Friday, July 29, 2011

Akhirnya kita sendirian...









Kita datang sendiri...
Kita pulang juga sendiri...

Bila saatnya tiba, tiada siapa lagi dapat membantu...
Suami...anak-anak...keluarga dan rakan-rakan...terputus semua hubungan...

Rapatnya kita dengan Allah...itulah satu-satunya kepastian yang boleh memudahkan perjalanan kita yang seterusnya.

Di tengah-tengah malam, menatap wajah anak-anak dan suami yang nyenyak tidur...terasa benar sunyi yang panjang...hening dan sepi...

Alhamdulillah kerana terfikir dan terkesan dengan kenyataan ini...

Apalah sangat keseorangan di dunia ini...
Akhirnya nanti...aku keseorangan juga...

Thursday, July 28, 2011

Secawan Chai Tea, Sepiring Melted Chocolate Cupcake.


Pagi-pagi lagi sudah terbau harumnya Chai Tea. 
Kemudian, bunyi microwave...

Siapalah yang sudah ke dapur pagi-pagi ni....Selepas bersiap, saya turun untuk menyediakan sarapan buat dua orang puteri yang nak ke sekolah.

SURPRISE!!!

Dia atas meja sudah terhidang secawan chai tea panas dan cupcake chocolate...chocolatenya masih panas mencair...hmmm....sedap sungguh...

Aroma chai tea...kesegaran bau rempahnya berselang seli dengan suapan cupcake chocolate...nikmat sungguh!  Padanlah sibuk benar dapur saya pagi-pagi ni....suami menyiapkan chai tea, anak-anak memanaskan cupcake....

Sehari suntuk saya bercuti, diraikan suami dan anak-anak...dilayan seperti VVIP...seronoknya boleh bermalas-malas...suami menjadi event manager, anak-anak menjadi dayang-dayang...

Rasa diri sungguh beruntung.  Siapalah saya tanpa mereka....

Alhamdulillah...kerana tahun ini sempat berjumpa tarikh ini lagi....



(Sambil menghirup chai tea...saya tersenyum sendiri...indahnya fantasi...)

A Blessing In Disguise!

Bulan Mei lepas, saya berpeluang berkursus di Orlando.  Alhamdulillah, kali ini ditemani suami.  Tahun lepas ketika berkursus di Chicago, visa suami lewat menerima kelulusan dan akhirnya saya pergi sendirian.  Jadi bila tahun ini dimurahkan rezeki pergi berdua, sememangnya saya amat teruja.  Seawal Mac, saya menyiapkan semua urusan.  Semua kelas yang ingin saya hadiri, saya aturkan dan susun jadualnya.
Paling rasa bertuah akhirnya berjaya mendapat tempat dalam program di Disney Institute.  Paling menguntungkan bila saya berjaya mendapat tambang pada kadar yang sangat rendah setelah berminggu-minggu meneliti harga bagai turun naiknya harga pasaran saham...

Tapi ada satu masalah...

Tempoh transit di Beijing dan Chicago hanya ada 1 jam 55 minit setiap satu.  Saya boleh jangkakan tidak akan menghadapi masalah ketika di Beijing.  Tapi, di Chicago?  Selalunya sesak di Imigresen. 

Tak apalah...
Saya harap Allah permudahkan.

Ketika hampir mendarat di Beijing, saya memberitahu pramugara tentang tempoh transit yang singkat.  Kebetulan juga tempat duduk di depan, jadi dia membantu kami untuk keluar lebih awal.  Apalagi...berlarilah kami...

Alhamdulillah...masa yang lebih dari cukup dan sempat juga solat jama’ Zohor dan Asar sebelum menaiki penerbangan seterusnya ke Chicago.  Lega hati...satu masalah sudah berjaya dilalui...dalam hati masih ada kerisauan dan kebimbangan...tapi saya cuba rileks dan memaksa diri melelapkan mata...

InsyaAllah...nanti Allah permudahkan...

