Ramainya orang...ramai sungguh. Saya dapati rata-rata orang Melayu, datang satu keluarga bersama anak-anak. Semua teruja mahu mengalami sendiri...canggihnya I-City....
Namapun I-City...pasti hebat, pasti moden...
Sewaktu sampai, ada 2-3 bas yang membawa rombongan “Cik Kiah”. Melihat begitu ramai pengunjung, sedangkan petang itu hujan turun tidak berhenti saya mengakui yang ianya merupakan salah satu pusat tumpuan menarik di Selangor. Malahan I-City juga terdapat dalam laman web pelancongan Selangor. Jadi...ianya telah diakui sebagai pusat pelancongan ataupun “attractions in Selangor”.
Namapun I-City...persepsi saya...pastinya canggih dan moden, kerana katanya ia adalah hi-tech city.
Kami masuk ke Snow Walk terlebih dahulu sebagaimana yang dirancang. Ianya boleh jadi lebih baik (tidaklah secantik/secanggih seperti diiklan), tapi bolehlah diterima – meeting expectations. Ada dua jenis permainan snow slider – satu dengan tube angin, satu lagi dengan slider, dan keduanya beroperasi secara manual, maksud saya slider dinaikkan dan dipindahkan dengan tenaga manusia. Kesian mereka menyorong slider ke hulu ke hilir (hi-tech?).
Selepas “bermain salji”, kami keluar untuk solat Maghrib, lebih kurang pukul 7.30 malam. Terus terang saya rasa lega kerana surau berdekatan dengan rumah salji ni. Persepsi awal saya, dari gaya signage yang ada, surau yang tersedia mestilah selesa, paling tidak seperti surau di Jaya Jusco...
Papan tanda ke surau memberikan persepsi surau yang selesa dan sempurna.
Namun, segala kecanggihan dari nama I-city, Hi-tech city...hilang....malah terasa malu dan merempat untuk solat di negara sendiri....
Alangkah....malunya....
Surau terlalu kecil, hanya muat untuk 4 orang dalam satu masa....(bayangkan dengan beribu pengunjung yang kebanyakannya Melayu Muslim. Saya sendiri menunggu giliran sampai hampir Isya’. Bayangkan ada 2 bas rombongan Cik Kiah turut menunggu). Nak bawa beg telekung masuk pun tak muat. Kemudahannya juga sangat minimum, sejadah dan tikar. Telekung lagilah tidak ada. Alhamdulillah kami memang bawa sendiri. Selipar lagilah tidak ada (hi-tech?).
Tingkap pula pecah, jadi orang luar boleh nampak dengan jelas, perlu hati-hati ketika membuka tudung atau pakai telekung.
Tempat solat lelaki juga sempit di sebelah tabir hijau, boleh muat 4 orang, jadi ada yang terpaksa solat di sini (hi-tech?). Lantai simen ini berair kerana selipar yang dipakai dari tandas.
Tiada tempat wudhu’ di dalam surau ini. Hanya ada tandas dan berwudhu’ di sinki. Tandas juga sesak dengan non-muslims yang ingin melepaskan hajat. Tak sesuai rasanya kerana untuk berwudhu’ dan membuka tudung, kemudian basuh kaki di tandas.
Kawasan ini malap kerana lampu tidak berfungsi.
Sedangkan, lampu di luar bergemerlapan.
Lantai tandas juga kotor dengan tanah merah.
Sedangkan, lampu di luar bergemerlapan.
Lantai tandas juga kotor dengan tanah merah.
Paipnya kecil, salur getahnya besar. Jadi asyik terjatuh saja. Nak basuh kaki ketika wudhu' punyalah susah...
Cadangan: Letak pengikat/pengetat salur getah di paip, jadi tidaklah ianya tercabut.
Kesimpulan - Perkara yang boleh diperbaiki:
Kemudahan yang disediakan tidak langsung menggambarkan kemajuan dan kecanggihan nama “hi-tech city”. Rasa bagai di fun fair. Di kaunter tiket...standard perlu lebih baik dari fun fair.
Web site I-city juga tidak banyak maklumat, ianya website yang “biasa-biasa” saja. Berlawanan dengan taraf “hi-tech” yang dibawanya. Buatlah satu bahagian yang memberikan maklumat tentang Snow Walk, galeri gambar, harga tiket dsb. Lagi bagus jika ada kemudahan membeli tiket masuk secara on-line. Pastinya I-City tahu tentang era maklumat di hujung jari. Pastinya jika ingin melawat, pengunjung mahu memperolehi maklumat. Jadi mungkin baik jika dipertimbangkan.
Baju sejuk – perlu beri perhatian dalam soal kebersihan. Baju-baju ini berbau yang meloyakan. Hi-tech mestilah seimbang dengan taraf kebersihan dan hygiene.
