Sunday, November 15, 2009

Angsa Dan Telur Emas...

picture from: mrshev.files.wordpress.com

Dekat 2 minggu dada rasa berdenyut. Taklah sakit, tapi tidak selesa. Hati pulak tertanya-tanya, inikah sakit jantung? Fikiran menafikan, hati meragukan apa yang dinafikan…denying the denial….

Bila berterusan 2 minggu, dan setelah menerima pukulan smash maut dari PA, Cik Nurul; “Pergilah check, Kak! Akak ni kalau nasihat orang pandai…” membuat saya memaksa diri pergi membuat temujanji.

“Asnija, you ni stress sebenarnya.” Kata doktor hansem.
“Stress? Are you sure? I don’t think so…” Saya gelak-gelak menjawab kenyataan doktor hansem.
“So, you tak stress?” Tanya Doktor Hansem lagi.
“Tak la, doktor.”
“Hari tu, pun you kata tak stress, tapi simptom badan sakit berulang kan…I rasa you ni mesti stress.”
“Bukan ke kalau stress tu macam risau, tension, depress? Saya tak rasa pun semua tu, doktor.” Saya menjawab lebih pandai dari Dr. Hansem…he..he…
“Itu kalau you stress dalam keadaan yang biasa, tapi you ni suffer apa yang diistilahkan sebagai unconscious stress... Lembut Dr. Hansem menerangkan. Suka sangat mendengar dia bercakap dalam Bahasa Malaysia. Fasih dan lembut.

Dr Hansem beritahu jika saya biasa menidakkan rasa cemas dan stress dengan mengajar diri bertenang, akibatnya saya cenderung menyembunyikan realiti sebenarnya bahawa ada sesuatu yang tak kena... “something is wrong” tapi saya nasihatkan diri..takpe..it’s ok…I can do this…I’ll do this…I should do this…semua ini ada hikmahnya....etc.

“Asnija, tu namanya defense mechanism. You ingat nak jadi strong, tapi you tidak beri peluang untuk diri sendiri merasakan semua perasaan-perasaan yang normal dan biasa…”

Oppss…alamak…memangpun… Jauh dalam hati mula mengiyakan… saya sedang menderitai (hmm…terlalu ekstrim pulak perkataan menderitai ni kan…) ok, tukar perkataan…saya sedang mengalami unconscious stress. Saya ingat apa yang saya buat hanyalah untuk menjadi seorang yang berfikiran positif, proakif dan matang, tak sangka pulak membawa kepada unconscious stress...

Pernah tak bila kita memicit-micit badan kita dan tiba-tiba terpicit bahagian yang kita terasa sakit, sedangkan jika tidak dipicit, takpun rasa sakit. Bahagian tersebut sebenarnya sedang sakit dan bengkak, tetapi kita tidak menyedarinya, kerana tanpa kita sedari badan kita sudahpun bertindakbalas dengan mengawalnya sehingga rasa sakit tidak terasa. Ini semua tugas sistem neurologi badan kita.

Badan kita rupanya melakukan banyak sungguh aktiviti dan proses yang dikawal oleh subconscious mind (minda di bawah sedar). Proses-proses ini berkaitan dengan survival mode dan menghasilkan tenaga untuk survive. Contoh, bila kita cemas, kita bertindakbalas dengan berasa cemas, terperanjat. Bila kita terlihat tikus contohnya, kita melompat, jadi tenaga inilah yang dinamakan tenaga ‘stress of survival'.


Bila kita belajar untuk mengendalikan suasana-suasana yang mencemaskan, mula boleh mengawal diri, tenaga yang dihasilkan daripada stress of survival ini terkumpul dan lama-kelamaan mula menjadi masalah bila tenaga tersebut tidak digunakan. Kita mengawalnya dengan memberitahu otak untuk melakukan perkara yang berbeza apabila risau, sedih dan cemas. Apabila dibuat secara berulang kali, otak akhirnya belajar merespon dengan cara yang berlainan. Jadi walaupun menghadapi susah, kita seperti tenang, tetapi tenaga stress untuk survival itu berkumpul dan mengumpul stress yang tidak disedari – unconcsious stress.

