“Cabutttt....” Dengan nada jeritan, biasanya dirujuk sebagai lari sepantas yang boleh kerana rasa takut, gerun atau rasa bersalah. Kita boleh bayangkan gaya mereka yang cabut lari...lariannya lintang pukang...simpang perenang...
Dan perkataan “cabut” bila di gandingkan dengan perkataan “gigi” – jadi cabut gigi....juga menggerunkan. Siapalah yang suka berjumpa dengan doktor gigi, bagai hubungan benci tapi rindu. Tak pergi...sakit berpanjangan, pergi...gerunnya juga berpanjangan. Biasanya kanak-kanak yang cukup menggeruni perkataan “cabut gigi”. Tapi, orang dewasa juga apa kurangnya.
Apalagi yang menggerunkan bila dikaitkan dengan perkataan “cabut”? Tercabut nyawa? Tercabut kepala? Tercabut ulu hati? Tercabut usus?
Dan sering kita lihat di TV, gangster Mafia akan mencabut kuku satu persatu semata-mata bertujuan untuk menyiksa, atau mendapatkan maklumat rahsia...eeiiii...gerunnya....
Seminggu sebelum Raya, ayah saya terlibat dengan kemalangan kecil, Walaupun kecil, 2 hari juga dia sukar untuk berjalan, ibu jari kakinya luka sampai hampir TERCABUT KUKU-nya...terkotak-katik kuku tersebut dan bengkak ibu jarinya. Doktor kata kuku tersebut akan tercabut sendiri, namun sehingga Hari Raya, kuku itu masih tidak juga tercabut - melekat tidak, tercabutpun tidak, hanya terkotak-katik (betul ke perkataan ni....?) Beliau tidak memberitahu kami, tapi rahsianya pecah bila kami pulang beraya dan nampak ibu jari kakinya berbungkus. Kenapa berbungkus? Sebab dia takut terlanggar cucu-cucunya yang berlari-larian. Jalannya pun terdengkut-dengkut, mukanya berkerut-kerut kerana sakitnya berdenyut-denyut. Bila saya tengok, saya syak ibu jari kakinya bernanah.
"Bah, saya bawak pergi klinik ye...cabut je lah kuku tu...cuci bersih-bersih biar tumbuh kuku baru...” Saya mencadangkan padanya. Dan pasti cadangan tersebut ditolak mentah-mentah. Kepalanya menggeleng-geleng tidak setuju.
“Kamu ni...elok tak de apa-apa, pulak main nak cabut-cabut je kuku tu. Takpelah...nanti kering la tu....” Bahunya terangkat-angkat, dan saya dapat mengesan kegerunannya bila mendengar tentang “cabut je lah kuku tu”....heh...heh...
Selepas 2 minggu, kukunya masih belum tercabut...masih terkotak-katik...dan abah masih terdengkut-dengkut...sakitnya masih berdenyut-denyut. Lukanya nampak basah dan saya berkeputusan untuk menggunakan kuasa Veto saya sebagai anak sulung...ahaaaa!!
“Bah...esok pagi saya bawak abah ke klinik, kita cabut je kuku tu...mau ke...tak mau ke...esok abah siap-siap, pukul 8.30 pagi saya datang ambik.” Malam itu saya bertegas dengannya. Kebetulan emak dan abah datang ke Puchong menjaga anak adik saya yang demam, jadi saya rasa sudah alang-alang ada di sini, elok saya “settle-kan” saja. Abah berpandangan dengan emak, dia mahu membantah, tapi tak terkeluar...tak terkata-kata...he...he...
Esok paginya, saya bawa dia ke klinik. Belum sempat doktor memberi pendapatnya, saya sudah bersuara, “Doktor, cabut je lah kuku tu...”. Doktor tersenyum, dahi abah saya berkerut, dan saya pulak tersengih. Doktor mengangguk-angguk. Yesss!!!
“Doktor bius dulu tak?” Tanya abah padanya. Nampak dia takut dan gerun. Mestilah....kalau tanpa bius, mahu terkencing menahan sakit.
“Bius....mestilah bius dulu....” Jawab doktor. Abah mengangguk-angguk kelegaan.
Abah sedang menenangkan hati...nampak benar dia ketakutan...kesian abah...saya memang tak kasi chan...(tapi saya sebenarnya kesian sangat....)
“Saya akan bius 3 kali keliling ibu jari kaki ni. Tapi bius pertama kali tu akan sakit sikit ye, pakcik...” Kata-kata doktor membuatkan abah risau kembali.
“Tak pe, Bah. Lepas ni tak sakit dah...” Pujuk saya. (Pandai le saya bercakap, kalau terkena batang hidung sendiri, agaknya lebih liat dan mengelat saya ni...mungkin kuku tu saya simpan sampai mati kerana takut dicabut....heh...heh...)
Selepas dibius, hampir 10 minit juga menunggu jari abah kebas sebelum doktor akhirnya berjaya mencabut kukunya. Walau sudah kebas, beberapa kali juga abah tersentak setiap kali doktor cuba menyentap kukunya...
Saya memegang tangan dan memeluk bahunya...walau saya sendiri sebenarnya kegerunan, rasa nyilu, tak sampai hati dan macam-macam lagi. Tapi ketika itu hanya ada saya yang menemankan abah, jadi takkan lah saya pulak yang cabut lari keluar. Terpaksalah saya memberanikan diri (dan tunjuk muka berani dan brutal) menemankan abah.
Teringat masa kecil abah memeluk saya ketika doktor mencabut gigi saya....dan teringat juga abah meriba Zaid, cucu sulungnya, ketika Zaid dicabut giginya oleh doktor gigi untuk pertama kali. Se-macho-macho abah, kali ini... saya yang memegang tangannya dan mententeramkannya bila kukunya dicabut doktor...nasib baik abah tak cabut lari sepertimana cubaan Zaid untuk cabut lari di klinik gigi dulu...kalau tidak, tak dapatlah saya bayangkan...
