Wednesday, June 26, 2013

Suruhan ibu yang luarbiasa dari biasa...


Memang tak biasa suruh macam ni!!

"Buka facebook cepat..."


"Nisha, buka facebook!"
"Amni, cuba tengok status kat facebook...cepat!"

Lain macam suruhan saya yer...
Selalu yang saya suruh "Tutup facebook cepat...!"

Tapi kali ini saya yang menyuruh mereka menyemak status berkali-kali...dah pukul 10.00 malam pun saya suruh mereka buka facebook masing-masing...

Tak pernah-pernah rasa nasib baik ada facebook!

"Ok, Bu! Dah ada info dah..."

"So, apa citer?"

"Esok cuti lagi...!"


(Terima kasih untuk semua cikgu yang sangat setia mengemaskini status FB demi anak murid masing-masing. Walau seronok bila sekolah cuti akibat jerebu, tapi kena ganti nanti jangan pula liat nak pergi sekolah...)

Tapi sekolah di rumah tetap di buka yer...3 hari dah personal tutor ni buat overtime...

Saturday, June 22, 2013

Tips Menceriakan Pagi Sabtu...

Tips ni untuk orang yang nak jadi positif sahaja!

1. Bangun awal. Mandi terus! Jangan liat dan fikir nak sambung tidur.

2. Solat subuh dengan tenang sebab tak berkejar nak pergi kerja.

3. Beristighfar 100 kali.

4. Doa yang paling ikhlas dari dalam hati. Biar pendek tapi ikhlas mengharap pada Allah.

5. Mengaji - satu ع pun jadilah...

6. Tunggu solat sunat Isyraq - masuk dalam lebih kurang 8.00 -8.30 pagi - membuka pintu rezeki dan hidayah dari Allah SWT.

7. Lepas tu solat Dhuha - mudah mendapat rezeki dan jalan keluar dari masalah.

8. Lepas tu masak sarapan pagi - seadanya...

9. Makan happy-happy dengan famili.

10. Lepak-lepak sampai tengahari - free n easy...

Best tak? Cuba dulu...baru tahu best atau tak....
Kalau tak cuba tak tahu...
Kalau dah cuba, memang tak nak tinggal dah...

Selamat berhujung minggu!


Friday, June 21, 2013

What my kids learn from The Apprentice Asia 2013 - Episode 3

Episode 3 - Go Big With Your Sales!

Dalam episod ni, anak saya belajar tentang tiga perkataan lagi.

1. Hard sell - kaedah menjual dengan lebih agresif, direct dan straightforward. Adakalanya pelanggan boleh rasa kita seakan mendesak dan mereka akhirnya lari.  Tapi ada juga kajian yang menunjukkan teknik ini membuatkan pelanggan cepat membuat keputusan dan cepat juga kita dapat hasil jualan.

2. Soft sell - kaedah ini lebih kepada membina perhubungan dan kepercayaan pelanggan pada kita. Kita kongsi maklumat dan kebaikan produk sehingga pelanggan nampak ianya relevan dan dengan rela hati membeli. Teknik ini lambat memberikan hasil jualan tapi berkesan menjadikan pelanggan tersebut setia pada kita.

3. Cold calls -  ini merupakan salah satu cara dalam hard sell, selalunya menggunakan telefon. Kaedah ni seperti kita "terjah" pelanggan kita dengan telefon.  Mereka tidak menunggu panggilan kita dan tidak tahu kita akan menelefon mereka. Cold calls perlukan keberanian, kesabaran dan kecekalan. Paling penting perlukan kemahiran memperkenalkan diri dan memulakan perbualan. Silap cara memang boleh kena maki oleh prospek. Dalam episod ini kita nampak 150 cold calls hanya menghasilkan 6 temujanji. Dan tak semestinya 6 temujanji boleh menghasilkan 6 hasil jualan. Itu yang kena cekal!

Agak-agak kat sekolah belajar tak perkataan-perkataan ni? Memang tak!

Tapi, bila kerja nanti, pemahamam tentang perkataan-perkataan ini memang sangat membantu. 

Mana tahu, kalau datang minat berniaga, tahulah juga nak guna taktik yang mana satu kalau nak untung besar. Sekarang ni business online mudah sangat untuk diceburi, tidak kira umur, asalkan rajin dan kreatif. Ramai remaja yang telah berjaya mengumpul duit poket dari perniagaan online.  Bila tahu teknik menjual yang baik, business online boleh memberi keuntungan yang menggalakkan.

Yang terbaik ialah menggunakan kedua-duanya. Kalau tahu teknik hard sell yang terbaik, digabungkan pulak dengan teknik soft sell terbaik, hasilnya memang terbaik dan berlipat kali ganda.

Siapa berniaga nak rugi, kan? Kalau dah pilih untuk jadi usahawan, mesti nak untung besar-besaran! Ganda-gandaan! Juta-jutaan!

Saya juga sedang melatih mereka untuk jadi usahawan meletop!

Thursday, June 20, 2013

Pertanyaan yang pelik dan tiba-tiba...

Setiap hari Isnin Amni balik dari sekolah lewat dari hari biasa. Saya pula sedang sibuk di dapur.  Pukul 2.00 dia akan ke sekolah agama pulak, jadi semuanya perlu pantas. Saya tak sempat keluar menegurnya dan dia pun tak sempat menegur saya.  30 minit saja masa yang ada untuk dia bersiap, solat dan makan, jadi saya pun tak mahu mengganggunya. 


Kalau dah kelam kelibut, Mochi pun tak sempat layan...
maaflah sangat... mak buzy...


Sedang dia makan, sayapun tak banyak bertanya kerana tak mahu mengganggu dia mengunyah makanan. Kalau asyik bercakap, nak mengunyah pun jadi lambat, sedangkan saya mahu dia sempat habiskan makan sebelum van sekolah sampai.

"Ibu, tahu tak cerita Cinta Jangan Pergi?" Soal Amni tiba-tiba. Tanpa hujung pangkal, topik drama pulak yang ditanyanya.

"Haaah?!!! Cerita apa tu?" Soal saya balik. Pelik bila dia bertanya tentang drama Melayu, kalau cerita Anime tu saya faham jugak sebab minat dia.

"Kenapa tiba-tiba tanya pasal cerita tu?" Saya bertanya lagi sebab memang pelik binti hairan.

"Hehe.." Dia cuma gelak tapi tak sempat menjawab sebab van sekolah dah sampai.

Hati dan otak kepala emak ni kan boleh berfikir 1001 macam. Pelik, tertanya-tanya, hairan, semua ada. Jadi saya pun men-google.

Pertama yang saya google tajuk drama Cinta Jangan Pergi. Ohhh...drama di TV9 setiap Sabtu dan Ahad pukul 8.30 malam. Dah lama rupanya cerita ni, sebab dah masuk Episod 21.  Mungkin tengah meletop sampai budak sekolah rendah sibuk bercerita.  Kalau dah bercerita, tentu sebab
budak-budak ni mengikutinya.

Kerana curious, saya kemudian men-google pulak sinopsis Cinta Jangan Pergi. Nak tau jugaklah cerita pasal apa sampai budak sekolahpun mengikutinya. Dulu masa deman drama Adam dan Hawa, Amni juga yang menyampaikannya pada saya dek kerana kawan-kawan di sekolah terjerit-jerit menyanyi lagu Muara Hati.

