Friday, April 30, 2010

Saya perlu rasa malu...


Photo by: www.flickr.com/photos/mrlee_1979...9671329/

Saya hanya membacanya dari suratkhabar, mendengarnya melalui TV dan radio. Sesekali mendapat kiriman emel. Cerita-cerita sungguh sensasi. Berita-berita yang diterima juga sangat ekstrim. Terfikir juga saya, betul ke sampai begitu sekali? Kerana terlalu ekstrim pada sudut pandangan saya sendiri, adakalanya hati saya terdetik…”Eh, macam tak logik…!”

Satu hari saya berhadapan dengan bukti yang saya lihat dengan mata saya sendiri. Bukan superimposed, bukan dibuat-buat, tapi sememangnya original. Di depan saya seorang ibu yang sedang lemah longlai, terkejut dan sedih. Saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Dia menunjukkan kepada saya telefon bimbit anak lelaki remajanya. Di dalamnya penuh dengan gambar teman wanitanya, seorang gadis yang comel, perwatakan lembut, dan saya jamin, jika bertembung dengan gadis ini, kita tidak akan menyangka walau sedikitpun di sebalik personalitinya yang lembut, comel, manis dan bertudung , dia mempunyai satu lagi personaliti yang sama sekali berlawanan. Ada gambar bertudung, ada gambar tidak bertudung. Ada gambar berseluar pendek, sengaja berposing menampakkan pehanya, lengannya, lehernya…dan…paling berani…bahagian dadanya…bahagian yang sepatutnya terletak sebahagian besar rasa MALU pada diri seorang perempuan…apatah lagi menunjukkannya dengan penuh gaya untuk tatapan teman lelaki, yang baru dikenalinya SEBULAN!

Ibu remaja lelaki ini berkata kepada saya, “Puan, saya ingatkan apa yang saya rasa tentang sikap anak lelaki saya sudah teruk, tetapi saya rasa kalaulah emak budak perempuan ni tahu apa yang dia dah buat, saya rasa dia akan lebih terduduk dari saya, anak saya lelaki, anak dia perempuan…”

Memang benar, dalam hati saya juga terdetik, “Kesiannya emak budak perempuan ni….pasti luluh hati jika mendapat tahu…” Saya amat pasti, ibunya 100% tidak akan percaya anak gadisnya sedemikian.

Di mana silapnya? Nilai malu sudah tidak ada harga lagi. Nilai aurat lansung tidak relevan dengan tudung yang dipakainya. Di titik manakah dalam hidupnya, rasa malu itu mulai hilang…dan terus luput dalam dirinya…Bilakah dia mulai hilang rasa malu? Bila rasa malu sudah tiada, semua kesedaran diri juga turut hilang, suara hatinya turut hilang, daya imaginasinya ke arah keTuhanan juga hilang. Nafsu mula menguasai diri dan akal.

Otak kepala saya bertanya 1001 persoalan – kenapa, mengapa? Bagaimana boleh jadi begitu? Adakah itu budaya di kalangan pelajar sekolah hari ini, budaya yang menular secara senyap dari seorang pelajar ke seorang pelajar, yang menular tanpa disedari oleh guru-guru, apatah lagi oleh ibubapa? Budaya personaliti yang berbeza-beza? Di depan ibubapa personaliti A+++, di belakang kita, personaliti yang sama sekali berlawanan.

Anak lelaki pun saya ada, anak perempuan pun saya ada... Cabaran terasa bukan sebarangan beratnya!

Selama ini saya fikir, rasa malu bagai suatu perkara yang diketahui semulajadi, tetapi hari itu saya tersedar bahawa malu perlu diajar dan dipelajari secara khusus dan formal. Anak-anak dan kita perlu tahu bahawa malu itu sebahagian dari iman. Sebagai ibubapa, kitalah yang mesti menanam rasa MALU secara mendalam dalam diri mereka, sedalam-dalamnya - perlu seawal mungkin, sejelas mungkin. Mereka perlu betul-betul faham makna malu, prinsip malu, akhlak malu dan di mana tempat sebenar rasa malu itu perlu diletakkan – perlu ada rasa malu selagi mana ianya dapat menguatkan iman kepada Allah. Maklum sajalah, kita sentiasa diuji oleh nafsu, dan hanya rasa MALU yang dapat mengawal nafsu kita itu.

