Thursday, September 6, 2012

Tips mudah untuk menjadi kaya raya! Dijamin berkesan!

Ramai yang mahu kaya.
Bukan sekadar kaya, tetapi kaya raya. Duit melimpah-limpah.

Ada yang takut menjadi kaya.  Takut lupa diri.  Cukuplah seadanya.  Ada juga orang kata, biarlah miskin asalkan bahagia.

Hakikatnya, semua orang kaya tahu bahawa wang berjuta tidak menjamin kebahagiaan.  Tetapi orang kaya percaya, wang dapat memberikan lebih banyak pilihan dan membuka lebih banyak peluang.

Kata-kata ustaz sewaktu tazkirah Ramadhan (lupa pulak nama dia), "Orang Islam mesti berazam untuk menjadi kaya raya!"

Dan kata-katanya menjawab 2 persoalan:
1) Kenapa mesti jadi kaya?
2) Macamana nak jadi kaya?

Saya kongsikan jawapan untuk soalan kedua dulu, mesti ramai yang tak sabar nak tahu.

Tips macamana nak kaya!

Mengapa kita bekerja?  Mudah...sebab nak ada duit.

Mengapa kita nak duit?  Simple...nak bayar hutang, nak bayar kereta, nak bayar rumah, bayar babysitter, bayar bil, sekolahkan anak, beli makan minum dan berbagai-bagai lagi.

Kalau direnung-renung, kita perlukan duit selalunya untuk dibelanjakan...

Paradigma itu perlu diubah...

Kita perlukan duit untuk 3 tujuan:
1) Perbelanjaan
2) Simpanan
3) Sumbangan (derma, sedekah etc.) - yang ini selalu tertinggal!

Rezeki pula ada 2 jenis:
1) Rezeki yang kita jangkakan (duit gaji, bonus, komisyen etc. - dah boleh expect jumlahnya)
2) Rezeki yang kita tidak jangkakan (ini kerja Allah - Dia yang tentukan jumlahnya)

Mengapa kita "sempit"?
Sebab, rezeki yang kita boleh jangka selalunya habis menampung perbelanjaan.  Dapat gaji...semua bayaran sudah menunggu...
Kalau nak dikira, duit gaji tu bukan duit kita sebenarnya, tapi duit orang.

Kenapa tiada simpanan?
Sebab, bila dah tolak perbelanjaan, adakalanya cukup-cukup makan, adakalanya negatif.  Nak menyimpan macamana?

Kenapa tidak bersedekah?
Sebab, tak ada duit lebih.  Niat tu ada, tapi duit pula yang tak ada.  Nak menyimpan pun tak ada, apalagi nak bersedekah.  Rahsia yang ramai orang tak perasan - bersedekah, berderma dan berzakat inilah kaedah nak jadi kaya raya!

Tips mudah ini dibawakan khusus dari Ayat 1000 Dinar.  Allah yang kata, sebab itu dijamin berkesan.

Kita sudah lama tahu, duit gaji tidak "melapangkan" kita.  Jadi, tak perlulah merundung nasib yang malang....atau merungut betapa kedekutnya bos kita...  Kita memang dah lama tahu, dengan duit gaji, kita susah nak kaya.

Mulai sekarang, fokus pada rezeki dari sumber yang kita tidak sangka-sangkakan.  Rezeki inilah  yang akan tiba dengan melimpah-ruah.

Macamana caranya?
(Renung dalam-dalam maksud Ayat 1000 Dinar)

1.  Bertaqwa sungguh-sungguh pada Allah.  Apa yang membawa pahala, buat!  Apa yang membawa dosa, tinggalkan!  Allah kata, sesiapa yang bertaqwa sungguh-sungguh, Allah akan berikan jalan keluar.
 
