Wednesday, February 10, 2010

CURI-CURI - Penjenamaan semula kasih sayang...

2 minggu lepas, saya menghadiri kenduri kahwin seorang saudara di kampung. Peluang tersebut kami gunakan sebaiknya sambil menunjukkan anak-anak tempat saya bersekolah rendah. Semua tempat mempunyai cerita tersendiri…sememangnya tempat jatuh lagi di kenang…

Tanpa disangka, ketika sedang sedap makan nasi minyak saya ternampak rakan sekelas ketika di darjah enam. Raut mukanya tidak berubah lansung, sudah tentu saya dapat mengenalinya. Saya berbisik kepada suami, “I know that lady in tudung pink over there…nanti nak tegur dia…”

Dari jauh, saya memerhatikan gelagat Rosma makan, di sebelahnya, sudah tentu suaminya. Tapi gaya mereka makan, membuatkan saya leka memandang mereka. Berbual-bual penuh kemesraan, berbalas senyum, mata melerek, usik mengusik, sesekali menyuap lauk sesama sendiri, mengelap pipi suami yang ada nasi. Gelagat mereka sangat spontan, dan tidak dibuat-buat. Melihat mereka cukup menyeronokkan. Dalam mencuri-curi pandang Rosma, tiba-tiba mata kami bertembung pandangan. Ingatkan saya yang akan menyapanya dahulu, tetapi Rosmah pula yang sudah berada di depan mata.

“Masya-Allah…tak sangka kita jumpa kat sini!” Dia menjerit kegembiraan, dan memeluk saya.

“Kenalkan…ini husband aku, Din, panggil Che Din je….” Rosmah memperkenalkan lelaki di sebelahnya (emm…suaminya…). Che Din juga seramah Rosma. Mudah mesra, pandai bersembang, sehingga tak sedar jam sudah hampir pukul 3 ketika itu. Kami bertukar nombor telefon dan berjanji untuk saling menghubungi. Saya menelefon Rosma keesokan harinya. Banyak yang kami bualkan dari mengimbau kisah dulu-dulu sehinggalah cerita perkembangan diri masing-masing.

“Aku kahwin dah 22 tahun, lagi lama dari kau. Lepas SPM kerja kilang sekejap, lepas tu kahwin, mana ada pergi oversea macam kau. Anak aku enam orang.” Mendengar kenyataan itu, kepala saya semakin ligat berfikir…22 tahun? Enam orang anak? Masih tersangat mesra dan romantik…bisik hati saya.

“Kemudian Che Din suruh aku sambung belajar, sebab masa tu diapun sambung buat PJJ kat ITM. ” Setiap cerita Rosma membuatkan saya semakin ingin tahu. Saya mencari saat sesuai untuk bertanya satu soalan yang saya ingin sangat tanyakan padanya.

Akhirnya saya mencelah… “Rosma, kau ni kahwin dah 22 tahun, anak 6 orang, tapi aku tengok macam baru kahwin je romantiknya! Jelous-lah… Nak tahu jugak rahsianya….” Rosma gelak besar di hujung talian.

“Aku rebranding-kan marriage aku dengan jenama baru…” Jawab Rosma sambil tergelak.

“Rebranding? Apa kau buat?” Saya menyoalnya semula.

“Apasal kau tanya aku pulak? Bukan kau yang expert soal branding ni ke? Sama je lah konsepnya…” Jawab Rosma mengusik saya.

Dalam gelak tawanya, Rosma bercerita proses rebranding dalam berkasih sayang. Dalam konteks penjenamaan semula organisasi, saya memang boleh menjadi penasihat, tapi mendefinisikan proses penjenamaan semula kasih sayang? Saya belajar banyak perkara baru dari Rosma. Konsepnya memang benar sama, matlamatnya dan tujuannya memang sama.
Persoalannya, jika proses ini penting bagi organisasi, penting jugakah menjenamakan semula kasih sayang ini? Rosma mengekek ketawa mendengar soalan saya.

“Perkahwinan tu organisasi jugalah…”, jawab Rosma.