Dalam penerbangan kali ini, tempat duduk kami nun jauh di belakang.  Sebaik mendarat, semua penumpang bangun dan memenuhi laluan.  Saya dan suami tersekat, tidak boleh menyelit langsung.  Ketika itu harapan untuk keluar cepat semakin nipis...hati berdebar...kerisauan mula melanda semula...mata asyik mengerling jam di tangan...habislah kalau tertinggal flight ke Orlando...dalam kepala mula mengira-ngira jumlah USD dan tukarannya ke RM...adoiii...hampir RM 2000...

Namun, bagaikan magik, tak sampai 10 minit, kami sudahpun berada di dalam airport.  Apalagi, seperti di Bejing, saya dan suami pun berlari lagi...

Nun...di depan...kami sudah nampak barisan yang panjang...masyaAllah...mata saya mengerling jam di tangan sekali lagi.  Setangah jam juga barisan itu bergerak perlahan-lahan sebelum akhirnya kami mula nampak kaunter imigresen.  Punyalah ramainya manusia...dari pelbagai negara dan bangsa...

Mata saya mengerling jam di tangan untuk kesekian kalinya, mencongak....mendarab...membahagi... 

Di depan saya dan suami ada hampir 100 orang.  Jika setiap seorang mengambil masa 5 minit untuk melepasi kaunter imigresen...sudah amat pasti saya dan suami akan ketinggalan flight ke Orlando.  Ketika itu waktu menunjukkan pukul 6.00 petang.  Flight kami ke Orlando pukul  7.15 malam.

Hati saya gelabah sungguh.   Risau, resah...di depan saya...bagaikan melihat semua orang cuba melengah-lengahkan masa.  “Tak boleh ke jalan cepat sikit....tak boleh ke uruskan passport tu cepat sikit....lambatnya...lambatnya.”  Hati saya merungut-rungut.  “Tak tau ke orang nak cepat nih...”

Makin saya resah...tahap bengang makin meningkat...degupan jantung juga semakin cepat.  Paling saya tension, saya tidak boleh berbuat apa-apa... Itu yang saya geram tu... 

Reality check...
Memang saya tidak boleh berbuat apa-apa.  Sedangkan masalah ini saya sudah duga dari awal...dan ianya benar-benar berlaku...Merungut, bengang, mengomel, resah, cemas...hanya membuatkan diri sendiri stress...saya jadi penat sendiri...

Suami memujuk....sabar...sabar...
Saya menghela nafas panjang dan menghembuskannya perlahan-lahan...menasihati diri...inilah masa terbaik untuk mengamalkan proaktif....menekan butang PAUSE!  Tenang....tenangkan hati, tenangkan minda, tenangkan fizikal, tenangkan rohani....

Reality check...
Saya terima bahawa saya akan tertinggal flight...saya terima bahawa saya perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli tiket baru ke Orlando....jika inilah yang telah ditentukan untuk terjadi...saya ingatkan diri berulang kali...don’t react emotionally....calm down...accept it...think of solution and move on....be proactive...do not reactive...

Satu perkara yang saya masih boleh lakukan untuk lebih proaktif ialah doa...doa agar Allah uruskan semua urusan saya dan suami....saya sudah tidak berdaya menguruskannya lagi...

Keduanya, ingat semula tujuan trip ini.  Saya sepatutnya bergembira dengan trip ini bersama suami...that’s exactly what I’m supposed to do...be happy...bukan runsing dan resah...

Ok...tak pelah...kalau perlu beli tiket lain...beli sajalah...
Mungkin ada hikmahnya....

Rupanya bila fokus kita tidak lagi pada masalah, masalah itu dengan sendirinya tidak lagi menjadi halangan...tempoh menunggu dan berbaris panjang itu saya gunakan untuk berbual dengan suami.  Mungkin ini sebenarnya rahmat...Allah beri saya masa untuk benar-benar berbual dan berborak dengan suami sepanjang tempoh itu...seronok sangat bersembang hingga tak perasan kami akhirnya sampai di kaunter imigresen.  Di sinilah kami berdepan dengan satu lagi masalah...

