Monday, August 1, 2011

Unconditional Love...


Mudahkah untuk menyayangi sepenuhnya tanpa bersyarat?  Walau dalam keadaan baik atau buruk, susah atau senang, kaya atau miskin, sihat atau sakit....hati tetap sayang, semakin mendalam...semakin sejati....

Jika dicari...pasti akan terjumpa kasih sayang sejati ini, tanpa syarat...melimpah-limpah hingga hujung nyawa.  Saya tidak tahu contoh yang lebih hebat daripada kasih sayang seorang ibu...kasih sayang yang amat tulus dan sejati...tanpa syarat...

Saya pula, langsung bukan seorang ibu yang “perfect”.  Cabaran membesarkan anak-anak saya berbeza dengan apa yang menjadi cabaran kepada orang lain.  Adakalanya cabaran ini dapat ditangani dengan baik, adakalanya secara cuba-cuba...ada yang menjadi, ada yang tidak.  Jadi bila semakin kerap orang (ibu-ibu) bertanya dan mengadu masalah anak-anak mereka, saya rasa teramat kecil, lebih kecil dari semut...malah lebih kecil lagi...

Ilmu saya terlalu sedikit, yang banyak merupakan kesilapan-kesilapan...jika itulah yang boleh saya kongsikan...

Hari itu saya didatangi seorang lagi ibu...

Dia bercerita kebuntuannya...masalah anak lelakinya yang malas belajar, malas bekerja, malas solat, merokok, berkawan dengan rakan-rakan yang salah, dan akhirnya terperangkap pula dengan ganja. 

Saya yang mendengar juga kebuntuan...hanya mendengar dan menghayati perasaan ibu ini...

“Asnija, dialah anak yang paling banyak saya dodoikan dengan selawat, dialah anak yang paling banyak saya bacakan Quran sepanjang kehamilan, dialah anak yang saya terapkan nilai-nilai agama sedari kecil....”  Dia mengeluh sebentar dan menyambung semula...

“Di mana titik mulanya dia jadi begini...saya betul-betul tak tahu...berkeras tak jadi, berlembut tak jadi,  berpsikologi juga tak jadi.  Adakalanya saya give up...suka hatilah dia nak jadi apa....”

Amat mudah saya memahami kekecewaannya...kebuntuannya....Kata saja give up, tapi datangnya dia berjumpa saya membuktikan kasih sayangnya masih mendalam, masih sejati, masih tetap tanpa bersyarat.....

“Kak, saya tak ada jawapan buat akak.  Apa yang akak dah buat, semuanya dah betul dan sempurna.” 

Dia terperanjat dengan jawapan saya.  Namun, sungguh saya tiada jawapan...

"Jika Allah masih belum izinkan usaha kita berjaya....tiada satupun kuasa yang boleh mengizinkannya untuk berjaya...”

“Kuasa terbesar yang kita ada hanyalah doa...doa ibu amat tinggi azimatnya.”  Saya lihat dia menggeleng-gelengkan kepala.

“Sudah lama saya berdoa...tapi masih begitu juga, malah semakin teruk nampaknya...” 

“Betul, kak.  Bila doa bagai tidak dimakbulkan, hati ibu mana yang tidak kecewa.  Ada ibu yang berdoa hingga ke hujung nyawanya...anak masih tidak berubah.  Ada ibu yang berdoa, hingga anak itu pula yang meninggal dunia dan masih tidak berubah...”

“Tapi hati kita dicipta oleh Allah, dibolak-balikkan juga oleh Allah...”

"Berdoalah setiap malam agar anak-anak kita mendapat belas ehsan Allah, termasuk dalam golongan yang Allah rahmati dan sayangi...”

“Mintalah agar Allah memperbaiki urusan anak kita...kerana kita sudah tidak mampu menguruskannya lagi...” 

Airmata saya juga tergenang di kelopak mata kerana saya begitu memahami perasaan ibu...jika benar syurga itu di bawah tapak kakiku...aku berikan syurga ini untuknya...seluruh syurga ini untuknya...percuma...

Dua tiga hari yang lepas, hati saya jadi sensitif semula...

Kisah Ashraf amat menyentuh hati saya seorang ibu...membaca cerita tentang Mak Yah...bukan mudah untuk mempunyai kekuatan sepertinya.  Bukan mudah menjadi kuat di tengah-tengah taufan yang mengganas, kukuh berdiri  di antara kata nista orang, maruah diri, nilai agama, kemelut anak ialah kasih ibu yang sejati.  Betapa banyak agaknya doa yang telah dipanjatkan oleh Mak Yah pada Ilahi, betapa banyak airmatanya tumpah...hingga ke hujung nyawa anaknya itu masih begitu, tidak berubah...saya tidak dapat membayangkan kesedihan yang dilaluinya...walau apapun, anak tetap anak...walau cuba dibuang...tidak sampai hati melihat anak dirundung malang...berkorbanlah ibu kerana teramat sayang...