Petang tu bila dia balik sekolah, dia bertanya lagi satu soalan pelik, "Ibu tahu tak cerita Teduhan Kasih? Kawan Amni kata cerita tu dari novel tukar ke drama."

Sudah....drama Teduhan Kasih pulak...

"Banyak nyer drama yang kawan Amni tengok. Tu cerita pasal apa pulak?" Saya cuba bertanya, mana tahu kawan dia sudah bercerita panjang.

"Kawan Amni cakap cerita pasal perkahwinan..."

Jawapan budak...suaranya sangat innocent...Kelakar pun ada bila dia menjawab begitu.

"Laa..ingat cerita pasal kasih sayang emak mengajar anak tips siapkan homework..." Usik saya.

"Ibu ni... Orang cakap betul-betul ni..."

Sambil tergelak saya menjawab, "Ibu pun cakap betul-betul jugak ni... Kalau cerita cinta-cinta ke perkahwinan ke, tak tengok pun tak pe..."

"Taklaaa...bila kawan-kawan cerita macam banyak sangat benda yang Amni tak tahu..." Dengar dia bercakap begini, terasa bahaya jugak peer pressure di kalangan budak sekolah ni kan...

Jadi saya google lagi  drama Teduhan Kasih dan sinopsis Teduhan Kasih.  Rupanya drama Teduhan Kasih ni mengisi Slot Akasia TV3. Dah lama jugak cerita ni sebab dah masuk episod 21.  
Saya beri Amni baca sinopsis drama dan cuba mengujinya, "Amni nak tengok ke?" 

"Emmm...tak minat lah cerita macam ni. Macam tak sesuai ngan budak je..." Dia akhirnya menjawab. Sinopsis pun tak habis dibacanya.

Hehe... Bagus...bagus...nasib baik!


Adi Putra pelakon Teduhan Kasih. Agaknya budak-budak sekolah berangan kalaulah dia jadi cikgu Math...pasti daku score dan fokus...hmm...lagi tak fokus ada laaa...hehe...


 
Kadang-kadang, kita yang migrain bila anak tanya soalan yang pelik-pelik...

Janganlah tanya soalan-soalan macam tu lagi? Emak fenin...

Wednesday, June 19, 2013

Benda pelik terbakar di tepi jalan sampai traffic jam teruk...

Perjalanan balik ke kampong pada awalnya lancar.  Dari Puchong terus ambil lebuhraya KESAS, lepas tu masuk lebuhraya Guthrie, kemudian LATAR. Ikut rekod biasa, dalam setengah jam dah boleh sampai Kuala Selangor.

Tapi perancangan biasa bertukar menjadi satu rekod luarbiasa.  Sebaik saja keluar dari LATAR, baru 1 Km saya memandu, dari jauh saya lihat kereta berderet-deret tak bergerak.  Haaa....sudah! Nak pusing mana lagi?  Maka berserah dan redha je lah.  Betul-betul dah terperangkap. 


Kalau macam ni sampai Kuala Selangor, alamat tengah malam baru saya sampai.  Tak apalah! Solat zohor sudah, asar pun sudah.  Kalau sempat maghrib di Kuala Selangor, saya berhenti.  Kalau tak, jamak ta'khir sajalah.  Minyak pun penuh setangki.  Jadi saya tenang-tenang je, dan bergerak mengikut kereta di depan yang merangkak-rangkak.  Hampir 45 minit juga, dari jauh saya nampak anggota RELA mengawal trafik.  Nampaknya di depan keadaan agak huru-hara.  Dari jauh saya akhirnya nampak... Memang pelik benda yang terbakar tu, padan jam...


Cendul Bakar rupanya...seumur hidup tak pernah nampak cendul terbakar...tu yang pelik tu...Teringin nak menyinggah, tapi sesak sangat.

Rupanya orang sibuk nak berhenti dan parking di jalan menyebabkan laluan arah ke Kuala Selangor dari simpang LATAR jadi sesak dan bergerak perlahan.  Nasib yang sama di lorong arah ke LATAR dari Kuala Selangor, lagi tak bergerak sebab lorong paling kiri tengah berbaris nak masuk Cendul Bakar punya Drive-Thru.  Dahsyat sungguh!  Cendul pun ada drive thru.  Memang penuh dan padat dengan pelanggan yang ramai. 

Semua tetap sabar menuju ke drive thru.




Nak mendapatkan cendul pun berbaris panjang...terbakar betul rasanya....


Maklumlah hari Ahad, semua kenderaan dari kampong nak balik ke KL ambil peluang menyinggah.  Dalam hati tertanya-tanya....sedap sangat ke?

Balik ke KL esoknya...heh..heh...ambil peluang menyinggah. Makan soto meletop dan cendul bakar...memang meletop! Ada berani?  Meletop sangat sampai terlupa nak ambik gambar nyer...


Yang nak makannya 2 orang, cuba jawab apasal ada 3 cendul ni? 


Sebenarnya ada banyak juga menu lain - sup power, chicken chop power, rojak power, laksa power - memang power semuanya.  

Dari awal sebelum makan tu asyik tertanya-tanya apa ropanya cendul terbakar....laaaa...rupanya mengambil sempena nama datuk, bukan Datok Bakar, tapi datuk tuan punya kedai bernama Bakar.  Dan gula Melaka yang digunakan dibakar terlebih dahulu supaya wangi (yang ini saya tak dapat bezakan pun...). 

Ni sebenarnya jam dari simpang nak ke Kuala Selangor. Ni semua tersekat dek kerana kereta kat depan merangkak masuk ke drive thru...


Jadi yang nak menyinggah tu, nak cari senang je, keluar dari Lebuhraya LATAR menghala ke arah Kuala Selangor, kedai Cendul Bakar ni bersebelahan stesyen minyak Caltex.  Dari jauh kalau nampak signboard Caltex di sebelah kanan, dah dekat la tu.  Kita akan jumpa Cendul Bakar dulu, kemudian betul-betul di sebelahnya Caltex.

Kalau dari Kuala Selangor, selepas simpang ke arah Kepong/LATAR, lebih kurang 2 Km, akan nampak signboard Caltex di sebelah kiri. Bersedia untuk cari tempat parking, kalau malas boleh drive thru je. Tapi, makan kat situ lagi happening.

Senang cerita, google je, mesti jumpa!

Kalau weekdays...memang lapang. Tapi kalau weekend...kena sabar...tapi berbaloi.

Bila dah merasa sekali...memang teringat-ingat nak lagi...

Apalagi... weekend ni boleh pergi ye...


Nota:
Kesedapan : 5 bintang
Kebersihan tempat : 3 bintang
Servis : 4 bintang
Nak datang lagi? YA
Nak rekomen kat orang? YA
Net Promoter Score : 9


Review Cendul Bakar ini dibawa secara percuma oleh:

Asnija Asmui
(Yang tak sengaja tersinggah beli cendul bakar, walau tak de siapa yang paksa...)

Tuesday, June 18, 2013

What my kids learn from The Apprentice Asia 2013 - Episode 2

Episode 2 - Viral video goes wrong.

Kali ini mereka perlu menghasilkan viral video untuk mempromosikan Expedia. Saya pun suka sangat guna Expedia sebab boleh dapatkan senarai flight dari yang murah sampai yang mahal.  Senang nak buat comparison dan tak perlu melayari website syarikat penerbangan satu persatu. Senang sangat nak plan trip kita, dan book hotel terus untuk jimat kan belanja.