2.  Gembirakan hati ibu dan bapa - beri mereka duit tiap bulan, beri sedikit pun tidak mengapa, RM10 atau RM5 pun tidak mengapa, tanamkan rasa ikhlas dan memberi atas prinsip tanggungjawab dan kasih sayang pada mereka.  Salam dan cium tangan mereka dengan hati yang amat tulus, minta ampun dan minta mereka terima pemberian kita yang kecil dan seadanya, dan minta mereka doakan kita menjadi anak yang soleh/solehah, dimurahkan rezeki supaya dapat memudahkan mereka dengan rezeki tersebut.  Kalau tak cukup duit nak beri mereka, berjimat pada tempat-tempat yang kita boleh jimatkan RM10, dan beri pada mereka.  Contohnya, cuba jimatkan dalam bil h/phone, makan di ofis, tukar pakej ASTRO yang lebih murah, kurangkan merokok, dan banyak lagi.  Cari....mesti jumpa...

3.  Banyakkan bersedekah dan berderma, biar sedikit, tetapi konsisten dan kuncinya....ikhlas, redha, rendah hati pada Allah.  Lagi "sempit", lagi banyakkan derma.

4.  Buka hati menjadi seorang yang sangat pemurah...pemurah dan bijaksana.  Termasuk, bijaksana mengurus kewangan.

5.  Jangan berkira kerana rezeki kita urusan Allah.  Dan kita tidak tahu apa yang Allah akan tentukan untuk kita...be humble about it!

6.  Jika ibu bapa kita sudah tiada, niatkan derma kita untuk menjadi amal jariah mereka.  Buat dengan konsisten supaya mereka kaya raya di sana...

7.  Usah hiraukan dengan mulut orang.  Biar sumbangan kita sedikit, kita memberi bukan sebab kita dah lebih duit, tapi kita memberi kerana kita prihatin dan bertanggungjawab.

8.  Bila memberi, jangan lupa niat...agar Allah terima sebagai ibadah!

9.  Duit gaji kita bukan milik kita!  Tapi duit yang kita sumbangkan...itu duit kita yang sebenarnya...kita akan merasa dividennya di waktu-waktu yang amat kita perlukan...di akhirat nanti...

10. Betul-betul faham dan ikhlas dengan tujuan mengapa kita nak jadi kaya! 

Kesimpulannya, tips mudah untuk kaya dari sumber yang tidak kita sangka-sangka....banyakkan bersedekah, banyakkan amal jariah, tinggikan taqwa....

Tak percaya?  Kalau tak percaya janji Allah, nak percaya apa lagi?

Untuk menjawab soalan pertama pulak, kenapa mesti jadi orang kaya?

Orang Islam mesti jadi orang kaya!  Bila kaya, pilihan kita lebih banyak, peluang kita lebih besar.

Kita boleh menyumbang dengan jumlah sesuka hati, pada jalan mana yang kita mahu.  Palestin boleh, Rohingya boleh, surau di tempat kita pun boleh, pembinaan Tahfiz pun boleh, nak buat masjid sendiripun boleh, nak taja orang kampung kita pergi haji pun boleh, nak buat haji badal untuk arwah ayah/ibu kita pun petik jari je, nak tukar karpet masjid pun tak ada hal, nak beli aircond untuk surau pun tak kisah, nak renovate rumah anak yatim pun senang je, nak tanggung perbelanjaan perubatan ibu/bapa di hospital swasta pun releks je, nak hantar ibu/bapa pergi umrah tiap tahun pun boleh, nak biaya orang yang sakit dan memerlukan pun boleh, nak hantar anak ke sekolah tahfiz terbaik pun boleh, sesaja nak hantar anak ke Yaman belajar Bahasa Arab masa cuti sekolah pun boleh....

Seronoknya kaya, bila kita punya banyak pilihan dan peluang untuk menyumbang...

Seronoknya kaya seperti Saidina Abu Bakar, bila beliau dapat menyumbang seluruh hartanya untuk berjihad menegakkan Islam...Satu perkara yang Saidina Umar cemburui...

Bukankah itu sebabnya Allah mewajibkan zakat?  Supaya yang kaya boleh bersyukur dan membantu yang miskin.