Tanpa disedari, kita mengaktifkan apa yang dinamakan Defense Menchanism iaitu keupayaan mengawal perasaan takut, rasa tidak pasti, risau, bimbang, nervaous dsb. Pada mulanya kita mengawal perasaan dengan melakukannya secara sedar, tetapi lama kelamaan ia berlaku tanpa disedari, sehingga boleh mengubah realiti perasaan kita yang sebenar. Sebenarnya Defense Mechanism ini ada baiknya, bagai menyuntik ubat bius, tetapi bila dibuat berlebih-lebihan rasa “kebas” mula hilang kesannya dan tiba-tiba badan menyedari kesakitan. Bagi saya, tiba-tiba saya terasa denyutan di dada…

Balik saja dari berjumpa Dr. Hansem,sayapun terus mengoogle dan betul seperti yang Dr.Hansem beritahu... Rupanya terdapat 10 jenis Defense Mechanism, yang kebanyakaannya selalu saya amalkan…

Antaranya:
  1. Denial – menafikan perasaan, menidakkannya…ini memang kebiasaan saya...denying the denial, kadang-kadang perkara tersebut undeniable…
  2. Repression – menyimpan, tidak melayan dan mengabaikan perasaan sedalam-dalamnya…kemudian hilang dan lupa begitu saja…
  3. Displacement – melepaskan perasaan pada pihak yang lebih lemah dari saya kerana luahan tersebut tidak mengancam kita, berbanding jika kita luahkan pada orang yang sebenar...selalunya anak le yang jadi mangsa...
  4. Sublimation – menukar perasaan tidak menentu kepada bentuk yang pada pendapat saya lebih boleh diterima, contohnya rasa marah yang amat sangat dilepaskan dengan menangis sepuasnya bersendirian, menjerit sepuasnya bersendirian, memukul bantal atau berjogging atau melepas geram bersendirian…..ini pun selalu jugak…
  5. Intellectualization – melihat sesuatu perkara dari perspektif pembelajaran. Apabila berasa kecewa atau gagal, saya melihatnya dari sudut membangunkan diri, cari dan fikir what’s the learning point… jika ada masalah, memperbanyakkan membaca dan belajar bagaimana untuk memperbaiki masalah perhubungan tadi, jika diserang penyakit, membuat rujukan dan kajian tentang penyakit tersebut. Jika tidak tenang…mengaji, baca buku agama…. Akhirnya, terlupa dengan keadaan sebenar.
  6. Rationalization – bertindak dengan memberi penjelasan tentang tingkahlaku dan perasaan sendiri dengan sebab-sebab yang rational dan logik mengapa perkara tersebut berlaku, apa yang perlu dilakukan untuk bangkit, walaupun adakalanya perkara tersebut sememangnya tidak adil pada diri sendiri tetapi masih membuat alasan-alasan rational, sentiasa merasakan diri sendiri yang tidak betul, tidak bersyukur…
  7. Regression - saya sering mengeluh diam-diam, bercakap sendiri tentang mengapa sesuatu perkara itu berlaku, melayannya dengan menangis sendiri, menenangkan hati dengan menasihati diri sendiri dan memujuk diri sendiri supaya bertenang dengan bercakap-cakap pada diri sendiri, mengaitkan dengan senikata lagu, maksud ayat Quran, mengingat-ingat kata-kata ustaz/ustazah….ini paling selalu…

Habis, apa cara yang betul? Sebenarnya, ada di antara defense mechanism ni yang baik, untuk mematangkan diri, cuma perlu ada pengawalan:

