Pagi semalam, pagi Isnin, just like another day….little did I know that something really sad will just about to happen, somewhere 85 Km away…
Kebiasaan waktu pagi sangat rutin bagi Embah Esah. Lepas Subuh, duduk-duduk sementara menunggu terang. Berjalan sekeliling halaman, menyapu laman serba sedikit mengikut daya kudratnya, kemudian bersarapan. She thought, and we thought….that routine will be the same on that Monday morning! Dia dalam keadaan sihat, cergas seperti biasa, dan tiada sedikitpun perbezaan yang ketara. Semuanya seperti biasa…
Tiba-tiba Embah Esah mengadu pening pada Acik Mimah yang tinggal bersamanya. Dia muntah di bilik air. Disusuli dengan muntah darah, dan muntah lagi…berterusan muntah darahnya. Hospital Daerah Sabak Bernam tidak dapat menerimanya kerana kekurangan kepakaran dan dirujuk ke Hospital Teluk Intan. Ketika disorong ke ambulan untuk ke Hospital Teluk Intan, Embah Esah muntah darah sebanyak-banyaknya, dan darah mula keluar membuak-buak melalui saluran najis. Setibanya di Hospital Teluk Intan, Embah Esah sudah tidak sedarkan diri. Nadinya sudah mulai lemah. Doktor beritahu kemungkinan untuk pulih 50-50.
Akhirnya, tepat 5.30 petang, Embah Esah dijemput Tuhannya pulang…and she is the last grandmother that I have..alive…setelah pada Raya Haji baru-baru ini, Embah Sireng juga telah pergi dahulu. And now, I have no grandfather nor grandmother…
I am blessed to have 3 grandfathers and 4 grandmothers. How many of us who owns that amount? Emak di bela oleh bapa saudaranya dari kecil kerana asyik sakit. Bapa kandungnya, Embah Mahidin dan Embah Sireng. Tetapi, bapa saudaranya inilah yang dipanggil bapak, namanya Embah Jamil. Embah Jamil beristeri dua, isteri tua Embah Som dan isteri muda Embah Esah. And of course, di sebelah abah pula, Embah Rasidin dan Embah Temah. So…3 grandfathers, 4 grandmothers.
Banyak yang saya pelajari hari ini…dan satu yang paling memberi kesan, people do talk in your absent! When you die, people do talk about you! Bercerita tentang kebaikan kita, dan silap-silap, mereka juga boleh bercerita tentang keburukan kita.

Alhamdulillah, yang menziarahi arwah sungguh ramai, dan semuanya bercerita dan mengenang-ngenang kebaikannya. Yang ikut solat jenazah juga ramai hingga melimpah ke luar rumah. Jiran tetangga, sahabat handai, kaum keluarga, anak menantu, cucu-cucu…everybody is fond of her…as my brother (Ijun) said, she is the most “sempoi” grandmother…sentiasa terbayang cara dia berbual dengan Ijun…sangat open, relax, seperti berbual dengan kawan…and he always enjoy the conversation...she is funny and candid…
Dia sangat soft spoken, slow and steady, cool, tenang. Dia tidak menyusahkan orang lain, dan tidak juga pada anak-anak. Cubaan membesarkan anak-anak memang banyak, tetapi dia terlalu sabar dan sentiasa menerimanya sebagai bahagian yang sudah Allah tentukan untuknya. Hidup bermadu kata orang banyak pahitnya, tapi Embah Esah menjadi madu dan isteri muda yang sangat prihatin kepada isteri tua, Embah Som. Dialah yang menjaganya dan meribanya ketika Embah Som menghembuskan nafas terakhir. Dia menjadi ibu sebenar kepada anak-anak tirinya sehingga mereka terlupa dia hanyalah ibu tiri. And…people talk about her…on and on and on…dan saya mendengarnya dengan sangat kagum dan penuh hormat…she really is a very good person, and I learn, a very good person leave a very good legacy….
Alhamdulillah, Embah Esah meninggalkan legasi sempurna yang akan diingati sampai bila-bila oleh kami. Apa yang sentiasa kita lakukan, rupanya menjadikan kita insan sedemikian….jika selalu melakukan keburukan, maka jadilah kita insan yang buruk, bila selalu melakukan kebaikan, maka jadilah kita insan yang baik. Dan apa yang kita lakukan itu, akan menjadi peninggalan kita…legasi kita…
So, when I die…what will be my legacy? What will people remember of me? Is there any contribution statement that people will say about me? Adakah saya layak menerimanya? (Aduh...banyak sungguh yang saya belum terbuat lagi….harap masih ada masa...harap masih belum terlewat...)
