Pelaburan masa, wang ringgit, tenaga berlaku secara spontan tanpa dipaksa-paksa...dengan rela dan tidak berkira.
Minggu ini, saya berpeluang mengendalikan program The 7 Habits of Highly Effective People dalam Bahasa Malaysia untuk 37 orang Top Agent Prudential. Semangat dan keterujaan mereka memang 200%. “Passion” mereka dengan kerjaya yang mereka pilih memang amat mengagumkan. Bravo! Bravo!
Sepanjang program, rasanya sayalah yang paling banyak belajar daripada mereka. Sayalah yang paling bertuah dan beruntung. Sayalah yang melalui terlalu banyak "Aha! Moment".
Terasa kecil melihat kreativiti yang amat tinggi yang ditunjukkan Sabrina, sokongan dan semangat Latifah, Joe dan Amin. Syabas dan terima kasih.
(Gambar-gambar berikut merupakan ehsan daripada Sabrina, terima kasih...)
See things differently, do things differently, and...get different results... |
If we hold on together... |
Bangga dan teruja dengan Vision Board masing-masing. |
Teach To Learn. |
Fokus dan sepenuh hati menyiapkan Gratitude Stone untuk yang tersayang. |
Deposit untuk siapa tu? |
KHABAR BAIK...SANGAT BAIK...AMAT BAIK!!! Jeritan ini akan sentiasa tergiang-ngiang di telinga... |
Yeay! Kami berjaya senaraikan 20... Hmmm....kalau dapat 65 lagi bagus.... |
Cepat...cepat...masa tidak menunggu kita... |
Thank you....thank you...sayapun dapat juga! |
Thank you for your participation! |
Saya belajar, things which are important to you will always make you passionate about it. Dalam kelesuan, dalam keserabutan, dalam kepeningan, perkara-perkara inilah yang sering menyuntik tenaga dan semangat. Kita tidak mahu bertangguh untuk melakukannya, semangat mengalir, kekuatan menyerap ke seluruh minda dan anggota. Bila melihat hasil yang dicapai, diri tersenyum kepuasan.
Saya juga belajar, tak ada gunanya memaksa diri melakukan perkara yang kita sememangnya tidak suka. Penatnya lebih terasa, belum lagi termasuk stress dan tension yang dirasai.
Bila semakin berumur, harapannya....I can always do things which I have true passion in...
So, what are you passionate about?
3 comments:
Salam a'laik,
I wish I could become jack of all trades...
Nak tahu bila training 7 habits for Teens...cadang nak daftarkn puteri sulong. Dia dh mula cuti sememster.
Assalamualaikum Asnija
mereka semua riang dan bersemangat mukin kerana fasilitatornya mantap
Wassalam
Lama saya tak berpeluang melangkah kemari. Saya ternampak kata kata berikut:
Bila semakin berumur, harapannya....I can always do things which I have true passion in...
This is exactly how I feel and pray. And I am way, way beyong you in age.
Pakcik
Post a Comment