Friday, June 19, 2009

Mustajabkah doaku?

Catatan Umrah - backdated.

Dari Malaysia, ramai berkirim doa di Raudhah, di depan Kaabah, di Hijr Ismail, di Pancur Emas, di Multazam, di Makam Ibrahim....

Termasuklah Nisha, bila saja memberitahu rakan-rakan dan guru, semua rakan ikut gembira dan berpesan doa - cemerlang PMR, cemerlang SPM, dan macam-macam doa lagi, malahan ada yang minta doakan agar ayahnya membelikan PSP sebagai hadiah...budak-budak...itulah perkara yang diingininya mengikut pemikiran yang masih muda...Saya mengingatkan agar Nisha menulis doa-doa tersebut agar tidak lupa siapa yang meminta apa...penuh 2 muka surat senarainya....dan Nisha membaca doa tersebut satu persatu terutamanya di Raudhah dan di depan Kaabah.

Bagi saya, pesanan doa tidaklah sampai 2 mukasurat, tidak sampai pun 5 orang yang berpesan, dan mudahlah mengingatnya tanpa perlu membaca catatan. Doa-doa itulah yang saya baca khusus di Raudhah, di Hijr Ismail, di Multazam dan di Makam Ibrahim.....kecilnya rasa diri ini, semoga mendapat kemakbulan daripada Allah...maklum sajalah....semua itu harapan, pesanan dan amanah orang...

Mustajabkah doa ku? Sudikah Allah mendengarnya? Sedangkan banyak sangat dosaku....

Pagi itu, selepas tawaf sunat, saya berdoa kesekian kalinya di depan Multazam...doa untuk adik beradik sangat dekat di hati saya....memohon dengan mendalam terasa sayangkan mereka....

Sampai ke bilik, baru sempat membuka telekung tiba-tiba handphone berbunyi nada menerima SMS. Siapalah yang 'tersesat' SMS saya kali ini? Tidak ramai kenalan dan pelanggan yang tahu saya di Mekah, jadi beberapa kali 'tersesat' SMS dan panggilan mereka, ingatkan saya di Malaysia.

"Long, doa Along dah Allah makbulkan. Terima kasih doakan kami. Alhamdulillah, rumah kitorang dah ada pembeli... dah confirm...tolong doakan kitorang dapat loan pulak ye..."

SMS dari Ijun membuatkan saya terduduk sekejap. Memang itulah pesan Ijun, untuk mendoakan agar mudah menjual apartmennya di Shah Alam. Saya mendoakannya sekali ketika di Raudhah, dan baru pagi tadi sekali lagi di depan Multazam. Masya-Allah....mustajab benarkah doaku?

Sungguh! Dalam hati bukan berasa bangga, bercerita inipun bukan mahu menunjuk-nunjuk...Wah! Lihat doaku mustajab...tidak.... Cuma rasa terharu Allah sudi makbulkan....memang benar...jangan sekali-kali bersangka buruk dengan Allah....

Baru sehari sampai ke Malaysia, saya menerima satu panggilan:

"Terima kasih doakan akak, doa Ani (rakan-rakan memanggil saya Ani...) Allah dah makbulkan! Akak baru tengahari ni dapat surat diterima masuk dalam waiting list pergi haji tahun ini....terima kasih doakan akak.... dalam waiting list pun akak dah happy... terima kasih Ani...terima kasih...."

Kak Ida (kakak yang membawa Nisha & Amni ke sekolah) minta sangat mendoakannya berpeluang menunaikan haji tahun ini, sehingga menitik airmatanya berpesan dengan Nisha dan saya sendiri.

Masya-Allah! Alhamdulillah! Apa lagi nikmat Allah yang aku mahu dustakan?

