Tuesday, September 25, 2012

Jadi kreatif dengan 6 langkah mudah.

Dari kecil saya percaya saya tidak kreatif. Tangan tidak ada bakat seni. Orang lain susun cantik je....bila tiba saya yang menyusun, nampak tak kena. Tak ada seni langsung.

Tapi dalam tak kreatif tu, kerap kali juga jadi bidan terjun menghasilkan gubahan hantaran, coklat dan menulis. Boleh bukan tak boleh, cuma kalau diasah lagi daya kreativiti yang ada alangkah bagusnya.  Dan bab menulis ni yang paling lumayan memberi pulangan. Itu seronoknya bila kita buat apa yang kita suka dan dibayar pula.

Namun saya masih rasa cemburu dengan kreativiti orang lain...kadang-kadang pemikiran saya tidak dapat menjangkau pemikiran orang lain yang sungguh-sungguh di luar kotak. Teringin sungguh jadi kreatif, fikir apa yang orang lain tak terfikir langsung.

Dan bila berjalan ke luar negara, memang ambil peluang sungguh melihat idea-idea kreatif mereka. Banyak sungguh perkara yang tidak terfikir jadi terfikir. Idea yang biasa-biasa tapi tak pulak saya terfikirkan.

Jadi sayapun meng-google...how to become creative? Wajib perlu tahu jawapannya, maklumlah, ditambah dengan penyakit lupa yang menjadi-jadi, kalau tak diasah, makin lama makin tumpul pulak otak kepala.

Ok, ini jawapan dan kaedahnya untuk jadi kreatif, saya kongsikan apa yang saya dapat dari laman web www.creativecreativity.com


Jadi kreatif dengan 6 langkah mudah:

1. Kurangkan rasa takut - termasuk rasa risau, tak selamat, takut salah dan semua yang berkaitan. Selesaikan masalah semasa ia masih kecil sebelum jadi masalah yang besar. Bila kurang kerisauan, kita lebih mudah untuk fokus pada pemikiran kreatif. Maknanya, fikiran yang lapang dan tidak berserabut lebih mudah jadi kreatif.  Paling penting, jangan takut untuk mencuba.

 2. Tanya lebih banyak soalan dan tanya soalan yang lebih baik - kalau tak tahu, ringankan mulut bertanya demi menambah ilmu. Pada benda yang biasa, tanyakan soalan bagaimana nak lakukan dengan cara yang berbeza, tanyakan kenapa begini, kenapa begitu. Jangan harapkan jawapan dari orang lain, tetapi cuba fikirkan sendiri jawapannya dari sudut yang berbeza. Fikirkan pandangan yang berlainan dan persoalkan pendapat sendiri, mungkin ada silapnya, mungkin ada cara yang lebih baik.  Mungkin pendapat kita tak tepat, mungkin ada pendapat yang lain...

3. Cuba perkara baru - dari perkara yang mudah kepada perkara yang ekstrim. Keluar dari zon selesa dan cabar kemampuan dan ketahanan diri. Cuba makanan yang kita tidak pernah cuba, baca buku berkenaan perkara yang kita tidak pernah mahu ambil tahu, mulakan perbualan dengan orang yang tidak rapat dengan kita, bangunkan hobi yang baru, malahan cuba kemahiran baru dan kebiasaan baru. Terokai bidang baru.  Perkara baru boleh mencabar minda dan merangsang kreativiti.

4. Fikirkan perkara yang kita suka buat dan perkara yang menggembirakan kita - ada orang tahu apa yang mereka suka dan apa yang membuatkan mereka gembira dan bahagia.  Ada setengah orang pula tak tahu atau kurang pasti.  Kreativiti kita berkembang bila kita melakukan sesuatu yang menyeronokkan dan menggembirakan diri sendiri.  "Your creativity follows your passion and happiness."  Buat perkara yang kita seronok sangat sampai lupa makan dan lupa tidur...