(Al-Fatihah buat Arwah Embah Esah. Saya mengambil kesempatan ini untk mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua rakan bloggers dan warga PDKM yang telah memberikan ucapan takziah dan kiriman doa dan Al-Fatihah melalui SMS dan komen di PDKM. Terima kasih kepada CL kerana sudi membacakan Yassin di depan Multazam. Hanya Allah yang dapat membalasnya.)

Dalam Islam, 3 perkara yang kita tinggalkan sebagai legasi, dan dapat mebantu kita di akhirat:
- Doa dari anak-anak yang soleh.
- Ilmu yang dimanfaatkan.
- Amal jariah.
(Topik meninggalkan legasi terkandung dalam segmen Habit 2: Begin With The End In Mind / Tabiat 2: Mula Dengan Mengingat Matlamat di Minda, dalam Program The 7 Habits of Highly Effective People / 7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan.)
To live...
To learn...
To love...
To leave a legacy...
21 comments:
Salam Kak NIja...
Itulah lumrah kehidupan ...
yang datang pastikan kembali...
Yang hidup pastikan merasai mati
Nyata janji Allah itu benar..sekali
Tiada bertapi lagi....
Begitulah berakhirnya sebuah kehidupan...dunia ini hanya medan persinggahan.
Salam Asnija
Lama tak ketemu, tiba-tiba...
Takziah dan hanya Al fatihah yg dpt diberikan.Moga beliau ditempatkan di kalangan org2 soleh..Amin.
Salan Asnija,
Akak ucapkan takziah pada nija ,doa semoga roh ninda dirahmati Allah dan dalam lingkungan para syuhada, nija saba yer, kematian memang menyedihkan tapi itulah kenyataan hidup yang perlu ditempohi oleh semua makhlok Allah, setiap yang hidup pasti akan ada akhirnya. Tunggu saat dtgnya pada kita juga yang tak tahu bila, hanya Allah yang mengetahui.
Manusia mati meninggalkan nama, nama yang baik akan dikenang selamanya, begitu juga yang tak baik akan jadi buah mulut juga.Semoga ninda nija menjadi kenangan yang baik dari setiap yang mengenalinya.
Al fatihah....
salam Kak Nija...
Dont Be Sad...banggalah dengan percapaian arwah atas apa yang beliau telah lakukan...kita yang hidup ini harus lah mendoakan kesejahteraan utnuk beliau" di "sana"..insyallah moga allah tempatkan roh beliau bersama2 dng orang yang beriman dan di jauhkan dari Azab seksa kubur..amin...
waslam
Salam..
kak nija..takziah dari saya...catatan ini sangat menyentuh hati,Saya serah hidup dan mati ku pada Allah...
salam
dear kak nija
takziah kak.. moga akak dan family tabah menghadapinya.. semoga rohnya ditempatkan di sisi org2 beriman.. insyaallah.. jangan bersedih yer kak..
Salam Kak nija..
Salam takziah.. semoga roh embah esah ditempatkan dikalangan para solihin.. Al-Fatihah.
coretan ini membuatkan saya berfikir.. merenung kekurangan diri.. ingin terus berusaha untuk memperbaiki diri.. terima kasih, kerana selalu memberikan saya peringatan ini.
Salam Kanda Nija,
Salam takziah buat akak sekeluarga.
Sesuatu atau seseorang itu akan lebih diingati dan dihargai bila kita sedar ianya telah tiada di depan mata.
Sebak membaca coretan akak ini.
Semoga kita sama2 dapat menghargai apa yang kita ada sekarang kerana esok lusa ianya mungkin bukan milik kita lagi.
Kasihilah mereka dan saya jua percaya setiap tindakan baik akan dibalas dengan kebaikan dan begitu jua sebaliknya.
Terima kasih akak atas perkongsian yang memberikan sy ingatan adakala di dalam kealpaan.
Semoga hidup & mati kita hanyalah untuk Allah.
Salam kak Nija..
Salam Takziah buat akak sekeluarga.. semoga roh embah esah ditempatkan dikalangan para solihin. Al-Fatihah.
salam Asnija...
AL FAATIHAH ..
AMEEEN...
salam takziah dr akak bat Nija n kluarga ..
semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg terpilih (mukminah)
mudah2an penghujung kehidupan kita semua juga mendapat keredahaan dr Ilahi .
Salam Nija,
Al-Fatihah buat arwah,semoga rohnya berada disisi orang2 yang beramal soleh.
Alhamdulillah..pemergiannya meninggalkan nama yang sgt elok...dipuji oleh semua orang..petanda yang baik buat arwah.
Tinggal kita yang masih hidup ini memikirkan nasib kita bila tiba saat itu.Mudah2an Allah SWT memberikan kita kekuatan untuk sentiasa istiqamah dalam melakukan segala kebaikan yang direhdainya. Amin.
salam datin
salam takziah buat keluarga atas pemergian nenda yang disayangi
semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin dan ambia, dijauhkan dri seksa kubur dan seksa api neraka , aman dan damai di syurga , insyallah
al fatihah
salam Nija,
Alfatihah buat arwah nenek.smoga Allah mencucuri rahmat keatas roh nya.