Saya belajar dari Rosma tentang kasih sayang dalam perhubungan juga perlu diberikan jenama baru, nafas baru, tema yang baru, identiti yang baru. Kasih sayang perlu ditingkatkan ke tahap yang baru agar kasih sayang menjadi lebih baik, dan mendapat penerimaan yang lebih baik, dapat pergi ke tingkat yang lebih tinggi daripada keadaan yang lama. Secara peribadi saya bersetuju dengan Rosma bahawa proses ini AMAT PENTING sekiranya perhubungan tersebut AMAT PENTING! Jika “si dia” penting bagi kita, maka aktiviti yang melibatkan “si dia” sepatutnya jadi penting sama….

Tetapi, kita sering terlepas pandang – kita selalu take things for granted! Semakin penting perhubungan tersebut, semakin mudah kita abaikan. Sebagai contoh, perhubungan dengan pasangan – suami dengan isteri; isteri dengan suami. Dalam kesibukan mengharungi masalah dan tugasan harian, perhubungan ini menjadi perkara terakhir yang diberi perhatian.

Adakalanya sehingga terlupa. Bila terlupa dalam tempoh yang terlalu lama, maka perhubungan menjadi biasa-biasa, komunikasi menjadi sekadar bertanya dan menjawab perkara-perkara rutin, sekadar dua tiga patah perkataan. Lebih buruk bila komunikasi yang ada tinggal sekadar sindir menyindir. Pergaduhan dan pertikaman lidah menggantikan perbualan dan usikan mesra. Akhirnya, masa 24 jam itulah yang dipersalahkan – tak sempat, sibuk, tak cukup masa; dan 1001 alasan yang selalunya berkaitan masa.

Apakah tips yang Rosma kongsikan? Belajarlah untuk CURI-CURI MASA! Jenamakan semula perhubungan dan kasih sayang. Berikan identiti yang baru, tema yang baru. Jadilah seorang yang kreatif. Tukarkan suasana yang biasa menjadi luar biasa. Curi masa untuk keluar berdua. Curi masa untuk menghantar SMS. Curi masa untuk bersarapan bersama. Curi masa untuk berbual-bual. Curi-curi memeluknya. Curi-curi menciumnya. Curi-curi menyuapnya makan. Curi-curi mengurutnya. Curi-curi mandi bersama. Buat sesuatu yang tidak pernah dilakukan. Berikan nama panggilan atau gelaran yang baru, yang menjadi kod rahsia anda berdua. Sentiasa fikirkan kejutan yang menyenangkan. Jadikan pasangan, YOUR NO. 1 CLIENT! Bagaimana kita melayan pelanggan nombor satu di syarikat? Pastinya dengan 1001 satu cara yang berlainan dan istimewa untuk memenangi hati mereka. Mengapa? Kerana pelanggan ini AMAT PENTING bagi syarikat. YOU CAN’T AFFORD TO LOSE THEM, SO DO NOT SCREW UP!

Pasangan kita sepatutnya menjadi yang TERAMAT PENTING... YOU CAN’T AFFORD TO LOSE HIM OR HER, SO DO NOT SCREW UP!

Matlamat akhirnya? Perhubungan dieratkan, persefahaman dikukuhkan, kasih sayang diperkayakan, tahap kepercayaan ditingkatkan!

Tahun ini, berazamlah untuk curi-curi menyayanginya, curi-curi menghubunginya. Jikapun ianya satu skandal, rahsiakan dari anak-anak…apa salahnya? Ianya skandal yang halal…



Curi-curi masa ke Coffee Bean dengan Pak Engku, "Nak kemana, Bu?" "Pegi Giant..." (tapi kitorang melencong berskandal dan dating ke Coffee Bean...he..he..)





Apa yang saya belajar dari Rosma?

Bermula dengan menjenamakan semula perhubungan dengan suami, ia boleh dikembangkan dengan lebih meluas lagi. Contohnya:

  1. Menjenamakan semula hubungan dengan anak-anak.
  2. Menjenamakan semula hubungan dengan ibubapa.
  3. Menjenamakan semula hubungan dengan Allah (i.e. solat di awal waktu, tambahkan khusyuk, tahu makna bacaan, hafal lebih banyak surah etc.)
  4. Menjenamakan semula cara bekerja. (Kerja itu satu ibadah…supaya berkat).
  5. Menjenamakan semula hubungan dengan diri sendiri. (Mengasah minda, menguatkan rohani, menyehatkat fizikal, mengurus emosi etc.).