Bukan mudah nak hasilkan viral video. Bila semua mahu berlawan idea siapa yang paling betul, kita terlupa apa yang lebih penting.  Yang paling penting bukanlah idea peribadi, tetapi bagaimana menjayakan idea tersebut dan menang secara berkumpulan. Kepandaian kita tidak seberapa berbanding gabungan kepandaian kita secara keseluruhan. Bagaimana kita bersatu dan saling melengkapi menjadikan kumpulan kita berjaya dalam tugasan dan menang.  Bila kumpulan kita menang, maka kita juga menang. Dalam konteks The Apprentice Asia, bila kumpulan kita menang, kita tidak perlu mengadap Tony Fernandez dan berhadapan dengan risiko untuk dipecat.


Learning points untuk anak saya:

Pertama, perlu tahu dan faham maksud viral video.

Kedua, jangan tiru idea orang. Be original!

Ketiga, bersedia untuk terima idea orang lain. Buka minda pada pilihan-pilihan lain.

Keempat, bersedia bila idea kita dicabar oleh orang lain.

Kelima, fokus untuk bersinergi bukan nak menangkan idea sendiri.



Satu perkara yang saya pesan supaya anak saya amalkan terus:

Bila ada idea dan pendapat, luahkan dan kongsikan pendapat. Jangan pendam. Jangan takut orang tak terima idea kita, itu hak mereka. Hak kita ialah meluahkan pendapat dan idea. Luahkan dengan bijak dan diplomasi. Kalau orang terima, alhamdulillah. Kalau orang tak terima, alhamdulillah juga...kerana kita telah gunakan peluang untuk berkongsi dan berfikir. Alhamdulillah, kita telah berusaha untuk menyumbang.

Perkara yang saya pesan untuk anak saya amalkan terus di bilik darjah:

Jika tak faham atau tak tahu - angkat tangan dan tanya cikgu.  Jangan takut kawan-kawan kata kita tak tahu. Adakalanya mereka pun tak tahu tapi segan nak tanya. Tapi, bertanya dengan sopan supaya tidak mengganggu kelas. Gunakan budi bicara.

Peringatan: Bila sendiri tak nak tanya, jangan salahkan cikgu bila kita tak faham dan gagal jawab soalan ujian. Bukan cikgu yang tak pandai ajar, kita yang malas bertanya.

Soalan dan pendapat yang cute dari anak saya:

1. "Kenapa kat boardroom baru nak cakap?"
2. "Jonathan ni pandai explain, kan! He is very articulate...nak jadi macam dia..."


New words yang anak saya belajar dari Episod 2:

1. Synergy - bekerjasama untuk menghasilkan satu transformasi dan bukan sekadar transaksi.

2. Team player - orang yang bermain atau menjalankan tugas dengan baik dalam kumpulannya.  Bukan menumpang tapi menyumbang.   Cara menjadi team player yang baik.
The Apprentice Asia bersiaran di saluran AXN, setiap Rabu pukul 9.00 malam.  Kalau tak sempat boleh tonton di Astro On The Go.

Lihat post lain dari siri yang sama:
Episode 1 - It's a fishy business.
Episode 3 - Go big with your sales. (coming soon!) 
Episode 4 - Coffee in business is a serius business. (coming soon!)


Tips Untuk Sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa yang Terlampau Best!

Selalunya nak buat sambutan yang best, mesti perlukan bajet yang best! Tapi tak semestinya...

Apa yang penting ialah niat. Our end in mind. Niat mesti best, maka semua akan jadi terlampau best.

Untuk itu, saya lancarkan satu plan adik beradik. Whatsapp saya pendek:

"Jom balik kampung, celebrate hari ibu dan bapa. Wajib balik!"

Selalunya bila kak long mereka ni dah ajak balik, sebab diorang akan ingat saya akan masak best-best, jadi mereka akan teruja balik sama. (Nota: saya tak cakap dalam message saya nak masak pun...mereka yang memandai-mandai assume begitu...sapa suruh kan, sebab saya tak masak best-best pun...)

"Ok, boleh!" Reply pertama.

"Set!" Reply kedua.

Ok, semua dah setuju!

Lepas sehari saya whatsapp lagi...

"Setiap keluarga, sila beli hadiah untuk emak dan abah. Bajet hadiah RM20 setiap satu, jadi dua hadiah RM40. Balut cantik-cantik!"

Reply pertama: "RM20 dapat apa? Kita share je lah, besar sikit bajet jadinya..." .

Reply kedua: "Hadiah apa ye?" 

Saya jawab...

"Be creative! Cari sungguh-sungguh dengan kasih dan sayang..." 

Jujur...bukan senang nak cari bila bajet  kecik macam tu...samada barangnya tak berkualiti ataupun barangnya tak ada manfaat yang nyata...

Jadi saya pergi bershopping dengan cabaran tersebut... 

Tips untuk beli hadiah untuk hari ibu dan hari bapa yang murah tapi best:

1. Pergi shopping dengan niat yang jelas dan ikhlas. Letakkan rasa kasih sayang tulus dan murni pada ibu dan bapa kita. Check niat kita.

2. Cari sungguh-sungguh, bukan tangkap muat ataupun asal ada dan asal jumpa. Cari maksud tersirat dalam setiap hadiah. Bersedia untuk spend masa yang lama untuk mencari. Jangan cepat mengalah. Ingat! Ibu dan bapa kita sangat sabar memenuhi setiap permintaan kita masa kita kecil dulu.

3. Fikir dalam-dalam. Cuba ingat setiap perbualan kita dengan ibu dan bapa, ada tak hasrat mereka yang tersirat setiap kali mereka bercakap. Cuba fahami dan penuhi keperluan yang tersirat, bukan hanya yang tersurat. Ibu kita sangat pandai memerhati dan memahami keperluan kita walau kita tidak ucapkan...kita perlu lebih terror dari ibu kita. Jangan asyik nak cepat dan short cut!

4. Kalau tak ada duit sangat, fikir cara untuk dapatkan barang tanpa keluarkan walau seringgit! Kalau hendak, pasti ada jalan.

5. Jadi kreatif! Berikan 200% keterujaan dan kesungguhan. Bila kita excited, otak kita boleh fikir macam-macam idea!

Percayalah! Bila bajet kita tiada had, kerjanya senang. Sebaliknya, bila bajetnya terhad, kerja jadi sangat mencabar. Namun, hasilnya sangat memberi kepuasan. Rasa sayangkan parents jadi terasa sangat. Tak percaya? Cuba sendiri! Love is a verb. Ingat tu!

Seharian jugak memusing-musing.  Rasa give-up memang ada, rasa nak beli je yang terlebih bajet, cepat dan senang. Tapi saya mesti beri contoh yang baik pada adik-adik. So, I truly stick to the plan.

Dalam fikir punya fikir, entah kuasa apa yang membuatkan saya melangkah ke kaunter J-Card, entah dari mana tiba-tiba dapat idea menukar point kepada voucher.

Semangat saya jadi berapi-api. Saya tahu apa yang emak dan abah perlukan sangat! Tiba-tiba saya nampak semua barang ada diskaun...ajaib kan!

Dalam masa yang sama, saya terima whatsapp dari adik-adik yang buntu nak beli apa...

