Friday, April 29, 2011

Dua Doktor, 3 Ibu.



Bulan ini, saya berkenalan dengan 2 orang doktor, dengan 2 isu yang sama – isu anak-anak.  Kedua-dua mereka meluahkan perasaan bagai sudah kenal lama dengan saya.  Kareer kami berbeza, peranan di tempat kerja juga berbeza. Namun, peranan kami di rumah pastinya sama.  Kami bertiga adalah ibu.  Dan kalau sudah namanya “ibu”...masalah tetap sama, cabaran tetap sama, punya kebimbangan yang sama. 
 
Dr. Zai (bukan nama sebenar)  menelefon saya ketika hari merangkak senja.  Dia mendapat nombor telefon saya katanya dari adiknya yang merupakan “client” saya.  Saya amat kenal suara seorang ibu, mendalam rasa perihatinnya, tulus rasa kasihnya pada anak.  Dia bercerita tentang anak lelaki sulongnya...tidak punya cita-cita, tidak mempunyai azam, tidak serius dengan hidup, merokok, mudah patah semangat, terlalu releks....dan satu persatu saya dengar.  Saya cuba memahami hasratnya mahukan anak lelakinya menjadi seorang doktor seperti beliau, meneruskan legasi keluarga, membangunkan klinik ibunya.  Harapan itu sangat besar.  Namun anak memberontak, ingin menjadi pilot.  Ibu memberi pendapat, anak memberi hujah, akhirnya anak berjaya dengan pilihannya.  Selepas 3 hari berkursus untuk menjadi pilot, anak lelakinya balik ke rumah... “Tak best-lah jadi pilot...”
Umur semakin meningkat, anak pula masih tidak tahu hala tujunya.  Ibu mana yang tidak bimbang?

"Nija, nak buat macamana ye?”  Doktor Zai meminta preskripsi dari saya, walau belum sempat saya mendiagnosis.  Diri rasa kecil...namun dalam hati saya menjawab....just don't stop being his mom! 

Dr. Yan pula (bukan nama sebenar) saya kenali ketika dia merawat Amni.  Cara dia bertanya tentang simptom-simptom penyakit Amni, membuka paradigma saya yang sempit.  Amni sering mengadu sakit kepala, hingga akhirnya jatuh demam, muntah-muntah dan perlu dimasukkan ke hospital.

“Bila selalunya dia pening kepala?” (Saya tidak perasan.)

"Bila nak ujian ke? Bila aktif bermain panas-panas, balik sekolah, bila dia excited? Bila...?” Soalnya lagi.  (Ehmm....saya tidak perasan.)

“Pening dia kerap macamana? Sebulan berapa kali?” (Alamak....saya tidak perasan.)

“Adakah peningnya semakin teruk atau sakitnya sama saja setiap kali?” (Lagilah saya tidak perasan.)

I feel bad...I feel really bad...

Ketika mula berjumpa Dr. Yan, aduan saya.... “Dia selalu mengadu pening kepala....”

Seperti Dr. Zai, saya bertanya Dr. Yan, "Nak buat macamana ye, doktor, bila dia asyik pening macam tu?" 

Dan, soalan-soalan Dr. Yan membuatkan saya tersedar yang saya “tahu masalah anak” tapi “tidak mendalami, menyelami, memahami, memerhati” dengan secukupnya untuk membezakan samada masalah Amni adalah “tanda-tanda” atau “punca”, “symptom” atau “sickness”.  Seperti jawapan saya pada Dr. Zai, rasanya jawapan itu terkena pada saya semula.  Bila anak mengadu pening, what to do? Jawapannya..."Just be her mom!  Observe to really know the answers."

Lama di hospital, memberi peluang saya menjadi rapat dengan Dr. Yan.  Adakalanya bila dia tidak perlu berkejar ke kliniknya, dia bersembang panjang dengan saya.  Macam-macam yang kami bualkan.  Satu hari, kami bersembang tentang kejayaan anak-anak.

“Anak saya dapat 1A je dalam SPM, Asnija “  Dia bercerita.

“So, what?”  Sambungnya lagi.

“Selalunya orang fikir, kalau dah anak doktor, mesti pandai macam emaknya.  Orang tak expect dia dapat 1A...”  Dia bersuara lagi.  Saya mengangguk-angguk.