5. Lupakan semua alasan bodoh kita - berhenti dari membuat pelbagai alasan.  Ada lebih ramai lagi orang yang mempunyai kekurangan dan kelemahan berbanding kita, tetapi mereka berjaya mencapai perkara-perkara yang luarbiasa dan hebat. Baca cerita hebat tentang Nick [Life without Limbs].

6. Buat dan reka sesuatu, sekarang!  Jangan tangguh.  Sebenarnya, langkah yang terakhir ini yang akan benar-benar menjadikan kita seorang yang kreatif.  Terfikir-fikir untuk buat sesuatu tidak akan menjadikan kita kreatif.  Bercakap-cakap tentangnya juga tidak akan menjadikan kita kreatif.  Satu-satunya cara ialah dengan mula membuat sesuatu - reka sesuatu, hasilkan sesuatu, barulah kita jadi seorang yang kreatif.  Mulakan sekarang!  Ambil pensil, pen, kertas....mulakan menulis, melukis, mereka cipta!  Bangun!  Buat sesuatu!  Buat apa saja!  Macam Danny Choo cakap..."Do just anything...something will lead to something...nothing will lead to nothing..." [Baca entry tentang Danny Choo].


Seronok bila kita kreatif, lebih-lebih lagi kreatif sampai boleh hasilkan benda-benda macam ni.

1.  Sudu dan botol plastik jadi lampu.

























2. Penyepit baju dan tin sardin jadi bekas lilin yang cantik.




















3. Buat corak dengan sawi dan botol plastik. (Luar dari kebiasaan menggunakan pelepah daun pisang, kentang dan bawang - baca cerita Amni confuse tentang lukisan corak pelepah pisang, Part 1, Part 2, Part 3).

Corak Bunga Sakura



















Corak Bunga Ros




















4.  Lampu dari kotak susu - my favorite.

Suka tengok reflection lampu yang sangat cantik dan seni...













5.  Kegunaan lain plastik pengikat plastik roti (bread tags) - selalu kita buang je kan...
















Klik sini untuk idea kreatif lain menggunakan bread tags.


6. Penyapu dari botol plastik.














Untuk banyak contoh yang lain, klik di sini.

Seronok kan bila kreatif macam ni.  Itu belum lagi kreatif dalam bidang business, kreatif dalam keibubapaan, kreatif dalam pekerjaan, kreatif dalam seni, kreatif dalam beramal ibadah...

Oh ya!  Kreatif ni datangnya dari otak kanan.  Otak kiri yang selalunya beri banyak alasan dan asyik nak mengikut logik.  Kalau ikutkan sangat otak kiri, maka semuanya perlukan justifikasi (kiranya otak kiri ni macam juru audit).  Tapi kalau ikutkan sangat otak kanan, maka semuanya nak dicuba, semuanya spontan. 

Bayangkan kalau pergi shopping dengan hanya membawa otak kanan....
Dan bayangkan pula jika pergi shopping dengan hanya membawa otak kiri....

Jadi yang terbaik ialah keseimbangan. Bangunkan kreativiti, tetapi bijak menguasai diri dan emosi!

Kalau anda ada idea-idea kreatif yang lain, bolehlah kongsikan di ruang komen supaya kita sama-sama dapat menambah idea.

Selamat berkreatif!



Monday, September 24, 2012

Projek Album Keluarga...murah dan senang...

Dulu ambil gambar...kenalah hantar kedai cuci, dan tunggu 2-3 hari baru boleh tengok macamana rupanya.  Dan paling maksimum dalam satu masa boleh ambil 36 keping.  Kalau nak banyak lagi, kenalah bawa bekalan filem.  Bila dah ambil sekeping, senyum herot ke, senyum tak betul ke, mata terpejam ke...itulah jadinya, terima seadanya.  Mana boleh 'delete', lepas tu ambik semula.  Tak ada lah kisah nam ambil semula...buat rugi kodak je kan... Lagipun mana nak tahu apa rupa gambar tu selagi belum dicuci.

Tapi sekarang, seronok sungguh berfoto dan berposing, pakai tekan je.  Sedar-sedar gambar Raya hari tu dekat 1000 keping...punyalah banyak...apa gaya semuanya ada, gambar tersedak makan kuih raya pun ada.