Saya pun beri idea dan beri semangat, memotivasikan adik-adik yang dah nak give up...hehe...padahal tadi diri sendiri pun dah nak give up.

Jadi masing-masing check point masing-masing...point J-card, point Cosway, point Bonuslink, point Maybank Ikhwan....

Sebenarnya, ini juga cabaran! Terdetik rasa sayang pulak nak gunakan point yang telah lama dikumpul. Susah juga nak korbankan point untuk ibu dan bapa. Sedangkan mereka telah korbankan lebih dari "point" untuk membesarkan kita...

Panjang lebar sesi motivasi saya, akhirnya adik-adik saya reply begini...

"Betul gak point Kak Long tu..."

Haha... That's the point!

Akhirnya, kami berjaya belikan hadiah yang best-best...dengan kaedah yang sangat best! 

Apa yang terlampau best? Best sangat tengok reaksi mereka!

1. Bila abah buka kotak dan nampak wallet genuine leather yang baru, "Alhamdulillah, macam tahu-tahu beg duit abah dah koyak..." 
(Ehemm... Memang saya dah nampak wallet dia yang koyak tu, tapi dia pakai juga sebab sayang...)

2. Bila emak nampak wrislet Carlo Rino dia yang baru, "Haaaa... Senang sikit kalau nak pegi kenduri dekat-dekat. Tak payahlah bawa handbag. Memang tengah cari yang kecik macam ni."
(Ehem... Saya pernah dengar dia merungut pasal ni...)

3. Emak dan abah ceria tahap maksimum bila dapat water filter baru, "Alhamdulillah, lama niat nak beli ganti yang lama tu. Cadang nak beli yang elok sikit, Alhamdulillah dapat jugak akhirnya..."

Dan apa yang buat kami semua terharu ialah bila emak cakap tak henti-henti dengan penuh syukur...

"Alhamdulillah! Seronok sangat...tahun ni sambutan yang paling seronok...paling istimewa!"

Apalah yang seronok sangat tu? Kami dinner masak biasa-biasa je, takpun bawa mereka ke hotel 5 bintang! Tapi, dapur riuh rendah dengan anak dan cucu memasak dan berebut makan...

Bagi emak...itu dah seronok sangat!

Apalah yang istimewa sangat? Hadiah kami simple, dan murah sangat! Tapi bagi emak dan abah, bila kami nampak dan faham keperluan mereka, penuhi hasrat mereka yang tersirat, bagi mereka...kami perihatin, kami ambil tahu...kami ambik kesah... 

Bagi mereka, itu yang istimewa sangat...




Apa pulak bonus kami?

Going through all the effort and possibilities, our kids belajar dan lihat apa yang kami usahakan for our parents. They learn that the best things in life are free! Yes, indeed...

Anda ada tips lain yang best? 

Monday, June 17, 2013

What my kids learn from The Apprentice Asia 2013 - Episode 1.

Banyak...


Episod 1 - It's a fishy business!



Secara dasarnya, fresh graduates, junior executives boleh belajar banyak tips dan realiti dunia pekerjaan dan perniagaan dari siri ini.  Mungkin ramai antara kita rasa ianya kurang sesuai untuk budak sekolah samada sekolah rendah atau sekolah menengah.  Tapi dengan bimbingan dan kalau tahu soalan apa yang kita cuba tanyakan pada anak-anak ini ketika menontonnya, sebenarnya ia merupakan satu pendedahan awal yang sangat 'true and real'.



Kita melihat dan berfikir, malahan boleh muhasabah diri sendiri.  Kerana ianya satu program realiti, hampir semua yang kita lihat bersifat universal - berlaku di semua tempat, pada semua orang, pada setiap ketika yang dimaksudkan.  Cara kita mengendalikan diri kita dalam situasi 'hidup dan mati' sebenarnya sama saja, tak kira kanak-kanak ataupun orang dewasa, di sekolah atau di tempat kerja, depan bos atau depan ibubapa.  Dalam keadaan terdesak, kita diuji samada bertindak berdasarkan prinsip yang kita pegang atau kalah dengan keperluan sendiri untuk selamat.  Semua itu penting. 


Realitinya...itulah kehidupan. Itulah yang anak-anak kita akan lalui.

Tugasan dalam episod pertama siri ini hanyalah tugasan biasa-biasa saja, business biasa-biasa saja - jual ikan!  Tapi yang biasa-biasa ni rupanya susah kalau tak biasa...

Tapi jual ikan sebenarnya satu tugasan yang saya kira sangat brilliant.  Jika idea ini datang dari Tony Fernandez sendiri, beliau memang brilliant!

Jual ikan - nampak senang, tapi menyerlahkan banyak perkara penting. Kalau kita nak tahu karakter businessman yang sebenar, mula dari bawah! Jual ikan secara kreatif.

Learning point dari sudut perniagaan:

1. Know your product - totally!
Why? Pertama, susahnya nak jual kalau nama ikan pun tak tahu! Dan pelanggan pula yang kena ajar mana ikan sardin dan mana ikan cencaru. Bila kita sendiri tak pasti, clients akan senang memanipulasi kita. 

Kedua, perlu tahu produk kita ni dalam kategori apa? Keperluan? Kemudahan? Kemewahan? Kemahuan?

2. Price your product -accordingly!
Pertama, tahu margin yang sesuai, jadi kenalah tahu kos produk supaya boleh tetapkan margin. 

Kedua, tahu tentang harga pasaran. Supaya kita tahu margin  yang kita tetapkan menjadikan harga produk kita boleh diterima akal atau tidak. Kalau silap, nanti pelanggan fikir kita ni cekik darah atau kita ni tak siuman...

3. Velocity - how fast can you turn your product into money?
Kalau ikan, mestilah kena jual secepat yang boleh sebab kesegaran ikan sangat penting buat pelanggan. Pelanggan pula datang pada waktu pagi, jadi kita perlu pantas dan cekap menjual ketika pelanggan memerlukan.  

Velocity kena cepat sebelum product kita jadi obsolete.
(Learn more about Money Making Model by Ram Charan)

4. Know your customers - intensely!
Tahu keperluan mereka. Pelanggan beli ikan bukan nak ikan tapi nak lauk, nak juadah. Jadi, bila kita faham senang untuk kita buat tawaran,  boleh buat cadangan untuk beli produk lain (cross-sell). 

Kalau dah tahu dia nak masak laksa, bila ikan sardin dah habis, boleh pujuk dia beli ikan kembung yang sangat segar dan manis.

Nilai murni:
1. Jangan malu untuk belajar  dan bertanya walau kita sudah ditahap yang tinggi. Kita mungkin pandai dalam perkara lain, tapi masih tak tahu benda yang asas dan simple dalam perkara lain. Amalkan sikap merendah diri - ego tidak membantu.

2. Ambil peranan, jangan asyik tunggu arahan.

3. Sebagai ketua, perlu berani mengakui kelemahan orang bawahan kita, bukan untuk menyalahkan mereka tetapi untuk membimbing mereka.

4. Bila bekerja dalam kumpulan, buat sumbangan, jangan sekadar jadi penumpang.

Perkataan baru yang anak saya belajar:

1. Margin - sekarang dah tahu macamana nak kira margin dan tetapkan margin yang realistik.

2. Proactive - sekarang dah tahu beza bertindak dengan reactive dan bertindak secara proactive. Belajar jadi proaktif.

Soalan dan komen cute dari anak saya:

1. "Kenapa dia tak letak je harga kat setiap ikan? Kan susah nak refer kat list everytime customer tanya! Lepas tu jadi lambat sebab nak kira margin dulu..."
(ceceh...pandai cakap pasal margin dah...)