“Tapi, itu pencapaian akademik saja, paling penting kalau dia dapat 9A dalam solat dia, taat pada Allah, itu yang lebih baik.  Yang penting bila saya lihat dia sudah berusaha belajar.  Mungkin rezeki dia tidak dalam pencapaian akademik.”  Katanya lagi.

“Anak saya ada tanya, mama tak malu ke Wan kerja pelayan kedai.”  Dr. Yan makin rancak bercerita.

“Saya jawab, nak malu sebab apa? Wan kerja dapatkan rezeki yang halal.  Mama tak malu, malah bangga.  Kalau Wan bergaji besar, jadi doktor, jadi engineer, tapi kalau kerja tidak amanah, menipu, makan rasuah, itu lebih memalukan mama.”  Sambung Dr. Yan.  Kata-katanya amat mendalam.  Saya belajar sesuatu...Saya terfikir sesuatu...

Dr. Zai, tegas menetapkan apa yang anaknya perlu jadi.  Dr. Yan, membiarkan anaknya membuat pilihan.  Ibu mana yang tidak mahukan anak-anak berjaya?  Ibu sentiasa mahukan anak-anak lebih berjaya daripada mereka, mahukan anak-anaknya punya masa depan yang lebih cerah, kerja yang lebih bagus, pencapaian akademik yang lebih baik.  Niat ibu sentiasa niat yang baik.  Cuma mungkin terlalu berniat baik adakalanya tidak perasan memberi tekanan pada anak-anak.  Adakalanya terlupa, yang baik itu...baik untuk siapa sebenarnya...Yang ibu mahukan itu, kemahuan siapa sebenarnya...

Ibu juga seorang manusia...adakalanya boleh tersilap pertimbangan...ada banyak kelemahan dan kekurangan.

Dr. Zan punya prinsipnya sendiri.  Dr.Yan juga mempunyai pegangan tersendiri.  Saya sebagai ibu, juga ada pendirian tersendiri.  Tiada yang betul, tiada yang salah.  Anda juga ibu (atau bapa) seperti saya, pasti ada amalan tersendiri.

Jika yang kita buat, bersandarkan pada prinsip kasih sayang, tanggungjawab, prihatin, menjalankan amanah, mendidik, memimpin dan 1001 macam prinsip lain yang semuanya terkandung dalam Al-Quran, pastinya, kita tidak tersilap.  Selebihnya, hanya akan berlaku dengan izin Allah...

Kita sebenarnya mendidik pemimpin keluarga yang akan datang.  Membesarkan anak-anak, sebenarnya membesarkan cucu dan cicit kita.  Kita hanya boleh mendidik sebaik yang kita mampu, anak-anak akhirnya akan memilih laluan mereka sendiri...dan jangan lupa bekalkan mereka peta yang betul...

Anak-anak (seperti kita juga dulu), selalu beranggapan ibubapa mereka salah, mereka lebih betul, kita tidak memahami.  Semakin kita betul, adakalanya, semakin mereka bencikan kita.  Tak apalah...
Satu ketika nanti, mungkin satu masa yang sangat lama....bila sampai masanya...bila mereka akhirnya berkata, “Betullah macam yang ibu katakan dulu.....nasib baik ibu beritahu...terima kasih, Bu!”, ketika itulah kita tahu kita sudah menjalankan tugas dengan baik...
That’s the time when we know we had accomplished a significant thing...


To all my babies, 3 of you...I love you so much!  I could give my life to all of you!  Sungguh ibu sanggup berkorban nyawa...dan sememangnya sudah pernah berkorban nyawa...







Untuk Dr. Zan, it’s ok.  Our job is to give them “the map”.  They may use it, or they may not.  One day, when they really messed up and lost, they know they have “the map” that they can refer to.  Our job is not to make them use it...that's their decision...

Untuk Dr. Yan, you inspire me!  Thank you...

Selebihnya, doa...doa....doa....
Doa ibu, memang tak terkira makbulnya!
SELAMAT HARI IBU...

11 comments:

afeezz said...

assalamualaikum kak nija : susah gak kan parenting 101 ni... hehehe

Lee said...

Hi Asnija.
Very interesting. And very impressive too.
May the winds of destiny carry them aloft to dance with the stars.
Best regards. Lee.

sinomosa said...