Apakah pula yang anda mahu jenamakan semula? Let’s share…

(Tips lain: Sehari sekuntum bunga ketika hayatnya, lebih baik dari ribuan taburan bunga hanya ketika di pusaranya…)

(Nota: Dalam program the 7 Habits of Highly Effective People / 7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan, penjenamaan semula kasih sayang dibincangkan dalam prinsip Akaun Bank Emosi dan Keseimbangan P/KP - Angsa & Telur Emas)

61 comments:

Atikah said...

Salam kak nija...

Rindunya dgn tulisan akak.... sungguh bermakna... walaupun saya nie masih "England".... tapi bingkisan akak akan saya semat di hati... kak copy untuk simpanan ya...

aznaz said...

salam datin asnija...

CL jugak masih "ENGLAND"....no komen aaarrr...heheheh

waslm

My Life said...

salam

kak nija

azie pung "england " mcm cl dgn atikah.. hihiihi

thank untuk entryni

lama akak menghilang.. mana pergi??

mama ju said...

Salam Datin...

Terimakasih kerana membangunkan saya dari tidur!

Kepada 'england' ini satu ingatan utk anda!

Unknown said...

salam As ...
setuju dgn kak Ju...

he he he ... tengah fikir nk buat kejutan apa ler plak nih untuk curi-curi

CURI CURI CURI
CURIIII HATI KU ........

shami2 said...

Salam Kak Nija...

Alhamdulillah dah muncul akak kita yang pengasih dan penyanyang nih....

Hemmmm yg ada suami bleh...kita plan..heheh
Yang belum..ngeh..ngeh..ngeh cepat2aarr cari calon boleh buat ekperimen....

Yah..kak satu perkongsian yg baik...ingatan yg baik..cara masing2kan..hehhe kak umi...jga2..hasil dari curi2 tepat masanya...wah berbaloi2 kak...hahahha

Kak Nija ni suka tau buat cerita panasss..ni belum masuk dato imran lagikk..nanti dia goreng mak aiii...cik lie ...aar senyum2 lah tu....abang samad maintain..jga2 jgan sampai CL terlebih senyum...

AZ..dia aper dia kisah..setiap hari sama jer kan...Pak itam maintaian kan...hehehh

Anonymous said...

Salam rindu kak nija...

akak...hanis suka sungguh baca setiap n3 akak...terutama nasihat2 kasih sayang akak...banyak ilmu yang boleh di perolehi....thanks for your sharing...

Hanis doakan kebahagiaan akak & pak engku hingga ke akhir hayat....both of you really loving couple....kekasih awal & akhir

Anonymous said...

akak...hanis lupa lg satu...

hanis suka ayat akak yang nie:
""Jikapun ianya satu skandal, rahsiakan dari anak-anak…apa salahnya? Ianya skandal yang halal…""

rezeki said...

salam datin

betul tu,
hubungan suami isteri kalau boleh tiada noktahnya dalam memupuk kasih sayang agar terus mekar dan berpanjangan

saya mmg kerap keluar berdua-duaan dengan isteri sejak dulu lagi masa anak2 saya masih duduk dengan kami dulu, sampai anak2 kadang kala cakap "abah nak pi dating dgn mama" he he

lagilah pulak sekarang, dah tinggal berdua ngeh ngeh

tentang penjenamaan semula dengan Allah, alhamdulillah kita sebagai manusia yang lemah sentiasa cuba memperbaiki dan mempertingkatkan segala amalan dari masa ke masa dan dari hari ke hari dan saya berdoa agar saya akan terus dipermudahkan dan diberi ruang oleh Allah utk melakukannya dan segala amalan diterima olehNYA

YaTiNordiN said...

maklong...i love this entry...new things to be learned for new couple like us...

afeezz said...

salam kak nija : wah3... sesuatu yg berguna ni...

Atikah said...
This comment has been removed by the author.
sinomosa said...