2. "Kenapa ketua dia tak take charge sangat? He should be more proactive!"
(ehemm...)

(Suka bila mereka tahu apa yang betul, luahkan pendapat dan pandangan dengan perkataan-perkataan baru. Saya pun suka melayan...)


Baca post dari siri yang sama:

Episode 2 - Viral video goes wrong.


 

Saturday, June 15, 2013

Personal Tutor Yang Terlampau Cemerlang.

Tajuk entri kali ni diva laa sangat. Biasalah...

Bila anak nak SPM, emaknya yang stress terlampau.  Sebab itu saya gelak mengekek bila tengok iklan di Astro tentang parents yang gigih dan bersungguh-sungguh memastikan anak mereka belajar dan mengulangkaji untuk UPSR, siap dengan segala kismis dan madu...satu taman kena senyap yer...terasa...terasa...

Tahun ni Nisha nak SPM.  Dia tenang-tenang je...sayapun ikut tenang-tenang jugak (at least secara luaran, secara dalaman sebenarnya dah gelabah-gelaban).  Nisha ni memang alhamdulillah bijak dan pandai, taat dan solehah. Masalah dia satu je...semua perkara ada sasaran dan target. Kokurikukum ada target, pengawas ada target, kadet ada target, sukan ada target...of course SPM ada target. Segala sijil menjadi priority nak dikumpulnya. Segala aktiviti nak disertai. Segala camping dia nak join. Tu yang tahun lepas huru-hara hati saya bila dia cakap nak pegi Jepun ke tempat tsunami...takpe itu saya cerita lain kali ye. 

Jadinya, kesibukan dia pun tahap melampau. Bayangkan, dari form one jadi pengawas dah simpan target nak jadi ketua pelajar atau sekurang-kurangnya Timbalan Ketua Pelajar dan berada dalam Majlis Tertinggi Pelajar. Masa saya sekolah dulu, jadi pengawas pun saya tak target. Jadi bukanlah menurun perangai dari saya kan...

Selalunya, Ketua Pelajar di pilih dari kalangan pengawas lelaki, jadi Nisha menyimpan sasaran untuk menjadi Timbalan Ketua Pelajar.  Kalau tengok plan dia untuk ke tahap itu...saya pun takut.  Selalunya jawatan tersebut diberikan kepada pelajar tingkatan lima, jadi tahun ini merupakan tahun yang dia tunggu-tunggu. Dia sudah berusaha, tak termasuk buku-buku leadership yang dibacanya - Tony Fernandez pun kalau tahu mesti nak ambik dia jadi apprentice...cewah.  Itu belum executive coaching yang dia mintak saya berikan.  Executive coaching FranklinCovey tu. Sungguh-sungguh betul...

Perlantikan tersebut dalam bulan April, jadi fokus Nisha di situ.  SPM bulan 10, jadi fokusnya di tangguhkan.  Di situ silap dia...

Sebagai bakal ibu mithali (tak berapa mithali lagi, tengah mengusahakannya, tu yang bakal tu...) saya lebih kepada 'observe'...tidak mahu terburu-buru ke tahap intervention. Dalam pencapaian akademik, saya lebih mengutamakan 'usaha dan proses' berbanding 'hasil'.

Jadi dalam 'observation' saya, kalau ikut gaya Nisha, 'the result is predictable'.  Maksudnya, saya lihat gaya Nisha study dan gaya dia tak study atau tak sempat study...the result is predictable!  

Accountability dia yang pertama ialah ujian bulan March. Ketika itu dia sedang berhempas pulas dengan tugas pengawas, maklumlah nak jadi Timbalan Ketua Pelajar.

Sebagai ibu, saya berdoa untuk kejayaan semua anak-anak saya. Saya tegur dan saya nasihat. Tapi doa saja kalau usahanya tak cukup...memang tak cukup.  Allah tak kata macam tu. Allah kata usaha sungguh-sungguh, kemudian doa!  Bukan usaha gitu-gitu kemudian doa sungguh-sungguh. Mana ada style cam tu.

Keputusan ujian memang sudah ku duga. Tu saya kata predictable. Nisha pandai dalam Matematik, tapi  ujian kali ni, markah Matematik dan Matematik Tambahan menurun habis.  Saya analisis kertas ujiannya untuk memahami "what's wrong with her".  Adakah kerana tak faham konsep, atau faham konsep tapi tak tahu nak apply, atau tak tahu konsep lansung atau cuai dan salah kira?

Saya kan dulu cikgu, mengajar pulak Add Math. Jadi sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya...ceceh. Tumpang semangkuk pulak nak perasan yer...

Habis saya analisis dan post-mortem kertas jawapan dia (CSI pun kalah), saya tak cakap banyak, terus tanya satu soalan.

"Banyak sangat ke kelas yang Nisha miss?". Saya pandang tepat ke mata dia. Saya tahu dia akan jawab dengan jujur sebab Nisha memang jujur budaknya.  Telahan saya betul. Tekaan saya tepat.  Gerak hati saya memang perfect.  Naluri ibu kan...

Memang betul naluri ibu tak payahlah ditipu!  

Kesalahan yang dia buat dalam ujian bukan sebab dia tak faham tapi lebih kepada dia tak tahu! Macam zero knowledge gitu. Saya terima kalau itu subjek form 4, mungkin dah terlupa, tapi subjek form 5 yang baru dia belajar???  Dan yang dia salah jawab hanyalah basic concept! Bukan yang complicated.  Sebab itu senang untuk saya teka - dia banyak tak masuk kelas and missed the lessons. Dia budak pandai dan kesalahan yang dia buat dalam ujian memang tak masuk akal!  Saya memang gabrah... Tapi saya cool kan jugak. At least, I know the status before it is too late!

Dalam sibuk dia menjadi pengawas...dia terhilang fokus menjadi pelajar.  Sibuk jaga itu ini, ke sana kemari sampai tertinggal kelas. Takpe, itu kesilapan biasa, senang je nak betulkan.  Kalau kereta lari alignment nyer, hantar workshop buat balancing kan...

Jadi, target Nisha untuk menjadi Timbalan Ketua Pelajar sudah tak align dengan target SPM nyer. So, dia kena melalui proses balancing jugak lah kan...

So saya tanya plan dia apa? Dua hari saya suruh dia fikir.  Saya beri dia banyak option.  Antaranya letak jawatan pengawas (ni memang tragis lah kan...4 tahun dia tunggu tu nak jadi ketua pelajar..saya pun tak sampai hati...), masuk tusyen, kurangkan aktiviti dsb.

Lepas 2 hari dia beri keputusan dia.

"Nisha tak nak pergi tusyen. Tapi Nisha nak ibu ajar Nisha."

Amboi... nak personal tutor gitu... Tapi cikgu pencen ni yurannya mahal tau tak!

"Boleh! No problem tapi syarat ibu satu je kalau nak ibu jadi personal tutor Nisha..."

"Are you willing to pay the price?" Soal saya pada dia. Muka dia suspen tapi redha je lah...

