Friday, May 21, 2010

Salam dari Chicago...

Jauh sungguh beribu batu, lama sungguh berjam-jam, begitu rupanya harga apa yang dinamakan ilmu. Ada ketikanya perlu dicari, dituntut jauh di tempat orang. Syukur kerana peluang datang bergolek, rezeki datang bertandang. Dan, hanya Allah yang boleh memudahkan.


Tasik Michigan seluas lautan...Allah juga Yang Maha Berkuasa...mahu yang kecil, jadilah yang kecil, mahukan yang besar, terciptalah yang terbesar. Lake Michigan merupakan yang ketiga terbesar di Amerika dan kelima terbesar di dunia. Terlalu besar bagai melihat laut saujana mata memandang...
Menuntut ilmu...sungguh bukan perkara main-main. 5 pagi sudah terang benderang, 7.00 pagi sudah meredah suhu dingin mengejar bas. 8.00 pagi kelas bermula terus menerus bagai marathon hingga 5.30 petang. Perit sungguh mengekang mata yang selalunya sedang nyenyak tidur di tengah malam, tapi perlu bersengkang mata di waktu yang berlawanan. Kelas dari hujung ke hujung. Kaki sakit berjalan mencari kelas, perut lapar, mata kuyu, jadual penuh dan padat. Semua sessi bagai mahu dipilih semua sekali, semuanya ilmu yang baru, tapi diri tidak boleh berada di dua tempat dalam masa yang sama...jadi perlu memilih yang terbaik.

Alhamdulillah semuanya mudah...nasi panas mudah dibeli setiap hari (beras wangi yang panas dan lembut), restoran halal yang hanya perlu berjalan kaki (sedap sungguh kari udang dan nasi tomato...), bilik solat yang selesa (boleh pula solat berjamaah), hentian bas di depan mata. Hanya terlalu memikirkan rasa hampa, hingga lupa rahmat Allah yang diterima...tidak ingat untuk sujud syukur. InsyaAllah, semua perkara ada hikmahnya. Satu pelajaran sempurna yang saya perolehi: Fokus pada nikmat Allah, belajar bersyukur, hanya Allah yang tahu apa yang lebih baik.

Terjaga di satu pagi, otak bingung...di JB kah ini, atau di Kerteh? Lama berfikir baru teringat kerana ruang bagai tiada beza. Setiap hari, ada saja perkara baru. Masa yang penuh...otak juga mulai dipenuhi ilmu. Namun hati semakin digamit rindu pada anak-anak dan keluarga...
Semoga ilmu yang dikutip boleh memberi manfaat kepada yang lain...

Terjumpa adik-adik dari Wisconsin, bila jauh dari keluarga, berjumpa dengan sesama Malaysia terasa seronok. Mereka juga sedang merindu keluarga masing-masing dan sama sedang mencari ilmu di perantauan...semoga adik-adik ini di beri kekuatan dan berjaya mencapai apa yang diimpikan...kepada yang mengenali mereka, alhamdulillah, mereka semua amat bersopan santun dan berbudi bahasa...
ps: Terima kasih pada semua yang menambah nilai pada entry "Saya perlu rasa malu...". Insya-Allah, menanam rasa malu pada anak-anak bermula dengan kita dan kita boleh mengubahnya....satu anak dalam satu masa...one child at a time...
Esok pagi, saya akan berangkat pulang setelah 2 minggu di Chicago berkursus, excited, tak sabar dan terlalu gembira untuk balik berjumpa anak-anak dan keluarga...terlalu bersyukur dengan sokongan suami yang terlalu amat memahami...
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...

28 comments:

CM said...

salam kak

hmmm patut arr jenguk-jenguk dia takde...ada kt US rupanyer...selamat pulang kak..

Umi Azuddin said...

Salaam Kanda Nija,

Semoga selamat perjalanan kanda pulang ke tanahair, ke pangkuan keluarga tercinta serta rakan-rakan tersayang.
Nanti lepas habis jetlag nanti bolehlah berkongsi ilmu dan pengalaman di Kota raya Berangin tu yer? Mudah-mudahan tak hangin satu badan ye...heheh ;)


VpeaceV

aznaz said...

salam from Makkah


alahmdulilah...moga datin suksess dan berjaya dalam menuntut ilmu


waslam

My Life said...

salam kak nija

alhamdulillah.. semoga semuanya dipermudahkan... doakan azie kak..

atuk said...