Di imigresen Hong Kong dan Singapura, suami pernah kena tahan dan passportnya “di rujuk” pada sistem.  Saya sudah menjangka kali ini suami akan kena tahan sekali lagi, lebih-lebih lagi bila tahun lepas, proses kelulusan visanya juga mengambil masa terlalu lama untuk lulus berbanding saya.  Di tambah pula ketika itu kes Osama dibunuh masih lagi hangat diperkatakan...bila suami saya “ditahan” dan saya pula diarahkan mengambil bagasi sendirian...hati saya cemas semula.  Bertambah cemas, sebaik mengambil bagasi, suami sudah hilang entah dibawa kemana....  Ya Allah!  Kena tangkap ke suami aku ni?

Puas bertanya, akhirnya mereka mengarahkan saya ke bilik pemeriksaan.  Dalam bilik itu, saya lihat ramai rupanya yang sedang menunggu dengan masalah yang sama.  Hati saya lega, kerana dalam ketegasan mereka, masih juga berdiplomasi dan bercakap dengan nada yang berhemah.  Hampir satu jam juga kami “tersekat” di situ.  Rupanya ada beberapa nama yang perlu mereka semak dan pastikan demi keselamatan.  Dalam hati sebenarnya saya suka juga dengan ketelitian mereka kerana prosedur ini membuatkan saya lebih rasa selamat untuk menaiki penerbangan seterusnya.

Selesai di imigresen kami terus ke kaunter United Airlines dan memberitahu mereka yang kami telahpun tertinggal kapalterbang.

“Don’t worry, Mam.  So many people have missed their flights too.  We know about the long queue at the immigration section.  There’s no more flight to Orlando for tonight, but you have 2 options for tomorrow, 7.30am or  11.00am.  Which one do you prefer?”

Aduuhh...leganya hati saya dan suami...lega yang pertama bila dilayan dengan baik.  Lega yang kedua (dan yang paling utama), kami tidak perlu membayar apa-apa untuk tiket baru, mereka menggantikannya dengan percuma....wahhhh....alhamdulillah!

Mereka juga membantu kami menempah bilik hotel dan memanggil khidmat shuttle untuk menghantar kami.  Kami memilih Best Western sekali lagi.  Semua urusan selepas itu....lancar selancarnya...

Kami sampai di hotel hampir pukul 8 malam...dan akhirnya saya terduduk bila memikir keajaiban dan betapa sempurnanya perancangan Allah....memang jelas ada hikmah di sebalik semua yang terjadi...yang saya tidak terfikir pada awalnya.  Terkenang semula rungutan saya...betapa semua keresahan itu tidak berbaloi sebenarnya...rupanya Allah ada perancangan yang lain...

Tahun lepas...kecewa sungguh bila suami tidak dapat mengikut ke Chicago...  Setiap malam bersendirian di kedinginan Chicago, saya berdoa agar visa suami  cepat selesai dan dapat sempat sampai menemani saya di Chicago...setiap hari saya menunggu doa saya dimakbulkan...setiap hari saya menunggu kedatangan suami sehinggalah akhirnya sehingga saya balik ke Malaysia, visa suami masih belum selesai....

Tapi tahun ini....selepas setahun berlalu...Allah masih tidak lupa pada doa saya itu (sememangnya lupa bukanlah sifat Allah).  Doa saya agar suami dapat sampai ke Chicago akhirnya dimakbulkan Allah..... pada saat yang paling terbaik dan paling sempurna...  Kami akhirnya berdua di Chicago...malahan akan ke Orlando pula...Allah tidak berikan satu...malahan dua...


Tahun lepas...
Tahun ini...
































Malam itu...dalam suasana dingin...saya menyusuri downtown Chicago, Millennium Park dan Trump Tower dengan hati berbunga-bunga...

Saya tidak keseorangan lagi...
Saya ditemani suami....
Exactly sepertimana yang saya doakan dan mahukan tahun lepas...

Allah sebenarnya berikan saya...lebih daripada yang saya sendiri harapkan...

