Wednesday, November 10, 2010

Power of cheese!

Berminggu-minggu nampak iklan pizza baru di Pizza Hut, teruja yang amat sangat. Melihat gambar dengan keju panas yang melimpah dan kemudian melihatnya di iklan TV, terasa-rasa kejunya...mmm...memang tidak logik, tapi ketika itu terbau keju satu rumah. Wajib kena makan ni!

Why I love....extremely love...the extreme cheesy 6 pizza?
Answer: The power of cheese!!
 
6 jenis keju yang berbeza
6 keenakan istimewa
6 sebab untuk menikmatinya...

























Tapi limpahan keju itu...sanggupkah menerima akibat selepasnya? Kalori yang menimbun dari Hari Raya dulu belumpun habis terbakar, jadi selama seminggu saya menahan sabar. Namun, bila anak-anak mulai bising mengajak makan...bagai orang mengantuk disorongkan bantal! Mereka yang mengajak, saya yang teruja senyap-senyap. Tak apalah...sekurang-kurangnya bila kami makan bersama, gemukpun akan bersama-sama...heh..heh...(satu bentuk penafian yang paling tidak boleh diterima...)

Masuk saja di restoran, belum sempat pelayan memberi menu, kami sudah tahu ingin memesan apa.

“Extreme Cheesy Set 2!”
Macamanalah tak teruja....

















Sewaktu menunggu pesanan tiba, kami cuba berbual-bual, tapi bila otak fikiran sudah ke limpahan keju yang akan berada di depan mata, topik perbualan asyik berputar-putar di kad menu Extreme Cheesy 6 Pizza. Wow! 6 jenis keju dalam satu hidangan pizza – 6 dalam 1...memang hebat!


cuba berbual-bual...tapi dah tak boleh concentrate....














Mata Amni pun asyik ke situ...
sabar...sabar...



















1st reason: Wow...the smell of Parmesan...aromanya...aduuuhh...
Tidak lama kemudian, yang ditunggu-tunggupun tiba. Kebiasaannya kami memesan makanan sampingan, tapi kali ini fokus kami hanya pada Extreme Cheesy 6 Pizza. Ingin menikmatinya tanpa perlu “pusing” ke hidangan yang lain. Panas berasap, jelas nampak kejunya masih meletup-letup panas, baru keluar dari oven. Aroma keju terus membuka selera kami. Harumnya bau Parmesan!  Ingatan tentang ribuan kalori hilang entah kemana...


Meletup-letup kejunya...
Panas dan beraroma....
Masa ni dah terliur dah....tapi doa makan dulu....
Bismillah...
























“Nanti...nanti...biar ibu ambilkan, panas ni....” Pesan saya pada anak-anak. Tapi sebenarnya, ingin mendapat privilege mengambil potongan yang pertama. (Menegakkan kuasa demi kepentingan peribadi...apalah saya ni...)


ok...potongan yang pertama ni ibu punya...
...anda teruja???
....tak teruja?? Bohong la.....
 






















2nd...3rd...4th...reason:  Provolone...Romano...Mozarella....yummy...yummy...
lemak berkrim...distinctive...Dalam kunyahan pertama sudah terasa lemak berempah keju Provolone ditengah-tengah lemak masin keju Romano. Mungkin kerana keju Romano diperbuat dari susu kambing, kelemakannya sangat unik. Kalau nak tahu, keju Romano merupakan antara keju Itali yang paling awal dihasilkan - it is the oldest Italian Cheese. Gabungan keju Provolone dan Mozarella pula menjadikan keju panasnya sangat berkrim dan keju cairnya melimpah bertali dan kenyal bila pizza dipotong. Juntaian keju ini saja sudah cukup menyelerakan. Dalam setiap kunyahan, gabungan rasa keju sangat serasi, namun setiap jenis keju dapat dirasai kelainannya setiap satu - very distinctive...mmmm...pengsan...pengsan...


ok...yang ini....teruja??
....habisss....tunggu apa lagi?
 




















Keharuman Parmesan yang bercampur dengan bau lemak keju Cheddar membuatkan saya mencapai potongan yang kedua. Nama asal keju Parmesan ialah Parmigiano-Reggiano yang diambil dari nama tempat asalnya di Itali. Parmesan ialah perkataan Perancisnya. Parmigiano-Reggiano merupakan keju yang sangat terkawal penghasilannya malahan nama ini juga didaftarkan, tetapi yang paling banyak diciplak. Di kebanyakan tempat hanya dikenali sebagai Parmesan sahaja (ingatkan handbag berjenama saja yang ada versi tiruan...)


Never enough cheese...
Tambah sikit lagi Parmesan...



















Mmm...hot and fresh from oven...
chewy...stretched....heaven!
(and....sinful...)
 


















Keenakan keju...
hingga termimpi-mimpi...
Don't ever miss it!!



















5th reason & 6th reason: Alamak....cheddar....can't miss the popular cheese... & Monterey Jack...can't beat the buttery and creamy taste...best...best....Potongan yang kedua ini masih lagi panas dan kali ini rasa sos pizza bergabung dengan rasa lemak mentega dari keju Monterey Jack menjadikan kunyahan kali ini sangat nikmat dan memberi kepuasan. Kesemua keju yang digunakan dalam resepi Extreme Cheesy 6 Pizza ini merupakan keju Itali kecuali Cheddar yang berasal dari England dan keju Monterey Jack pula dari Amerika. Kalau nak tahu, cheddar merupakan keju yang paling popular di UK dan merupakan keju yang paling banyak dibeli dan dimakan. Apa yang saya suka tentang Monterey Jack ialah ia tidak mengandungi tyramine, jadi ianya selamat untuk orang yang ada masalah migraine seperti saya – lepas makan, taklah jadi pening kepala pula.