Assalamualaikum nija

moga selamat semuanya

selamat bertemu keluarga

Wassalam

Unknown said...

salam AS....

selama ni ingatkan gi mana...rupanya menghilangkan diri buat seketika...

jumpa lagi lps ni

rezeki said...

salam datin

alhamdulillah, selamat kembali kepangkuan keluarga disayangi

semoga ilmu yg ditimba dpt dimanafaat bersama

sinomosa said...

Salam sayang Kanda Nija,

Patutlah menyepi sahaja rupanya ada kursus di tmpt org hihi
Slmt pulang ke tanahair kak
Smg sihat sejahtera & ilmu yg ada tu bleh laa share eks hihi
Take care kak.

Wan Rusyaini Wan Mohd said...

Salam Datin,

Amboi! Jauh berjalan. Senyap-senyap ye! Ingat nak tumpang sekaki. heheheh

Asnija said...

Salam Mas,
Terima kasih sudi datang. Baru siap pek barang, tak dapat lelapkan mata sebab tak sabar nak balik...

Asnija said...

Salam Umi,
Terima kasih atas doa yang dikirim. Jet lag datang tak hilang lagi, dah nak jet lag balik pulak...berkongsi ilmu memang boleh sangat, kalau tak nanti cepat lupa...

Asnija said...

Salam Cik Lie,
Terima kasih, semoga apa saja pengalaman hidup dapat menjadi ilmu yang boleh dimanfaatkan. Kami semua pun banyak belajar dari CL...

Asnija said...

Salam Azie,
Terima kasih, moga pertolongan Allah sentiasa bersama kita.

Asnija said...

Salam Rozali,
Terima kasih banyak...

Salam K.Ummi,
Terima kasih banyak. Akak pun tengah berdebar nak berangkat tu ye...

Salam Rezeki,
Terima kasih banyak...

Asnija said...

Salam Syima,
Mana nak sama dengan perjalanan ke Baitullah...namun dalam setiap perjalanan, memang banyak ilmu yang dapat dikutip...alhamdulillah Syima pun dah selamat semuanya.

Asnija said...

Salam Wan,
Kerja, kursus dan berjalan, 3 in 1. Di sini, kedai tutup awal, pukul 8.00 dah slow down, akak pulak pukul 7pm baru mula nak jalan, selalu kedai dah tutup dan lengang...so, kena fokus kerja dan kursus je...kalau Wan tumpang sekaki, pasti boring...heh...heh...

Cikgu Yang said...

Assalamualaikum Wbh. Seronok mendengarnya puan mencari ilmu sampai ke sana. Saya pun pernah ke sana melawat Sears Tower, masa tu dia antara bangun yang tertinggi tahun 1982 .. lama dah!! Salam untuk Chicago.. bye.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam Datin,

semoga Datin gembira & mendapat ilmu yang bermanfaat. patutlah semalam kata gi cari oprah...selamat berangkat kembali ke tanah air..home sweet home!

Azima said...

Salam Kak,


Patut la rumah akak sepi jer..rupa2nya akak pi Chicago..

Selamat kembali ke tanahair kak..semoga semuanya selamat..InsyaAllah

CIKMA said...

salam ukhawah...salam ziarah kak..menjenguk blog akak..nice dan bnyk info yg blh di kongsi..jenguk2 umah kami pula...

Kak Sidah said...

Salam Asnija,

Semoga selamat dlm perjalanan pulang..hujan emas dinegeri orang yer Nija...rindukan dgn keluarga..

Itulah pengorbanan dalam menuntut ilmu..semoga berjaya dlm kehidupan yg mencabar ini yer dik..

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Asnija said...

Salam Cik Yang,
Terima kasih sudi singgah. Sears Tower masih lagi antara attractions di Chicago. Tapi saya cuma sempat naik Hancock Tower saja, sebab masa terlampau sibuk. Sekarang Sears Tower di kenali sebagai Willis Tower.

Asnija said...

Salam K.Nab,
Pergi cari Oprah, sampai sana sume macam ternampak-nampak Oprah..dapat sekadar bergambar di studio Harpo, rasa macam tak percaya...kelakar betul...

Asnija said...

Salam Azima,
Terima kasih jaga rumah akak ye...alhamdulillah selamat sampai dah, dan tengah clearkan kerja sedikit demi sedikit...

Asnija said...

Salam Matahatijiwa,
Terima kasih datang singgah. Selamat berkenalan...tadi akak datang singgah dah, nice blog, keep it up...

Asnija said...

Salam K.Sidah,
Terima kasih atas nasihat akak, saya amat menghargainya...thanks...

safiudin.com said...

salam,

semoga dapat manafaatkan ilmu yang diperolehi (dari jauh) untuk diri dan orang lain..

selamat kembali ke tanah air..