  1. Bila ada masalah, terima semua perasaan tersebut, selesaikan, berhadapan dengannya, kendalikan. Sentiasa letak matlamat untuk selesaikan, uruskan, settlekan.
  2. Fikirkan hasil yang ingin dicapai, fikir dengan cara yang berbeza, bertindak dengan cara yang berbeza dan capai hasil yang berbeza.
  3. Kurangkan tenaga stress of survival yang tidak digunakan dengan melakukan aktiviti fizikal – exercise, bersenam, banyakkan bergerak.
  4. Dekatkan diri dengan orang yang boleh memberikan tenaga positif, jauhkan diri dari orang yang memberikan tenaga negatif.
  5. Have fun, take things less seriusly.
  6. Berikan lebih perhatian kepada perkara-perkara disekeliling, dengan mengaktifkan 5 deria - bau, mata, rasa, sentuh, dan dengar.
  7. Bernafas dengan betul, ambil masa bernafas sepenuhnya…jangan bernafas pendek-pendek…
  8. Fahami dengan betul mengapa kita mengaji, solat puasa, solat malam - jangan jadikan ibadah sebagai satu bentuk pelarian.
  9. Fight...don't flight....

Rupanya, banyak sistem badan kita beroperasi dalam auto pilot mode...masya-Allah...betapa kompleksnya kejadian kita ini, hanya Allah yang Maha Mengetahui...Kita sendiri tidak boleh langsung mengawal apa yang badan kita sendiri mahu buat...

Begitukah nanti mengadap Tuhan di Titian Sirat? Mulut berkata-kata sendiri...tangan berkata-kata sendiri...seluruh anggota menjadi saksi...tanpa kita boleh mengawalnya...

41 comments:

S said...

salam Datin,

kak S pun dah rasa stess bila dok baca N3 Nija ni.

kak S selalu tangani stress dengan duduk tegak dengan stomach in n chest out.

tarik nafas n hold utk 10 saat or s long s u can hold. lepas tu hembus melalui mulut perlahan2. hembus n hold beberapa kali.

disertai zikir.. Laa Ilahailla anta subhanaka inii kuntu minazzalimin.

kalu tak jadi juga, amik belon tiup bagi kembung sebesar2nya. pas cucuk ngn jarum.
POPS!!! BILA MELETUP LEGALAH TRESS TU...
pas tu p mandi dan solat sunat taubat.

janganlah ikut macam angsa berteloq emas kita pun nak berteloq emas juga. ngeh ngeh ngeh.....

Azemi Ali said...

Salam Datin Asnija,

Saya paling suka dua perenggan terakhir posting ini. Mungkin itu yang si penulis ingin sampaikan.

Ada sedikit pencerahan di situ. Terima kasih.

Ayah Zain said...

Salam Datin,

huh, amik masa juga nak fahamkan falsafah datin hari ini. kalau gitu mesti ramai kaunselor yang ada unconscious stress...” kan kan! kan! kan?

tapi 2 perenggan terakhir tu paling bagus, kita serahkan kepada Allah, kita mengadu kepadaNYa. Insya Allah.

CM said...

salam..

alamakkk kak !!!!kalau macam ni sah saya juga unconscious stress...kerana terlalu suka lari dan menidakkan kenyataan...fuuuh kena jumpa doktor hansem ni,,hansem ker hemsemmmmm....??

Asnija said...

Salam Kak S,
Jangan lah stress baca N3, sorri arr...tak le niat cam gitu...
Ok, saya akan cuba style akak tu...alhamdulillah, denyutan kat dada dah hilang dah...tersilap menangani nyer...ingat dah betul dah...he..he...

Asnija said...

Salam Cik Mie,
Alhamdulillah...betul...badan kita ni macam mesin, ada sistem yang kita boleh kontrol, ada yang tak de...tertekan je dia punya trigger...habis jalan satu sistem satu badan tanpa disuruh...adakalanya membahayakan jika kita sendiri tak tahu....

Asnija said...

Salam Ayah Zain,
Susah nak faham ye...sori le..kelemahan Nija lah ni, rasanya banyak sangat info nak di kongsi, sume keluar dalam satu masa..
Nija pun ternganga bila tahu pasal nih...

ps: unconscious stress lebih bahaya berbanding stress biasa, sebab dia ni makan dalam tanpa kita sedari...

