Tuesday, September 21, 2010

The last year of his teenage life...

Masa remaja hanya sekali, penuh dengan keterujaan, semangat muda remaja! Semua ingin dicuba - atas nama menambah pengalaman, mengkayakan pengetahuan. Hidup tiada masalah – “totally carefree”; bebas – “free and independent”. Tak perlu fikir pasal duit, pasal makan pakai. Semuanya tersedia. Siapa yang sediakan? Siapa lagi? Emak dan abah laa...














Zaid ketika berucap mewakili anak-anak buah di pagi raya...






Satu-satunya kerja dan tugas terbesar para remaja, tentunya semata-mata belajar. Hanya perlu belajar... Tapi tugas ini bukan pula satu tugas yang senang, apatah lagi bila diri terbelenggu rasa malas. Jadi tugas yang paling menjadi “favourite” pastinya....tidur, TV, lepak dan sekarang ini mestilah FB, MySpace....dan seumpamanya... Seronoknya zaman remaja....enjoy!

Bulan ini, anak lelaki saya menyambut ulangtahun terakhirnya sebagai remaja belasan tahun...tahun depan dia akan menyambut harijadi pertamanya dalam nilai puluhan...Sememangnya, ulangtahun ke-19 ini cukup bermakna. Dan untuk keluarga kami....terlalu amat bermakna...

Banyak yang dilaluinya, yang juga sama-sama kami lalui. Orang kata bukan mudah menjaga anak perempuan.  Tapi sebenarnya, juga bukan mudah membesarkan anak lelaki, sementelah anak sulung. Cabaran terlalu besar, adakalanya kami tersungkur, adakalanya dia tersungkur. Tapi saat yang paling kami banggakan ialah bila kami sama-sama berpegangan dan sokong-menyokong untuk bangun bertatih semula.














....tangkap syahdu di tengah-tengah ucapan...





Walau kami sering mahukan Zaid belajar dari sudut yang lebih mudah, tetapi dia kerapkali mahu belajar dari sudut yang lebih susah. And true enough....he learns more, and the learning is far more impactful...We, too, learn more than what we’d expected...

Dan pada tahun terakhir umur remajanya ini...tiada apa yang saya ingin pesan padanya, hanya...


Jadilah anak muda yang beragama...

Bacalah Al-Quran...solatlah di surau...
Jadilah imam untuk ibu, abah dan adik-adik...
Berdakwahlah pada kami dengan istiqamah...
Janganlah tinggalkan solat...
Jadilah khalifah untuk diri sendiri...


Begembiralah...La Tahzan...

Bersyukurlah pada nikmat yang ada, rahmat yang ada, kasih sayang melimpah ruah yang diterima...
Bersyukurlah dengan fizikal yang cukup sempurna, akal yang ada, kebijaksanaan yang ada, tenaga dan kesihatan yang ada.

Zaid punya potensi yang cukup banyak, tenaga dan semangat yang cukup tinggi...capailah potensi diri yang sebenar dengan semua kelebihan ini...tak perlulah Zaid bersusah payah...

Bergembiralah...bersyukurlah....nikmati semua kelebihan ini dengan penuh kesyukuran....


Jaga kesihatan diri...

Dalam tempoh remaja dan akan pula menginjak ke-20an, banyak perubahan fizikal akan berlaku dan yang telah berlaku, semakin banyak otot berkembang, perkembangan hormon adakalanya belum seimbang, fizikal pula semakin tinggi menjulang...

Jagalah kesihatan fizikal dan mental. Jaga kebersihan diri, jaga keterampilan diri, jaga pemakanan, ambil diet yang betul, dan sentiasalah cergas dan aktif. Apa yang Zaid buat hari ini, akan menjadi asas yang baik untuk kesihatan Zaid di masa akan datang. Apa yang Zaid amal, akan menentukan kesihatan fizikal dan mental Zaid di hari tua...usahlah tua sebelum waktunya...mencegah lebih baik dari mengubati...


Jadilah seorang yang bijak...