Tempat makan...restoran biasa-biasa saja dengan menu yang biasa-biasa saja. Malah seperti “asalkan ada.” Kami pergi ke satu kedai menjual sate...sebab tiada pilihan lain...Rasanya, lokasi I-city merupakan lombong emas untuk pengusaha kedai makan, jadi beri perhatian pada menu dan rasa masakan.
Alangkah sayangnya...
Ia sekadar canggih pada nama...
Susah benarkah mengekalkan imej dan kualiti...
Ianya tempat tumpuan....tapi bagaikan tidak signifikan...
Alangkah sedihnya...
Tempat sehebat itu...hi-tech...tapi sangat mundur taraf suraunya...
Alangkah hebatnya...
Jika perkara yang biasa diberi perhatian yang luarbiasa...
Harap teguran ini membawa perubahan signifikan...usahlah defensif. Bukankah bagus menjadi lebih baik, itu saja yang kita harapkan. Jika tiada teguran, nanti kita kekal tidak tahu....
Yang berada di atas...lihat-lihatlah yang di bawah...
NOTA:
Jika anda merancang rombongan Cik Kiah, eloklah singgah di Masjid Negeri terlebih dahulu, solat Maghrib di sana, lebih selesa, lebih luas.
Kepada yang ingin ke I-City, janganlah patah hati. Jika kita sudah merancang dengan baik, ianya boleh jadi satu lawatan yang menggembirakan.
13 comments:
percuma atau berbayar? Kalaupun percuma, kenalah jaga istilah 'hi-tech'yg dibangga2kan oleh i-city
saya pun baru bawa anak masa disember lalu, memang mengecewakan surau, bilik air dan tiada tempat makan yang sesuai... perlu dimaklum kepada pengurusan yang dipunyai oleh bukan muslim.
Assalamualaikum Pn. Asnija, nampak seperti indah khabar dari rupa.
assalamualaikum kak nija : teruk betul keadaan surau dan tandas. rasanya lagi baek bawa tikar solat jer kat maner yg bole, lagi selesa rasanya kan...
sedihhh,,,,ni lah yg sering saya mengeluhkan pada negara islam yg namanya malaysia,,
Salam K.Ummi,
Bayar parking RM10 lepas pukul 6pm. Nak masuk snow walk tu bayar kalau tak silap RM25 seorang. Tapi kemudahan surau patutnya diberi sebaik mungkin. Lebih lagi dalam sebuah negara yang agama rasminya Islam. Sedangkan di Bangkok kemudahan surau pun ada tempat wudhuk di dalamnya, kemas dan berkarpet elok. Sedangkan agama rasmi Budha. Rasa merempat di negara sendiri. Harap sangat ianya diperbaiki dan dinaik taraf.
Wassalam.
Salam Anonymous,
Boleh diterima jika pemiliknya bukan Islam, tapi perlu peka dgn kemudahan pengunjung. Kalau bukan suraupun, paling tidak tandas yang bersih, mentol yg terbakar diganti. Bila semua kemudahan tidak di beri perhatian, selenggaraan terlalu lemah, tercalar juga jenama ICity tu.
Wassalam
Salam Mieza,
Betul, indah khabar dari rupa. Potensi ada tapi sayang tak dijaga bersungguh.
Salam Afeez,
Kalau tak kerana hujan dan becak, solat kat koridor pun boleh. Tapi next time boleh juga di parking lot dan bawa tikar.
Salam Mas,
Sedih..harap ada perubahan di masa depan. Kita maju perlu seiring dunia akhirat.
Salam puan, rasa rasa sayalah jarang benar di msia ni tandas bersih. Pengalaman ke luar negara mencerminkan betapa islamiknya org yg tak islam tu. Baru2 ni saya ke sebuah uni di Kanada. Surau dan tandasnya betul betul bersih walaupun begitu ramai penuntut islam menngunakannya. Di tempat kita pula kebanyakan surau berbau hapak hasil dari telekung dan karpet yang lembab dan tandas yang basah lecak serta hancing. Tiba masanya kita didik keluarga secara serius tentang tatacara menjaga kebersihan kemudahan awam.
Salam Anonymous,
Memang betul seperti apa yang Syed Qutub katakan..."Di Barat, aku nampak banyak Islam tapi tiada orang Islam, dan di Timur, aku lihat ramainya orang Islam tapi tidak nampak Islam..."
Wassalam
I-City ni milik siapa ya? adakah milik orang Islam juga? kerana dari gambar, keadaan surau sama macam shopping complex di jakarta.. sebesar-besar bangunan tapi surau alahai kecil sangat, share dgn jemaah lelaki pula..
dan tandas.... we have a long way to go but I'm sure it must start from home.
Post a Comment