Tuesday, June 16, 2009

Umrah - freshie, sophomore, senior

Catatan umrah - backdated

Kali pertama umrah, setiap satu langkah dibuat dengan penuh hati-hati. Name tag, beg sandang mesti dipakai. Takut hilang....takut silap.....takut tidak sah..... Pemandangan bagi jamaah yang baru sampai dan pertama kali menlakukan umrah sama seperti freshie yang baru masuk U. Dengan name tag-nya, dengan kumpulannya....airmuka takut-takut....semua peraturan dipatuhi....
Begitulah kami ketika umrah wajib....perasaan takjub, takut, teruja....bercampur dan bergaul....otot memang stress....tahap keyakinan rendah. Pelbagai cerita tentang umrah yang tidak sah, tawaf yang tidak sah tapi bertahalul, melanggar pantang larang umrah dan jumlag dam yang kena dibayar, dan cerita paling saya takuti ialah balik ke Malaysia dalam keadaan belum bertahallul akibat kejahilan sendiri....Na'uzubillah... Terbawa-bawa kebiasaan diri seorang ibu, saya berdoa dari Madinah lagi (malahan dari Malaysia), setiap kali ke Raudhah, itulah antara doa yang wajib saya pohonkan... Maklumlah, freshie....banyak benda yang ditakutkan....

Umrah kedua, kami dilepaskan oleh mutawif untuk menyempurnakannya sendirian tanpa bimbingan, Mutawif hanya menghantar hingga ke Tanaim, selepas itu, kami sendiri perlu menyelesaikan tawaf, sa'ie dan tahallul. Berhati-hati juga....maklumlah...baru dapat kebebasan...macam sophomore year....

(Nisha dengan "Imam" di Masjidil Haram)


(Selepas umrah "senior" ...sangat hampir sebenarnya dengan Kaabah...)

Tapi nikmat tahap maksimum bila mengerjakan umrah ketiga....tahap senior...heh...heh.... kepuasannya tidak mampu digambarkan....santai, yakin, khusyu', tawadhu'..... Kami ke Tanaim mengikut Zaid dan rakan-rakannya yang dah biasa ke Tanaim menaiki bas. Zaid berumrah dengan rakan-rakannya, dan saya dengan suami dan Nisha. Hati sudah confident dengan rukun-rukun yang perlu dilakukan, Masjidil Haram pula sudah seperti 'rumah sendiri'...fokus dan keseronokkannya amat terasa...ketika tawaf...berjujuran air mata...setiap pusingan, setiap doa yang dibaca sangat releven...suami memimpin Nisha di kanan, saya memegangnya di kiri...melalui Rukun Yamani...melalui Hajar Aswad...nikmatnya....nikmatnya.....

Selepas tawaf, kami mendapat tempat paling hampir di belakang Makam Ibrahim, tetapi kawasan lelaki. Polis berpurdah mengarahkan saya ke belakang...tiba-tiba terlintas hati untuk solat sunat berjamaah....polis berpurdah sudah menolak-nolak saya dan Nisha ke belakang, kemudian saya bersuara, "Jamaah...jamaah...", sambil menunjuk suami. Dia terus menarik saya ke depan semula, "Aiwah...aiwah...", rasanya bermaksud silakan...silakan....Malahan dia menolak saya dan Nisha lebih ke depan.

Kami solat sunat Tawaf berimamkan suami...air mata saya turun bagai hujan monsun....terharu sangat menerima peluang ini....berpeluang juga suami saya menjadi imam di Masjidil Haram. Selepas salam, suami mengunjuk buku doa kepada saya untuk membaca doa khusus ketika di belakang Makam Ibrahim. Saya membacanya dalam Bahasa Malaysia sambil di aminkan oleh suami dan Nisha...sudah semestinya....menangis lagi.....heh...heh....

Selepas habis doa, saya memohon maaf pada suami, bersalaman dan memeluknya, "Pimpin I, nasihatkan I mana-mana yang I buat salah." (Mestilah dengan menangis...)

Sepanjang sai'e, sekejap-sekejap bertembung Zaid dengan rakannya, saya perhatikan matanya tunduk mengadap buku doa tidak putus-putus, kamipun mungkin dia tak perasan. Masuk ke Masjidil Haram, hati ringan seperti terbang di awangan.....puas sepuasnya, nikmat senikmatnya....