Sentiasalah berasa rapat dan akrab dengan keluarga, dengan ibu dan abah, dengan adik-adik.... Remaja memang ingin berdikari, dan membuat keputusan sendiri, dan mempunyai 1001 macam persoalan dan kemusykilan. Inilah masanya Zaid amat perlukan tunjuk ajar, bimbingan dan sokongan dari ibu, dari abah, Atuk, Pak Usu dan mereka yang lebih tua dan berpengalaman. Gunakanlah kami....cedoklah sebanyak ilmu dan usahlah Zaid lalui jalan-jalan yang pernah kami lalui dan yang telah kami sendiri buktikan salah. Nasihat rakan-rakan memang amat memahami, tetapi mereka juga kurang pengalaman seperti Zaid...Lihatlah dunia dari sudut yang lebih luas, dengan minda yang terbuka...

Jadilah seorang yang bijak...bijak membezakan yang betul dan yang salah, yang baik dan yang buruk...

Jadilah seorang yang bijak....walau tidak popular...











Berucap lagi masa majlis hari jadi...

“Terima kasih sebab susah payah celebrate birthday Zaid...”







Pilih kawan yang betul...

Sebagai manusia, tiada siapa yang mahu hidup tersisih dan bersendirian. Rasa ingin berada dalam “lingkungan satu kepala” memang cukup penting dalam tempoh ini. Bila berada “in the group” memang cukup terasa hebat.

Jadi, binalah rangkaian sahabat yang ramai dan kuat. Sahabat-sahabat yang akan susah dan senang bersama, yang saling ingat mengingatkan, tegur-menegur dalam amalan baik dan nahi munkar.

Carilah sahabat yang akan mendekatkan diri dengan Allah, bukan menjauhkan Zaid dari Allah.

Pilihlah kawan yang betul...berkawanlah dengan si penjual minyak wangi....


Tetapkan satu standard yang tinggi untuk diri sendiri...

Sekarang ini, susah untuk mencari remaja yang mempunyai definisi yang jelas tentang tingkahlakunya sendiri, yang boleh menetapkan had dan batasan kepada tingkahlakunya - mana yang boleh diterima dan tidak boleh diterima... Lebih-lebih lagi dalam isu pergaulan dan sosial, teman wanita/lelaki, dadah, seks, rokok, arak, pornografi dan sebagainya... Selalunya mereka lebih mudah mengikut saja, terikut-ikut dengan tekanan dan pujukan rakan-rakan sebaya....

Keseronokan itu hanya sementara, ramai yang kecundang dan terbelit dengan lebih banyak masalah, kesan dan akibat yang lebih menekan jiwa, merosakkan kewarasan, menipiskan iman...

Tidak ramai remaja yang mempunyai misi dan hala tuju hidup yang jelas dan tersusun. Akhirnya, hidup sekadar mengikut arah angin...

Jadi, Zaid tetapkanlah satu standard diri yang tinggi, kualiti hidup yang tinggi, kualiti kejayaan yang tinggi dan dan standard kualiti solat yang tinggi...

Ilmu yang ditimba bukan sekadar untuk masa depan sendiri, jadikanlah ianya sebagai satu bentuk khidmat dan sumbangan, yang dapat meninggalkan legasi....

Tahu solat...usahlah sekadar tahu solat bersendirian...tuntutlah ilmu dan keyakinan untuk berdiri menjadi imam di depan isteri dan anak-anak nanti...

Tahu mengaji...usahlah sekadar boleh khatam Quran sendiri....tapi dalamilah ilmu Tajweed agar anak-anak khatam Quran di tangan sendiri...

Usahlah sekadar jadi yang terbaik di dunia, tapi sentiasalah berusaha menjadi yang terbaik untuk dunia...

Apabila masa remaja ini berlalu, dan masa pastinya akan terus berlalu....jangan sampai Zaid menyesali masa yang sudah lepas...tempuhilah hidup ini dengan kepuasan...kegembiraan...keimanan....

















Selamat ulang tahun ke-19...

Kami semua sayangkan Zaid!

13 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Asnija

selamat hari ulang tahun untuk Zaid
moga menjadi anak yg soleh

Wassalam

Kak Sidah said...