Asnija said...

Salam Mas,
Sama le kita...orang pompuan banyak mengalaminya tanpa disedari...tanda nya bila tetiba pening, sakit dada, lenguh sendi, dan sakit badan...

ps: Dr Hansem tu....Hanseeemmmmmm....

Asnija said...

Salam Geng...
Angsa dan telur emas tu maksudnya...
Jika mahukan telur emas berpanjangan...janganlah sembelih dan belah perutnya...tetapi jaga dan bela emas tu baik-baik...
Jangan asyik nak telur emas nya saja...hingga angsa jatuh sakit pun tak perasan...
Jika nak kasih sayang dari anak....kenalah sayangi anak-anak..
Jika mahukan kesihatan di hari tua...kenalah jaga diri kita dari semua segi, fizikal, ental, rohani, emosi...
Jika mahu ada duit simpanan di hari tua, kenalah jaga simpanan setiap bulan...
Jika mahukan sokongan dari yang tersayang, kenalah memupuk kasih sayang dan persefahaman..

Apa-apapun...kena pergi kepada akar umbi nyer...adakalanya, sakit hanyalah simptom, bukan punca yang sebenar...

Macam saya lah...sakit dada saya tu rupanya simptom kepada unconscious stress...maknanya, saya bukan la sakit dada...tapi mengidap unconscious stress....

Harap, penerangan ni membantu....

sinomosa said...

Salam Kak..

Aduhai sy pun stress sbb nak faham kan apa sbnrnya unconscious stress nie..
Maklumlaa otak org construction mungkin lmbt skit nak fhm benda2 camnie..
Ke nak suh Dr hensem yg xplain baru senang faham kot kak? hikhik

Sy pun rasa mcm ada je unconscious stress tuh..
Bila jadi2 sesuatu..pndg dr sudut +ve..dan buat mcm yg akak buat tue jugak laa..

Hupfully sy dapat belajar sesuatu dari n3 akak yg bmanfaat nie..InsyaAllah..Kalo tak fhm sy tanya akk k..;-)

Thanks so much..**hug**

Asnija said...

Salam Shima,
Alahai...memang inilah kekurangan akak...tak begitu pandai menerangkan...ramai pulak yang berikan pendapat tak faham N3 akak kali ni....maaf kan akak ye Shima...

psss...ada banyak masalah yang kita abaikan je tau...sebab tak tahu nak buat macamana...hanya berharap masa akan menentukan...bawa mengaji, bawa berdoa...masalah tu masih ada lagi...ini yang akan membawa unconscious stress....

Approach sepatutnya: Bila ada masalah, mengaji, solat dan berdoa memohon kekuatan, idea dan semangat utk menyelesaikannya, kalau nak menangis, menangis....lepas tu, settlekan walaupun pahit dan susah...KUNCINYA: Settlekan...jangan diamkan je...

Unknown said...

salam Asnija..
semoga cepat sembuh yg berdenyut2 di dada tu..

rezeki said...

salam datin,

banyakkan solat sunat di tgh malam dan berdoalah kepada Allah SWT agar segala permasalahan yang menyebabkan keresahan yg bersarang selama ini dapat diselesaikan , insyallah

sinomosa said...

Salam Kak Nija..

Ish3 akak nie, takde apa yg nak dimaafkan kak..Hmm rasanya dah mula faham dah..cuma kena bc berulangkali..benda2 mcm nie mmg sukar nak digambarkan sbb ia sbnrnya pun kompleks kan..

Cuma orang yang m'alaminya yang benar2 faham..

Btw, thanks so much kak.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam datin,

kak nab harap datin tak lah stress lagi...senyum boleh mengurangkan stress jugak...take things easy but sometimes mesti kena pada situasinya lah kan...

Noor said...

