Monday, September 28, 2009

Pergi...

Hari Raya sememangnya membawa 1001 semangat ukhuwwah yang berbeza daripada hari-hari atau bulan-bulan yang biasa.

Waktu inilah, rakan-rakan yang sudah lama tidak dihubungi, akan dihubungi, walau sekadar sms ucapan Selamat Hari Raya. Rumah rakan-rakan yang tidak pernah dikunjungi akan dikunjungi. Rumah saudara-mara yang tidak pernah dijejaki, akan dijejaki. Jarak tidak menjadi satu halangan. Yang dekat, yang jauh, malahan yang sangat jauh akan diziarahi. Awal pagi, hinggalah lewat malam, semua waktu dan masa sesuai untuk menjadi tetamu dan menerima tetamu. Datanglah awal pagi, datanglah lewat malam…pasti dimaafkan, malahan akan pasti disambut mesra.

Dan malam itu, walaupun jam sudah menunjukkan 1.30 pagi, saya mengambil masa mengirim sms ucapan kepada semua rakan-rakan dan saudara-mara di dalam ‘address book’ telefon bimbit saya yang lama. Semua yang berada di dalam ‘address book’ telefon bimbit baru sudah saya kirimkan sehari sebelum Hari Raya. Kerana sms ini dikirimkan lambat kepada mereka, maka saya tulis begini:

Biarpun lambat ucapan ini kukirimkan,
Dirimu sentiasa dalam ingatan,
Selamat Hari Raya…
Dari Asnija & Keluarga

Mungkin kerana waktu sudah terlalu lewat, saya hanya menerima balasan pada keesokan harinya, berderet-deret sms balasan yang saya terima. Dan kamipun berbalas-balas sms, bertanya khabar dan perkembangan masing-masing. Dalam puluhan sms itu, saya menerima hanya 1 panggilan telefon…bukan dari talian telefon bimbit, tapi dari talian rumah.

“Anak ni ada sms ke Raja Aini malam tadi ye?” Perlahan suara Makcik ini di dalam talian. Hati saya terdetik perkara yang bukan-bukan apabila Makcik ini yang menjawab sms saya…..tapi…tak mungkin lah…bisik hati saya.

“Anak ni kawan sekolah Raja Aini ke?” Soal beliau lagi. Saya semakin tidak sedap hati.
“Tak makcik, saya dulu satu ofis dengan dia, kemudian dia kerja di tempat lain dan saya pun sekarang sudah bekerja di tempat lain.”
“Oh…” Jawabnya. “Anak ni nama Asnija ye? Dalam phone ni keluar nama Asnija.” Soal Makcik ini semula.

“Ya….saya Asnija."

"Asnija ni baik ye dengan Raja Aini?" Soal beliau lagi.

"Saya dengan Aini rapat semasa di syarikat lama, cuma jarang sangat bercakap di telefon. Tapi sekali-sekala bila berbual, macam-macam kami ceritakan, segala rahsia kitorang kongsi…” Saya cuba bersuara dengan nada ceria, walaupun dalam hati saya bagai boleh menjangka perkara yang bakal makcik ini beritahu seterusnya…..ahhh…tak mungkin…berkali-kali hati saya menafikan detik hati saya yang negatif…

“Sebenarnya….” Suara makcik ini sudak mulai serak, dan beliau menangis…. lutut saya sudah mulai lemah, dan hati saya berdebar-debar untuk menerima perkhabaran yang saya tidak bersedia untuk menerimanya…

“Sebenarnya, Raja Aini dah meninggal…dia dah tak ada lagi Asnija….” Ucapan inilah yang saya sudah jangkakan…dan sekarang sudahpun saya dengari sendiri. Perasaan terperanjat, sedih, lemah, termangu…semuanya ada…
“Ya Allah, makcik! Innalillahiwainna ilaihi roji’un…! Bila tu makcik?”
“Bulan Jun lepas, ni dah nak masuk 3 bulan dia pergi…” Tangisannya teresak-esak.

Dan tengahari itu, saya mendapat perkhabaran pemergian seorang rakan yang saya kira seorang sahabat karib, meninggal kerana kanser leher, dengan cara yang tidak saya sangkakan. Arwah menerima pengesahan kanser dalam keadaan yang sihat…tetapi beberapa bulan kemudian terus merosot kesihatannya…

Saya mengira-ngira…bermakna sudah setahun tidak menghubungi arwah…jika tidak, pasti saya sudah tahu keuzurannya. Jikalah saya tahu, sudah pasti saya berkesempatan mendoakan beliau di depan multazam…hati jadi sangat terkilan. Banyak kali ingin menghubungi beliau, tetapi terbiar begitu sahaja. Saya rasa marah dengan diri sendiri…taking things for granted!!