"Semua subjek yang ibu ajar, ibu akan ajar perfect. Perfect sangat sampai Nisha boleh score 99% atau 100%.  Dua markah ni je yang dibenarkan!  Kalau nak markah lain, boleh belajar dengan tutor lain."

Haaa...ambik! Ada berani?

Nak belajar dengan personal tutor yang cemerlang mestilah berani jadi cemerlang! Betul tak? Dahlah percuma...(perasan kan saya ni...)

Bunyi macam strict. Bunyi macam garang, tapi berkesan! Always aim the highest possible. Always use your fullest potentials.

Kan saya dah kata...tugas saya observe...observe and observe. Jadi saya tahu potensi Nisha. Saya tahu kekuatan dia dan kelemahan dia. Plan saya mudah - saya mahu dia sendiri percayakan potensi dan kekuatan dirinya. Kalau saya saja yang percaya dan tahu tak ada gunanya. Dia sendiri perlu tahu potensi dirinya dan kena percaya kekuatan dirinya. Dan saya mahu dia experience sendiri bagaimana seronoknya bila boleh memperbaiki kelemahan diri.  Itulah markah 100% yang sebenar - bila dia berjaya menguasai potensi dirinya 100%.   Itu target saya yang sebenar, of course saya tak beritahu dia kan. Results exam hanyalah bonus.

Tak syok lah kalau kita tengok movie dah tahu endingnya...so saya simpan dulu target saya, saya tahu dia akan figure out sendiri hanya kalau dia betul-betul mahukannya.  I will keep it first!

So, untuk mid year exam, saya beri dia target simple, fokus dua subject je. Saya mula dengan subjek yang dia rasa impossible - Math & Add Math. Tujuannya supaya dia melalui proses anjakan paradigma. Seriously!  Saya tak main-main ni...

Target untuk Math:
Strategi - ulangkaji semua bab form 4 hingga
bab terkini form 5 dan buat latihan untuk pemahaman, pengukuhan dan kemahiran.
Lead measures - buat semua soalan contoh dan buat semua soalan topikal, every single question.
Lag measures - markah 100% in mid term, trial dan SPM.
Accountability - buat jalan kerja untuk setiap soalan, no short cut! Bila dah siap, check betul atau salah. Ibu akan check daily.
Skill set - faham konsep, tahu semua trick, boleh think outside the box bila tengok soalan complicated, know the concept bukan sekadar tahu soalan.
Result: Target 100%; Actual 99%

Target untuk Add Math:
Strategi - ulangkaji semua bab form 4 hingga bab terkini form 5 dan buat latihan untuk pemahaman, pengukuhan dan kemahiran.
Lead measures - buat semua soalan contoh dan buat semua  topikal, every single question.
Lag measures - markah 70% in mid term, 100% in trial dan SPM.
Accountability - buat jalan kerja untuk setiap soalan, no short cut!  Bila dah siap check betul atau salah. Ibu akan check daily.
Skill set - faham konsep, tahu semua trick, boleh think outside the box bila tengok soalan complicated, know the concept bukan sekadar tahu soalan.
Results: Target 70%; Actual 73%


Tempoh masa ulangkaji -  2 minggu.

My own learning point:
Alhamdulillah - berkesan!  Kalau lead measure nyer betul, ianya boleh mempengaruhi hasil dan hasilnya lebih predictable.

Post mortem mid term:
Math - boleh dapat 100% kalau tak kerana tersilap tekan nombor di calculator. (Geram betul bila dia cuai, tapi saya tak marah. Biar dia cuai sekarang and learn a lesson daripada dia cuai masa SPM. Minta Allah lindungi!)
Learning point - semak dan jangan cuai! Careless can kill! Every single  point matters!

Add Math - concept dah faham, lepas ni kena buat pengukuhan dan kemahiran.
Learning point:
Skill = Confident

Nak tahu apa komen Nisha bila dah faham konsep dan dah berjaya buat banyak latihan?

"Laa...macam tu je ke? Kenapa soalannya senang dan direct sangat? Macam kasi markah free-free je..."

Haaa... Kan senang kerja saya bila paradigma dia dah berubah. Tak payah saya nak mengomel panjang...dia sudah ada jawapan sendiri...

"So, boleh ke dapat Math dan Add Math 100% ni?"

"Boleh!" 

Nada suara Nisha kali ini sudah berbeza 360 darjah berbanding masa saya tanya pertama kali dulu. Sekarang dia menjawab "boleh" atas pilihan sendiri, bukan lagi terpaksa!

Haaa...tu la yang saya nak dengar!  Jangan salah faham, bukan jawapan "boleh" yang saya nak dengar tapi suara dia yang yakin, jelas dan teruja...nada suara macam tu lah yang saya nak dengar!  Nada suara semangat dan ceria. Nada suara yang dah yakin dan tahu potensi dirinya 100%. Alhamdulillah, target saya tercapai!  

Seronokkah saya bila dia dapat markah meningkat macam tu? Hmmm...bolehlah...

Eh, tak seronok jugak? Tak bersyukur ke?  Bukan macam tu...

Nak tahu apa yang saya lebih seronok?

Saya seronok sangat dengar suara Nisha yang yakin dan semangat. Suara yang percaya dia boleh dan dia berpotensi.  Suara yang bermotivasi dengan sendirinya.  Suara yang mula mengakui dia boleh go beyond and further kalau dia berusaha sungguh-sungguh.  Suara yang tahu if she do everything, nothing is impossible.  Itulah yang paling membuatkan saya seronok! Seronok terlampau sampai menangis-nangis seronoknya.

Lepas ni... Tak lah malu sangat saya pada Allah bila berdoa beriya-iya....

Anda semua tolong doakan juga Nisha berjaya cemerlang dalam SPM 2013 ni ye! 
Terima kasih...

(Panjang sangat entri ni... Tapi saya tengah seronok sangat, jadi semangat menulis berapi-api. Oh ye! Nisha berjaya dilantik menjadi Timbalan Ketua Pelajar. Happy  sungguh dia. Alhamdulillah. Dah align balik target SPM dia, alih-alih weekend ni pergi pulak program Tutor Muda di  Bagan Lalang...takpe....takpe.
Sekali-sekala kena take a break jugak yer...)

Ok saya pulak nak take a break...

Jangan marah client boleh tak?

Nak jadi usahawan, jujur dan sabar sangat penting.  Dan setiap pelanggan, pelanggan kecil atau pelanggan besar, kedua-duanya penting. Pelanggan yang nampak selekeh atau pelanggan yang nampak vogue, semuanya penting.

Rasa percaya pelanggan pada kita di zaman business online ni, lagilah penting.  Lagi percaya pelanggan pada kita, lagi cepat keuntungan datang.

Lagi satu, layan pelanggan dengan sabar.  Fahami apa yang penting buat pelanggan.  Kerana pelanggan kita mungkin ada pelanggan mereka sendiri.  Jika pelanggan kita cerewet, maknanya mereka sangat prihatin menjaga apa yang penting buat pelanggan mereka. Jadi kita juga mesti cerewet demi menjaga hati pelanggan kita tu.  Sebab itu mesti sabar.  Bila pelanggan memberi maklumbalas, terima dengan positif dan beri perhatian. Mungkin pelanggan lain ada teguran yang sama cuma tidak diluahkan pada kita. Sebab itu jangan bersikap defensif.