Salam Asnija,

Selama Hari Lahir buat Zaid , semoga menjadi insan beriman ..ingat motivasi panjang yg mama Zaid berikan..berguna untuk dijadikan panduan hidup..tahniah buat nija yg telah berjaya mendewasakan anak bujang..

Belum terlambat untuk akak mengucapkan Selamat Hari Raya buat Nija sekeluarga..maaf zahir batin.

kak su said...

Salam Asnija

Salam lembaran jua ya...

Tahniah buat Zaid dan Asnija juga..

Moga berbahagia hingga ke sana...

Wslm

sinomosa said...

Salam Kanda Nija,

1st of all, bila agaknya bisa ketemu..tak nak jumpa saya ke? hihi

2nd, Happy Birthday Zaid
Betapa beruntungnya Zaid memiliki ibu seperti Kak Nija
Seorang ibu yang amat begitu prihatin dan perkembangan dan kehidupan seorang anak remaja..

3rd, Saya amat tersentuh dengan nasihat2 Kak Nija kepada Zaid, malah sy sendiri merasakan seolah2 nasihat itu jua untuk saya..[tersentuh ke lubuk yg paling dalam]

--> Pilihlah kawan yang betul...berkawanlah dengan si penjual minyak wangi....AMAT TEPAT

Semoga Zaid menjd anak yang soleh dan berguna di dunia dan di akhirat..dan yang paling penting boleh membentuk sahsiah yang sedap mata memandang, indah dilihat dgn mata hati..Insya-Allah

ana said...

anak saya pun zaid. 18tahun. nak kongsi kisah zaid dgn zaid :)

taj said...

Salam,

tersnetuh hati saya bila membaca luahan hati kak nija sbg seorang ibu...

semoga anaknya Zaid menjadi anak yg soleh dan boleh membangga ahli keluarga, bangsa dan agama...

dan saya juga mendoakan semoga kak nija sefamili dan zaid di rahmati serta diberkati Allah di dunia dan di akhirat..amin

Asnija said...

Salam Rozali,

Terima kasih atas doa tersebut. Memang itulah harapan kami agar dia menjadi anak yang soleh.

Wassalam.

Asnija said...

Salam Kak Sidah,

Terima kasih atas doa untuk Zaid. Semoga nasihat kita melekat di hatinya.

Selamat Hari Raya juga buat K.Sidah, maaf zahir dan batin.

Wassalam.

Asnija said...

Salam K.Su,

Terima kasih ye.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

Wassalam.

Asnija said...

Salam Syima,

Nak jumpa senang je. Bila tu? Nokia akak kaput sebelum Raya, habis semua contact no. hilang. Nanti call akak kena beri nama ye...

Thanks ucapan dan doa pada Zaid, dia dah tukar imej...bukan Mat Afro macam tahun lepas...berkat leteran yang tidak mengenal jemu....ha...ha...usaha tangga kejayaan...

Dan, mana-mana yang menyentuh hati tu, terharu juga akak mendengarnya, insya-Allah, mana yang baik ambil jadikan teladan...nanti bila jadi ibu suatu hari nanti...baru faham kenapa syurga terletak di bawah kaki ibu....memandang ibu pun sudah jadi tangkap syahdu yang amat sangat...

Asnija said...

Salam Taj,

Semoga nanti Taj juga akan menjadi ibu yang anak-anak sayang dan kasihi...

Kalau tersentuh hati...lepas ni cepat-cepat call emak...tanya dia sarapan apa tadi?

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

Asnija said...

Salam Ana,

Selamat berkenalan. Nama anak saya Amir Zaid, nama anak ana Zaid je ke?

Ustaz kata, nama Zaid ni memang ada ciri-ciri candid macam sahabat Rasulullah Zaid...berani, licik...adakalanya sifat-sifat tu tak berapa refined...liciknya melencong, beraninya unpredictable, jadi kita le yang kena luruskan balik...

Wassalam.

ana said...

sama AZ jugak tapi A nya tu Ahmad :)
saya pun namakan nak ikut sahabat. tapi anak saya berat mulut sangat..hmm tak nampak berani atau licik malah saya tak tau pun apa ciri2nya.
mudah2an dapat ikut ciri2 sahabat Rasulullah.