Tapi lepas tu apa jadi dengar gambar beribu-ribu tu?  Paling hebat, pasang kat TV, tengok satu keluarga, lepas tu sessi menggelakkan gaya masing-masing sampai keluar airmata.  Lepas tu, tersimpan dalam laptop.  Adalah 2-3 keping yang di letak di handphone jadi screen saver.  Yang lain semua dalam laptop.  Nasib tak baik laptop crash atau kena curi...hilang laptop tu boleh diterima, tapi yang ralat sangat...hilang semua kenangan dalam laptop tu...beribu gambar tu...

Itulah yang dinamakan sayang-sayang buah kepayang, nak diprint mahal, tak diprint sayang...

Nak diprint, memang mahal, banyak pulak nak letak di album.  Print satu hal, beli album satu hal, nak ke kedai satu hal.  Memang boleh print dengan printer sendiri, tapi kalau bukan laser printer...cepat sungguh dakwat printer habis.  Beli dakwat lagi mahal...tu yang tak buat sampai sekarang....tunggu murah....

Lagi satu sebab masalah nak ke kedai.  Bila "terpergi" kedai gambar, lupa pulak bawa pen drive.  Bila bawa pen drive, tak pula "terpergi" kedai gambar.  Lepas satu hari ke satu hari, dalam kepala memang ingat..."ni kena print gambar ni..."  Ataupun, "nanti kalau ada duit lebih nak print jadi buku gambar-gambar ni...".  Tapi sampai sudah, tak pernah menjadi apa yang di-plan-kan.

Dan akhirnya...gambar umrah...gambar trip Hong Kong dan banyak lagi gambar-gambar trip saya yang lain...tersimpan dalam laptop dan external drive.

Jadi hari ni, saya nak share deal yang best sangat dari Groupon.  Murah dan senang.  Dan tak payah keluar rumah pun.  Dulu dah pernah ada, dan saya sempat beli 3 kupon untuk print 3 buku album.  Dan saya sempat print gambar Raya 2012, dan hasilnya sangat-sangat memuaskan, dan software nyer sungguh senang digunakan.  Gambar kita boleh susun ikut design sendiri atau guna design yang sedia ada.  Boleh tulis nota dan macam-macam lagi.  Lagi kreatif kita ni, lagi pelbagai jadinya.  Dan nak pilih gambar pun senang, terlalu senang.  Mesti tak bosan punya lah...

Ini hasilnya...

Ini muka depan
Boleh pilih gambar sesuka hati
Hardcover...sebesar A4..
40 mukasurat..
Jumlah gambar...suka hati..






















Hardcover...
Kulit depan dan belakang
boleh letak gambar pilihan.
















Boleh susun gambar ikut kreativiti sendiri.
Kalau malas, pilih je design sedia ada.















Background pun boleh pilih,
frame pun ada banyak design...
Memang terbaik lah...

















Jadi, tunggu apa lagi....Dari gambar kita terbiar...abadikan di buku album dan boleh tengok berulang kali dan tunjukkan pada keluarga yang lain.

Projek buku album saya ni terlalu cantik bila siap (saya pun tak sangka), sampaikan anak-anak usung ke sana ke sini, proud sangat tunjuk gambar-gambar tu.  My next projek...gambar umrah dan gambar Disneyland.  Untuk menghabiskan 3 kupon yang saya beli dulu...

Ni ingat nak beli kupon lagi banyak-banyak untuk gambar-gambar yang lain.

Kalau anda semua nak juga, boleh klik disini [buku album].  Buku album ni kalau harga biasa RM188, tapi sekarang cuma RM49 (untuk potrait) dan RM55 (untuk landscape).  Kalau nak tengok contoh lain dan boleh tengok kat sini ye [contoh lain].  Semua cara nak buat photo book dan nak order semua ada kat sini.  Ikut je step by step, senang sangat.

Oh ye...deal untuk kupon ni sampai malam ni je sebelum pukul 11.59pm (malam ni tau!).  Beli je dulu, kerja design men-design boleh buat lepas ni, sebab tarikh akhir untuk redeem kupon ialah pada 21 Mac 2013....lama lagi tu...jadi men-design album ni boleh le buat sikit-sikit....