Ada pula yang bertanya, "Saya tak mahu jadi kaya, kalau saya jadi leka dan lupakan Allah macamana?"

Soalan itu, diri sendiri ada jawapannya...

(Jawapan tersebut mungkin menjawab persoalan mengapa Allah tak beri kita kaya....wallahu'alam...)

Bayangkan kalau kita sering bercakap begini:

"Saya tak nak belajar tinggi-tinggi sangat, kalau saya jadi bongkak macamana?"
"Saya takut kerja tinggi-tinggi sangat, kalau saya jadi sombong macamana?"
"Saya tak nak tahu sangat pasal IT dan teknologi ni, kalau saya leka macamana?"

Usah persiakan akal, anggota fizikal yang ada...
Islam perlukan orang kaya, Islam perlukan orang yang pandai...

Pandai...kaya...beriman...

Kaya raya di dunia,
Kaya raya di akhirat.

Jom kaya!


 

Wednesday, September 5, 2012

Saat doa Allah tidak makbulkan...

What happen? Pelik tapi benar. Betullah sudah akhir zaman.

Seorang anak memanggil ibu dan ayahnya si laknat, membahasakan ibunya dengan perkataan "you" dan "engkau".

Berjujuran airmata si ibu bercerita.  Anak gagal melihat betapa beruntungnya dia, jiwanya sakit tidak dapat melihat kasih sayang tulus si ibu.  Hatinya sudah miskin emosi.

"Alhamdulillah, kak!  Dia masih hidup dan sihat."
"Alhamdulillah?", dia menyoal sinis.  Dalam sedih, ada marahnya.  Marah hati yang sedang terluka...

"Alhamdulillah, Allah masih sayangkan dia dan masih beri dia second chance..."

"Berdoalah yang baik-baik...moga dia jadi anak yang soleh yang boleh mendoakan kita nanti."

"Berdoalah semoga perangai sebegitu tidak berterusan ke cucu cicit."

"Buanglah rasa marah tu...dia sedang terkhilaf...kalau dia sedar, dia sendiri tahu dia salah...dan tak sanggup buat begitu."

Petang itu saya menerima panggilan telefon darinya, "Hati akak lapang dan tenang, marah hilang entah ke mana."

"Alhamdulillah!"
Dia menyambung lagi, "Betul, akak sendiripun terkhilaf dan emosi..."

Alhamdulillah, kerana rahmat Allah dan sayangNya yang melimpah ruah, Allah tidak makbulkan doanya ketika marah tadi.

Jika tidak, pasti anaknya sudah menjadi batu...

Tiada siapa yang boleh melembutkan hati, hanya Allah!


 

Tuesday, September 4, 2012

Tips Komunikasi Mudah Dan Berkesan!

Susahnya nak berkomunikasi dengan anak...apatah lagi anak remaja.  Susah juga nak berkomunikasi dengan pasangan.  Cakap sepatah, jawab sepatah.

Bercakap tu senang, yang susah nak berkomunikasi!  Eh, tak sama ke tu?  Rasa macam sama, tapi tak sama sebenarnya.

Kesilapan No.1:
Kita sering lupa hati manusia ini milik Allah...

Tips untuk berkomunikasi yang sangat berkesan rupanya satu saja, berkomunikasilah dengan Allah.  Bila malas berkomunikasi dengan Allah, jangan pelik bila anak mula malas untuk berkomunikasi dengan kita...

Berkomunikasi dengan Allah dalam 1001 cara - doa, zikir, munajat, muhasabah diri, bangun dan solat malam, meminta tolong hanya dari Allah, khusyuk dalam solat, bertasbih dan macam-macam lagi - buat yang paling mudah, satu perkara pun tak apa, tapi satu perkara yang kita buat dengan terbaik dan terikhlas.

Itulah tips dan rahsia komunikasi yang berkesan.
Common sense? True...
But, not a common practice...