Ketika keluar dari klinik...air muka abah nampak benar kelegaan.
“Sakit lagi, Bah?” Tanya saya. Dia menggelengkan kepala.
“Haa...kan betul saya cakap...cabut je....” Saya tergelak kecil sambil memimpin abah masuk ke kereta.
Abah masih tak terkata-kata, tapi saya tahu dia menarik nafas lega...
(Dari perkataan cabut, saya belajar, bila buat silap, jangan cabut lari. Ambil tanggungjawab, akuilah kesilapan, mohonlah kemaafan. Usahlah baling batu....sembunyi tangan....jangan sekali-kali berkata... “kita cabut je lah...”.)
14 comments:
Salam Nija,
Membaca kisah abah nija aje dh boleh terbayang kesakitannya yg amat sangat. Ngeri, nyilu rasanya.
Bagi saya pulak, hal2 pasal gigi nie, dah immume. Sejak kecil sampai tua nie, saya lebih byk jumpa dentist dpd doktor biasa.
salam kak nija : hehehe... lawak gak cite kak nija ni...
Salam Nija,
Sayang abah yer..dimasa inilah parent memerlukan perhatian sepenuhnya dari anak2 mereka..sepertimana yg mereka berikan semasa kita kecik dahulu..zaman berganti kan nija anyway tahniah dapat bahagiakan abah.
Abah kata tak nak tapi didalam hatinya ..
Salaam Kak Nija,
Apa khabar? Harap akak sihat dan ceria selalu.
Selamat (belated) hari raya buat kanda sekeluarga. Taqabbala Allahu minna wa minkum. Maaf zahir dan batin. Tak balik Ipoh ke raya tahun ni? =)
Selamat ulangtahun kelahiran buat Zaid. Semoga Zaid menjadi anak yang soleh hendaknya. Amin.
Kak Nija, ayah saya pun pernah melalui pengalaman yang sama beberapa tahun yang lalu. Akibat tersadung apa entah, kuku ibu jari kakinya pun hampir tercabut macam situasi yang menimpa abah akak. Bezanya, ayah saya tak perasan pun sebab kakinya memang dah kebas penangan diabetes. Tahu2, darah dah berlumuran dan kukunya terkontang-kanting gitu... hehe. Mak dan adik dah panic. Saya pulak, dengan machonya (lakonan semata-mata) pi cabut kuku tu, lap n cuci serba sikit dgn dettol & balut dengan kain perca sebelum ayah dibawa ke klinik. Bila difikirkan balik, agaknya saya berani buat macam tu sebab tengok ayah macam 'tak de perasaan' jer masa tu...hikhik.
Kalau ayah menjerit kesakitan time tu, mau dan-dan tu jugak saya CABUT LARI...heh heh
Siapa sangka, hari ini, ibu jari kaki yang sama itu jugaklah yang saya buat 'dressing' tiap2 hari kerana doktor dah potong satu ruas untuk mengelak luka (dari insiden lain pula) daripada merebak. :) [Ayah tak mau potong terus sebab sayangkan ibu jari kakinya..hehe]
Cabut yang saya suka ialah CABUTAN BERTUAH ;-}
VpeaceV
Salam Nija,
Seringkali ziarah tanpa ulasan. Tapi bila soal CABUT jadi N3 terkesan dihati pula. Great daughter. Congratulation! Terharu dengan apa yang telah dilakukan demi seorang abah. Ngilu ke, takut ke, tapi tak CABUT LARI dari tanggungjawab. Itu yang kakzakie salute. Semoga abah beransur baik.....
Salam Ina,
Memang nyilu...
Jumpa doktor gigi masih menakutkan lagi...trauma selepas cabut wisdom tooth masih ada lagi...
Salam Afeez,
Lawak ke? Cerita balik memang lawak, tapi masa tu tak lawak lansung...
Selamat Hari Raya.
Salam K.Sidah,
Tak berapa lama dah, saya pun akan jadi orang tua cam gitu...memang balik semula jadi manja dan kebudak-budakan.
Moga saya diberi kesabaran. Belum lagi dapat membahagiakan 100%, cuma dapat melapangkan hidupnya sikit...
Thanks K.Sidah...
Salam Umi,
Akak beraya kat Ipoh sehari je, Raya kedua dah balik ke Sabak Bernam, and the next day dah balik Puchong...Zaid start kelas Isnin...tahun ni merupakan Raya terpendek...rushing...
Suka...cabutan bertuah memang suka...tapi belum pernah ada rezeki dapat...
Berani sungguh mencabut kuku abah Umi tu...tapi bila terdesak adakalanya dapat kekuatan macam tu sekali...he...he...
Teruskan menjadi anakanda yang solehah...insya Allah, berkhidmat dengan parents berkat sepanjang hayat.
Salam Kak Zakie,
Terima kasih datang bertandang. Selamat berkenalan.
Tak de apa sebenarnya yang saya buat tu, belum ke tahap great pun...sikit-sikit dapat tolong abah jadi lah...
Wasalam.
salam datin....
kah kah kah ..tergelak akak baca cerita mu nie...
dah nk cabut lari ler , nk solat isya palk nih...
Lepas cabut tu, ada buat rawatan susulan x?? Kasi bersihkn jari yg kuku-less tu ke?? Kalau ada, brapa kali ek sminggu??
Lepas cabut tu, ada buat rawatan susulan x?? Kasi bersihkn jari yg kuku-less tu ke?? Kalau ada, brapa kali ek sminggu??
Post a Comment