Malu itu rupanya separuh dari iman. Pesanan bernada sindiran dari Rasulullah...

“Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.”

Hadis riwayat lmam Bukhari.
(Rujukan Hadis ke-20, klik untuk Hadith 40)


Malu pada Allah bila meninggalkan solat, meninggalkan puasa dan lain-lain rukun yang lima.
Malu pada Allah bila solat main-main, tangguh-tangguh, ringan-ringan…
Malu pada Allah bila berbohong, mencuri, dan melakukan dosa..
Malu bila terbuka auratnya…
Malu bila berpegang-pegangan dengan bukan muhrim…
Malu bila melawan ibubapa…
Malu bila gagal menahan rasa marah…
Malu bila terjerit-jerit…
Malu bila ketinggalan dalam ilmu pengetahuan…
Malu bila tiada keberanian bersuara mempertahankan pendapat dan pendirian yang betul…
Malu bila diri sendiri tidak berusaha dengan potensi diri yang sebenar…
Malu bila tidak meletakkan malu ditempatnya yang sebenar…

Jangan pula...
Malu bertanya guru di kelas kerana kawan-kawan semuanya tidak bertanya takut pula dikata tidak tahu...
Malu bersuara kerana tidak yakin akan diterima...
Malu mencuba kerana takut gagal, malu membetulkan yang salah kerana bimbang tidak popular
Malu meminta diri untuk solat kerana takut diperli oleh kawan-kawan….

Saya berdoa, janganlah sekali-kali mereka hilang rasa malu pada diri sendiri, sehingga orang lain turut hilang malu pada mereka….sehingga maruah diri juga turut hilang nilainya…

….sayang…kita perlu rasa malu…itulah hijab kita…

15 comments:

ainhany said...

salam kak,

inilah fenomena yg paling paling ditakuti. Masalah rmaja yg parah dan melakukan dua watak pada masa yg sama. Jgnlah mngambil mudah mmpercayai anak2 kerana natijahnya kita yg malu. Dlm hal ini semua diuji..dan syaitan tak pernah diam utk mengajak kepada keseronokan. Buat ibu2 bapak...tolonglah pertingkatkan doa, berbisiklah dan bercakplah dgn ALLAH juga berterusteranglah dgn anak tentang ZINA, DOSA dsb. Nilai MALU telah lenyap...sya bimbng jika masyarakat masih diam dan tanpa 'spotcheck" apakah generasi nanti kembali zaman sblum islam..YA ALLAH ampunilah ibu2 bapa2 kami kerana kami tak sanggup mereka menerima padah dari keturunan mereka yg hancur. Semuga ALLAH melindungi dan terusla doa dan doa..

Wan Rusyaini Wan Mohd said...

Salam Datin,

Kadang-kadang Wan sedih denagn anak-anak muda sekarang. Cabaran kita selaku ibu dan bapa amatlah besar peranan dan terasa berat betul beban yang akan dipikul untuk melahirkan khalifah Allah di dalam dunia yang sedang tenat ini.

Kita dulu, nak keluar rumah pun malu apatah lagi bergaya pelik yg bakal melirik mata kaum Adam jauh sekali bermadah manja berliuk lentok seperti muda-mudi kini.

Wan sentiasa ingatkan diri, jika kita mahu melahirkan anak-anak yang sentiasa mengingati Allah, kita mesti menambah ilmu baru setiap hari agar mampu dikongsi bersama anak-anak. Biarkan mereka lemas dalam keindahan ilmu Allah yang amat luas ini sehingga tiada masa untuk berfikir demi sebuah keseronokan sementara.

Selam dan lemaskan mereka dengan keindahan alam ciptaan Allah, tentang hukum yang terkandung di dalamnya, bukan sekadar sebagai pedoman tetapi sebagai ikatan yang kukuh untuk dilaksanakan. Tanamkan minda mereka dengan iman agar penglihatan dunia mereka terarah ke satu sudut yang mutlak iaitu menjadi hamba Allah yang soleh.

Masa kini bukan lagi masa untuk menanamkan cita-cita dunia semata-mata. Asas akidah yang teguh perlu menjadi teras memupuk perasaan takut kepada Allah walau dalam segala keadaan.