Saya bercakap melalui pengalaman sendiri.  Asal mula saya sangat impressed dengan kakak supplier ni, peramah dan sangat helpful. Jadi saya berikan 60% projek tersebut pada dia.  Saya yakin dengan pengalaman dia dan lihat sendiri hasil kerjanya.  Saya tunjukkan contoh produk yang saya mahu dan dari gaya dia bercakap saya memang yakin dia tahu dan faham. 

Tapi bila saya nak ambil barang tu, ada kesilapan dan minta pembantunya untuk betulkan. Kebetulan dia tak ada masa tu. Dan saya selesaikan bayaran seperti yang dijanjikan.  Petang tu, tanpa diduga kakak supplier tu telefon saya dan bertanya marah-marah kenapa saya minta betulkan apa yang dia dah buat. Kemudian dia mula cakap dia dah buat yang terbaik untuk saya dan mula mengungkit perkara-perkara yang pelik. Paling saya tak boleh terima bila dia mula menyalahkan saya dan meletakkan kesilapan pula dibahu saya. Masalahnya, apa yang dia buat tidak mengikut apa yang saya mahu, sedangkan contoh dan spesifikasi telah saya tunjukkan, walaupun dia kata itu yang terbaik, tapi saya mahu yang terbaik pada keperluan saya.  Saya menjelaskan dengan baik dan bersabar tetapi tiba-tiba dia menghempas telefon.  

Wah, baik sungguh budibahasa melayan pelanggan! Saya kesal kerana saya ingat saya mahu menjadikan dia supplier saya dalam tempoh yang panjang tapi saya jadi tawar hati.

Di sebabkan pelanggan saya merupakan keutamaan saya, maka saya ambil keputusan untuk tidak menyusahkan kakak supplier itu lagi.  Saya sms dia dan cakap baik-baik yang dia tak perlu perbaiki apa yang tersilap dan minta maaf jika permintaan saya menyusahkan dia.  Selepas itu, saya usahakan sendiri mengganti apa yang sudah silap.  Memang kos saya bertambah tapi yang penting pelanggan saya berpuas hati.  Bila kakak supplier tu cuba menghubungi saya, saya sudah tawar hati untuk melayan.  Akhirnya dia sms saya panjang berjela dan minta nombor akaun untuk dia pulangkan bayaran.  Saya sebenarnya telah redha dan maafkan dia.  Duit tu pun saya dah halalkan sebab kenangkan sesama Melayu dan faham dia juga ada kos yang perlu dibayar.  Saya pun tidak mahu menzalimi sesiapa dan mahu rezeki yang halal dan tidak dipersoal oleh sesiapa di akhirat.  Saya jawab sms dia dan jelaskan saya faham dan sama-sama minta maaf dan beritahu tak perlu pulangkan duit saya kerana duit itu memang untuk kos yang telah ditanggungnya dan saya halalkan.
Saya betul-betul ikhlas, tapi lepas tu dia meroyan lagi.  Bagi saya, saya sudah tidak ada apa-apa hutang lagi pada dia dan tak ada sebab untuk melayan pula kerenah dia.  Dia sibuk pulak marah apa nak buat dengan barang-barang saya tu.  Saya rasa tak susah untuk dia fikirkan sendiri.  Dia nak buangpun boleh.  Saya pun dah halalkan.  Itupun nak marah?

Pengajaran dari cerita saya ni:

1. Jangan tegakkan benang yang basah dengan pelanggan.  

2. Jangan salahkan pelanggan bila kita sendiri yang memandai-mandai.

3. Kalau tak pasti dan tak tahu, maka tanya dan confirmkan dengan pelanggan.  Perkara ini langsung tidak boleh dijadikan alasan sebab komunikasi hari ini sangat mudah, lebih-lebih lagi kalau kita guna Iphone dan pelanggan pun guna Iphone - facetime boleh, ambil gambar dan whatsapp pun boleh.

4. Dengan pelanggan jangan meroyan tak tentu pasal. Be professional, sebab kita tak tahu mungkin pelanggan kita lebih celik dan lebih pandai dari kita walaupun nampak macam boleh kita buli.

5. Jaga mulut dan budibahasa. Jangan dah terlepas cakap baru call pelanggan berkali-kali nak explain panas baran kita tu. Maaf ye... Terlajak perahu boleh diundur!

6. Zaman sekarang, pelanggan kita banyak pilihan, mereka boleh lari ke tempat lain sekelip mata.  Jangan ingat pelanggan kita ni akan tetap merempat dengan kita.  Pesaing kita lebih dari suka nak servis pelanggan kita dengan lebih tip top.

7. Jangan cuba nasib nak tipu pelanggan, nanti mereka tahu juga. Itu yang saya pantang.  Dalam kes saya, memang sah dia tahu kotak coklat saya ada yang defect, tapi dia tak cakap pun, buat tak tahu je. Itu membawa kepada learning point yang ke-8.

8. Jangan jadi supplier yang tak boleh diharap! (tak perlu huraian, senang nak faham kan.)

9. Jangan cakap pada pelanggan yang kemahuan dia telah menyusahkan kita. Kalau tak boleh, cakap awal-awal tak boleh.

10. Jangan cakap pada pelanggan
yang kita ni sibuk sangat.  Jangan sekali-kali guna ayat ni, "tengoklah kalau I sempat, I pun banyak lagi benda nak kena buat." Kalau dah tak tahan sibuk, jangan business.

11. Paling penting, jangan marah pelanggan walaupun kita memang tengah marah.  Cakap baik-baik seolah-olah mereka betul.  Kalau mereka memang betul, itu dapat memperbaiki semula kepercayaan pelanggan pada kita, dan kalau dia salah, sikap kita yang sabar dan professional dapat menyerlahkan kredibiliti kita.  

Sebenarnya, apa yang saya cuba sangat nak elak lepas insiden ni ialah mengeluh macam ni...

"Ni yang malas nak deal dengan Melayu ni.  Next time dengan Cina lagi senang."

Sebab saya pun berdoa dan berharap dan jaga sungguh supaya pelanggan saya tak akan cakap macam ni pada saya.  

Motto saya: Saya nak pelanggan prefer berurusan dengan saya macam dia prefer berurusan dengan peniaga Cina.

Peringatan penting untuk diri saya: Pelanggan yang gembira akan suka berurusan dengan kita, dan suka jugak bawak sedara mara dia datang kat kita...dan kalau dia dah suka sangat, dia yang buat marketing giler-giler untuk kita!

Tak suka ke? Saya suka...

Jadi, janganlah marah kat client!

Friday, June 14, 2013

Work Hazard yang di tempah sendiri...

Work hazard maksudnya perkara-perkara yang bawa bahaya dalam pekerjaan kita. Contoh kalau pekerja binaan, banyaklah work hazardnya, terpijak paku, terhempap batu, terjatuh dll. Kalau di pejabat, wayar yang berpintal-pintal pun boleh menjadi work hazard. Bilik pejabat yang tertutup dan tidak cukup ruang udaranya juga boleh menyebabkan work hazard. (Nak tahu lebih lanjut boleh google ye...)

Tapi work hazard saya bila dah bergelumang dengan business coklat dan kek ni...parah sikit. Memang bahaya!