Salam Kak Nija,

Seperti yang lelainnya sy turut rindu nak baca coretan akak..
Miss u so much..

Thanks for sharing kak.
Sy pun mcm CL, Tikah, Hanis, Afeezz, My Life, CP yang masih England ekeke, namun coretan ini akan sy jadikan panduan.

Penjenamaan = rebranding..bila dijenamakan semula maknanya sesuatue itu akan diberi nafas baru..dipandang dari sudut yang baru..kalau dalam sesuatu organisasi besar dilakukan penjenamaan ini adakala boleh mengundang keuntungan yang lebih besar..

Kesimpulannya, jika penjenamaan kasih sayang ini dilakukan, sy fikir boleh mengundang kebahagiaan yang lebih segar..Wallahua'lam

S said...

salam,

nija,kabare??
waras??,

rebranding, azam atau niathati.
mmbuat sesuatu kearah kebaikan asal saja halal dan diredhai Allah.

jangan bernazar, bernazar dah jadi wajib. takut tak tertunai jadi berdosa plak.

buat sesuatu dengan ikhlas tidak menunjuk2. segalanya hak Allah dan kita hanya meminjam saja buat sementara.

dikala Allah menarik balik kebahgiaan itu , maka ia adalah ujian untuk hamba2nya yang dikasihi.

jom, kita sama2 berusaha membuat sesuatu dengan ikhlas dan betul.
smoga Allah menerima segala apa yg kita buat sebagai ibadat. InsyaAllah.

smoga Allah memberi rahmat berkasih sayang kepada kita semua. amin.

Kak Sidah said...

Salam Nija,

Pesanan untuk pasangan macam akak ni yang dah lama, kami selalu mengimbau kisah2 muda2 dulu, cara suami mengusik2, tackle2 masa muda2,dan kita malu2 masa tu, jalan2 berdua2an, dan akak selalu ingatkan dia the best man win..hehehe.

Sekarang dah sampai ketahap ni, anak2 selalu suruh akak makan berdua2an dan jalan2 tanpa mereka, tapi hati ibu bapa ni masih nak anak bersama2 jugak

Thank you untuk perkongsian cerita ni.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam nija,

ramai yang England..tak sah komen depa tu!

nih kak nab...dah 34 thn perkahwinan kami...veteren lah katakan!
memang betul kata nija tu..kita sepatutnya semakin lama semakin mesra..kami selalu berdua2an gitu!! apa lagi skrg ni anak2 dah besau2 sume!!
selalulah baca buku2 bagaimana nak menambahkan kasih sayang kita kpd Allah, kpd pasangan, anak2, saudara2 dll.

S said...

salam,

Nija,
rasa nak komen lagilah lepas Nija semawa tadi.hehehe

kata2 hikmat :
Sehari sekuntum bunga ketika hayatnya, lebih baik dari ribuan taburan bunga hanya ketika di pusaranya…)

kak S tadi nk komen tapi terasa sebak pula so terhenti sat.
lepas solat baru dapat kekuatan nak sambung. jangan marah naaa.

sebelum suami keluar rumah ;
tataplah wajah suami sepuas2nya .. munkin itu adalah tenungan terakhir.

salam cium tangan dan dakaplah ketat2 kerana ia munkin ciuman dan dakapan terakhir.

minta ampun dan redha suami kerana ia munkin ampun terakhir yg akan membawa kita ke Syurga.

layari malam bersama sbaik munkin umpama ia malam terakhir bersamanya.

redha dengan apa yg ada. seadanya.
usahlah mengharapkan suami bertelur emas seandainya suami hanya mampu bertelurkan gangsa.

kasih sejati tidak mengharapkan balasan manusia, hanya mengharapkan kasih sayang dan redha Allah semata.

alamak terkeluaq topik plak ni.
sori nija. heh heh..

Noor said...

Salam Kak Nija..

Alhamdullilah, satu perkongsian yang sungguh memberi manfaat.. kadang kala kita sebagai manusia nie mudah lalai dengan apa yang telah kita perolehi.. kita sering melihat kebahagian orang lain.. tapi kita lupa untuk menambah baik kebahagian kita sendiri.. bagi kita.. kebahagian yang ada sudah mencukupi..

