, makanan, sandwich, buah-buahan, kek dan pastri ada disediakan di Executive Lounge dari pukul 3 petang hinggalah 8 malam. Free flow of coffee dan jus pula sehingga 11 malam. Apalagi….perut kenyang…hati senang…makan…rehat….jalan-jalan sekitar mall….minum….rehat…memang menyeronokkan…. menajamkan gergaji lagi!


Ada le yang Amni teringin nak beli tu…punyalah besar Mid Valley, MPH jugak yang dia nak pergi 2-3 kali…petang dah pergi, malam ajak pergi lagi…


Leka dah…nak beli yang mana satu?
Kenalah sabar menunggu dan melayan, walau mata dah naik mengantuk menunggu…
she is very important to me, so, this activity becomes so much important to me, too…



Nisha pulak leka di bahagian lain...


Pemandangan pagi dari tingkat 26, matahari baru nak naik,
cahayanya tempias ke KLCC dan Menara KL.


Happy bila tengok si kecik ni happy…
Berbaloi-baloi…
(Teka…kat mana si Nisha?)




Amni dan bento box nyer…
Lunch sebelum ke kelas Tae Kwondo,

muka pun dah monyok sebab dah nak balik…

Tapi yang paling mengujakan kami ialah wayang yang kami tonton…BEST sungguh, jalan cerita, nilai-nilai murni, kesan-kesan khas… Banyak sungguh AHA! Moments…

Antara yang saya suka ialah ketika Hiccup mengajar dragon-nya “Toothless”. Apa yang boleh dipelajari? Rupanya tidak mustahil mengajar dragon yang ganas (atau orang yang “ganas” = garang, ego, sombong, keras kepala, ditakuti etc.), jika tahu caranya dan bijak melakukannya:
  1. Jadilah pemerhati yang setia – setiap dari kita ada soft spot-nya!
  2. Rajin ambil nota – kita mudah lupa!
  3. Adakalanya pendekatan bijak sangat membantu – be smart!
  4. Untuk berjaya dengan signifikan – mesti tahu merancang dan berani melaksanakannya!
  5. Setiap kita ada bakat-bakat yang tersembunyi, dan kekuatan yang luarbiasa – unleash that potentials!
  6. Jangan sekali-kali memperkecilkan anak-anak, dan jangan terlalu melindungi mereka.
  7. Yakinkan mereka sehingga mereka percaya dengan diri mereka sendiri.

Banyak dialog yang amat saya suka terutamanya sewaktu Hiccup tidak mahu membunuh dragon ketika upacara kemuncak yang akan menjadikannya seorang Viking sebenar. Keengganannya telah memalukan ayahnya sehingga ayahnya tidak mengakunya anak lagi. Hiccup sangat kecewa dan berasa rendah diri teramat sangat. Dalam perbualannya dengan Astrid, dia mengeluh:

“You know...I am the first Viking who couldn’t kill a dragon…in 300 years!!!” (kesian sungguh Hiccup ketika itu…)
Dan apa jawab Astrid? “But…the first one who is right…”

Saya suka sangat dengan jawapan Astrid ni. Dialog itu melekat di fikiran saya…be the first one who is right! Selalunya kita lebih mudah inginkan popular berbanding mahu menjadi orang pertama yang melakukan perkara yang betul, walaupun tindakan itu mungkin tidak popular? Contoh terbaik, Rasulullah…semua kaumnya menyembah berhala, tetapi Rasulullah tidak. Beliau merupakan yang pertama dari golongan keluarganya yang tidak mahu menyembah berhala….sejak bertahun-tahun. Tindakan Baginda ini betul, tetapi menjadikan beliau sangat tidak popular, dicemuh, dibenci, sehingga hendak dibunuh….

Selalunya, bila kita melakukan yang betul, ramailah juga yang mengata. Sebab itu ramai beranggapan lebih mudah mengikut saja, walaupun kita tahu salah, semua kerana kita tidak tahan dikata-kata, disindir-sindir. Paling penting tidak mahu di kata memandai-mandai…. Tetapi, jika tiada sesiapa yang berani membawa perubahan….maka hidup lah kita dalam kejahilan selama-lamanya, sengetlah kita berjalan selama-lamanya.

Menjadi yang pertama, perlukan keberanian, kecekalan dan ilmu pengetahuan. Adakalanya perlukan kekuatan terutama jika perlu keluar dari comfort zone. Teringat pula tagline Emirates Airlines:

“When was the last time you do something for the first time?”