Salam Kak Nija..

teng kieu arr untuk N3 nie.. cheq ulang baca untuk lebih memahami.. arwah pak cheq dulu selalu kata.. jangan lari dari masalah.. hadapi dan cuba mengatasi.. tapi kadang2 anak dia 'ketegag'.. sesaja buat2 lupa.. terasa diri kuat kunun2.. tapi sebenar nyer lemah.. selalu merayu pada 'bos' diatas sana.. agar dipermudah segala-gala nya..

pssstt.. mata cheq asik berkedip-kedip.. emmm, nak p jumpa dr hemcem bley??.. heh heh

ain ismail said...

Salam puan,
Good entry....lepas ni bolehlah kawal diri kalau ada masalah....

Have fun....saya memang perlukan ini....sbb selama ni always take things seriously....

ain ismail said...

Salam puan,
Lupa nak tanya....kenapa ek tajuknya angsa dan telur emas?

Imran Paris said...

Datin....saya kat sini kerja selalu stress...stress bermacam2 jenis stress...tak taulah kenapa? Sampai 1 peringkat, saya dah naik kebas.....buat tak tau je....but i know deep inside i still suffer unconciously. My boss siap pernah cakap "Imran, if its go on like this, will will die in silent"....bayangkan boss pun tak tahan kkdg...ntahlah.

Nway am glad that kita ada Quran....tiap mlm bila baca kuranglah sikit stress2 tu, alhamdulillah.

Datin....kalau saya balik Msia, nak gak jumpa Dr diskus pasal my stress ni...Dr Cun Melecun ada tak....tak naklah Dr Hansemmmmmm tu :-)

Kak Sidah said...

Salam Datin,

Salam pengenalan dari akak, walaupun dah selalu membaca tulisan datin dalam blog CL, tapi akak tak pernah jenguk mah datin, tapi ari ni teruja disebabkan angsa putih tu,ndak jugak rasanya jengah2, apa agaknya, oh.rupanya pasal stress,mah CM akak dah masuk dah,ingin nak berkawan2

Stress ni datin jangan diikutkan sangat, take easy dalam apa benda pun, zikir selalu, baca Quran tiap2 hari, nanti hati tenang, sehari tak baca nanti rindu sgt.

Jaga diri masa masih muda jgn terlalu ikutkan kerja banyak, sakit kita sorang yang menderita datin, take your time and relax.

Asnija said...

Salam K.Ummi,
Berdenyut tu dah hilang alhamdulillah...tak tahulah sebab dah tahu puncanya atau sebab dah jumpa Dr.Hansem..hi...hi...

Tapi seriously, bila dah tahu sebab musabab...senang pulak cari penawarnya...

Asnija said...

Salam Rezeki,
Masalah tu memang ada di dalam, cuma bila dah pandai menyesuaikan diri...dah ..mula biasa, tu yang silapnya...bila dah biasa, ingatkan dah tak ada...

Asnija said...

Thanks Shima,
Sama-samalah kita ingat mengingatkan...
Akak sekarang ni tak boleh sekadar tolerate dengan masalah tu, rupanya kena settle it first...

Thanks dear...mmuah..

Asnija said...

Salam K.Nab
Terima kasih atas sokongan dan concern...
Senyum dan ceria tu memang selalu sokmo...
Sekarang kena disiplinkan diri utk berani berhadapan dengan punca kepada masalah...once and for all....
TQ K.Nab...

(K.Nab...panggil Nija je lah..ni sume angkara CL panggilan Datin tu...)

Asnija said...

Salam Noor,
Kalau mata terkedip selalu tu,kena pi jumpa Dr Tak Berapa Hansem...sebab tu bukan kes stress..tu sebab banyak mengintai...Apa kau buat kat estet tu Noor, akak suruh noreh je baik-baik...

ps: ikut pesan arwah abah hang tu yee..kan dah janji tak mau ketegaq dah...jadilah panda yang ayu lemah gemalai..

Asnija said...

