Bila dia teruja, mulutnya bercerita tanpa henti. Rabu lepas,dia bercerita tentang karangan Bahasa Inggeris yang dibuatnya di sekolah - My Dream Gadget. Dia menulis tentang Ipad miliknya dan mengapa dia sukakannya, dan "her dream" jika boleh menggunakan Ipad di sekolah.
"Ibu, Amni tulis 10 sebab."
Waduh, banyaknya sebab!
Ipad Amni - dengan wall paper Hatsune Miku |
Pertama, Ipad tersebut boleh memberitahunya kesalahan Grammar bila dia menulis personal journal di notes jadi karangan tak akan silap Grammar dan ejaan. Kedua, boleh menyemak homework di facebook kalau lupa boleh tanya di Group 4 Zamrud (by the way, dia yang wujudkan group ni). Ketiga, berskype dengan kawan-kawan untuk group discussion. Keempat, membuat homework dan email terus ke cikgu (her dream). Kelima, buat rujukan di Google, edit dan type di notes, kemudian hantar terus ke cikgu dengan email atau print terus dari Ipad dengan eprint (her dream jugak). Keenam, bawa Ipad ke sekolah menggantikan buku jadi beg ringan je dan tak berat (also, her dream). Ketujuh, download semua buku teks dalam bentuk ebook dan susun buku dalam 'rak buku ibook', jadi klik je bila nak baca buku dan boleh letak bookmark (adoii...besarnya angan-angan). Kelapan, buat latihan on line dan simpan semua markah online. Ketujuh, share nota dengan kawan-kawan dalam Dropbox (Dropbox?). Kelapan, buat senarai homework dalam Reminders. Kesembilan, bila sakit, attend class dengan Skype (her dream atau she is dreaming?). Akhir sekali kesepuluh, belajar bahasa Jepun dan Arab dengan WordUp.
Dalam riuh mulutnya bercerita, tiba-tiba dia menambah, "Oh ya, one more thing yang Amni tulis, kalau boleh kat sekolah ada Wifi supaya senang online sebab Ipad Amni tak de broadband. Kalau boleh Unifi sebab boleh download cepat. Kalau takde wifi, hotspot pun boleh jugaklah..."
Terangkat kening saya. Anak sapa ni?
Hmmm...talking about Generation Y?
(Harap teacher English Amni tak pengsan...)
__________________________________
Once upon a time, when there was only a black and white TV....with 2 channels. And, my dream gadget was a color TV... Itupun sebab nak tengok sangat The Incredible Hulk tukar jadi hijau.
Hmmmm....when was that?
3 comments:
Assalamualaikum Asnija
bijak bijak
nak Puan Asnija
assalamualaikum kak nija : kalau tak silap di singapura dah ade sekolah yang menggunakan ipad ni menggantikan buku2 sekolah
How interesting it is to see the proper use of modern gadgets. Your child is raised in an environment conducive to acquiring knowledge. Where cildren are exposed to sudden changes and are not prepared for new things they may start learning the negative aspects of modern technology. This is obvious in 'kampong' environments. Children are attracted to the negative uses of handphones, computers and so on.
If only our planners in national education can see what we see among the less privileged our rural children would see the need for flexibility in their views.
Post a Comment