Thursday, August 30, 2012

Beraya sebulan...Ramadhan berbulan-bulan...

Orang kata beraya sebulan.

Memangpun satu fakta, Syawal memang sebulan lamanya.  Meriahnya Raya, seronok berkumpul adik beradik, melakukan aktiviti yang jarang dilakukan pada bulan-bulan biasa.  Bersembang sakan, bergurau bergelak ketawa.  Memasak berkali-kali, makan juga berkali-kali.  Jauh di ceruk kampung, jalan becak bertanah...sanggup diredah.  Walau penat, hati gembira.

Teringat dengan satu tazkirah di malam-malam Ramadhan, Hj Suffian berpesan untuk berdoa 5 perkara menjelang Raya:

1) Moga diberi keselamatan
2) Moga diberi kemudahan
3) Moga diberi kebahagiaan
4) Moga diberi kesihatan
5) Moga diberi kecukupan.

Alhamdulillah...syukur...













Sambil duduk melihat anak-anak, suami dan adik beradik makan-makan, berbual dan bergurau senda, saya melihat satu-satu nikmat yang Allah beri....

Pertama:
Alhamdulillah...semua kami selamat sampai (dan Alhamdulillah bila balik dari bercuti, kami juga selamat, dan barang-barang yang bersama kami, yang kami tinggalkan dan rumah kami juga selamat).  Syukur...kerana Allah amat melindungi.

Kedua:
Alhamdulillah...semua perkara dan aktiviti yang dirancang, walau adakalanya dalam masa yang sangat singkat, dan adakalanya sekadar rancangan mengejut, tetapi Allah permudahkan.  Sessi berbuka puasa hari terakhir yang hanya di bincangkan “gitu-gitu” menjadi sangat meriah dan mewah dengan makanan.  Sessi BBQ Raya berjaya malahan menjadi 2 sessi yang sangat berjaya.

Bersandar lepas berbuka...

Sessi berbuka puasa "mengejut" tapi mewah...
Teringat-ingat chicken mandey....
Pizza berkotak-kotak...
Kari kepala ikan...
Siapa sangka rezeki begitu murah...

Tukang kipas...nasib ada hero-hero ni...

Yummy...yummyy....

Laku macam goreng pisang panas...
Laku macam kentang panas....



























































Sessi BBQ Sabak bertempat
di Shah Alam

Menu Sabak - sotong bakar...






























Ketiga:
Alhamdulillah...Allah berikan nikmat gembira dan bahagia.  Kami semua gembira, dan saya secara peribadi amat terasa bahagia, dan insyaAllah dapat meninggalkan kesan bahagia itu di hati semua yang kami raikan dan temui.

Inilah kebahagiaan saya...













Keempat:
Alhamdulillah...kami semua sihat...dan dapat menikmati juadah dan rezeki di depan mata.  Walau perut jadi terlebih stress menghadam makanan, kami Allah lindungi dari “akibat-akibat” air gas, air batu, santan dan rempah, masam dan pedas....

Cucu Opah Ipoh












Cucu-cucu atuk dan nenek Sabak
Raya ke-3 di Sabak Bernam














Kelima:
Alhamdulillah...Allah beri kecukupan dan rezeki untuk semua perkara yang ingin dilakukan, Alhamdulillah kesampaian.  Kaya tidak...tapi cukup.

Atas semua nikmat Allah ini, saya jadi sangat terhutang budi...

Saya melihat semula nota-nota tazkirah Ramadhan....janji dan keazaman untuk keluar dari Ramadhan sebagai insan berbeza...saya mengetuk kepala berulang kali...jangan janji tinggal janji....

KPI Ramadhan perlu berpanjangan di bulan yang lain...saya mengetuk kepala sekali lagi...jangan lupa, jangan jadi manusia tidak mengenang budi, apatah lagi budi dari Allah yang penuh rahmat dan nikmat.

