Tuesday, February 23, 2010

When I die...

http://www.stanford.edu/~jbaugh/

Pagi semalam, pagi Isnin, just like another day….little did I know that something really sad will just about to happen, somewhere 85 Km away…

Kebiasaan waktu pagi sangat rutin bagi Embah Esah. Lepas Subuh, duduk-duduk sementara menunggu terang. Berjalan sekeliling halaman, menyapu laman serba sedikit mengikut daya kudratnya, kemudian bersarapan. She thought, and we thought….that routine will be the same on that Monday morning! Dia dalam keadaan sihat, cergas seperti biasa, dan tiada sedikitpun perbezaan yang ketara. Semuanya seperti biasa…

Tiba-tiba Embah Esah mengadu pening pada Acik Mimah yang tinggal bersamanya. Dia muntah di bilik air. Disusuli dengan muntah darah, dan muntah lagi…berterusan muntah darahnya. Hospital Daerah Sabak Bernam tidak dapat menerimanya kerana kekurangan kepakaran dan dirujuk ke Hospital Teluk Intan. Ketika disorong ke ambulan untuk ke Hospital Teluk Intan, Embah Esah muntah darah sebanyak-banyaknya, dan darah mula keluar membuak-buak melalui saluran najis. Setibanya di Hospital Teluk Intan, Embah Esah sudah tidak sedarkan diri. Nadinya sudah mulai lemah. Doktor beritahu kemungkinan untuk pulih 50-50.

Akhirnya, tepat 5.30 petang, Embah Esah dijemput Tuhannya pulang…and she is the last grandmother that I have..alive…setelah pada Raya Haji baru-baru ini, Embah Sireng juga telah pergi dahulu. And now, I have no grandfather nor grandmother…

I am blessed to have 3 grandfathers and 4 grandmothers. How many of us who owns that amount? Emak di bela oleh bapa saudaranya dari kecil kerana asyik sakit. Bapa kandungnya, Embah Mahidin dan Embah Sireng. Tetapi, bapa saudaranya inilah yang dipanggil bapak, namanya Embah Jamil. Embah Jamil beristeri dua, isteri tua Embah Som dan isteri muda Embah Esah. And of course, di sebelah abah pula, Embah Rasidin dan Embah Temah. So…3 grandfathers, 4 grandmothers.

Banyak yang saya pelajari hari ini…dan satu yang paling memberi kesan, people do talk in your absent! When you die, people do talk about you! Bercerita tentang kebaikan kita, dan silap-silap, mereka juga boleh bercerita tentang keburukan kita.

Alhamdulillah, yang menziarahi arwah sungguh ramai, dan semuanya bercerita dan mengenang-ngenang kebaikannya. Yang ikut solat jenazah juga ramai hingga melimpah ke luar rumah. Jiran tetangga, sahabat handai, kaum keluarga, anak menantu, cucu-cucu…everybody is fond of her…as my brother (Ijun) said, she is the most “sempoi” grandmother…sentiasa terbayang cara dia berbual dengan Ijun…sangat open, relax, seperti berbual dengan kawan…and he always enjoy the conversation...she is funny and candid…

Dia sangat soft spoken, slow and steady, cool, tenang. Dia tidak menyusahkan orang lain, dan tidak juga pada anak-anak. Cubaan membesarkan anak-anak memang banyak, tetapi dia terlalu sabar dan sentiasa menerimanya sebagai bahagian yang sudah Allah tentukan untuknya. Hidup bermadu kata orang banyak pahitnya, tapi Embah Esah menjadi madu dan isteri muda yang sangat prihatin kepada isteri tua, Embah Som. Dialah yang menjaganya dan meribanya ketika Embah Som menghembuskan nafas terakhir. Dia menjadi ibu sebenar kepada anak-anak tirinya sehingga mereka terlupa dia hanyalah ibu tiri. And…people talk about her…on and on and on…dan saya mendengarnya dengan sangat kagum dan penuh hormat…she really is a very good person, and I learn, a very good person leave a very good legacy….

Alhamdulillah, Embah Esah meninggalkan legasi sempurna yang akan diingati sampai bila-bila oleh kami. Apa yang sentiasa kita lakukan, rupanya menjadikan kita insan sedemikian….jika selalu melakukan keburukan, maka jadilah kita insan yang buruk, bila selalu melakukan kebaikan, maka jadilah kita insan yang baik. Dan apa yang kita lakukan itu, akan menjadi peninggalan kita…legasi kita…

So, when I die…what will be my legacy? What will people remember of me? Is there any contribution statement that people will say about me? Adakah saya layak menerimanya? (Aduh...banyak sungguh yang saya belum terbuat lagi….harap masih ada masa...harap masih belum terlewat...)