Magiknya doa...kerana Allah tidak akan pernah lupakan...

Wednesday, July 27, 2011

Mencari Sakinah.

Menjelang Ramadhan...
Inilah masa terbaik untuk menyelami diri, melihat telus ke ruang hati...
Ada jiwa yang resah, hati yang celaru dan keliru...
Inilah bulan yang termakbul segala doa...
Inilah masanya meminta pada yang Esa...

Saya suka benar dengan tazkirah ini...
Dengarlah dengan hati yang syahdu...
Dalam persekitaran yang tenang...
Ketika bersendirian...
Ketenangan itu rupanya mudah...
Hanya dengan mengingati Allah...

Mencari Sakinah (Sumber: YouTube.)



(Jika anda ada Iphone atau telefon pintar yang lain, pergilah ke Youtube, search tajuk Ustaz Asri - Mencari Sakinah.  Dengarkan dalam kereta, pasangkan earphone...dengar dengan hati yang terbuka...)

Moga hati kita terpujuk dalam kesedihannya...
Moga hati menjadi tenang dalam keresahannya...

Benarlah....bila tiada lagi manusia yang boleh dijadikan tempat bergantung...
Cukuplah hanya Allah...
Dialah tempat sebaik-baiknya diserahkan segala urusan...

Manisnya tawakkal hanya pada yang benar-benar memahaminya...

Saturday, July 23, 2011

Idea Busines.

One day...ingin sekali ada perniagaan sendiri!

Saya tetapkan “that one day” akan datang dalam masa 2-3 tahun ini. Masa terus berlalu, umur semakin bertambah, the end in mind semakin hampir. (Hmmm...umur pencen juga semakin hampir). Persediaan perlu dibuat satu persatu. Anak tangga perlu didaki....satu anak tangga dalam satu masa....Mudah-mudahan, di hari tua ada sumber pendapatan untuk menampung makan minum dan sakit pening.

Perkara pertama...anak tangga itu perlu disandarkan pada dinding yang betul. Tak guna mendaki dengan cepat dan akhirnya terperasan kita mendaki ke tempat yang salah. Sebab dan tujuan perlu jelas dari awal. Mendalami “the core values” untuk setiap keputusan...baru mudah mengatur langkah...

Dalam mencari-cari idea busines yang unik, tersendiri dan luar biasa, penat juga bila otak dikerah untuk menjadi kreatif dan inovatif.....berfikir dengan cara yang berbeza, melakukannya dengan cara yang berbeza...pasti beroleh hasil yang berbeza....fikir...fikir...dan terus berfikir....

Alhamdulillah, tahun ini sudah bermula dengan paradigma yang berbeza.

Idea busines rupanya tidak datang bergolek. Mencarinya bagai mengharungi lautan luas terbentang. Mata perlu terbuka luas.Telinga perlu sanggup mendengar. Minda dan hati perlu bersedia menerima perkara “beyond imagination”. Mungkin idea itu selama ini sudahpun berada di depan mata. Menyedarinya... ia merupakan satu peluang. Menjadikan idea ini satu kejayaan hebat? Itulah cabaran yang sebenar.

Dalam kepala sudah ada jawapan. And, to make it real? It is a totally different ball game altogether.

Anda ada “the best business idea”? Mungkin boleh mencetus idea baru untuk kita semua.

Anything that is beyond imagination?
Anything that you can start under RM 1000?

Let’ share!

Let’s do it!

Friday, July 22, 2011

Dendam Positif.

















Pertama...saya tak pasti ianya wujud.

Kedua....saya tak pasti ianya dibolehkan.

Ketiga...saya tak pasti ianya “principle centered”. (Saya tahu bohong sunat memang salah, tapi dendam positif?)

Namun, saya boleh nampak nilai positifnya.

