Saya sebenarnya tak suka menasihati orang bila mereka mengadu masalah rumahtangga. Saya tak suka kerana saya bukan pakar malahan saya juga tidak sempurna. Adakalanya, saya terlalu mudah bersimpati hingga susah untuk memberi pandangan yang adil. Tapi selalunya saya tak suka kerana saya tak tahu nak nasihatkan apa...
Namun bila melihat airmatanya berjuraian, saya tidak sampai hati...
Akhirnya saya bersuara, "Berhentilah berharap pada suami...sudahlah, tak payahlah berharap pada dia lagi..."
Mungkin dia terperanjat dengan nasihat saya, mengesat airmatanya dan merenung saya dalam-dalam.
"Maksud you bercerai ke?" Soalnya semula.
"Tak...I don't mean that..."
"Tak ada gunanya berharap dengan manusia..." Saya bercakap perlahan-lahan sambil menghirup teh-c. Fikiran saya juga jauh melayang.
"Mereka tak boleh beri manfaat malah tak boleh beri mudharat...tanpa izin Allah jua..."
"Berharap sajalah pada Allah. Hanya dia yang boleh membantu...kalau you betul nak selesaikan masalah, bangun malam, solat tahajjud, zikir banyak-banyak. Hanya Dia sebaik-baik tempat bergantung."
"You pun ada dignity...". Saya memandangnya dengan 1000 makna. Saya harap dia faham apa yang saya maksudkan.
"Nanti Allah selesaikan masalah you satu persatu..."
"Kalau I dah solat banyak-banyak tapi dia macam tu jugak, macamana I nak sabar?"
"Maknanya ego you masih tinggi..."
"Berhenti mengharapkan balasan. You solat untuk kebaikan diri sendiri, untuk kekuatan jiwa sendiri, untuk meningkatkan iman sendiri."
"Hamba tiada hak meminta-minta..."
"Kita cuma berharap Allah masukkan kita dalam golongan orang-orang yang Dia kasihi dan rahmati..."
"Dapat yang itupun...cukuplah tu...itupun dah besar sangat nikmatnya."
"Manusia ni kecik, tapi besar sangat egonya..."
Dia mengangguk bersetuju.
"Kadang-kadang, yang rasa diri dia tu mangsa keadaan, lagi besar ego yang dia ada..."
"Ya ke?"
"Iyee..."
Dia menghabiskan roti bakar dan terus terdiam...jauh berfikir...
Saya biarkan, kerana saya juga sedang berfikir...jauuuhhh...
3 comments:
salam kak nija
Saya setuju dengan n3 ni...satu nasihat walaupun sikit...namun cukup bermakna pada yang menerima dan yang memberi...
Tahniah puan kerana telah memberi nasihat yg sangat baik kepada wanita yg bermasaalah itu... sebenarnya kita sering lupa pada Allah... walhal cinta pada Allah lah cinta yang hakiki.
Salam Anonymous,
Peringatan dan nasihat ni sebenarnya juga utk ingatkan diri sendiri. Tempat bergantung terbaik hanya Allah saja.
Post a Comment