(Al-Fatihah buat Arwah Embah Esah. Saya mengambil kesempatan ini untk mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua rakan bloggers dan warga PDKM yang telah memberikan ucapan takziah dan kiriman doa dan Al-Fatihah melalui SMS dan komen di PDKM. Terima kasih kepada CL kerana sudi membacakan Yassin di depan Multazam. Hanya Allah yang dapat membalasnya.)

Dalam Islam, 3 perkara yang kita tinggalkan sebagai legasi, dan dapat mebantu kita di akhirat:
  1. Doa dari anak-anak yang soleh.
  2. Ilmu yang dimanfaatkan.
  3. Amal jariah.

(Topik meninggalkan legasi terkandung dalam segmen Habit 2: Begin With The End In Mind / Tabiat 2: Mula Dengan Mengingat Matlamat di Minda, dalam Program The 7 Habits of Highly Effective People / 7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan.)
To live...
To learn...
To love...
To leave a legacy...

Wednesday, February 10, 2010

CURI-CURI - Penjenamaan semula kasih sayang...

2 minggu lepas, saya menghadiri kenduri kahwin seorang saudara di kampung. Peluang tersebut kami gunakan sebaiknya sambil menunjukkan anak-anak tempat saya bersekolah rendah. Semua tempat mempunyai cerita tersendiri…sememangnya tempat jatuh lagi di kenang…

Tanpa disangka, ketika sedang sedap makan nasi minyak saya ternampak rakan sekelas ketika di darjah enam. Raut mukanya tidak berubah lansung, sudah tentu saya dapat mengenalinya. Saya berbisik kepada suami, “I know that lady in tudung pink over there…nanti nak tegur dia…”

Dari jauh, saya memerhatikan gelagat Rosma makan, di sebelahnya, sudah tentu suaminya. Tapi gaya mereka makan, membuatkan saya leka memandang mereka. Berbual-bual penuh kemesraan, berbalas senyum, mata melerek, usik mengusik, sesekali menyuap lauk sesama sendiri, mengelap pipi suami yang ada nasi. Gelagat mereka sangat spontan, dan tidak dibuat-buat. Melihat mereka cukup menyeronokkan. Dalam mencuri-curi pandang Rosma, tiba-tiba mata kami bertembung pandangan. Ingatkan saya yang akan menyapanya dahulu, tetapi Rosmah pula yang sudah berada di depan mata.

“Masya-Allah…tak sangka kita jumpa kat sini!” Dia menjerit kegembiraan, dan memeluk saya.

“Kenalkan…ini husband aku, Din, panggil Che Din je….” Rosmah memperkenalkan lelaki di sebelahnya (emm…suaminya…). Che Din juga seramah Rosma. Mudah mesra, pandai bersembang, sehingga tak sedar jam sudah hampir pukul 3 ketika itu. Kami bertukar nombor telefon dan berjanji untuk saling menghubungi. Saya menelefon Rosma keesokan harinya. Banyak yang kami bualkan dari mengimbau kisah dulu-dulu sehinggalah cerita perkembangan diri masing-masing.

“Aku kahwin dah 22 tahun, lagi lama dari kau. Lepas SPM kerja kilang sekejap, lepas tu kahwin, mana ada pergi oversea macam kau. Anak aku enam orang.” Mendengar kenyataan itu, kepala saya semakin ligat berfikir…22 tahun? Enam orang anak? Masih tersangat mesra dan romantik…bisik hati saya.

“Kemudian Che Din suruh aku sambung belajar, sebab masa tu diapun sambung buat PJJ kat ITM. ” Setiap cerita Rosma membuatkan saya semakin ingin tahu. Saya mencari saat sesuai untuk bertanya satu soalan yang saya ingin sangat tanyakan padanya.

Akhirnya saya mencelah… “Rosma, kau ni kahwin dah 22 tahun, anak 6 orang, tapi aku tengok macam baru kahwin je romantiknya! Jelous-lah… Nak tahu jugak rahsianya….” Rosma gelak besar di hujung talian.

“Aku rebranding-kan marriage aku dengan jenama baru…” Jawab Rosma sambil tergelak.

“Rebranding? Apa kau buat?” Saya menyoalnya semula.

“Apasal kau tanya aku pulak? Bukan kau yang expert soal branding ni ke? Sama je lah konsepnya…” Jawab Rosma mengusik saya.

Dalam gelak tawanya, Rosma bercerita proses rebranding dalam berkasih sayang. Dalam konteks penjenamaan semula organisasi, saya memang boleh menjadi penasihat, tapi mendefinisikan proses penjenamaan semula kasih sayang? Saya belajar banyak perkara baru dari Rosma. Konsepnya memang benar sama, matlamatnya dan tujuannya memang sama.
Persoalannya, jika proses ini penting bagi organisasi, penting jugakah menjenamakan semula kasih sayang ini? Rosma mengekek ketawa mendengar soalan saya.

“Perkahwinan tu organisasi jugalah…”, jawab Rosma.