Hmmm….bila ye?

(Beranikan diri mencuba sesuatu yang baru...sentiasa fikirkan, what will I do differently, today?)

17 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Asnija

seronok anak2 tu
berbaloi le kena tinggal memanjang tempuh hari

Wassalam

مسافر اسلام said...

Salam kak...
apa kabar...selalu pergi blog akak, tp kureng tinggal kesan. Kali ini terkesan sikit...hehehe. Apa yang terkesan, tu yang nak bagi kesan tu.
Oh ya..seronok dapat berjalan bersama-sama kan. Boleh buat selalu ini. Lain kali ke tempat lain pulak la ye..
Emmm...nak tanya sikit pasal komen yg bloh hajjah nab. Siapa ye..?

ainhany said...

salam kak nija,

maka bergumbiralah akak sekeluarga dgn percutian yg berbaloi2...apa yg penting perhatian dan kasih sayang kepada anak2 wajar dipupuk dr masa ke semasa. Bertuahnya anak2 akak nie..

akak.."i wanT to be the first one who is right!"....!! nice tag and good motivation..trimakasih mengocakkan minda yg beku ni.
doakan saya

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam nija,

long time no come here....hehehe!! omputih celup..
bestnya melayan anak2...they must have a great & wonderful time...gi movie lagi!!

مسافر اسلام said...

gi movie lagi!! hehehe..siap sinopsis lagi!!

Memang spoting la kak nija ni...caya la..

Tol tak mama nab.

My Life said...

salam
dear kak nija

rindunya azie pada akak... harap semuanya dalam keadaan baik.. insyaallah

Atikah said...

Salam kak...
Mesti anak2 akak gembira kan.....

kak, betul kata akak... perlu berani mencuba sesuatu yang baru... InsyaAllah... itu yang cuba saya lakukan... lakukan sesuatu yang saya tak pernah fikir akan buat sblm nie... tapi dalam berani ada juga takutnya... takut gagal... :(

Noor said...

Salam Kak Nija @ Datin..

bertandang ke teratak kanda nie.. selalu memberikan kesan kepada jiwa hamba.. tulisan2 kanda membuka mata & minda hamba.. kan ku kutip ilmu2 yang terselit disebalik tulisan mu itu.. teng kieu..

psstt.. rajin2 lah menulis.. blehlah hamba pencen p MPH.. heh heh..

S said...

salam,

Nija,
lama sepi.
sekali mmuncul berbaloi.
seronok bila bawa anak p rehlah.

Asnija said...

Salam Rozali,
Memang seronok mereka tuh...cerita tak habis berhari-hari.

Asnija said...

Salam Musafir Islam,
Terima kasih datang ziarah. Berjalan-jalan dengan anak-anak memang selalu seronok dan melapangkan fikiran..

Asnija said...

Salam Ainhany,
Jadi pengikut lebih mudah dari jadi yang pertama...insyaAllah kita sama-sama jadi kreatif dan inovatif tahun ni ye...

Asnija said...

Salam Kak Nab,
Balik Bali jadi omputih terus...ni kalau balik dari London...mesti berabuk-rabuk speaking K.Nab nih...

ps: lepas ni, anak-anak dah booking movie Shreg...

Asnija said...

Salam Azie,
Akak pun harap smeua nyer baik dan sejahtera buat Azie ye...

Asnija said...

Salam Atikah,
Takut gagal tu tak salah...itu realistik namanya...tapi kalau dihantui dengan rasa takutkan gagal...bahaya tu tau...

ps: Praktik romantik dengan diri sendiri...lepas tu selalu le tanya pada diri sendiri.."Will I marry me?" (Maksudnya: "Kalau aku....nak tak aku kahwin denan orang macam aku ni?")

Asnija said...

Salam Noor,
Apa khabar? Insya-Allah sihat ye...
Akak tulis je apa yang akak nampak, rasanya tak de apa yang baru, semua ni kita dah tahu lama sebenarnya...kita sama-sama saling ingat mengingati ye...

It's common sense, but not a common practice...

Asnija said...

Salam Kak As,

Apa khabar? Cantik akak berposing tepi pokok bunga...

Berjalan-jalan dengan anak-anak memang seronok, berehlah dan beriadah...masa tu memang puas bersembang dan melayan diorang bercakap...