Nanti bila 2 projek buku album saya tu siap...saya share lagi di sini...

Oh ye....kalau anda sibuk...atau malas nak buat...suruh je projek ni anak-anak yang buat....boleh juga merangsang kreativiti mereka...kira projek keluarga lah...

Selamat berkreatif...

Saturday, September 22, 2012

Siapa kita?

Seronok sungguh berjumpa bila sudah terpisah terlalu lama.  


















Rasa tak sempat bersembang...banyak sangat topik yang nak dibualkan.  Bila teringat cerita lama...apalagi tergelak sampai sakit perut.  Sekarang sudah berkopiah...dulu nakalnya bukan main...

Juadah semuanya sedap-sedap (tapi tak sempat ambil gambar sebab lebih fokus berborak)...dengarnya kambing golek saja 7 ekor...sup rusa...sate...nasi beriani....memang happening...


Dengan kakak angkat, Kak Norliah Sajuri
sudah jadi orang kuat di JAKIM
















Cukup mewah dengan makanan yang di-sponsor oleh para senior yang semuanya sudah menjadi VVIP dan VIP...Dato' dan Tan Sri...hebat sungguh alumni KIK...

Dalam sibuk memperkenalkan diri (maklum sajalah muka sudah berubah, bentuk fizikal apatah lagi...), di celahan Dato' dan Datin, Pengarah dan CEO...tiba-tiba...


Dengan kakak-kakak batch SPM 83.
















"Akak cikgu sekolah je..."  Lembut suaranya...Gelak-tawa kami terhenti serentak, saya pantas memeluk bahunya...

"Kak, kalau tak kerana cikgu, CEO-CEO ni semua tak pandai membaca, tak pandai mengira tau..."  Berderai ketawa kami.

Seorang Datin memeluknya, diikuti Cik Puan Pengarah dan Cik Puan CEO.  Sahabat tetap sahabat tanpa mengira darjat dan pangkat.


Small world...
Nisha tertanya-tanya...
Eh, tu pengetua sekolah Nisha...
Eh, itu cikgu kimia ibu!
Haaah???!!!



















Jawatan hanya sekadar jawatan, yang signifikan ialah peranan yang kita bawakan.  Biarlah jawatannya kecil tapi peranannya sangat signifikan.  Sumbangan itu pasti besar nilainya.


Ada yang anda kenal?
















Siapa kita?  

Hanya terjawab dengan peranan kita, bukan jawatan yang disandang...barulah terasa besarnya sumbangan yang diberikan...

"Saya cikgu sekolah je..."  Itu sekadar jawatan.

"Saya bertanggungjawab memastikan semua anak-anak bangsa pandai Matematik melebihi sekadar menghafal sifir, menambah dan membahagi..."  Wah!  Besar sungguh peranan...

Teringat pula cerita Spiderman..."With great power, comes great responsibility..."

Betul....betul...betul....betull...(baca dengan nada Upin dan Ipin).

Thursday, September 20, 2012

Hidup yang enak...

Rezeki kita memang di tangan Allah.  Titik.

Bila Allah nak beri, Dia beri.
Bila Allah nak tarik, Dia tarik.
Bukan langsung dari manusia.
Bukan langsung kuasa manusia.

Kadang-kadang dijaga, diurus, dikira, ditadbir dengan baik, tapi kalau Allah nak tarik, ianya hilang sekelip mata walau caranya bagai tidak masuk akal.

Saya teringat satu doa begini (tak ingat dengar atau terbaca dimana):
"Ya Allah, aku tidak tahu apa yang Engkau peruntukkan untuk aku dimasa akan datang, tapi Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kurniakanlah yang terbaik dari rahmatMu, semoga aku menjadi hambaMu yang bersyukur."

Kadang-kadang rezeki secubit di tangan rasa sayang untuk diberi pada orang, kerana rasa itu saja yang ada. Nanti kita pula yang kesempitan.