Monday, June 15, 2009

Siapakah itu?

Tengahari itu, selepas zohor saya, Nisha dan suami balik ke bilik untuk berehat sebentar. Masuk saja bilik, ada seseorang sedang duduk berehat di atas katil Zaid. Terperanjat saya dibuatnya…



(Zaid ketika baru sampai di Madinah
- Mat Afro Sempoi...)

“Siapakah itu…?” Usik saya. Suami tersenyum-senyum. “Eh….abang potong rambut…” Nisha bersuara dalam nada gembira. Hati saya kembang melihat Zaid dengan penampilan baru. Rambut ‘afro’-nya sudah dipotong nipis ala ‘Mawi’. Keterampilannya, air mukanya berubah sama sekali. Dalam hati saya, Zaid seperti Zaid yang dulu…sejuk hati saya…alhamdulillah…alhamdulillah….

Saya dan Nisha kemudiannya mengusik suami. “Haa…abah kena botak pulak lepas ni.” “Betul….betul…standard kena lebih dari anak…” Saya menambah. Suami hanya senyum-senyum.



(Selepas umrah wajib - masih Mat Afro Sempoi)


Banyak perkara yang saya seronok lihat tentang Zaid ketika di sana. Dia berjubah, ke masjid, memakai ihram, semuanya membuat hati saya rasa sejuk… Satu pemandangan yang saya tidak akan lihat jika di Malaysia. Kebetulan ada rakan sebayanya yang boleh dijadikan geng ketika di sana, sudah tentu Zaid selesa ke sana ke mari dengan rakan-rakan, tidak mengekor ibubapa sepanjang masa.

Rambut afro Zaid memang ‘out-standing’ dari awal lagi. Di imigresen sewaktu di airport Madinah, polis-polis sudah mengusiknya dan ‘mendera’ Zaid dengan mengambil gambarnya dan kesemua cap jarinya. Orang lain lepas dengan cepat, tapi Zaid kena ‘tahan’. Di Madinah, orang Arab akan menegur rambutnya, di hotel juga orang menegur rambutnya, “Nice hair…nice hair…” (Hakikatnya, saya langsung tidak suka fesyen rambutnya itu…heh…heh…biasalah, dah pembawakan ibu…)

Esoknya, ketika menaiki bas untuk sesi melawat, sebaik saja Zaid naik ke bas, satu bas menyorak penampilan barunya. Jamaah lain sibuk menegurnya dan memberi ‘ulasan selari’ dengan penampilannya itu. “Haa…barulah nampak muka budak baik….” Pakcik Kelantan menegurnya dengan slang Kelantan yang cukup menggelikan hati. Dalam hati berdoa, biarlah transformasi yang kecil ini akan membawa sesuatu yang signifikan….



...siapakah itu?













Batuk dan mengantuk.

Catatan umrah - backdated

Ketika membaca tips dalam buku Travelog Haji, saya suka tips Prof. Kamil tentang beri gula-gula batuk. Jadi saya bersedia dari Malaysia dengan sekotak gula-gula batuk yang dipotong kecil-kecil mengikut tablet. Dari Madinah hinggalah ke Mekah, saya dan Nisha ‘looking forward’ untuk mendengar orang batuk supaya kami dapat bersedekah gula-gula itu. Bila difikir-fikir semula, patutlah kami tidak berjumpa seorangpun yang batuk, sebab pasti Allah tidak makbulkan doa kami yang mengharap-harap ada orang lain yang sakit agar kami boleh bersedekah dan meringankan batuk orang lain.