Sangat terhutang budi pada Allah...malu sungguh jika gagal melaksanakan apa yang telah dijanjikan.
Istiqamah....Moga Allah berikan...

Sama-sama kita berdoa dan berazam agar:
 
Puasa dapat diteruskan walaupun sunat...
Qiamulail dapat diteruskan walau tiada Lailatul Qadar...
Sedekah dapat diteruskan walau pahala tidak lagi berganda...
Solat dapat sentiasa berjamaah walau tiada lagi Tarawih...
Nafsu dapat terus ditundukkan walau syaitan sudah merata-rata...
Quran dapat terus dibaca walau tiada lagi kumpulan tadarus...

Maka jadilah Ramadhan berbulan-bulan...

(Dalam diam, saya sudah rindukan Ramadhan....tak sabar menunggu Ramadhan tahun depan....)


Anda dapat tak kelima-limanya?  Jika dapat, maka kita sangat terhutang budi...




Tuesday, July 3, 2012

Tweet tweet...what's your status?

Ahad lepas saya dan suami jadi tukang sorak dan jurugambar!
Tempat:  Padang sekolah Amni.
Acara:  Sukan Tahunan.

Amalan kita hari ini memang cukup berbeza.

Kebanyakan ibu bapa datang dengan Ipad (Ipad 2, the new Ipad), Galaxy Tab atau yang seumpamanya.  Mempunyai Iphone (Iphone 4s), Galaxy S2, S3 dan seumpamanya.  Saya dan suami pun sama.

Sambil menunggu...bercakap sepatah dua dengan suami, tengok kanan, tengok kiri.  Bangun...ajak suami pusing-pusing di khemah rumah sukan, snap...snap...ambil gambar Amni dan rakan-rakannya.....duduk balik.  Berbual sepatah dua dengan suami....tengok kanan...tengok kiri...beri serba sedikit ulasan selari, then diam...keluarkan Iphone...start googling...

Saya toleh ke kanan...suamipun sudah mengadap handphone.  Saya toleh ke kiri....

Wahhhh!!!  80% ibu bapa yang hadir juga begitu!  Semua sedang online!  Update status facebook...tweet...”kat sukan sekolah anak...bila nak mula ni???”  Saya rasa semua sedang update status atau tweet begitu!

Saya berbual pendek dengan seorang ibu.  Kemudian dia berlalu mengambil gambar anaknya.  Dan, saya sambung online.

Fakta menarik – saya ada peluang untuk ber-network dengan orang sebelah, tapi tak buat pun.  Tapi ada masa pula ber-network dengan orang-orang yang jauh di tempat lain, malah di negara lain....lebih interesting, ada saja yang nak di update pada mereka.  Silap haribulan berbalas status dengan rakan yang kebetulan datang di sukan sekolah yang sama...boleh pulak terkekek-kekek gelak membaca status sesama sendiri tentang sukan yang sama.   Kemudian berbalas pandang dan tergelak-gelak sesama sendiri.

Kita datang nak menyorak anak kita saja.  Jadi, duduklah menunggu acara anak kita.  Saya perasan, bila saja acara anak masing-masing berlangsung, ibu bapa meluru ke tepi trek larian, bapa menyorak, ibu mengambil gambar, atau ibu menyorak dan bapa mengambil gambar.  Ambil gambar dengan smartphone, dengan Ipad, dengan tablet.  Habis acara....duduk semula....update status FB, “My kid menang 4X100...congrats dear!”

Saya ingat saya ni teruk sungguh....tapi bila tengok sekeliling....eh...samalah kita!

Saya pernah memarahi Amni yang mengirim SMS kepada abangnya di dalam bilik di tingkat atas, dia ternampak ada sebungkus burger di atas meja makan.

SMS Amni: Can I have your burger, please!
SMS abang: Can! Makan la...
SMS abang: Hey! Where are you?????  (abang baru terperasan dan confuse...)
SMS Amni: Kat bawah!!!
SMS abang: Laaa...