Adakalanya risau dan bimbang akan harta yang ada, sementelah banyak kes kecurian.  Maka hati jadi bimbang dan risau, menjadi hamba pada harta sendiri.

Tapi siapa kita untuk tahu apa yang Allah sedang persiapkan untuk kita dimasa depan...

Mungkin Allah sedang menguji sanggupkah berpisah dengan rezeki yang secubit itu...atas nama Allah...

Mungkin kita masih gagal mengikis rasa takut...

Atau masih sering terlupa
Allah Maha Kaya, Maha Pemurah.

Fokus saja hubungan kita pada Allah, nanti Allah uruskan yang selebihnya...

Tak payah risau-risau...tak payah stress...
Kan enak begitu?

Thursday, September 13, 2012

Bagaimana untuk mencapai kejayaan dalam melakukan sesuatu?

Kata kuncinya...bila lakukan apa saja perkara mestilah fokus.

Dalam entri saya sebelum ni, kalau lah pencuri tu sama tahap fokusnya ketika dia belajar dulu...

Dalam solat, fokus diistilahkan khusyu'. Solat yang fokus dan solat yang tidak fokus menghasilkan ganjaran yang berbeza.

Doa yang fokus, menusuk ke hati dan boleh membuatkan air mata menitis. Doa yang tidak fokus, diri sendiri pun tak tahu apa yang dikumat-kamitkan...sambil membelek kuku, garu sana garu sini, pandang sana pandang sini, orang amin diapun amin...

Dalam kelas, pelajar yang fokus memperolehi hasil berbeza berbanding yang tidak fokus. Sudahlah tak fokus, malas pula mengulangkaji...patutpun gagal.

Bila bekerja pula, fokus dapat menzahirkan apa saja yang tersurat dalam strategi.  Pekerja yang fokus lebih daya usahanya, tinggi kreativitinya.

Dalam kehidupan, fokus dengan apa yang ingin dicapai menjadikan kehidupan terisi dengan perkara yang memberikan erti dan kepuasan hidup. Kita puas kerana tahu telah berikan yang terbaik.

Kita boleh melakukan banyak perkara dalam satu masa tapi fokus satu demi satu...fokus betul-betul dan buat yang terbaik.  Fokus, buat sampai habis kemudian baru buat yang lain.

Saya pernah menolong seseorang memasak... memang banyak yang dia perlu lakukan. Baru sekerat jalan memotong bawang, dia sibuk pula menjerang air, kemudian terlupa pasal bawang, sibuk pula menyiang ikan, dek kerana pisaunya tumpul, berhenti pula mengasah pisau, kemudian terkejar menutup dapur dek kerana air sudah mendidih tapi sayur yang nak dicelur belum pula dibersihkan....akibatnya dia cemas dan terkejar-kejar tak tentu pasal.  

Memang banyak yang ingin dilakukannya, dan rasa bagai perlu   melakukannya serentak, konon nak cepat dan jimat masa...tapi akhirnya semakin memakan masa.

Agaknya bagaimana jika dalam solat, masa tulah nak fikir nak masak apa, fikir pulak kat mana kita letak kunci kereta, fikir pulak hal di ofis, fikir pulak nak renovate rumah design apa...
Apa jadi dengan solat kita tu? Memanglah dah siap solat tapi....

Khusyu' dalam solat mengajar kita untuk fokus hanya pada satu perkara dalam satu masa...

Bukankah ianya satu contoh yang sangat relevan?

_________________________________

(Ok...dah siap entri ni, sekarang saya nak fokus ke Adam dan Hawa....)

Wednesday, September 12, 2012

Hanya 1 soalan...

Satu soalan...

Pencuri bila mencuri...dia fokus tak pada "kerja" yang dia tengah buat tu?

Dalam skala 1 (Paling tak fokus) ke 10 (Paling fokus)....berapa tahap fokus si pencuri ni?

Skala fokus:
1  2  3  4  5  6  7  8  9  10

Berapa anda rasa?

Kenapa dia perlu fokus ye?
Apa jadi kalau dia buat secara "main-main", "leka" atau "curi tulang"?