Membesarkan anak-anak sebenarnya senang. Cukup makan minumnya, terjaga sakit dan sihatnya....dari sebulan jadi setahun...dari merangkak jadi berjalan....pejam celik...pejam celik...si kecil itu sudah ke tadika. Tup...tap...tup...tap...dah bersekolah rendah. Entah bila masa berjalan...seperti tiba-tiba saja sudah di sekolah menengah.
Yang susah ialah menjadikannya pandai, bijak, kreatif, beriman dan berjati diri. Tugas ini bagaikan tugas petani – membajak, membuat batas, menyemai, merumput, membaja, mencantas. Menjaga pokoknya lebih menuntut keperihatinan dan kepekaan. Lebih banyak masa diperuntukkan. Adakalanya berminggu-minggu, berbulan-bulan, dan adakalanya sehingga bertahun-tahun. Menuai hasil dan buahnya hanya memakan masa sehari, paling lama 2-3 hari.
Banyak yang saya terfikirkan bila menerima klip video ini. Dalam kecomelan anak-anak ini, tefikir juga kesilapan sendiri. Dengan anak-anak, yang penting rupanya ialah membangunkan kemahiran mereka - kemahiran matematik, kemahiran sains dan semua kemahiran akademik yang lain, kemahiran berfikir dan mencari penyelesaian, kemahiran membuat keputusan, kemahiran membezakan yang betul dan yang salah, kemahiran solat dan berpuasa, kemahiran berkomunikasi, kemahiran perhubungan, kemahiran menahan sabar, kemahiran kerja-kerja mengurus diri, mengurus rumah, mengurus kerja dan 1001 kemahiran lagi. Bila betul ilmunya, betul tekniknya, betul pula alatan yang boleh membantunya maka terbangunlah kemahiran mereka...pandai dan bijak menjadi sangat automatik, kematangan boleh melangkaui usia. Rupanya rajin ialah satu kemahiran juga...
Kerapkali saya menegur anak yang tidak pandai melipat baju sendiri. Sekadar melipat memang boleh, tanpa standard dan kualiti...kemas pun tidak, tersusun pun tidak. Mengharapkan mereka melipat dengan bentuk lipatan yang sama? Adoii...lagi baik saya lipat sendiri.
Dan bila melihat video ini....saya melalui “AHA Moment!”
“AHA!!!! Rupanya bukan sekadar bermula dengan melentur rebung, tapi yang paling utama...perlu tahu cara paling berkesan untuk melenturnya...
SELAMAT MELIPAT BAJU...
Sumber: YouTube
Kalau begini, rasanya buluh pun masih boleh dilentur...
12 comments:
Salam Asnija,
Pepagi berziarah kakak ingat dah bersambung travel part 2 kisahnya sicilik melipat baju. Kreatif yg mencipta mould untuk melipat baju.
Senyum sendiri.....
Assalamualaikum Asnija
biarkan meraka buat, walaupun tak kemas, Insyaallah nanti dah besar mereka tahu le sendiri erti kekemasan
Wassalam
Assalamualaikum Nija...
apa khabar Nija ? lama betul akak tak bertanya kabar di sini...
terima kasih cikgu Nija, tolong ajar akak mcmana nk didik anak2 dara akak nie lipat baju dgn kemas....idea nk bernas
Salam Kak,
Mula2 agak terkejut bila baca pendapat akak mengatakan membesarkan anak itu mudah huhu..rupanya memang mudah cuma mendidiknya yang agak payah namun perlu diterapkan segala kemahiran dan teknik yang betul mungkin hasil tuaian yang baik akan kita sebagai ibu bapa perolehinya..
sangat cute. sangat bijak. sangat boleh dicontohi :) budak2 tu pun enjoy buat ni. kreatif. making work fun :)
Salam K.Zakie,
Cute kan budak-budak tu...
Sejuk perut ibu mengandung...
(Insya-Allah Travel Guide Part 2 akan bersambung lusa....)
Salam Razali,
Betul, adakalanya mereka kena belajar susah, mula-mula tunggang langgang, lama-lama cantik lah nanti...practice makes perfect...
Salam K.Ummi.
Apa khabar? Sihat ye...
Selalu jengok rumah akak...termasuk tension akak bila blog akak orang kata susah nak masuk ari tu...tapi saya boleh masuk je...akak tak perasan saya datang...next time saya beri salam ye...
Salam Syima,
Alhamdulillah, nampak bersungguh-sungguh belajar ilmu-ilmu membesarkan anak dan rumah tangga ni...
(Ada perkara yang akak tak tahu ke?)
Salam Ismi,
Selamat bertandang.
Bila buat kerja jadi fun, memang seronok...tak perasan pun mereka melipat satu bakul...
mudah katernyerr.. uhuhu
alamak....bagus jugak acuan lipat t-shirt tuh ye.... leh wat sendiri nih
Post a Comment