Pernah juga saya ternampak status di FB Amni begini:

Amni: Abang, call ibu cepat, naper tak jawab phone?
Abang: Naper ibu carik? Abang kat rumah laaa....

Anda ada pengalaman yang sama?

Kat rumah atuk,
pagi lepas breakfast....melampau!














Cucu Atuk: "Guna jari je, Tuk.  Nak baca Quran
pun senang, Tuk"
Atuk: "Ye ke!  Atuk pun nak satu lah!"
Cucu Atuk: "Nanti kita boleh Face Time."
Atuk: "Apa ke bende tu?"
Cucu Atuk:  "Macam Skype, Tuk"
Atuk:  "Haaahh???"







Monday, July 2, 2012

Why loosing your job can change your life?




















Things happen for a reason.

Siapakah di antara kita yang sangat-sangat cintakan kerja?  Do you love your job? Really-really love your job? Maksudnya, rasa cinta yang sama seperti "first love", malam ternanti-nanti, siang tertunggu-tunggu. Bila Jumaat gelisah berpisah, bila Ahad tak sabar nak bertemu. Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang kerana fokus pada kerja dan sukakan kerja yang amat sangat.


ISNIN.

Hari apakah yang paling kita tidak suka? Kebanyakan dari kita tidak sukakan hari Isnin. Bila Ahad mula menginjak petang, rasa berat dan panjang keluhan. Adoii...esok dah Isnin!  Bencinya esok dah kerja!  Kenapalah esok dah sekolah! Biasakah kita mengeluh sedemikian? Atau mendengar anak kita bercakap sedemikian? Bila malam rasa badan semua sakit.  Pagi Isnin menjelma...di bawah selimut kita berperang perasaan...how I wish..kalaulah..kalau.. Yang tewas, bergulung dalam selimut, SMS ofis, "Sorry, bos! Saya MC hari ni."

Mungkin sebab itulah mengikut satu statistik, hari yang paling banyak jumlah MC ialah hari Isnin dan hari yang paling sedikit MC ialah hari Jumaat. Banyak sebab mengapa kita tak sukakan Isnin. Mungkin kita tak sukakan kerja kita. Mungkin kerja tersebut bukan apa yang kita idamkan. Mungkin kerja tersebut tidak mencabar kebolehan. Mungkin juga kita di bidang yang salah.  Ataupun mungkin kita bosan dengan bos kita.  Kemungkinan lain? Kita sememangnya malas, nak releks tapi dalam masa yang sama nak pula duit masuk berkepuk-kepuk.

So, do you love your job then?
Ramai yang suka dan sayangkan kerja mereka. Dan ramai juga yang  tak sukakan kerja mereka. Dalam tak suka, kita masih juga mengharung trafik jam seawal subuh. Soalannya, kalau dah tak suka, kenapa pergi kerja jugak? Carilah kerja lain yang membuatkan kita tak sabar-sabar menunggu Isnin. Mungkin sudah terlalu lama kita bencikan Isnin, sedangkan yang kita tak suka ialah kerja kita dan menjadikannya alasan mengapa "I hate Monday!".


COMFORT ZONE.

Pernah dengar cerita orang yang sangat takut dikejar anjing, pagar yang tinggipun boleh dilompatnya? Manusia selalunya bertindak untuk memenuhi keperluan. Semakin ekstrim keperluan tersebut, semakin ekstrim kebolehannya bertindak dan melakukan sesuatu.  Keupayaannya berfikir juga meningkat. Tetapi jika dia tak perlukan apa-apa maka dia tidak merasakan perlu untuk berbuat apa-apa.  Jika semuanya sudah okay, cukup makan, ada rumah, dan keperluan asas yang lain mencukupi maka dia lansung tidak berbuat apa-apa. Dia selesa dengan keadaannya. Bangun pagi > pergi kerja > kerja > balik kerja > rehat > tidur > bangun pagi > ulang. Akhir bulan dapat gaji > bayar hutang > bayar rumah > bayar kereta > bayar babby sitter > tunggu hujung bulan > dapat gaji > ulang. Kita percaya bila buat berulang-ulang selama 10 tahun maka ianya menjadi satu karier...