Biasalah...bila nak finalize produk baru, mestilah melalui quality control kan...supaya menepati piawaian dan standard. Jadi sebagai CCO company merangkap QC Manager merangkap Purcahasing Officer merangkap Dispatcher merangkap Makcik Cleaner, tugas saya memang sangat multi-tasking...ceceh..

Time testing-testing...kita mestilah beri tumpuan dan keutamaan demi kepuasan pelanggan.  Testing tak boleh lah sikit-sikit kan...mestilah menyeluruh...(pastu baru nak nyesal).

Testing QC yang saya buat dalam turutan seperti di bawah ni...memang boleh menyebabkan physical hazards...

Kena test QC ni...

Untuk confirmkan yang nih...


Then, testing QC ni pulak...


Untuk produk yang ni...


Tak termasuk produk-produk kat bawah ni pulak....







Bila dah 8 bulan menceburkan diri dalam bidang kerjaya yang sangat mencabar ini, pelanggan memang berpuas hati sebab produk-produk memang berkualiti.

Dan saya pulak mendapat side effect nya...adeih...

Comel...memang comel...

Thursday, June 13, 2013

I hate cats!

Malam tu sepanjang malam dengar bunyi anak kucing mengiau tak henti-henti.  Hujan lebat dan suasana gelap gelita.  Detik hati nak tengok, tapi takut pulak nak keluar malam gelap macam tu. Sedikit sebanyak, rasa rimas pun ada, sebab nak tidur pun susah.  Dalam terfikir-fikir kenapalah anak kucing tu mengiau tak henti-henti, saya akhirnya terlelap juga.  Esok paginya, saya terus terlupa.

Pagi tu, sedang saya sibuk di dapur, Zaid dan Amni kecoh berbual di ruang tamu yang saya tak pasti topiknya.  Kemudian suasana senyap sunyi...mana pulak pergi budak-budak ni?

Tak lama kemudian, terdengar suara mereka bising semula. Amni dan Zaid sudah di dapur. Rupanya  tadi mereka kecoh bercerita pasal anak kucing yang sama dan berpakat mencarinya.

"Bu, anak kucing malam tadi tu rupanya kat dalam longkang, Bu. Mak dia takde.  Kesian, Bu..."

Kemudian berselang-seli Zaid dan Amni bercerita keadaan anak kucing tu.  Saya hanya memdengar separuh hati sebab tahu mereka cuba menarik minat saya pada si kucing.  Berbeza dengan saya, anak-anak saya sangat sukakan kucing. Mereka boleh leka bermain kucing-kucing jiran sebelah sehingga kucing-kucing tersebut jadi manja dengan mereka. 

Sewaktu mereka kecil, setiap pagi mereka akan bangun awal, pergi ke belakang rumah dan melayan, bermain dan memberi makan kucing liar, ada ketikanya sehingga 5-6 ekor, dan siap mereka beri nama.  Peliknya, kucing-kucing ini faham pulak nama mereka.

Bertahun-tahun mereka merayu dan merengek untuk membela kucing, tapi mengenangkan komitmen yang perlu diberikan (read as: yang perlu SAYA berikan), makanya saya tak pernah layan permintaan mereka.  Mereka tentunya hanya akan seronok bermain dan membelai kucing, nanti saya yang perlu mengurus najisnya.  Dan saya juga tak suka jika kucing masuk ke rumah.  Saya takut, saya geli dan saya tak suka bulunya yang melekat di mana-mana.  Sebab itu, jawapan saya sentiasa tegas...No, tak boleh!

Tapi, entah kenapa pagi itu bila Amni dan Zaid bercerita tentang anak kucing yang jatuh di longkang, sedang malam tu hujan lebat, hati jatuh kesian yang amat sangat.

"Anak kucing tu kat mana sekarang?". Soal saya pada Amni dan Zaid.

"Kat longkang lagi, nak cuba ambik tapi tak boleh, dia lari masuk ke dalam.." Jawab Amni.

"Kesian betul tengok dia, Bu.  Menggigil-gigil. Kitorang nak ambik tapi dia macam takut." Sampuk Zaid.

"Laaa...kenapa tinggalkan dia kat longkang tu, pergi ambik keluarkan, kesian dia mesti lapar dan sejuk satu malam. Bawak balik bagi dia susu..."

Serentak Zaid dan Amni berpandangan.  Mereka terperanjat dengan respon saya.

"Boleh ke, Bu? Ibu benarkan kitorang bela ke?" Suara Amni teruja.

"Bela tu tak la, tapi sementara dia kecik dan mak dia entah mana, kita jaga dulu, kesian dia tak tahu cari makan sendiri lagi.". Jawab saya.  Dalam hati saya rasakan Allah telah beritahu saya tentang keadaan anak kucing itu, kalau saya tidak selamatkan dan kemudian terjadi apa-apa, kejam sangatlah saya ni.  Jadi pertimbangan saya, kesian pulak anak kucing ni, jagalah sekejap nanti lepaskan bila dia sudah besar sikit.

Zaid dan Amni bergegas keluar menyelamatkan anak kucing tu. Mereka nampak teruja dan seronok.

Sampai di rumah, Amni mandikan dan berikan susu.

"Bu, tengok Bu!  Comel kan! Dah mandikan dah."

Pertama kali nampak muka anak kucing tu...comelnya!  Hati saya tiba-tiba jadi sangat lembut dan dalam diam saya akhirnya mengizinkan anak-anak saya membelanya.  Tak payah susah-susah mereka memujuk, saya sendiri yang terbuka hati.


Hujung minggu tersebut, saya bawa anak-anak ke kedai haiwan. Untuk pertama kali dalam hidup saya, saya teruja membeli barang-barang keperluan kucing. Saya pulak yang sibuk memilih.

Hampir seminggu juga Amni cuba mencari nama yang sesuai. Anak kucing tu jantan dan dia mahukan nama yang comel.  Akhirnya, Amni memilih Mochi, sebab bulunya putih macam Mochi (Mochi ialah sejenis kuih Jepun).

Nak dijadikan cerita, Mochi manja pulak dengan saya.  Saya di dapur dia akan duduk diam di bawah meja memandang saya, menunggu saya masak.  Bila saya menjemur kain, dia duduk di tepi pagar, juga setia menunggu saya.  Pandangan matanya yang saya tak tahan...


Bila setiap hari begitu, saya mula bercakap-cakap dengan Mochi, mengusiknya dan bermain dengannya.  Saya boleh duduk menunggunya makan sampai habis, boleh pulak hati menjadi tenang bila tengok dia makan. Dialah peneman bila saya keseorangan di rumah.

Dan sekarang, saya pulak yang lebih-lebih sayangkan Mochi.  Bila dia tidur, semua orang kena bercakap perlahan supaya Mochi tak terbangun.  Anak-anak saya pun pelik.  Tapi itulah.... Bila hati dah jatuh sayang...nak terangkan mengapa, kenapa dan bagaimana memang susah.  Perasaan itu datang dengan tiba-tiba.  Rasa seronok sangat!


Mochi pulak?  Dia semakin besar dan semakin manja.  Apa tidaknya, semua orang manjakan dia...playful dan pandai ambil hati.  Macamana tak sayang?

For me personally, he is my second son...that I'll never have...

Itulah orang kata, jangan benci sangat, nanti jadi suka.  Bila dah suka, jadi suka sangat! Padanlah muka saya...but I like!

(Kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah, dan saya bersyukur akhirnya saya boleh sayangkan kucing juga...)