Saya belajar dari Rosma tentang kasih sayang dalam perhubungan juga perlu diberikan jenama baru, nafas baru, tema yang baru, identiti yang baru. Kasih sayang perlu ditingkatkan ke tahap yang baru agar kasih sayang menjadi lebih baik, dan mendapat penerimaan yang lebih baik, dapat pergi ke tingkat yang lebih tinggi daripada keadaan yang lama. Secara peribadi saya bersetuju dengan Rosma bahawa proses ini AMAT PENTING sekiranya perhubungan tersebut AMAT PENTING! Jika “si dia” penting bagi kita, maka aktiviti yang melibatkan “si dia” sepatutnya jadi penting sama….

Tetapi, kita sering terlepas pandang – kita selalu take things for granted! Semakin penting perhubungan tersebut, semakin mudah kita abaikan. Sebagai contoh, perhubungan dengan pasangan – suami dengan isteri; isteri dengan suami. Dalam kesibukan mengharungi masalah dan tugasan harian, perhubungan ini menjadi perkara terakhir yang diberi perhatian.

Adakalanya sehingga terlupa. Bila terlupa dalam tempoh yang terlalu lama, maka perhubungan menjadi biasa-biasa, komunikasi menjadi sekadar bertanya dan menjawab perkara-perkara rutin, sekadar dua tiga patah perkataan. Lebih buruk bila komunikasi yang ada tinggal sekadar sindir menyindir. Pergaduhan dan pertikaman lidah menggantikan perbualan dan usikan mesra. Akhirnya, masa 24 jam itulah yang dipersalahkan – tak sempat, sibuk, tak cukup masa; dan 1001 alasan yang selalunya berkaitan masa.

Apakah tips yang Rosma kongsikan? Belajarlah untuk CURI-CURI MASA! Jenamakan semula perhubungan dan kasih sayang. Berikan identiti yang baru, tema yang baru. Jadilah seorang yang kreatif. Tukarkan suasana yang biasa menjadi luar biasa. Curi masa untuk keluar berdua. Curi masa untuk menghantar SMS. Curi masa untuk bersarapan bersama. Curi masa untuk berbual-bual. Curi-curi memeluknya. Curi-curi menciumnya. Curi-curi menyuapnya makan. Curi-curi mengurutnya. Curi-curi mandi bersama. Buat sesuatu yang tidak pernah dilakukan. Berikan nama panggilan atau gelaran yang baru, yang menjadi kod rahsia anda berdua. Sentiasa fikirkan kejutan yang menyenangkan. Jadikan pasangan, YOUR NO. 1 CLIENT! Bagaimana kita melayan pelanggan nombor satu di syarikat? Pastinya dengan 1001 satu cara yang berlainan dan istimewa untuk memenangi hati mereka. Mengapa? Kerana pelanggan ini AMAT PENTING bagi syarikat. YOU CAN’T AFFORD TO LOSE THEM, SO DO NOT SCREW UP!

Pasangan kita sepatutnya menjadi yang TERAMAT PENTING... YOU CAN’T AFFORD TO LOSE HIM OR HER, SO DO NOT SCREW UP!

Matlamat akhirnya? Perhubungan dieratkan, persefahaman dikukuhkan, kasih sayang diperkayakan, tahap kepercayaan ditingkatkan!

Tahun ini, berazamlah untuk curi-curi menyayanginya, curi-curi menghubunginya. Jikapun ianya satu skandal, rahsiakan dari anak-anak…apa salahnya? Ianya skandal yang halal…



Curi-curi masa ke Coffee Bean dengan Pak Engku, "Nak kemana, Bu?" "Pegi Giant..." (tapi kitorang melencong berskandal dan dating ke Coffee Bean...he..he..)





Apa yang saya belajar dari Rosma?

Bermula dengan menjenamakan semula perhubungan dengan suami, ia boleh dikembangkan dengan lebih meluas lagi. Contohnya:

  1. Menjenamakan semula hubungan dengan anak-anak.
  2. Menjenamakan semula hubungan dengan ibubapa.
  3. Menjenamakan semula hubungan dengan Allah (i.e. solat di awal waktu, tambahkan khusyuk, tahu makna bacaan, hafal lebih banyak surah etc.)
  4. Menjenamakan semula cara bekerja. (Kerja itu satu ibadah…supaya berkat).
  5. Menjenamakan semula hubungan dengan diri sendiri. (Mengasah minda, menguatkan rohani, menyehatkat fizikal, mengurus emosi etc.).


Apakah pula yang anda mahu jenamakan semula? Let’s share…

(Tips lain: Sehari sekuntum bunga ketika hayatnya, lebih baik dari ribuan taburan bunga hanya ketika di pusaranya…)

(Nota: Dalam program the 7 Habits of Highly Effective People / 7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan, penjenamaan semula kasih sayang dibincangkan dalam prinsip Akaun Bank Emosi dan Keseimbangan P/KP - Angsa & Telur Emas)