Hanya Allah yang tahu, doa Mak Yah yang mana satu yang telah Allah makbulkan...

Saat ini...pasti Mak Yah terus-terusan memanjat doa buat anaknya yang satu ini...makin tinggi harapannya kepada belas ehsan Allah...

Ianya bukan mudah...
MasyaAllah...apalah sangat ujian yang saya tanggung hanya dari perangai anak-anak...langsung tidak seazab yang ditanggung Mak Yah...itupun saya mudah goyah...mudah benar menjadi malas untuk berdoa...

Apa yang mudah...
Melempar kejian dan tohmahan...memberi penilaian dan penghakiman...

“Bagaimana boleh dibiarkan anak jadi begitu...tak tahu jaga anak...”

Kalaulah mulut kita boleh ditutup...melihat dan memahami...belajar dan menginsafi...

Timbul rasa hormat  pada ibu bernama Mak Yah.  Ianya tidaklah semudah yang disangka...mungkin inilah yang dinamakan mujahadah seorang ibu.  Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.  Hanya Allah yang tahu...


Ya Allah!
Jika 1,000 doa yang Kau perlukan...
Maka 1,000,000 doa yang akan aku panjatkan...

Duhai anak...
Menyayangi kamu sepenuh jiwa...tanpa bersyarat...
Walau baik...walau jahat...
Kamulah anak ibu dunia akhirat...

4 comments:

Mieza said...

Assalamualaikum Pn Asnija, air mata saya bergenang, semoga anakanda2 kita semua senantiasa dirahmati Allah.

sinomosa said...

Assalam kanda Asnija,

Apa khabar kak?
Lama tidak singgah disini, namun ukhwah tetap utuh dalam hati ini.
Kkdg rindu bertandang mengingatkan akak yang jauh disana hehe..namun apa kan daya masing2 terikat dgn tanggungjawab dan bisa bersua dgn izin Allah..

Salam Ramadhan kanda.
Semoga Ramadhan kali ini memberikan harapan yang lebih bermakna kepada kita yang berusaha mendapatkannya..I/Allah..

Terima kasih kak atas coretanmu sbg seorang ibu..
Cinta tanpa syarat merangkumi semuanya benarkan kak..seperti kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi..berikan hati kita 100% kepada pasangan kita (itu contoh suami isteri)..

Jika akak lebih kecil dari semut, apa pula kategorinya saya? hehe..
W/pun masih solo, namun saya jua melihat satu cabaran yang amat amat besar untuk mendidik anak-anak. Membesarkan anak-anak itu mudah, namun MENDIDIK itu yg payah.

Sebagaimana tugas guru-guru yang semakin mencabar di sekolah kini, ibubapa juga perlu menggalas tugas yg besar untuk mendidik anak dirumah.

Apa yang pernah saya baca, memupuk sahsiah yang baik anak-anak sebenarnya bermula dari proses hubungan si ibu dan bapa. Kata seorang ustaz, jika permulaannya benihnya baik dgn lafaz Bismillah dan doa..I/Allah, natijahnya jua baik..wallahua'alam [p/s: maaf berkongsi apa yg sy tahu kak, w/pun sy belum pasti bila saya mampu untuk mempraktikkannya]

Kata seorang ustaz lagi, adakala perangai anak-anak yang bermasalah itu adalah ujian dari Allah kepada kita sebagai ibubapa..seperti bait-bait lagu Nasyid Raihan "iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa"

Cukup rasanya coretan saya yang jahil ini disini. Maaf kak mengambil ruang yang agak panjang.

Salam sayang.

Asnija said...

Salam Mieza,
Memang airmata ibu lebih banyak tumpah kerana anak, berbanding airmata anak yang tumpah kerana ibu...

Anak boleh kehilangan ibu...
Tapi ibu yang kehilangan anak...sedihnya tidak terhitung...

Asnija said...

Salam Syima,

Insya-Allah, bila tiba waktunya nanti, Syima akan jadi ibu yang hebat...

Dari sekarang, boleh saja berdoa agar dikurniakan suami yang soleh dan anak-anak yang soleh dan solehah...

ps: Akak dah tengok tepung tu lama dah...malasnya nak uli jadik karipap...esok je lah...dah lima kali cakap esok...tunggu Amni merengek..masa tu, pasti akak tak tangguh....