Satu perkahwinan adalah seperti satu perniagaan. (ini pandangan kak ngah).. bagaimana kita mahukan perniagaan itu berjaya.. kita akan sentiasa berfikir.. mengatur strategi.. mencari market baru.. dan lain2 lagi.. usaha yang iklas akan membuahkan hasil.. namun dalam pada itu kita jangan lupa pada Yang Esa.. terus berdoa dan berserah pada Nya..

tapi.. kita harus ingat.. tak semua perniagaan berjaya.. bila Allah berikan dugaan.. kita harus ingat.. ini adalah COBAAN..

opsss.. dah macam blog kak ngah lak.. he he.. wokey2.. apa2 pun.. cheq suka bangat sama ini N3.. banyak pengajaran yang diperolehi.. teng kieu for sharing the 'idea'.. ilmu yang harus dimanfaatkan..

'kebaikan persahabatan itu adalah saling ingat mengingati..'

yang baik itu dari Allah.. dan yang buruk serta kekurangan itu adalah dari saya sendiri..

wassalam..

Umi Azuddin said...

Salaam kanda,

Baguslah saranan akak ni... especially untuk pasangan suami isteri berbangsa Melayu (oops, bukan semua la kan) yang mengambil sikap "if it ain't broke, don't fix it" dalam hubungan mereka. Ada juga sesetengah isteri yang lebih gemar 'berkawan' dengan anak-anak yang sudah dewasa dan sesetengah suami yang lebih suka join group seangkatan mereka daripada 'menjenamakan semula' hubungan dengan pasangan masing-masing. Ni drpd pembacaan dan pemerhatian aje la kan, pengalaman sendiri tak dak...huhu..
Apa-apa pun, "it takes two to tango", betui dak, kanda?

Konsep akak ni ada juga yang sedang saya usahakan, terutamanya untuk :
nombor 2 - sekarang ni waktu critical sangat bagi saya dan adik-beradik lain.
nombor 3 - yang ini ongoing process... kejap up, kejap down...tapi ongoing, nonetheless, insyaAllah.
nombor 4 - yang ini, work-in-progress..hehe... masalah utama : disiplin masa - suka nau 'curi-curi masa' untuk benda yang kurang penting...heh (saya calon paling sesuai masuk Program akak, tapi belum mampu...huhu)
nombor 5 - yang ini, insyaAllah dalam masa at least 2 tahun baru dapat lihat hasilnya kot... semoga dipermudahkan. Amin. :)

Apa-apa pun, entri kanda ni amatlah berguna dan akan saya simpan untuk kegunaan masa depan, insyaAllah ;}

VpeaceV

p/s chop, nak tanya insan2 yang mengaku diri mereka "England" tu....ermm... why "England"? :)

shami2 said...

Salam Kak Nija..

..eratkan hubungan kita dengan Allah, pasti hubungan kita dengan suami juga bertambah erat....

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam nija,

tumpang lalu ya.

salam shami2...betul sesangat tu.

Imran Paris said...

Datin...u hilang i pun hilang sama, kita sama2 mencuri masa agaknya utk client no 1 kita....hehehehe.

Yg England tu...biaq pi kat depa no, jgn sampai jd Alaska udah le :-P

Datin, personally saya susah nak cakap...taklah terpikir bebenda curi-curi tu, cuma i love my no 1 client so so much....she's always there in my heart everywhere i go. At times i hate myself for loving her too much....

Datin...Datin tak mungkin faham kot, Hanis, Syima, Tikah, Kak Nab, Noor, CM...semua takkan paham sbb anda semua tidak pernah mencintai seorg yg bernama WANITA. Itulah soalan sy pd seorg sahabat blog sy smlm...tanya saya "Have u ever really love a woman?" Tak berjawab, deep inside saya tahu jawapannya cos i've been there :-) and still there....hehehe

CM said...

salamm kak nija

seperti biasa,penulisanmu mengkagumkan,apa saje yg diperhatikan semua boleh menjadi topik yang membuat kami semua teruja....

pssst :CM berazam nk rebranding kan bodyku arrr,yg dah terbabas dan tergolekk tu tapi masalahnyer cm selalu CURI-CURI makan ,cheese cake lagi...alahaiii,apo den nk buek ni datin oooi...

i misss u,jgn tanya betul ker tak yarrr...