Salam Nia,
Selamat bertandang...dan selamat berkenalan...
Alhamdulillah semoga kita sama-sama mengambil panduan ye...

Wassalam.

Asnija said...

Salam Ain,
Akhirnya tinggalkan jejak jugak kat sini ye..ahlan wasahlan...kakak-kakak kat sini sumernya bain-bain dan pengubat resah gelisah...
Angsa dan telur emas tu maksudnya, jangan abaikan diri kita (angsa) - jaga pemakanan, kesihatan, dan urus stress denga baik...jangan biarkan angsa jatuh sakit...sebab kita perlu melaksanakan banyak perkara..sebagai anak, sebagai ibu, sebagai isteri dan sebagai pekerja...

Kat komen atas pun ada saya explain juga...
(Ain jangan le panggil saya puan, dah tak relevan dah, panggil Kak Nija je ok...)

Asnija said...

Salam Imran,
Mengaji tu memang boleh mengawal stress, tapi rupanya, kita kena ambil jalan selesaikan punca stres tu...kalau dah betullah die in silent..

ps: Ni menjolok sarang tebuan ni ye...tak stress tapi mengada buat stress sebab nak jumpa Dr Cun Melecun...boleh saya buatkan appointment, tapi minta surat pelepasan dari Madamoissele you dulu ye...cisss...

Asnija said...

Salam Norsidah,
Selamat bertandang, terima kasih sudi datang ye...
Memang kan...stress ni boleh buat kita tumbuh kedut-kedut kerepot...
Memang kena ceria selalu...alhamdulillah sume geng tersangat la sporting nyer....memang gelak sorang memanjang....

Atikah said...

Salam kak nija..

Apa khabar hari nie? masih stress lagi?
Kak nija... SENYUMMMMMM.... dengan senyuman boleh kurangkan stress.... he.. he..

baca n3 akak nie, saya rasa saya pun ada stress juga... :)

pst.. pst kirim salam kt dr ensem tu..

lifeisbeautiful said...

Salam.

"Seorang lelaki dtg menemui Nabi SAW dan dia berkata:
"Sesungguhnya saya merasa sakit dada."
Maka Nabi SAW pun bersabda kepadanya: "Bacalah (secara
sentiasa akan) Al-QURAN."

[ H.R. Ibnu Marduwaih]

Bnykkan beristikharah & beristighfar (serta solat sunat taubat).
Baca Surah Al-Insyiraah: 1-8.


Jadilah pengurus kepada masalah, bukan penyelesai pada masalah,.

Apa yg perlu kita lakukan ialah mengurus segala masalah yg ada dgn sebaik-baiknya, Biarlah Allah SWT tentukan kesudahannya.
Apabila seseorang menyerahkan segala masalahnya kepada Allah SWT untuk ditentukan kesudahannya, maka Allah SWT mempunyai pelbagai cara utk mengatasinya. Akal manusia sgt terbatas dlm menangani sesuatu isu & masalah sehingga jalan penyelesaiannya juga sgt terbatas.

Maka langkah terbaik ialah mengurus masalah itu & diserahkan kepada-NYA dlm mencari penyelesaiannya. DIA lebih mengetahui apa yg terbaik utk diri setiap para hamba-NYA dan setiap ketentuan Allah itu memiliki hikmah tersendiri.

Asas kepada setiap usaha dan ikhtiar kita adalah pergantungan diri kepada keKuasaan & keEsaan Allah SWT dlm mengharungi ujian hidup.


Rasulullah SAW bersabda:
"Dalam Sabar terhadap sesuatu yg kamu benci terdapat bnyk kebaikan."

Moga Allah SWT menjaga kak Nija.


Syukran.

ain ismail said...

Salam kak nija,

He..he..mcm janggal plak panggil kak nija....tp kena biasakan....
Actually nia & ain ismail tu org yg sama....dulupun kengkwn U mmg panggil nia, tp sejak "peristiwa hitam" saya mmg suh semua org jangan panggil saya dgn nama tu, panggil je ain....so dekat blog saya pun baru jer nak tukar....dulu kat FB pun guna nia juga.