N3 ni membuat kak S berfikir lama, lama sangat.. terimakasih.
berbuat baik semasa didunia. Yang lain2nya serah pada Allah yg mengaturkanya.
solat taubat setiap hari dan mohon keampunan Allah kerana kita tak sunyi dari kesilapan.
solat istikharah setiap hari supaya Allah memberi petunjuk pada kita kearah jalan yg benar.
solat hajat setiap hari kerana kita lemah n hina serta sentiasa berhajat kepada Allah.
serusnya bersujud syukur diatas segala nikmat yg Allah berikan.
Hanya Allah yg maha berkuasa meniupkan rasa kasih dan sayang kedalam hati manusia supaya sayang pada kita.
adakala kita buat baik tapi ada orang tak suka juga dan anggaplah itu sebagai ujian.
kita perlu kauntercek apakah aku ikhlas dan betul dan senjata yg paling ampuh adalah berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat.
ni nak jiwang sikit ni. maaf naa jika tersilap bahasa n mengguris hati. maaf naaa.
kematian
apa ditakut pada mati
usah ditangisi
usah disesali
kerana kematian
bukan akhiran
kematian
adalah satu permualaan
hidup abadi
bahagialah
gembiralah
bersua wajah kekasih
dirindui
dicintai
ALLAH JALLA WA'AZA
Di Raudhatul Jannah
dari Nya kita datang
kepada Nya kita kembali
Takziah dan Innalillah
Semoga dicucuri rahmat
salam kak nija
kita juga akan dijemput pulang...namun entah bila dan bersediakah kini...
semuga kematian jadi iktibar buatkita
Salam takziah buat akak dan fmily..Mudahan roh nenek dirahmati dan dirahmti berkat doa berterusan kita..
AL FATIHAH ain hadiahkan
sabar ye kak, kita sayng almrhumah tapi ALLAH lagi menyayanginya..
amin
Salam Asnija,
Al Fatihah & semuga beliau ditempatkan bersama-sama orang beriman.
Salam,
Semalam menjenguk mak. Kita cerita pasal mati & kiamat. Saya ceritalah keadaan kiamat. Tanah terbelah seribu,berguguran tanah jauh kebawah. Api matahari berserakan dimana-mana. Gunung-gunung bertaburan seperti pasir ditiup angin. Langit jautuh menghempap ke bumi. Manakala tubuh manusia pula hancur berkecai dihempap ketulan-ketulan batu yang berterbangan. Bila sampai part cerita biji mata terkeluar dek hempapan batu.
Tup..tup..mak yg duduk sebelah saya, terjelepuk jatuh pitam. Apalagi sibuklah kita mengerumuni emak. Setelah dia pulih, dia kata dia gerun dengar cerita saya tu. Terkekeh..kekeh..saya gelihati. Orang tua katakan, penakut. Pas tu saya tak nak cerita yang sram-seram lagi pada mak. Dia tu lah intan permata hatiku, penyeri jiwa ku. Ibuku yang tercinta.
Wasalam.
Salam kak nija
Tumpang lalu jap...abang sulung..sian mak tu tau...tapi kalau ikut pembacaan saya..orang yg kuat imannya..lurus kehidupannya...taat dan patuh perintahNya..tahap kekasih Allah ..biasanya ketakutan akan kekuasaan Allah dan pembalasanNya membuatkan mereka bole jatuh pengsan atau terus meninggal...
salam Datin,
Takziah dari ayah/mak di banggol derdap.
Mati hanya sekejap dan akan hidup kembali selama2nya.
Banyaklah bersabar.
Al-Fatihah.
Datin, maaf ye baru berkesempatan buka blog2 dan fb, been bz....takziah buat Datin sekeluarga. Fyi, m in KL now till 13 March. Kalau sempat kita jumpa ramai2 ye, insyaAllah.
Salam Datin,
Takziah di atas pemergian nenek Datin tempohari. Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh Embah Esah.
Wan turut rasa sedih sebab nenek Wan pun meninggalkan kamis emua tahun lepas. Perasaan sedih masih ada hingga ke hari ini kerana dialah nenek kesayangan Wan dan wan paling dimanjakan nenek walaupun dah berkahwin dan ada anak2. Sebelum nenek pergi Wan selalu mandikan arwah, bedakkan dia, rapikan rambutnya, suapkan makanan kegemarannya dan gelak ketawa bersamanya. Kini semuanya tiada lagi. Bila balik kampung, tenmgok katil arwah, Wan akan duduk lama di atas katil dan terasa arwah ada bersama-sama Wan. Wan rindu sangat..... Tok Wan i love u!!!!
Post a Comment