Imran Paris said...

Datin, tumpang lalu..

CM...kekekekeke...curi2 makan....kekeke, lawak sgt ni, sakit perut gelak. CM sesungguhnya perang yg paling besar ialah mengawal nafsu, makan pun nafsu...apalagi jomlah peranginya....jgn asyik tewas je. ps - sj bg semangat, harapnya taklah sampai naik kus semangat :-P

shami2 said...

Salam kak Nija..

Tu dia dato imran masuk..sampai ke alaska jadinya...tak per untuk lelaki tak expired...hehehhe

Pssssst CM sikit2 oklah tu..bang samad tak kisah punya...

Imran Paris said...

Datin..tumpang lalu lagi ye.

Shami....alaska ke france ke england ke...apa nak dikesahkan betul tak? Pasal lelaki tak expired tu, saya kurang setuju, la ni ada yg blm 40 pun dah expired...shhhh, 18sx ni, nanti tuan umah marah pulak.

Teringat pulak kata org...pompuan dah berumur ada menopause...lelaki NO PAUSE...hehehehe

S said...

salam,

adik2,
wanita ada masa menopause.
lelaki plak ada masa endropause.

Allah maha adil,pengasih dan penyayang.

masa kak s budak2 dulu selalu ikut tok wan tanam pokok.

tok wan kata:
;pokok durian kawin yg baru ditanam ni kena jaga elok2. tak boleh lebih panas dan tak boleh kurang air.
kena lindung dengan daun nyoq supaya teduh.

kena pacak pancang supaya tegak berdiri.
bila akar dah kuat baru boleh cabut pancang.

kena jaga elok2, buboh baja akar, batang dan daun. kenalah siram 2 x sehari.

bila dah besar elok baru bubuh baja buah. baja buah tak boleh bubuh awai takut pokok terencat dan tak tahan lama. takut mati pucuk.

bila dah berbuah kena jaga elok2, takut ditebuk tupai. monyet plak suka kepak pucuk waktu malam.
kena bangun pepagi kutip buah yg luruh takut dicuri orang atau dimakan babi hutan.;

kak S tanya tok wan:
; susah juga nak jaga pokok durian kawin ni tok wan, tak payahlah tanam beli ja kat PEKAN RABU;

hik hik ... manalah kak S faham.
bila dah kawin baru tahu BAHASA tok wan pada cucu kesayangan.

Alhamdulillah.

Asnija said...

Salam Tikah,
Tak pe simpan dulu segala macam tips, tiba masa nanti, kan dah senang...ada buku koleksi tips...

All the best to England...

(ps: Awat England?)

Asnija said...

Salam Cik Li,
No komen jugak ye...oklah...sayapun no komen...

Asnija said...

Salam Azie,
Timaseh tunggu N3 akak...akak kat sini je, tak hilang pun...cuma sibuk sikit, biasalah awal tahun nih...

Asnija said...

Salam Mama Ju,
Terbangun dari tidur? La kesiannya...

Asnija said...

Salam Kak Ummi,
Curi jangan sebarang curi kak...bak kata Shami, nanti hasil nya berbaloi-baloi...

Asnija said...

Salam Shami,
Mana yang boleh di amalkan dan di eksperimen...buatlah yang terbaik ye...(dengan suami la maksud akak ni...)

ps: panas ke topik ni? rasa macam ok je...

Asnija said...

Salam Hanis,
Timaseh doakan akak ngan pak engku...akak pun berdoa agar sentiasa loving-loving ngan pak engku ke akhir hayat....(macam lagu apa tu? tunggu aku di pintu syurga...waduh-waduh...)

ps: akak pun rindu kat hanis...

Asnija said...

Salam Rezeki,
Bila semua anak dah besar akhirnya tinggal kita berdua je kat rumah...memang elok sangat la kalau Rezeki berdating selalu ngan Mak Itam...

Asnija said...