Assalammualaikum Kanda,

Lama tidak singgah ke sini..
Di kesempatan terluang sy singgah jua untuk mbc bingkisan akak yg ilmiah ini..
If Dr Yan inspired u, for me..Kanda Asnija's writing is inspiring me..

I/Allah, jika diizinkan Allah dan diberi peluang Allah kpd saya merasai pahit manisnya seorang ibu..saya akan cuba sehabis baik untuk memberi 'map' kpd anak-anak saya..Insya-Allah

Terima kasih kak, terharu dan menusuk ke hati penulisan ini..entah mengapa terasa begitu mungkin kerana naluri keibuan yang telah ada di dalam diri ini wallahua'lam..

Teruskan menulis kan dan menjadi inspirasi kpd saya..Tqsm :)

yan.mozy said...

as salam...very inspiring...sebak rsanya..coz i've been thru a lot yg mncabar kesabaran sbagai seorg mama...bley kiter jd kwn akak...coz i think i really need a fren who can gimme real advice in parenting.
sometimes i do lost temper n sometimes i burst out my anger..i try hard to control.n i try my best to be their mom..but it seems so difficult for them to except me.its very painful!

Al-Manar said...

'Our job is to give them “the map”.' was what you said at the end of this entry. Amat sukar untuk mengharapkan jalan jalan yang akan dilalui anak anak kita akan mengikut apa yang kita fikir dan petakan. Ini kepercayaan saya. Dengan itu saya gambarkan dalam 'road less travelled'. Kalau sudi saya ingin mengalungalu kesana buat perbandingan pendapat.

Asnija said...

Salam Pakcik Al-Manar,
What you said is true, our job is to give them the right map, anak-anak akhirnya akan membuat pilihan sendiri jalan mana yang ingin dilaluinya. Ada yang mengambil jalan mudah, ada yang mengambil jalan yang susah, dan selalunya jalan yang "less travelled" tu jalan yang susah, tak ramai yang nak melaluinya. Tapi "the road less travelled" tu selalunya walau menuntut jerit payah, tetapi the most worth it...
The poem is also my favorite...

Thanks for your input.

Asnija said...

Salam Yan.Mozy,

Terima kasih datang berkunjung...
Jadi parents ni, pembelajarannya tak ada henti, antara anak dan kita, sebenarnya kita yang banyak belajar dari mereka...

Usah risau jika tersilap, nak marah anak pun ok sebenarnya, cuma kena tahu apa yang kita nak achieve dari marah-marah tu, kalau sekadar melepaskan emosi, mungkin bukan sebab yang baik untuk marah...

Kalau tengok Rasulullah...baginda influence orang untuk berubah, bukan suruh orang berubah...kerana akhlaknya...mudah orang nak ikut...

"Our fulltime job is to change ourself, not others..."

Semoga kita sama-sama belajar antara satu sama lain...

Asnija said...

Salam Syima,

Insya-Allah, rasanya bila naluri dah kuat, dah hampirlah dengan apa yang kita hajatkan....

Tak ada satupun akan berlaku tanpa izin Allah...

Dan tak ada satupun yang tak akan berlaku tanpa izin Allah...

Yang memberi dan yang tak akan memberi hanya Allah jua!

Allah suka beri pada hambaNya yang meminta-minta dengan penuh harapan...

Asnija said...

Uncle Lee,
Thank you for dropping by.

Asnija said...

Salam Afeez,
Parenting 101 lebih susah dari Parenting 202...

In human relation, yang basic selalunya lebih susah.

With human, fast is slow...
slow is fast....

Imran Paris said...

Datin As :-)

Mmg susah ye, am yet to encounter such experience. So far anak2 sy, sy bg kebebasan memilih kerjaya. Hadi minat nak jd saintis, Amirah katanya nak jd doktor atau pelukis, Nadia kata nak jd doktor atau cikgu...alahai bg saya semua terlalu awal...tp sy yakin better for them to start to think about it seriously earlier than tak de perancangan langsung.

Saya mudah...saya ingin anak2 saya jd anak2 yg soleh dan solehah yang menjadi kebanggaan Rasulullah saw dan kesyangan Allah swt....tu je, errr m i dreaming too much Datin :-/