Mula2 memang janggal mereka yg dah biasa panggil nia, nak kena panggil ain tp alhamdulillah semuanya cuba juga utk panggil ain....

Asnija said...

Salam Tikah,
Apa kabor adik akak ni? Timaseh atas keperihatinan tikah tu, alhamdulillah hasil dari kerajinan akak senyum dengan semua orang, maka stress akak pong dah sembuh...

ps: naik motor hati-hati ye, sekarang ni petang je mesti hujan, 2 hari ni akak kat bangi, terbaan tikah balik dari Putrajaya mesti kena hujan...sian habis basah...jangan laju-laju ye...jalan licin...

Asnija said...

Salam Lifeisbeautiful,
Timaseh atas ingatan yang sungguh memberi kesan.
Selamat datang bertandang, dan timaseh atas kesudian tinggalkan komen ye..

ps: akak ni happy go lucky je...masalah yg melanda tu macam penghias kehidupan...he..he...tapi terlebih ting tong...jadi stress di bawah sedar pulak nyer...

Asnija said...

Salam Ain aka Nia,
Ok lepas ni akak dah tahu le apa disebalik nama he..he...
rasanya Ain lebih sedap dan manis...peristiwa hitam tu, settlekan dulu, pas tu lupakan, pastu doa minta kekuatan..itu step yang etul bagi mengelakkan unconscious stress....tobat akak tak nak lagi ada stres yan cam gitu..

Asnija said...

Tikah,
dr.hansem kirim salam balik...muaha..ha...ha...

Umi Azuddin said...

Salam Kak Nija,

aduyai stress pulak saya memikirkan sama ada saya ada ke tak unconscious stress nih...erkk...ada ke arr? takkan ada kot? eh takkan tak de, kan? ado ko tak do niii...arrgghhh STREZZZZ...tulun, tulun Dr. Hansem!!! Safe this damsel in distress!!...ahak ;}

Mahap yer kak nija, saya cuma nak try amalkan tip no 5 tu, Have fun, take things less seriously. :)
Apa-apa pun, saya nak dekatkan diri dengan orang macam kak nijalah sebab akak kan memberikan tenaga positif gitu.... jom kak, kita pekena karipap pusing anti-stress sama kopi putih ipoh malee, best in da world. Ajakla Dr. Hansem sekali yek... ;}

But seriously,
saya doakan semoga kak nija sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan dapat menguruskan segala stress dengan jayanya. amin.

VpeaceV

S said...

salam,

oooo baru kak S teringat.....
agaknya stress nija ni selepas becakap telefon lama sangat dalam N3 yang lepas kut... tul dak N??

satu lagi kalau Nija suka minum kopi dan cafe tolong stop. banyakan minum air mutlak.
cafe boleh membuat jantung palpitation.

puasa tak ri ni.??

Asnija said...

Salam Ums,
wah...tetiba Dr. Hansem famous le pulok...
kalau masalah yang ada tak selesai, tapi kita dah boleh menyesuaikan diri dengan masalah tu...adale risiko mengalami unconscious stress...haaa...jaga-jaga...

Meh le datang dekat...akak suka je...nanti kita bersuka ria...happy-happy...

Asnija said...

Salam Kak S...
Betul tu...Nija ni suka sangat minum kopi atau coffee...ni tengah mengurangkan dari 4 cawan sehari ke 2 cawan sehari, sekarang dah boleh le 1 cawan sehari...target tak minum dah...susah nyer...

ps: tapi tang minum air mutlak tu...adoii kak S, tu termasuk air laut, air sungai, air embun, air salji, air hujan, air matair ke?...Macam tak tertelan plak nak minum air laut...he..he..

Atikah said...

Salam kak...

Hu.. hu.. hu... minggu nie, hari2 dok balik dalam hujan... tapi bawak slow2 jer... :)