Saturday, February 19, 2011

Budak sekarang...

Bukan senang nak senang....
Dan bukan susah nak senang...

Yang senang ialah tidak berbuat apa-apa....goyang kaki....
Yang susah ialah bila terpaksa buat itu dan ini...goyang tangan...



"Hmmm....susahnya nak senang....."
Mungkin itu yang si kecik ni fikirkan...




Teringat masa kecil dulu...multi tasking sungguh sebagai anak sulung.  Angkat air berbaldi-baldi ke atas rumah untuk membasuh pinggan, kemudian menyapu satu rumah, basuh pula tangga kayu yang penuh dengan tapak kaki ayam, kemudian basuh baju dengan tangan, lepas tu menyiang ikan pula.  Menjelang petang, teringin benar bermain dengan kawan-kawan, tetapi kena tunggu di rumah menunggu orang yang datang membeli aiskrim.  Sambil itu, sempat juga membuat kerja sekolah dan latihan matematik.


Tapi anak-anak sekarang, semuanya berkira.  Sudah biasa senang, bila susah sedikit, panjang keluhannya.  Tapi jika tidak dibiasakan susah, nanti kurang pula daya tahannya.


Realiti kehidupan tidak semuanya manis-manis belaka.  Yang pahit, yang perit, yang jerih merupakan asam garam kehidupan.  Melatih anak-anak untuk biasa susah...memang susah.  Dari kecil mereka perlu faham kenyataan ini.  Adakalanya realiti hidup boleh jadi terlalu kejam.  Tidak semua penat lelah menerima imbuhan setimpal, adakalanya tidak mendapat penghargaan pun.  Dan mereka juga perlu menyedarinya dari sekarang, tidak semestinya setiapkali berjaya dalam peperiksaan akan mendapat imbuhan...


Kita sendiripun...tidak semestinya setiap tahun menerima bonus walaupun kita mencapai semua KPI yang disasarkan.  Adakalanya penat berkerja berhempas pulas, tetapi tiada siapa menghargai.  Memang itulah realiti kehidupan...tidak hanya yang manis-manis sahaja.


Budak-budak sekarang...hanya yang manis-manis saja dalam fikiran mereka....susah benar mahu menyinsing lengan...

8 comments:

sinomosa said...

Salam Kanda,

Betul tue kak..bak kata orang tua2
'Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian'

Nak mengajar budak yang dah hidup senang spy kenal erti kesusahan itu yang payah..mesti mereka tidak mahu untuk mempelajarinya..

Contoh, sekarang kalau pergi ke Uni..sy lihat student2 yang pergi ke kelas ada kereta seorang sebijik, dalam hati berkata..untungnya mereka, belum kerja dah ada kereta..tak merasai penat lelah seperti saya dulu..jenuh berjalan kaki..terkejar-kejar menunggu bas..tapi bila dikenang itulah harga yang telah dibayar dgn kejayaan..alhamdulillah

sinomosa said...

ooppss satu lg kak..

chantek umah baru ahaks..sy dtg kosong je..ingat house-warming ada rendang ayam ke? laksa ke? plg2 honey dew + ais-krim blended ekeke..

kak, kalau letak chatbox pun okay gak..bleh saling bertinggal pesan disitu ahaks

rezeki said...

salam datin

mendidik anak2 zaman sains dan teknologi ni perlu menggunakan pendekatan yg berbeza dari cara mak bapak kita mendidik kita dahulu

itu satu cabaran buat ibu bapa sekarang tak kira siapa pun

Asnija said...

Salam Shima,
Betul cakap Shima....kita belajar dari susah dan menjadi pengkayaan dalam kehidupan...manisnya kejayaan hanya kerana puas melawan susah...
Jika kesenangan terbentang meluas di depan mata, pasti tak terasa nikmatnya senang...kejayaan hanya satu perkara lumrah, bukan lagi satu kepuasan.

ps: Baguslah Syima...semakin matang dan dewasa...

(Thanks atas pujian rumah baru akak ni...jenuh juga mengecatnya....nanti akan diusahakan lah chatter box tu...kalau sudi, ajarlah ye..)

Asnija said...

Salam Rezeki,
Cabaran membesarkan anak generasi Y ni memang banyak diluar kebiasaan kita yang dari generasi Baby Boomers ni...kita banyak bermain dengan selut, mereka banyak bermain dengan IT...kita sabar menunggu, mereka semuanya nak yang pantas dan simplified....kita menyalin dengan tangan satu demi satu perkataan, mereka ada cut and paste...kita makan panadol...mereka makan acti-fast...

Budak sekarang memang beruntung...tapi adakalanya tak tau diuntung....

sinomosa said...

http://www.shoutmix.com/main/ --> Kak cuba create disini..

Alhamdulillah kak, pengalaman dan pelajaran byk mematangkan sy..membaca entry dari blog kawan2 spt akak jua mbantu mematangkan saya..lgpun usia pun dah nak masuk 3 Series hehe..kalau tak matang tatau ler ahaks..

Btw, thanks so much ;)

Lee said...

Hello Asnija, tapa la, budak2 they grow very fast. And one day you'll look back and laugh.....get a rest of some years, then back to ta'senang again.
Why?
Then you'll have to babysit grandchildren, ha ha.

Oh ya, one of this days you'll know she growing up, when she fools around with your lipstick or your Dior high heels and tells you, "when I grow up, I want to be beautiful like you, mummy".

Have a nice day and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

Anonymous said...

Salam pUan

Selalu ziarah tapi jarang berupdate sekarang.. Puan bz dgn lagi
*peserta kursus seven habit di Alorsetar*