Licin...

















Tidak sampaipun 10 minit, Extreme Cheesy 6 Pizza di depan mata habis licin. Perutpun kenyang, dan kami semua terdiam melayan rasa lemak keju yang masih terasa-rasa, walau pizanya sudah selamat di dalam perut. Hmmm....sedapnya!!

“Bu, esok kena makan lagi ni...” Amni bersuara. Kami semua bertentang mata memberi isyarat setuju.  Mana cukup makan sekali saja.  Kalori?  Beginilah....jika saya tidak boleh kurus, apa salahnya gemuk bersama-sama...(yessss!!!)


Sebab ke-7....
Let's get fat together...


















Siapalah yang tak sukakan cheese? Menggemukkan atau tidak, itu boleh ditangani kemudian (diet can always start tomorrow..). Buat masa ini, kami menunggu-nunggu esok untuk menikmatinya lagi. Apa kata anda? Dah cuba? Tak kisahlah apapun yang orang kata...yang penting....

“I’m crazy about Cheeeeeeeeeeeeeeeeeese!”

21 comments:

Nazz@Purple said...

best ke.nyesal tak order aritu..pi order pizza lain..

Umi Azuddin said...

Salaam Kak Nija,

Aduhai menggoda betul entri kanda nih... tambah pulak tengah berpuasa...huhu.. betul2 menguji kesabaranku =]

Kakzakie Purvit said...

Salam Asnija,

Alahai.... dah lama ni tak makan pizza. Tak pe tunggu hujung minggu ini auntie nak menapak ke pizza pulak. Amni nak ikut tak?

ismi said...

we love cheese! my son saw the advertisement and been asking for it. yet to try. dulu pernah try yang crust edge ada chesse tu, nampak so sedap tapi bila cuba rasa muak pulak.
after reading ur post, macam nak cuba jugak hari ni :)

afeezz said...

salam kak nija : rasanya tak mampu sy nak makan pizza ni, pasal saya kurang gemar cheese ni....

Kak Sidah said...

Salam Nija,

Iklan Nija membuat akak pun teruja..tgu weekend bila anak menantu ramai balik, nak ajak gi makan pizza cheese ni jugak..tahniah kerana telah berjaya membawa satu lagi customer ke PizzaHut..

Naz Mohamed said...

Salam nija,

Masa break jap td ada jumpa staff, dia dok cerita pasal pizza dgn 6 keju nie...tp komen dia berbeza dgn nija. lain org lain pdg...Apapun saya akan mencubanya sebab nk temankn anak2 yg mmg suka bangat dgn pizza (alasan yg boleh diterima pakai)...hahaha

Asnija said...

Salam Naz@Purple,
Nanti boleh try extreme cheese ni dan boleh minta topping hawaiian atau yang lain. Kalau nak enjoy cheese, tak payah minta topping..selamat menjamu selera..

Asnija said...

Salam Umi,
Buka puasa boleh order piza ni..kat Ipoh ada delivery kan..lagi senang..
selamat berpuasa hari ke-3!

Asnija said...

Salam K.Zakie,
kalau ajak amni..mesti tak tolak dia tu..hv fun..enjoy the cheese..

Asnija said...

Salam Ismi,
Kalau takut muak, minta tambah topping..sedap..

Asnija said...

Salam Afeez,
memang ramai juga yang tak suka cheese, ada yang kata muak. Mungkin gemar makanan lain.,

Asnija said...

Salam K.Sidah,
Makan sekeluarga, apapun juadah pasti selera..berebut piza lagi seronok..

Asnija said...

Salam Ina,
Cuba lah rasa, nanti boleh dengar pendapat Ina pula..mana tau kalau kita sama taste..

ain ismail said...

Salam Kak Nija....

Betul2 sedap ke, sbb dengar few review mcm x sedap. Sbb tulah x try2 lagi.....tp sekarang rasanya mcm kena try je....hehe!

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Salam Nija,

waduhhhh...so temptinggggg...!! nak kena pi cari jugak nanti :))

if i put on weight, then i'll come running after you...

Asnija said...

Salam Ain,
Ada betul nya review kata tak sedap tu sebab sedap ni quite subjective juga..sedap kata kita, mungkin orang lain tidak..kedua-dua pendapat memang betul sebab ikut persepsi masing2. Sama macam kes durian..yang suka, sedapnyaaa..yang tak suka..baupun dah pening kepala..

Kalau nak try, cuba dgn topping Hawaiian, lepas tu tabur sikit chilli flakes..pedas-pedas sikit..mama miaa..

Asnija said...

Salam K.Nab,
K.Nab gi la makan, when you're running after me, kira dah bakar kalori dan neutral balik dah tu...

Ps: Lepas ni saya nak ajak CM makan pulak..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam nija,

kak nab gi cari itu piza arr...itu hari jugak....huaaaa....marbelesss!!

Asnija said...

Salam K.Nab,
Huaaa...marbelessss...
Seronok kalau ada anak murid yang terus buat praktikal bila dah di ajar....
Welll....hari ni berapa Km gi jogging?

Al-Manar said...

Isn't this fattening? Being old I have to watch my weight!