“Arwah ingin sangat berjumpa dan bercakap dengan Asnija, tapi gagal menghubungi. Dia ada minta juga kawan-kawan carikan, tapi sampai sudah tak sempat berjumpa Nija….”

Kata-kata ibu arwah yang penghabisan ini, membuatkan saya bertekad….apabila terdetik di hati…usah dibiarkan sekadar terdetik…teruskan saja…

Jika terdetik untuk menelefon…telefon terus. Jika terdetik untuk berjumpa…jumpa terus. Jika terdetik untuk lakukan sesuatu….usah tunggu lagi, buat terus….

Bertangguh…nyata….hanya merugikan….pasti menyesalkan….
(Al-Fatihah buat sahabatku Raja Aini, semoga di tempatkan di kalangan orang-orang yang dirahmati Allah SWT...Al-Fatihah.)

31 comments:

  1. salam sayang untuk kak nija

    saya pernah melalui situasi ni,gerak hati saya kuat mengatakan sesuatu akan berlaku,perasaan dan minda berhempas pulas menafikan ,memujuk hati mengatakan itu hanya khayalan dan mainan perasaan,tapi akhirnya ia benar2 berlaku seperti yg saya fikirkan....

    masyallah n3 ni benar2 memberi kesan dijiwa saya...

    ReplyDelete
  2. Salam Mas,
    Memang, gerak hati pertama selalu nyer betul....

    ReplyDelete
  3. Salam Datin,

    Moga Rohnya Raja AIni dicucuri rahmat Allah. al Fatihah

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailaihirajiun..
    tiba-tiba saya teringat kawan lama yg dah bertahun terputus hubungan,namanya Raja Aini Aizara Raja Aman..mungkin bukan orang yang sama..

    ReplyDelete
  5. salam Datin Asnija..

    Innalilah......"semoga roh arwah berada disisi orang orang yang beriman..Datin ..jgn lah tangisan jadi teman, iringi lah dgn doa semoga beliau senang disana..insyalah..allah swt Maha Besar..semua ini dtg dari Izinnyer...aminn..sya berasa sungguh simpati...

    waslam

    ReplyDelete
  6. Salam Datin Asnija,

    Semoga roh Raja Aini ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

    ReplyDelete
  7. salam asnija,

    kadangkala kita atau sesiapa saja terlupa perkara2 sebegini akibat kesibukan . saya juga spt nija akan menghantar sms dimalam raya sebagai tanda ingatan .
    semoga roh raja aini ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

    ReplyDelete
  8. salam kak nija..
    hmm 1 lagi kisah sedih di aidilfitri.. semoga roh nya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  9. Salam kak Nija...

    Al-fatihah untuk sahabat kak Nija...

    ReplyDelete
  10. Asnija
    Sekali lagi saya berlabuh..
    Lagi jauh pelayaran kita lagi banyak yang dapat dialami – gelora, ombak , pandangan yang luas yang menyenangkan perasaan - apakah gerangan yang menunggu bila semuanya berakhir? Raja Aini samapai dahulu - semoga aman dan damai.
    Pakcik

    ReplyDelete
  11. Pinat,
    InsyaAllah bukan your friend, sebab nama arwah tak de Aizara nyer...
    Apa kata Pinat carik kat FB...insyaAllah boleh jumpa...dah terniat nak contact tu...carik sampai jumpa...jangan nanti terkilan...

    ReplyDelete
  12. Cik Lie,
    Terima kasih atas ingatan simpati, insya-Allah, akan mendoakan arwah selalu...asyik tebayang wajah arwah...

    ReplyDelete
  13. Salam Cik Azemi,
    Terima kasih atas doa dan ingatan simpati pada arwah...saya amat menghargainya bagi pihak ibu arwah...

    ReplyDelete
  14. Salam Rezeki,
    Masa arwah sudah tiba, masa kita...kita tak tahu..entahkan tahun ini nama sudah masuk ke dalam list Izrael...semoga akhir kita dalam iman dan sebaik-baik penghabisan...amin!

    ReplyDelete
  15. Salam Pijal,
    Memang selalunya Hari Raya ada cerita gembira, ada cerita sedih...agaknya supaya kita beringat-ingat....