Andai ada iman yang teguh akan lahir rasa takut, dari situ tercipta rasa malu.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam nija,

inilah akibat generasi yang "ada agama" tapi dalam masa yang sama "tiada islamnya". bila dikatakan bukan islam berkelakuan sebegitu, mereka marah..hakikatnya pada hari ini semuanya sama...dari segi berpakaian saja kita dah boleh buat penilaian...tak ada malunya cara mereka berpakaian...tak ada malunya mereka bergaul tanpa batasan! di sekolah pun macam tu lah...berpegang2 tangan...bercium! masya Allah!! bila ditegur, ibubapa pulak melenting!

Azima said...

Salam Kak,

Rasa MALU akan menjauhkan kita dari perkara2 yg tidak disukai Allah..

Paling sedih kak bila bangsa kita yg tak tau MALU..Masalah sosial majoritinya org kita..Dadah,rempit,sumbang mahram,rogol..ratanya org melayu.Kaum lain hanya bertepuk tangan dan menanti saat kemusnahan bangsa kita!!!

SEDIH..SEDIH..SEDIH....kerana melayu mudah lupa diri!!!

Wassalam

S said...

salam,

Nija,
lama sepi, tetiba muncul dgn kisah yang merentap jiwa.

smoga ia memberi pengajaran kepada kita.

smoga Allah memberi hidayah kepada semua kaum muslimin dan muslimat

sama samalah kita berdoa untuk kebaikan semua anak2 Islam. amin.

sonata anak kancil said...

salam...ziarah & follow...ade jumpa masa gathering PDKM dulu...tak berapa nak ingat dah ziarah ke sini ke belum! silalha ke AGK

sinomosa said...

Salam Kak Nija,

Insya-Allah malu itu sebahagian dari iman..dan jua perhiasan diri..

shami2 said...

Salam kak...

Malu sebahagian dari iman kita...kalau kita ada perasaan malu..pastikan anak2 kita juga memilikinya....kerana kemudian hari kitalah yang akan dipertanggunjawabkan atas segala perbuatan....mereka. Mereka dilahirkan bak kain putih bersih..kitalah yang mencorakkanya..hanya mereka harapan zuriat keturunan kita agar sentiasa terpelihara dari gejala sosial yang menyesakkan dada...

Atikah said...

Salam kak,
Akhir zaman, manusia hilang rasa malu...

ain ismail said...

Salam kak nija,

Inilah yg saya amat takutkan berlaku pd anak2 (walaupun anak2 masih kecil), banyak sgt benda yg kita anggap pelik dan menakutkan berlaku skrg, tak taulah apa pula yg akan berlaku pd masa akan datang....saya sendiri takut jika tersalah didik anak2. Dulu mcm nak ada anak ramai tp bila difikirkan keadaan budak2 skrg yg sungguh berani dan tak tau malu, membatalkan niat saya. Tp tulah inilah tanda akhir zaman, semoga kita semua tergolong dalam org2 yg beriman dan terhindar drp perkara2 keji dan menyesatkan....amin...

ibunoor said...

Salam ziarah...teruskan menulis...silalah singgah ke teratak saya...

Umi Azuddin said...

Salaam Kak Nija,

Apa khabar? Saya doakan semoga akak sekeluarga sentiasa dalam limpahan rahmat Allah.

emm... sebenarnya saya rasa malu jugak ni because I don't have anything smart to comment..heh..

Sekadar meninggalkan jejak dan merisik khabar akak saja.
apa-apa pun, terima kasih atas perkongsian yang membuka mata ini.
Semoga kita semua serta keturunan kita sentiasa dalam lindungan Allah agar dapat terus memelihara adab malu yang bertempat.

VpeaceV

mama ju said...

Maaf mama lambat datang!

Aduh ...takutnya dengan generasi sekarang...

Moga kita dan keturunan kita dilindungi Allah akan terjauh dari segala yang tidak baik..Amin.

Naz Mohamed said...

Salam,

Kita sekapal mamaju...kapal kita lambat sampai.

Melihat pakaian2 remaja/makcik2 skrg nie pun, naik malu dibuatnya. Menonton iklan yg mempergunakan wanita di telivisyen pun saya naik malu dgn anak2 (cth iklan ST artis Rozita Che Wan, iklan tuala wanita-artis Adibah Noor, Yuna). Maruah dijaja demi sedikit wang.

mamawana said...

Salam caiyang..

Mama tumpang sedih bila melihat anak2 bangsa Melayu yg sudah hilang Malunyer....