Salam Yati Nordin @ Along,

Sementara baby belum keluar lagi...curi-curi masa ngan Khalid...nanti bila baby dah keluar, boleh juga curi-curi keluar dating, ada 2 pilihan babysitter; senawang @ paroi? Mesti semua nak tolong jaga....

ps: maklong lupa la...bila due?

Asnija said...

Salam Apeez,
Kalau berguna...ambiklah...nanti boleh digunakan...pada suatu hari nanti....

Asnija said...

Salam Syima,
Miss you too...
Mana yang nak diambik jadikan panduan tu...amik je lah ye...percuma je, tak payah bayar...

Asnija said...

Salam Kak S,
Tu dia...tips akak memang membuat saya pikir jauh dan mendalam...timaseh atas pesanan yang teramat berguna tu...seronok ada akak yang selalu mengingatkan saya ni...(dan juga berletiaq pasal kopi dan kesihatan...saya suker...)...

Terharu dengan pesan kedua akak...ye la...mana kita tahu saat terakhir kita bila...

Asnija said...

Salam Kak Sidah,
Kalau anak-anak dah suruh keluar dating dengan hubby akak tu,keluar je lah kak....anak-anak dah sporting dan understanding...best lagi bila diorang offer nak sponsor honeymoon....jangan lepas peluang....

Asnija said...

Salam Kak Nab,
Boleh bayangkan K.Nab berdua-duan dengan kanda kak Nab tu kat wakaf tepi rumah sambil minum- minum...dan mendengar air terjun...romantik gitu...
mak aii....34 tahun? Kena menuntut ilmu ngan kak Nab ni....(ada pengeras dak?)

Asnija said...

Salam Kak S,
(semawa tu apa?)

Kata-kata akak memang penuh hikmat...saya akan ingat dan cuba amalkan...selalu terngiang-ngiang lagu Subuh Terakhir Rabbani...Ustaz Asri pun tak tahu kalau hari tu subuh dia yang terakhir...sedih baca cerita malam tu dia ajak isteri dia makan kat luar, walaupun dah lewat tengah malam...rupanya supper terakhir....

(mak saya pesan, kalau suami nak makan apa-apa, kena buat terus, takut nanti terkilan...)

Asnija said...

Salam Noor,
Timaseh sudi berikan value added pada N3 akak nih...appreciate sangat...

Perhubungan ni macam perniagaan ye...boleh difkirkan dengan mendalam...

Kita sama-sama mengingatkan ye...

Asnija said...

Salam Umi,
Nak buat no. 2,3,4 dan 5...buatlah yang terbaik, usahakan bersungguh-sungguh, hasilnya akan datang kemudian...yang penting istiqamah dan memulakan langkah awal...all the best dari akak...

Asnija said...

Shami & K.Nab,
Sembang-sembang lah ye...buat macam rumah sendiri...saya ok sesangat...

Asnija said...

Salam Imran,
Menyayangi isteri sepenuh jiwa amat memang teramat baik lah tu...Mai dah sihat dah?
Boleh berkorban apa saja, lagi bagus...masa dia berpantang ari tu, pasti la dia jadi client no.1...

Asnija said...

Salam Mas,
Boleh je, kalau nak rebranding body boleh je...bila dah slim, branded le body Mas tu, jenama apa yek...takut akak tak kenal pulak nanti...

(Alhamdulillah Mas teringat kan akak...akak pun teringat kat Mas.)

Asnija said...

Salam Imran & Shami,
Sembang-sembang le korang berdua ye...buat macam rumah sendiri...

Asnija said...

Salam Kak S,
Berlapik-lapik betul pesanan atok akak tu ye...sampai cucu dia pun tak faham...tapi itulah cara orang tua-tua kita dulu, pesanan dalam bualan harian,tapi cukup mendalam maksud tersirat...zaman SMS ni, tak jumpa dah pesanan macam tu...cakap nak kena pendek-pendek dan guna short form je...mekasih kak S...

Asnija said...