Tiba-tiba satu hari di Masjid Nabawi, saya dan Nisha diserang mengantuk. Bertasbih….terlelap, mengaji…terlelap. Tersengguk-sengguk kami berdua. Kami basahkan muka dengan air zam-zampun tidak hilang. Dalam kami ‘berhempas pulas’ melawan mengantuk, tiba-tiba Mak Arab sebelah menghulurkan gula-gula. Ajaib sungguh, mengantuk kami hilang terus selepas makan gula-gula tersebut. Kami rasa amat berterima kasih dan bersyukur dengan pemberian tersebut. Dapatlah kami sambung mengaji selepas itu.

Komen Nisha, “Bu, kena beli gula-gula biasa jugaklah Bu. Orang tak batuk, tapi mengantuk…” Katanya sambil ketawa. “Yalah…” Sayapun ikut ketawa.

Di Mekah baru kami berkesempatan membeli gula-gula manis. Selepas itu, baru Nisha berpeluang bersedekah ‘kecil’. Orang mengantuk, budak-budak, orang tua, semua diberi oleh Nisha. Mula-mula dia malu-malu, tapi kemudiannya, aktiviti sedekah gula-gula menjadi aktiviti kegemarannya. Gula-gula manis lebih “laku”. Pelik tapi benar, tidak ada orang yang batuk, tapi ramai yang mengantuk. Sedekah itu mungkin kecil, tapi cukup memuaskan bila kita dapat menggembirakan orang lain….paling ‘best’, markah tetap 100,000 juga…Alhamdulillah!
(Saya hanya berkesempatan memberi 2 biji gula-gula batuk kepada seorang jamaah saja, ketika itu dia terbatuk-batuk tanpa henti secara tiba-tiba. Sebelumnya dia mengaji dengan baik… Mungkin Allah sengaja memberi peluang kepada saya, wallahu’alam.)

Silap lagi tengok jam...

Catatan umrah (backdated)

Sebenarnya tiada alasan yang munasabah tentang salah tengok jam ni. Banyak yang boleh dilakukan supaya tidak silap waktu solat. Tapi, sebenarnya saya bersyukur kerana kesilapan itu…semua yang berlaku akibat dari kesilapan tersebut berlaku tanpa dirancang. Kalau adapun hanyalah detik hati yang ada sejak di Malaysia lagi.

Selalunya bila berbual-bual dengan Zaid, sering terdetik dalam hati, teringin solat berimamkannya. Dialah satu-satunya anak lelaki, dan naluri ibu mana yang tidak teringin untuk solat di belakang anak lelaki sendiri. Solat di belakang suami tentulah sudah menjadi kebiasaan. Salah saya juga, bila solat berjamaah, selalunya kami berimam dengan suami. Bila abah datang ke rumah, pastinya berimamkan abah. Bila tidak biasa disuruh menjadi imam (tugas biasa Zaid sekadar qamat), sudah tentulah timbul berbagai alasan bila diminta jadi imam terutamanya bila suami tidak ada. Entahkan malu, entahkan nervous…sebab itu hajat hanya sekadar detik hati, adakalanya diluahkan dalam bentuk gurauan, yang saya pasti akan dijawab dengan penolakan dari Zaid.

Tanpa diduga, hari itu Allah ingin makbulkan hajat saya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Waktu Asar sebenarnya masuk lebih kurang 3.15ptg. Entah macamana saya sangka 4.15ptg. Suami sudah pergi lebih awal, tinggal saya, Nisha dan Zaid di bilik. Waktu itu sudah pukul 3.00, saya ingat masih awal. Saya merancang, pukul 3.45 baru akan ke masjid. Sebaik kami keluar pintu, terdengar qamat, apalagi, kami saling berpandangan, terus membuka buku nota yang tertulis waktu solat. Padanlah suami keluar awal benar, sebenarnya bukan awal, saya yang silap. Terkilan betul rasa hati kerana kelalaian diri.