Saya belajar tentang dendam positif melalui satu cerita.  Bagaimana bila seseorang itu rasa amat terhina, lalu dia berazam mengubah kehidupannya dengan melanjutkan pelajaran, ke peringkat yang tertinggi, kemudian bekerja dan mengutip sebanyak pengalaman yang boleh, menyumbang kemahiran dalam semua skop tugasan, mendaki tangga kerjaya tahap demi tahap, mengumpul kekayaan sehingga dia sendiri akhirnya membeli syarikat yang pernah melakar pengalaman pahit dalam hidupnya.  Dan akhirnya dia memegang jawatan tertinggi, sedang individu yang pernah memperlekehkannya masih di tahap lama, di jawatan yang sama.

Sememangnya...pandangan dan hormat orang pada kita banyak bergantung pada pangkat, jawatan dan taraf keluarga.  Melihat orang yang pernah diperlekehkannya sekarang muncul di depan mata sebagai individu yang sama tapi pangkat dan kedudukan yang berbeza, tahap hormat turut berbeza.  Bimbang kehilangan kerja, dia bersemuka dengan Pengarah baru...

“I hope you didn’t take it personally... of what I had said and done to you.”

“Not at all....Indeed, I really appreciate it.  I have nothing but thank you.  Thank you so much.  You have motivated me enough to change my life.”

Adik saya yang berkongsi cerita ini.

I listen...and I learn...

“Itulah yang dinamakan dendam positif...”  Katanya menutup cerita.  Saya berfikir panjang dan menyelam jauh ke dalam diri.

Hmmmm....dengan siapa saya nak berdendam positif ye?

Thursday, July 21, 2011

Furious.

Anak-anak lebih suka membaca bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris.  Karangan Bahasa Inggeris mereka jauh lebih baik berbanding karangan Bahasa Malaysia.  Apa yang mereka cuba luahkan dalam Bahasa Inggeris lebih “natural”.  Sedangkan luahan mereka dalam Bahasa Malaysia lebih ke arah “Doraemon”.

Di rumah, kami tidak pula bertutur dalam Bahasa Inggeris.  Namun, bila bercakap dengan kucing, Amni lebih banyak “speaking”.  Pelik juga bila kucing boleh memahaminya...Adakalanya ingat Amni berbual dengan orang....rupanya ber-“conversation” dengan si kucing...

Bila semakin banyak membaca, semakin besar jumlah perkataan Bahasa Inggeris yang mereka pelajari.  Ada yang mereka boleh agak maksudnya, ada yang mereka cari dari kamus, ada yang mereka bertanya sesama sendiri.

Satu hari saya terdengar Nisha bertanya pada Amni, “Furious tu apa?”

“Kak Nisha tak tahu ke?  Furious to more than angry.  Macam bila ibu marah sangat...macam naik hantu-lah...”  Terkekek-kekek kakaknya tergelak gelihati.

“Haa....betul....betul.....”  Jawab Nisha dalam ketawa.

Cara Amni menjawab soalan kakaknya turut mencuit hati saya.  Dalam kelakar, terdetik juga dalam hati...alamak....sampai begitu sekali persepsi anak-anak....

I promise not to “naik hantu” ever again....

Tuesday, July 19, 2011

Wake up call.

Lama sungguh tidak menulis.  Ada banyak cerita boleh dikongsi, so many learnings...but I just let days pass by...


One day, I got a wake up call.


Selalunya “wake up call” membuatkan kita akhirnya terfikir, terbuka minda, memperolehi anjakan paradigma.  Adakalanya “wake up call” datang dalam bentuk yang memahitkan, ada juga secara lucu dan kelakar tapi membuatkan kita akhirnya tersedar.  Saya suka melihatnya seperti satu teguran kasih sayang dari Tuhan....a real wake up call.


Ada betulnya kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah.  Susah benar mengusahakan kesedaran jika tidak “diketuk-ketuk”.  Namun, ada juga yang bila sudah terhantuk, tidak melihatnya sebagai satu pengajaran.  Ego terlalu tinggi untuk mengakui kekurangan dan kekhilafan diri.  Baik juga bila sudah terhantuk...duduk dan berfikir panjang....mengucap syukur....


Alhamdulillah jadi begini...jika tidak selamanya aku tidak akan sedar.