Dalam mod ini, ada yang bercita-cita untuk sambung belajar, mengejar impian, menambah pendapatan, berniaga sampingan tapi tak mahu pula keluar dari zon selesa. Keluar dari zon selesa memaksa kita bersusah payah.  Buat perkara di luar kebiasaan. Zon selesa inilah yang membuatkan susah untuk kita menerima perubahan.

Langkah pertama.
Sedar kita sedang berada dalam zon selesa merupakan satu langkah permulaan yang baik. Menerimanya dengan penuh kesedaran dan mula berfikir untuk berubah - proaktif.  Berfikir dan memulakan sesuatu - inisiatif.

Lepas tu nak buat apa?
Saya suka apa yang Danny Choo tulis:
"When you don't know what to do, do anything as something always leads to something. Nothing always leads to nothing".

Fikirkan apa yang kita suka (your passion), apakah kemahiran kita (your skills). Dalam tak tahu nak buat apa, buatlah apa saja.  Buatlah betul-betul.  Buatlah sungguh-sungguh - "something always leads to something".  

Tapi duit tak ada...
Jika apa yang ingin kita lakukan memerlukan duit dan kita pula tidak mempunyai duit, itu lansung sudah tidak relevan pada zaman ini. Jika kita tahu menggunakan komputer dan ada kemudahan internet - itu sudah lebih dari cukup. Belajarlah apa saja, tambah ilmu, tambah kemahiran.  Tak tahu?  Tanyalah apa saja, berhubunglah dengan sesiapa saja - semua jawapan di situ, dan ianya percuma!  Just Google!

Kita selalu fikir, untuk mendapatkan sesuatu perlu ada duit.  "Saya tak ada duit, sebab itu tak berpeluang pergi melancong..."

Saya tahu seseorang yang masuk dan menang peraduan (secara ekstrim), dan menikmati hadiah bermacam-macam...setiap selang sebulan melancong dengan pakej mewah merata tempat.  "Aku tak banyak duit, sebab itu melancong cara begini..."  Ini cerita betul.

"Something always lead to something."


On loosing your job...

The best part...you are forced to leap out of your comfort zone. Azab?  Memang azab.

Orang kata sudah terantuk baru terngadah. Ada kalanya manusia berubah hanya bila sudah "terantuk". Tak mengapa jika dalam terngadah, kreativiti meningkat mencari jalan, usaha jadi berganda untuk lebih berjaya dan kita berupaya melihat dunia dengan persepsi berbeza.

Keluar dari zon selesa memang susah.  Buat perkara yang kita tidak biasa buat memang susah.  Sebab itu tidak ramai yang sanggup keluar dari zon selesa. Tapi, terlalu selesa ada keburukannya!

Melakukan perubahan memang ada risiko dan bukankah semua perkara ada risikonya?  Walau berisiko, walau azab ianya berbaloi.


PAUSE!

Selami diri.  Apa yang anda suka?  Apa bakat dan kebolehan yang ada?  Mulakan di situ.  Leap out of your comfort zone.  Bungee jumping pun boleh!

In the end, loosing your job can really change your live.  
Is it worth it? Yes.   Can  you do it? Yes.

And who knows? You may finally love your Monday!

Happy Monday, guys!

_______________________________

(Tahu siapa Danny Choo? Tak tahu? Tahu siapa Jimmy Choo? Got it? Thanks to my daughters who really into 'anime' thing and they introduce me to him and keep on bugging me to read his story.  Now I trully learned...anybody can inspire anybody in what they do...learn from the story, connect it to your values, look at it from the Islamic point of view...your wisdom grows.  Again, I learn from my daughters.)

_______________________________

Allah jadikan sesuatu pasti ada sebabnya...
Yes indeed!