    ReplyDelete
  16. Salam Tikah,
    Terima kasih atas doa dan Fatihah ye...appreciate sangat...

    ReplyDelete
  17. Salam Pakcik,
    Kitapun tak tahu bilakah pelayaran kita akan berakhir...semoga kita tidak hanyut, tetapi bijak mengemudi...

    "If we are the yacth...there's a real big difference between drifting and sailing..."

    ReplyDelete
  18. Salam kak nija

    Betui kata akak buatlah sekarng..selagi dia masih ada..jgan ditangguh2...itulah pesan ustz sya masa kelas aqidah...masa yg ada gunalah sebaik2nya.

    ReplyDelete
  19. Alfatihah buat arwah Aini, moga ditempatkan bersama org2 yang beriman dan beramal soleh. Sedih saya hari ni, buka blog PDKM kisah perpisahan En Li dgn AyahandaBonda, bukak bolog Datin baca kisah Aini :-(

    Itulah resepi hidup, ada suka ada duka, ada ketawa ceria ada gundah gulana....saya bersyukur atas segala2nya.

    Datin, saya punya gerak hati yg agak kuat, selalu apa yg terdetik di hati akan menyusul di alam realiti...kkdg sampai takut nak fikir mcm2. Pernah saya berkata kat geng2 di USM semasa kami camping di Gunung Jerai, pd cuti raya cina tahun 1992 "eh....jgnlah ngumpat hal org, takut org tu meninggal esok, kita tak sempat mintak maaf"...tup tup esoknya dpt tau org ternama tu meninggal....seram pun ada...masa tu semua mata dan suara menjerkah saya....now am very cautious of this kinda thing

    ReplyDelete
  20. Kak Nija,
    semoga arwah dilimpahi rahmatNYA..setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya..kita yang tinggal kini menunggu giliran...

    ReplyDelete
  21. Kak Nija,
    semoga arwah dilimpahi rahmatNYA..setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya..kita yang tinggal kini menunggu giliran...

    ReplyDelete
  22. salam ied mubarak,
    salam kenalan puan Asnija..

    ReplyDelete
  23. Salam Shami,
    Alhamdulillah dah balik pun adik akak ni ye...seronok beraya kan...akak pun seronok gak...

    Sama-sama kita berusaha agar dapat membuat sikap bertanguh-tangguh ni kan....adakalanya senang sangat leka...

    ReplyDelete
  24. Salam Cik Imran,
    Seronok nyer Cik Imran dah muncul nih...terima kasih atas ingatan simpati...semoga Allah mencucuri rahmat pada arwah.

    Ada kuih raya lagi? Seronok dengar Cik Imran berjalan raya pusing-pusing satu Paris...ya la...bila kita sesama Islam, memang tak perlu melihat perbezaan bangsa dan negara kan...

    ps: Harap sume masalah sudah di selesaikan....

    ReplyDelete
  25. Salam Nadirah,
    Selamat bertandang ke rumah K.Nija ni...datang le sembang-sembang selalu, kat sini ada ramai kakak dan abang yang kaya dengan pengalaman hidupnya...K.Nija pun banyak belajar dari mereka...

    ps: Terima kasih atas ingatan simpati pada arwah.

    ReplyDelete
  26. Salam Ummi,

    Selamat bertandang dan berkenalan. Terimakasih kerana sudi menjengok rumah Nija ni...singgah la selalu, boleh kita bertukar-tukar cerita dan rasa...

    ReplyDelete
  27. Salam Che Imran,
    Terima kasih kerana sudi jadi follower...besar hati saya...appreciate sesangat...

    ps: bagus kalau ada firasat yang kuat, satu kelebihan tu...berdoa semuga firasat yang datang baik-bvaik semuanya...makna nya doa Che Imran senang Allah makbulkan, lintas dalam hati je...terus makbul....

    ReplyDelete
  28. Salam Ummi,
    Terima kasih atas kesudian jadi follower. Appreciate dan terharu...thanks..

    ReplyDelete
  29. salam datin,

    al-fatihah buat arwah aini.
    sedih rasanya bila kita tau2 orang tu dah tiada lagi.

    ReplyDelete
  30. Salam K.Nab,
    Memang sedih dan terperanjat...macam tak percaya kan...eh...betul ke ni?

    Terima kasih atas al-Fatihah dan ingatan ya K.Nab...

    ReplyDelete