Kami masuk semula ke bilik dan saya membentang 2 sejadah, satu untuk saya, dan satu untuk Nisha. “Tak pelah Nisha berjamaah dengan ibu saja kat bilik ni.” Zaid bersuara, “Nak solat jamaah ke Bu?” Entah apa yang membuat saya menjawab sebagaimana saya menjawab saya pun tak tahu, yang pasti ayat ini tiba-tiba terpacul dari mulut saya, “Yalah, ibu nak jamaah dengan Nisha je lah... Kalau takpun, Zaid nak ke jadi imam ibu solat?” Soalan saya sangat perlahan, hampir saya sendiri yang mendengarnya. Dalam hati sudah terngiang-ngiang jawapan Zaid. Demi Allah, saya amat pasti dia akan menolak.

Saya lihat Zaid bangun dan jawapannya amat mengejutkan saya, “Boleh jugak…”. Dan dia terus berdiri di depan sejadah. Dia tidak terpaksa, dan saya tahu dia melakukannya dengan sukarela. Saya berpandangan dengan Nisha dan kami mengangkat takbir di belakangnya (perasaan syukur bercampur-campur dengan tidak percaya).

Sepanjang 4 rakaat solat Asar petang itu, hati saya sayu dalam kesyukuran yang amat sangat. Airmata berlinang dan menitis satu-satu tanpa saya dapat menahannya. Dalam hati saya pada sujud terakhir, “Ya Allah, terima kasih atas kurniaan ini, dapat juga aku satu peluang untuk solat di belakang anakku. Jikapun aku mati, sungguh tidak aku terkilan! Terima kasih Ya Allah!”

Memang tidak saya sangka saya mendapat peluang ini. Saya ingatkan, entah bila saya akan mendapat peluang tersebut. Dan Allah memberikannya disaat saya tidak langsung menduganya

(Kepada yang mengenali Zaid, pasti tahu menelah hati saya ketika itu…inilah bonus saya yang ketiga!)

Tukang urut.

Catatan unrah (backdated)

Menegur dan ditegur jamaah lain ketika di masjid memang satu kebiasaan. Untung jika dapat berbual dalam bahasa Inggeris, tapi selalunya dalam bahasa isyarat. Dalam tidak faham, kami dapat menjawab soalan satu sama lain. Syukur juga ada belajar Bahasa Arab masa sekolah dulu, dalam ‘broken’ Arab, boleh juga kami berbual.

Sambil menunggu solat Zohor, ada jamaah yang tidur, dan duduk santai berselunjur. Mak Arab di sebelah saya nampak uzur dan keletihan. Dia menegur, “Indonesia?”. (Sepatah perkataan ini sudah cukup untuk difahami maksudnya bertanya “Dari Indonesia ke?”). Lantas saya menjawab “Malaysia.” Dia tersenyum sambil mengurut-ngurut kakinya dan bercakap lagi dengan saya (kali ini, saya langsung tak faham apa yang dia maksudkan). Saya dan Nisha senyum dan mengangguk-ngangguk (sekadar besopan-santun heh…heh…). Tiba-tiba dia mengambil tangan saya dan meletakkan ke kakinya, (gayanya seperti meminta saya mengurut kakinya). Sudah…kali ini jadi tukang urut bidan terjun pulak….

Sayapun mengurut-urut kakinya mengikut apa yang selalu tukang urut pernah lakukan pada saya, maklumlah, sayapun memang suka berjumpa tukang urut…. Lama juga saya mengurutnya, entah betul entahkan tidak. Dia nampak lega dan berterima kasih, sambil bercakap-cakap dengan rakannya. Mereka tersenyum-senyum nampak gembira. (Saya agak urutan saya mujarablah tu…heh..heh…)

“Pandai pulak ibu urut dia, ibu belajar dari mana?” Soal Nisha. Saya tergelak, “Entahlah, ibu hentam je tadi…”. “Hentampun nampak macam terror…”, kata Nisha. Saya tersenyum-senyum, hidayah apalah yang Allah cuba berikan pada saya ni…hari tu di Masjid Nabawi, jadi tukang jahit, hari ni di Masjidil Haram, jadi tukang urut pulak. Allah suruh saya belajar menjahit ke? Atau, Allah suruh buka Spa Q? Tak dapat saya membacanya…