Salam buat semua rakan-rakan,

Terima kasih atas tambah nilai kepada N3 ini, cukup saya hargai dan bermakna sekali. Semoga kita dapat mengamalkan dan membuat yang terbaik... Amin.

ainhany said...

salam kak nija

sihat hari ni?salam berakah, salam kasih sayng muga shbt PDKM terus sihat dan dpat mmberi kejutan n3.

oohh patut lama tak muncul dan bila muncul melopong pulak membacanya..tudia lengkap WH question...dari fuhhh ke zassss...mgg patut laa belajar dari org pengalaman nie..diam2 berisi dlm mendublikasi kasih sayang...

Semuga hub yg lama dibranding2kan tapi macamana pula kalau hub kasih syng antara anak degn emak nak di rebrandkan???
boleh dipikiq...

jaga diri ye kak...muga sihat sokmo

ain ismail said...

Salam kak nija....

Best info ni, sangat berguna....kalau lah dapat dipraktikkan....dapat dibuat....

It really makes me miss my good old days....

S said...

salam,
dik Nija,

semawa tu pelawa,@ ajak.
hik hik hik

Catatan Peribadi Rusyaini said...

Salam Datin,

Betul, kita perlu terus menyayangi selagi ada hayat terutama org yg sentiasa berada di dalam jiwa dan di mata kita. selepas 10 tahun kahwin, Wan rasa terlalu menyayangi suami dan sentiasa berasa kasihan pada dia. Kalau tiba-tiba nak marah, bila tengok muka cute dia tu (cute pd wan lah, org lain tak kot!), hilang semuanya perasaan geram.

Suami selalu usik bila wan nak marah, dia selalu kata, tak baik marah-marah suami, nanti dapat 'cash' bila kat Mekah nanti. Dengan tak semena-mena Wan terus tersenyum. Takut seh! Tak pasal-pasal datang nak beribadat kt Mekah, terima balasan pulak. OOshhh! Takut! Terus minta maaf pada dia, cik abang ketawa je bila Wan tersipu-sipu malu minta maaf.

Bro Imran, apa ni tajuk pause-pause ni. Tak aci la! Tahu la, dia tu dah dekat dah tu. "Life begins at 40"

rosli said...

Salam Asnija,

Best entri ni, bila tgk gambar you, memang saya kenal rupa your hubby ni, nama saya tak ingat tapi selalu nampak dia kat Menara, sentiasa senyum saja. Mkgn dia pun kenal saya.

Asnija said...

Salam Ainhany,
Semoga kita boleh saling ingat mengingati, dan saling belajar dari satu sama lain.Terima kasih doakan akak sihat selalu.

Nak rebrand hubungan dengan emak dan ayah, mungkin boleh ditengok kat mana yang tak berapa elok, cantikkan yang di situ dulu. Contohnya kalau tak mesra, jadi kenalah mesrakan. Tak pernah peluk dan cium, mulakan memeluk dan cium ppi mereka. Itu contoh saja. Rasanya Ainhany lebih berpengalaman dalam hal ini.
Wassalam.

Asnija said...

Salam Ain,
Insya-Allah, kalau nak, apa salahnya mencuba. Praktikkan saja, buat mana yang mudah dahulu. Fikirkan macamana nak buat berbanding kenapa mesti buat...insyaAllah, lebih mudah dapat solution. Cuba ye...

Asnija said...

Salam Kak S,
oo...lagu tu noh...saya doh confius dengan serawa...

(kak S sihat noh...)

Asnija said...

Salam Wan,
Bagus-bagus macam tu, kalau tersilap, cepat-cepat minta maaf...yan terbaik untuk seorang isteri ialah bila meninggal dalam keredhaan suaminya....

Bila nak ke Mekah tu, Wan? Semoga Allah permudahkan dan mendapat mabrur...

Asnija said...

Salam Rosli,
Mungkin juga my hubby kenal you. Nanti bolehlah bertegur sapa.

ainhany said...

salam kak

"nak buat vs kenapa mesti buat".!!!!
terimakasih ats tangkal hikmat ini.

kedua ibu bapa kita merupakan peluang utk kita menempa ke syurga.
syngi dan cintailah mereka..
doakan dan bahagiakanlah mreka

terimakasih kak nija, perkongsian yg amat2 ain hargai..amin